CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LagerthaRagna

Toxic family

[Copy link]
Post time 3-11-2021 10:06 PM | Show all posts


Baca part kucing jadi ganas tu dah agak dah mesti kucing2 tu dikasari, trauma... tu yang berubah tu...

Cuba awak cakap kat parents u jangan pukul kucing2 tu, nanti kena balasan Allah marah... cakap la dengan lemah lembut dan sabar... Cakap sekali 10 kali100 kali mungkin akan berulang lagi... Maaf tt kalau nampak macam ajar u.

Tabiat berkasar ni bukan senang nak ubah, yelah nama pun tabiat... tambah dah berusia, bukan senang nak ubah... Saya rasa tt boleh tukarkan energy ayah mak tt tu pada xtvt lain, takda la dia mengganas dengan kucing sebab tak tahu nak handle... Sibukkan parents dengan xtvt lain sampai dia tak sempat nak urus kucing2 tu.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Taktau nak cakap, aku cuma terpikir, walaupun dari kecik dibesarkan mcm tu, tapi baiknya lah akhlak tt ni. Semoga dipermudahkan semua urusan tt sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Toxic family is everywhere and it can be ur mother, father, siblings, spouse, father or mother in law..
Their families...
Sesuatu yg u tak dpt elak dlm hidup ni. The closest to u kalau sgt toxic itulah ujian yg cukup hebat sebenarnya sbb mereka adalah manusia yg penuh dgn karakter negatif. Dengan kata lain karakter negatif itu menguasai hidupnya dlm keseluruhan aspek.  Dunia x menjanjikan damai dan tenang kerana kita kena sentiasa berhadapan dgn karakter2 manusia yg mencabar ini. Apa yg perlu adalah hadapi sebaik mungkin walaupun in between tu byk lah dosa terlaksana hu hu dek kerana kita sendiri sgt lemah dan tidak sempurna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2021 01:06 PM | Show all posts
hmm... i tak pernah rase i baik pun.. Kalau i baik takdelah i sampai termeluah kat sini kan? mesti i sabar and telan aje dan tidak lah sampai rasa nak depress. Kadang datang bengong tu terfikir pula..ada kawan2 i  yang jaga mak bapak, hidup diorg fluent and rezeki melimpah ruah. Tapi nape i ni makin nak jaga and buat baik ke mak bapak makin bertimpa-timpa ujian.

oh ye..i ada 2 impian sebelum ni (sblm i sakit jantung)..first..nak bawa mak bapak i pegi umrah/ haji. 2nd..nak buat rumah untuk tinggal sekali dgn diorg. Rumah yg lebih selesa, so diorg ade bilik & hall sendiri.. I ada beli tanah and dah ada pelan pun, tapi mcm slow sgt progress dgn pkp la bagai2..BIla dah sakit nih, I malas nk fikir plan2 tu ..if ade rezeki adalah..kalu takde pun takpelah. Lagipun dah rase tawar hati dah. Pendek kata dah mcm takde impian dgn mak bapak lah hidup i sekrg ni. Just harap Allah bg masa lagi at least sampai anak2 boleh berdikari.

Remember lepas anak i meninggal, kami sekeluarga ke umrah? sebenarnya I ajak mak ayah sekali. tapi mak refused.  I planned masa tu pergi bulan 11, tup2 bulan 10 mak i ckp die nak pegi umrah dgn ayah i dengan makcik i (adik mak). Rupenya dia da pakat2 senyap2 nak pegi bila tau i nak pegi umrah. Kecik juga hati sebab bila i ajak, dia kata tak ready lagi, tup2 nak pegi dgn org lain.

Sbbkan mak plan adhoc, maka persiapan mak pun agak huru-hara gak. Pakej pun bole tahan mahal. Mak siap pakat dgn adik die and sepupu i, taknak bagitau i. nanti dah dekat2 date nak pegi baru inform. tapi adik2 lelaki i kat KL dah tahu and diorg yg inform i. Kak lea tak tau ke mak nk ke umrah? tekejut kita yg dok dekat ni tak tahu menahu, padahal anak2 lain die dah bgtau. Motif die nak sembunyi dari i pun tak tahu lah. Padahal duit ke umrah pun dr tabung haji yg i masukkan bulan2.

Semakin dekat nk pergi umrah tu, mak masih lagi bergaduh dengan ayah. selalu dengar die herdik2 ckp " tak hingin aku nk pegi umrah dengan kau. kau pegilah sorang2".
Bab solat pun kadang masih culas. Tapi sapalah kita nak menegur. Paling2 adik perempuan i yg laser tu lah yg menegur mak. Dia memang terror bab memetir / begadoh nih.

Nak jadi hal, lagi seminggu nak pegi, tetiba mak diserang stroke (2nd time)..memang terus admitted hospital dan akhirnya makbul doa mak. Ayah sorang je lah yg dapat pergi umrah. Duit tiket semua burned aje. Dapat lah refund sikit je.

Masa ayah pergi umrah tu, mak bedridden so i lah yg jaga die. Ayah balik umrah, i pulak take turn pegi sefamily. I hoping juga mak sihat dlm sebulan tu, so bolehlah ikut i pegi, tapi mmg Doctor tak lepaskan sbb mak masih tak stable.

So begitulah..sampai sekarang mak dah ok tapi takde sebut2 nak pegi umrah/haji lagi. I insaf juga dengan peristiwa ni sbb walaupun rezeki dah depan mulut pun kalau Allah tak izinkan, tetap tak dapat. I doa hari-hari supaya mak i dilembutkan lah hati dia utk berubah. Mungkin susah juga sbb adik beradik die pun jenis mcmni juga. Adik beradik die kebanyakan dah ke umrah, haji pun ada. Tapi itulah bergadoh depan kaabah pun pernah, memaki hamun dgn jemaah lain. So, kalau i baca sajat berpakaian wanita kat Mekah tu, i rasa tak terperanjat sbb memang ada manusia mcm ni. Pergi Mekah taktaulah niat apa dan tak takut langsung buat yang tidak2.

Kita beriya nak pergi, rindu nak pergi & bekorban utk nak kesana. Tentu kita takkan sia-siakan peluang beribadah kat sana kan? Tapi ada org mungkin senang utk kesana, jadi tak rase ape. Sekadar mcm melancong & bershopping mungkin.  

Uols tak kenal i. jadi ape yg i story kisah benar nih harap kita sama2 jadikkan iktibar, and bukan niat i nak burukkan sesiapa. Disamping kata2 semangat dr uols semua, i really appreciate. Now i da start perlahan2 on track balik buat thesis selepas hampir sebulan i tak boleh focus langsung. I masak2 then i berkurung dlm bilik. Husband i pun naik risau. Belikan i oil painting la ape utk i divert stress i nih..

Kalau ada kwn2 yg tgh atau dah melalui journey belajar, sudilah kiranya share tips juga..I biasa2 je..bukanlah pandai mana..If ada tips how nk handle stress and keep focus, let me know, ye.

thanks uols...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
LagerthaRagna replied at 26-10-2021 03:01 PM
Baiklah sambung lagi...

Sepanjang mak ayah dok bersama ni, kebetulan kan aku cuti belajar, jadi aku ...

ya Allah, besar dugaan you ni. i boleh relate dengan some of ur story sebab ada jugak peel merepek cam ni dalam keluarga. berbelah bahagi sbb itu parents kita but NO, parents pun ada dosa dengan anak.

kalau you continue give in, sanpai bila2 u akan lemas. I pulak thankful husband you faham keadaan you sebab dia pun ada limit dia, klau u give in and pikir orang je, and diaorang tak pikir you, sampai bila2 pun diaorang takkan ubah perception to you.

pasal aunty2 tu better u cut off terus, tak salah pun cut off of sampai dah kena dfitnah, dimaki nya serious macam syaitan perangai (not sorry sebab her words were too harsh) is not worth it sbb ada audacity utk cari pasal padahal u tak kacau hidup diaorang pun.

parents punya perangai tak boleh ubah, and biarlah siblings lain yg fikir. honestly its not UR tanggungjawab tau walaupun u fikir u are capable sebab selesa (financially) - my situation mcm ni. i bukan berduit sgt tapi hidup selesa so my siblings tend to see me macam takde kepayahan hidup/ struggle and tak respect i which made me terasa, sebab kita penat nak give the best tapi dipijak2 banyak kali. ni pun husband i dh cakap, jangan too close or offer anything dah sebab nanti sendiri yg sakit.

kita nak yang terbaik & memudahkan, tapi orang tak pernah appreciate, bukannya mgharapkan balasan, but atleast ngenang and tak buat kita macam sampah. sis harap TT sabar, (walau tak senang) tapi beban I rasa way better now bila I mula channel my energy kat my own family dgn husband (sebab they yg deserve my attention)  and Allah tahu kita ni manusia. tak semua orang kita boleh control.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 04:48 PM | Show all posts
TT PUNCERITA PERANGAI HAZABEDAH MAK DIA,TK HERAN LA HINGGA KAKAK IPAR KO PUN LARI DARI RUMAH TK TAHAN DENGAN PERANGAI MERTUA DIA,LAGI DIA CAKAP KAKAK IPAR DI BERMASALAH.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2021 11:48 PM | Show all posts
Salam t.t.

You ni sebenarnya ada masalah mummy issues… dalam hidup you ni dari kecik sampai ke tua you sebenarnya asyik kejar kasih sayang mak you.

You tahu mak you toksik. You tahu bapak you toksik. You tahu adikberadik you toksik. You tahu sedara mak you tu toksik.

You tahu mereka tu toksik sebab tu tajuk you tentang ‘keluarga toksik’.

You harap mak you berubah dan akan sayang you bila you berkorban sehabis mungkin

You masih terkejar2 nak kan kasih sayang mak you tu.
Sedangkan mak you tu anggap you ni kain kesat kaki dia je...ntah2 bila tahun depan abang you lebih berjaya daripada you, mak you terus lupa segala pengorbanan you tu…

You pernah dengar cerita pasal ketam2 yg ditangkap nelayan?

You ni ibarat ketam dalam baldi bersama2 dengan ketam2 lain yang tinggal dalam baldi penuh dengan toksin.

Ada sekor ketam (you la tu) yang dah hampir berjaya keluar dari baldi toksik tu, tapi ditarik semula oleh ketam2 lain dalam baldi tu, sebab meraka semua dah selesa tinggal dlm toksik environment.

Tt, i bukan nak suruh you derhaka pada mak you. Setoksik mana pun dia, tetap mak you.

TAPI, you sendiri tahu you ada SUAMI yang betul2 boleh BERSABAR dengan keadaan toksik sebelah famili you tu.

I nampak you PERGUNAKAN KEBAIKAN dan KESABARAN LAKI you tu utk tolong keluarga you seperti mana MAK you PERGUNAKAN KEBAIKAN dan KESABARAN you!

Apa yang sis GreenTea dan Penmerah cakap tu betul…

You hanyalah anak perempuan.... suami dan anak2 you tu tanggungjawab you NO 1…

Parents you tu, you boleh tolong tapi BERPADA- PADA… Jangan dikejar KASIH mak you tu lagi dah...

You should listen to your husband...

Lepas ni, you pergi salam dan cium tangan laki you dan minta maaf kerana membuatkan laki you tak selesa di rumahnya sendiri.

Hargai laki you tu, ingat ramai ke laki yang sanggup terima keluarga belah isteri tinggal bersama. Pompuan pun ramai tak sanggup tinggal dengan MIL ini kan pulak lelaki yang ada MIL dan FIL toksik..

Ish, kalau I jadi laki you tu, dah lama i tinggalkan you… Mak mentua you tak bising ke rumah anak laki dia dah jadi rumah makbapak you?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh benci aku layout porem baru ni
Taip panjang2 tetibe hilang

Betul la kata porumers lain
Cukup2 la buat baik berpada2 kat family toksik gini
Cukup kejar kasih sayang parents u
U dah ada suami dan anak2 yg sayangkan u pun
Kita pun nak cari bahagia sendiri tt

U hantar je balik kt anak kesayangan depa tu, then bagi duit n hello2 mcm biasa
I pernah rasa kdg masa kecik tak dipedulikan parents, so tipulah bila dah besar ni i tak dendam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2021 06:58 PM | Show all posts
Menarik dgn permasalahan awak, nak bagi pendapat tapi kekurangan masa pulak. Inshaallah nanti kakak tulis sikit sekadar nasihat mahupun semangat untuk awak lebih kuat. Bagi orang-orang yg pernah melalui kita faham perasaan tertekan tu. Walaubagaimanapun bila ada keikhlasan dalam menjaga dan menyumbangkan bakti kpd ibu bapa kemanisan itu datang juga. Jangan pernah putus asa dlm menjaga kebajikan ibubapa walau seteruk manapun ibu bapa kita. Doa ibu tu ibarat pendinding kehidupan kita. Jumpa lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua hari LPs mak kwn kaka mengadu pasal ank kesayangan dia dh kena mandrem dgn menantu from hell..jenguk blk pon bt syarat..semua ikut ckp bini..

Kat cerita TT ni pula ujian bertimpa2 wpon TT cuba jadi ank yang solehah.

Kaka ucap tahniah dkt TT utk semua effort TT Dan kesabaran TT hadapi ujian lepas satu satu..

Takziah juga atas pemergian ank Dan ujian kesihatan diri TT.

Byk nasihat bagus2 porumer dah sebut..jadi kaka sentuh part yang TT mungkin terlepas pandang..

Sebagai anak perempuan,no 1 kena wajib taat is Suami lepas Allah Dan Rasul.Dlm Islam,kalau suami larang utk blk ziarah rumah parent pon wajib taat (of course selagi xlanggar hukum Allah la)

Even husband u xmention wording like AKU HARAMKN KO BAWAK PARENT KO DTG RUMAH INI..dia tak suka pon ianya sebenarnya bmaksud TT xpatut dah buat..

Apetah lagi bila husband TT dh bersuara Dan indirectly keluar perintah(which TT wajib taat)iaitu to focus on ur health and well being of your family first..

Priority is a must

Your ujian Allah bg dlm bentuk fmly toksik..tp Allah murahkan rezeki u study rezeki ank baik rezeki suami herlok

So count your blessings coz I have friend yang bijak tp dh mental illness Dan jadi janda sbb suami toksik.

Ok come back to solution

Sekarang ni susun your priority

1.Husband
2.Health
3.Kids
4.Work
5.Study

Sakit jantung ni bukan benda kecik blh kawtim..ni blh kejap je nyawa melayang.so nasihat kaka if you can't handle the study stress minta study leave or hold kejap due to medical reason dlm setahun ke sampai rasa blh cope blk.study is a jihad and beruntung la org2 yang belajar,mengajar Dan mencari ilmu baru untuk belajar

Utk part parents u pula..kaka suggest utk setahun ni juga u should let it off ur mind..bukan lepas 100% xcontact ke apa..tp try not to engage a lot..xpyh amik tahu sgt apa dorg buat ke kenapa dorg by apa dorg buat..Siapa tukang jaga etc..just biarkan..if they ask,then only u participate.Else,obedient to follow ur husband's order..jika duduk jauh Itu menambah ketenangan then duduk la jauh Dr mereka (buat sementara waktu) until u are stronger..coz sometimes bila u dh distance urself baru dorg rasa 'kehilangan'

Thirdly pasal financial and wealth distribution..since u tahu family u spesis toksik..buat la wasiat/hibah etc siap2 sbg persediaan while u take study leave tu..bukan apa,Dr cerita u ni ada possibilities LPs u xde..husband u akan kena attack and dorg minta harta smpi bgaduh2 end up u dlm kubur pon akan sedih..so be prepared

Utk bab kesihatan u,kaka cdgkn u start adopt keto diet..it helps a lot utk reduce byk Jenis penyakit..mcm darah tinggi Dan kencing manis.ur jantung will have less burden bila u jadi fit..who knows kan..asbab merubah gaya pemakanan..nnt u rasa better sbb ada research menunjukkan keto diet blh bantu stress n depression juga..

I think Itu je la nasihat kaka blh share dgn TT bt masa skrg..semoga Allah beri u kekuatan Dan ketabahan hati menghadapi ujian

Doakan mak n fmly u bertaubat nasuha Dr melakukan perkara2 syirik tu..barula lembut hati utk dekat diri pada Allah..kopi dgn susu xkn blh duduk sekali..samalah dgn Nur Dan jugak kegelapan..so doakan ini dulu ya

Allah dh bg byk ujian n peluang utk mak u btaubat tp dia Masih bt benda2 xelok tu tentu la sbb hatinya Masih lg kelam hitam dgn dosa silam..semoga Allah pmudahkn urusan fmly u Dan kita semua.amen ya mujibhugsss!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 03:54 PM | Show all posts
to be honest, i pun kecik hati dgn my parents... arwah mak sayang betul abang sampai dia stroke pun abang tak tolong jaga, i lah yg tiap minggu balik sebelum subuh nak bawak mak pegi urut & fisio, keluar duit bayarkan maid, pampers... and duit simpanan arwah mak abg habiskan bila kami mintak share buat kepok kubur...


now my dad duduk sekali, my husband niaga kecik kecik tapi selalu my dad pandang rendah kat my husband... abg tak hulur satu sen pun utk tampung belanja makan ayah, husband lah bantu masak nasi belikan lauk... kadang2 i kat opis nangis sbb stress dgn perangai ayah yg ada je tak kena mengadu pasal husband. ayah xnak duduk rumah abg sbb rumah kecik, and kalau duduk rumah abg pun abg akan mintak duit lauk....


cuma, i rasa puas hati sbb dapat jaga arwah mak sampai dia meninggal, i rasa tak terkilan... and betul kena banyak sabar...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 04:04 PM | Show all posts
cuma skrg, kalau nak cuti, i pegi je cuti dgn husband.... kadang i selfish jugak lah sbb penat fikir pasal orang lain.... so cuti lah 3-4 hari kami berdua and refresh kejap....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2022 01:58 PM | Show all posts
Salam....
dah dekat setahun aku meluah kat thread nih..
Setahun ni juga bermacam-macam drama dan episod yang berlaku. Cume aku memang super duper busy dengan hal study..kalau boleh memang kena habiskan belajar ni mid year tahun depan juga.
Jadi time sangatlah limited utk aku singgah di forum  ni.
Ini pun aku stop kejap tengah2 study sebab tiba2 tepu dah takleh fikir dah.
lagipun aku dah start bercakap cakap dalam hati sambil buat keje. takut mental pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2022 02:49 PM | Show all posts
OK..bulan mac tahun ni sebelum puasa..
aku ada suarakan pada adik bongsu aku, since die tak keje, ajakla mak ayah duduk rumah dia pulak sbb aku nak focus study. Anak-anak dah start sekolah macam biasa, jadi aku nak ambil peluang study kat library universiti. and nak jumpe SV aku.

Tau tak boleh pulak si adik aku ni cakap dengan mak ayah aku yg aku dah taknak jaga diorg.Die wasap bapak aku bgtau yg aku ni tak ikhlas pun selama ni and dok push2 die dan akak aku untuk ambil jaga. Pastu, adik aku siap cakap baik keluar dari rumah tu sebelum laki aku halau diorg.

Ayah tunjuk wasap tu dan tanya betul ke. aku nafikan lah dan diorg mcm taktau perangai adik aku tu suka buat cerita. Dalam ramai adik beradik memang si bongsu ni paling sama perangai dengan mak aku. Jenis baran, manipulative dan licik mcm mak aku. Die juga dah 4 tahun kawen tapi masih belum direzekikan anak dan die agak bitter kalau part2 zuriat ni walaupun takde sape pressure die bab anak ni.

adik aku ni nama die memang hampir sama dengan aku.Ayah aku kata takde idea nak bagi nama apa, jadi die tukar aje huruf dari nama aku. nasib juga aku tak sekolah sama dengan die sebab gap kami jauh hampir 12 tahun. Yang menjadi masalahnya kan, dia suka menyamar jadik aku oleh kerana nama  kami hampir sama. Banyaklah kes sebelum ni panjang pula nak dicerita. Tapi semua penyamaran dia tu kantoi busuk lah. kalau ikutkan nak aje aku saman sebab mcm menyamar identitii org.

OK adik aku ni juga sebenarnya mungkin sebab didikan mak aku yang suke gap2 kan aku dgn adik beradik, die pun agak kureng dengan aku. Aku perasan die bitter sikit if aku ada plan apa2 utk mak aku. Contoh dulu aku nak ajak mak aku dok sekali kat rumah yang aku nak buat, adik aku beriya jugak nk beli rumah dok sekali dengan mak aku. tapi malangnya sampai sekrg tak dapat sebb die pun dah kene buang keje. Dan aku tau adik aku ni tak suke mak aku duduk rumah aku. Mungkin peel manipulative mak aku nilah puncanya. Dia suka buatkan anak-anak saling menceburui untuk berbakti kat dia. Aku pun pernah ada perasaan mcm tu masa muda-muda dulu. Bayangkan awal-awal keje aku mampu bagi mak aku rm200 aje. tapi mak aku dok brag cakap abang aku yang anak ramai and sorg bekerja tu bole bagi die rm500 sebulan plus bayarkan die itu ini. Aku yg bodoh masa tu rase tak patutnya..gaji aku lagi besar tapi aku bagi mak aku sikit. so aku berusaha nk fulfill kehendak mak aku. Itu dulu ye..tapi lama-lama aku tau tu semua tipu semata-mata. Abang aku tak penah bagi mak aku seposesn pun gaji dia. Mak aku sengaja cakap mcm tu supaya aku rase guilty and up duit bagi kedia.

Nampak tak permainan mak aku? Jadi, mcmtulah mak aku buat ke adik aku dgn brag ape aku bg kat dia. jadi adik aku ni bitter lah dan buat cerita bukan2 pasal aku supaya mak bapak aku makin benci kat aku. ya allah nantilah sambung... stressnya menaip tapi tak keluar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2022 02:51 PM | Show all posts
Edited by LagerthaRagna at 15-9-2022 02:55 PM

double post
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2022 03:56 PM | Show all posts
oleh kerana susah betul nak menaip asik hilang aje, aku ringkaskanlah ye..

mac 2022- mak termakan fitnah adik kononnya aku dan husband tak suke dia dok situ maka mak ayah aku pun keluar dari rumah aku untuk kali kedua. remember sebelum ni die dah penah buat hal  balik rumah abang aku dan ayah aku disuruh keje guard.

kali ni mak abah aku nak dok rumah akak aku pulak. Rumah akak aku medium low kos dengan anak2 ramai dan dah bujang semuanya. hanya ada 3 bilik di bahagian atas utk die dan anak2. ade juga anak kecik tido di hall bawah. sebelah hall tu ade ruang kecik sikit bole muat katil single. di situlah akak aku buatkan tirai untuk mak abah aku tido. memang daif sangat keadaan nya. nak menangis aku tengok keadaan mak ayah aku sbb kat rumah aku diorg ade bilik sendiri.

And aku dah cakap sebelum ni abang ipar aku tu tak berapa suka diorg dok rumah tu kan? tapi aku tak tau mak aku delusional ke apa sampai tergamak die nak pindah rumah akak aku tu. Dan sejak die keluar dari rumah aku, mak aku seakan memusuhi aku. Langsung die tak bagi abah aku call or datang rumah aku lagi. Aku tau bukan senang nak jaga org tua. Bukan dari segi emosi, material juga. apalagi akak aku pun hidup susah. Jadi sepanjang mak aku duduk dengan akak aku, aku bagi kakak aku setiap bulan duit belanja dapur. Kadang2 aku belikan food panda ke rumah diorg. Belikan frozen food and belanja diorang makan durian.

Aku happy dengar mak aku happy duduk dgn akak walaupun agak daif. takpelah aku bantu dari segi kewangan saja asalkan mak aku happy.

April 2022 (bulan puasa)- mak masih taknak datang rumah aku. ada sekali abah dtg sorang kerumah aku, dah janji nak berbuka sama2 tapi tiba2 mak aku call suruh abah balik esoknya. Aku dah level pasrah and redho sekrg ni. Dulu mungkin aku try hard nak amik hati mak abah aku. Tapi sekrg aku dah terima hakikat walau ape aku buat, aku tetap ibarat alas kaki jek..bak kata forumer kat atas tu. Aku saiko balik mak aku dengan bagi die angpau raya dengan jumlah agak banyak juga sebab kebetulan aku bonus masa tu. abah kata awalnya awak bagi angpau ..raya taknak jumpe ke? aku bagi alasan laki aku kerja raya pertama takut tak dapat jumpe. Disebabkan angpau tu, mak aku pulak felt guilty and minta aku dtg jumpe dia kat rumah akak aku. padhal sebelum ni mengelak nak jumpa aku kan...dah dapat duit  barulah nak jumpa aku..itupun masih ego ye..aku pulak kene kesana menyembah dia.

Mei 2022 (raya)- raya tahun ni kan raya terkejut?  selama hari raya ni akulah tukang masak keluarga. rumah aku tempat diorg berkumpul. sebab adik beradik aku perempuan ade 3 org, hanya aku je yang boleh masak. aku pulak mak mertua non muslim, jadik tiap kali raya mmg takde isu berebut balik kampung. mak aku if dia nak raya dengan anak-anak dia, die akan tempah lauk2 luar. untuk aku and family aku dah jadik kebiasaan aku akan masak 4,5 jenis lauk raya.

Sejak adik aku buat fitnah tu aku halau mak abah aku tu, and mak  aku percaya, aku memang malas nak contact adik aku dah. kira bercakap bila perlu. oh ye..laki aku pun kali ni betul2 pissed off sebab adik aku fitnah dia. walaupun memang die tak suka ape perbuatan mak aku kat aku, tapi dia bukan level kurang ajar lagi. Die sendiri cakap kat mak aku yg die tak pernah kata nak halau mak abah, tapi mak aku punye kekwat ye..die buat tak dengar je laki aku explain and hempas pintu bilik.
So memang mak aku dengarlah apa planning adik aku bila raya tuhari. akak aku balik kampung suami die beraya, then mak abah aku ikut beraya rumah adik aku. adik aku dah plan beli lauk raya bagai, tup2 raya tekejut..catering pun cancelled. adik aku sejak aku sound die buat fitnah tu, die dah block aku..Bila kata raya tekejut and catering cancel, die dah gelabah la nak bg mak abah aku makan ape pagi raya kan? Die pun guna hp laki die and menyamar konon2 text aku and bagitau mak suruh beraya rumah aku. aku waktu tu tengah besilat kat dapur memasak utk raya. laki aku memang dah warning raya ni biar raya anak beranak jek. masak pun sikit2 aje takyah mcm selalu. aku cuba bagi alasan macam2 taknak bagi adik aku beraya dengan kitorg. tapi die mendesak sambil menyamar jadi laki die. die ingat aku  ni laki bini bodoh macam die budak spm subjek sains semua average C,D tapi dapat buat engineering dah rase hebat.
so sebab die mendesak , aku terpakse berterus terang yang laki aku tak bagi die jejak rumah kami dah. sebab selama ni memang die toxic. datang rumah suka suki atas alasan mak abah dok dengan kitorang. sambil-sambil tapau makan and pernah pulak waktu kami takda die laki bini tido atas katil kitorg dlm bilik kitorg. sudahla taknak jaga mak abah, menyusahkan dan menabur fitnah pulak.

lepas aje aku berterus terang tu, jadi kemarahan kat dia. terus die block no aku laki bini kat hp laki die, fb dan segala medium. Manakala aku dan family beraya mcm biasa seadanya. Banyak kami beraya rumah kawan2 dan family suami je. tapi kami ok je tetap meriah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2022 05:20 PM | Show all posts
Beberapa minggu lepas raya, i noticed adik da block FB. Tapi aku terperasan ada satu fb ni atas nama penuh aku, komen kat satu page ni. FB aku memang tak guna nama sebenar. BIla tengok FB tu baru lagi create. Memang sahlah keje adik aku. Knowing her memang typical psycho and cyber bully. Die memang banyak fake akaun untuk dia skodeng musuh2 dia.

Antara benda saiko yang dia buat adalah baca hp mak mentua dia.  adik aku ni dah 4 tahun kawen dan belum direzekikan mengandung. Peel die akan bitter kalau die dengar sesiapa mengandung. Dia akan bitter. Nak jadik cerita, ipar die baru kawen dah nagndung. And die baca wasap mak mentua die dengan ipar die and mak die ckp ' jgn bgtau X (adik aku) dulu, nnti die sedih'. Org tu bukan ngumpat dia pun. Ehh... die terus serang mak mentua & ipar die.

Waktu tu aku bukak cafe dekat opis ipar dia tuh. Die pegi provoke kata2 makian dan doa bini org tu keguguran dan tampal kat cermin kereta ipar dia. Ipar die dtg cafe siap nk berparang. Memang drama sangat. End up adik aku play victim ye pegi report polis kene ugut katanya. Kes die dgn ipar die ni siap die pg confess ye kat page IIUM tu. Memang bebakul takde sorg pun back up. Semua cakap die gila and saiko.  Aku yg baca pun tak gamak. Aku pm lah admin page tu suruh turunkan post tu sebb hampir semua mengecam.

Benda lain yg die buat, komen bukan2 pakai fake akaun dia and die paling handal buat surat layang untuk kenakan org yg dia bitter. pernah die bg surat layang kat kawan die keje nurse KPJ sampai budak tu kene gantung kerja. Lepas die buat semua tu, die bangga tau cerita.

Waktu die practical kat jabatan kerajaan ni, umur dia dlm 23-24, dia berskandal dengan laki org. Dia ikut laki org tu pegi site office siap da mukadimah nk ehem2..bentang tilam kat bawah meja..bodoh sangat..pastu die buat report polis konon cubaan merogol. Dahlah husband aku selalu meeting dengan pengarah jabatan tu. Husband aku tebal muka bila diorg panggil nak setel tepi, pengarah tu kata, die dah tanya org kat department tu, semua tau dieorg berskandal bukan cubaan rogol. Memang buat malu jugaklah..Jadi modes operandi adik aku ni memang sejak dulu suka play victim and repot polis tu memang mainan dia.

SO, dalam kes fake akaun guna nama aku ni, aku minta abah aku bgtau die suruh delete kalau tak aku nak ambil tindakan. Dasar pompuan psycho, die pulak pegi repot aku kat balai and forward repot tu kat aku. Tapi kata suami aku, repot tu mcm fake sebb die hanya tunjuk isi je takde butir2 and heading polis pun. Diakan scammer memang pandai buat keje2 edit nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2022 05:44 PM | Show all posts
baiklah..berbalik pada mak bapak aku pulak..

July( lepas raya haji)- kusangkakan semua dah setel. Beberapa bulan ni sejak mak abah duduk dengan kakak, aku baru nak merasa tenang, dan nikmat duduk dengan keluarga aku je. jauh dari drama dan bulan2 bagi duit je. Tenang sgt rasa hati. Tup-tup aku dapat wasap dari kakak, bagitau laki die yg keje guard abah aku carikkan tu, dah sound ayah h aku kononnya dah tak sanggup jaga dah mak abah aku. minta anak lain pun bertanggungjawab..

Kakak aku terdesak sebab laki die dah bagi kata dua, so dia suruh bergilir jaga. Tapi husband aku tak bagi dah. Die kata part aku dah buat bertahun. Suruh diorg bergilir dengan anak lain je lahh.  Bila aku jawab macam tu, akak aku terus sound...' Dulu awak yg nak sangat jaga mama abah, sekrg awak nak lepas tengkuk'.
Aku jawab..memang nak jaga tapi mak abah awak yg taknak kan? dah berapa kali lari dari rumah org. Die nak duduk dengan anak2 kesayangan dia. Org ni bagi duit dah cukup.'

Lepas tu akak punye terdesak sanggup nak share bayar rumah sewa untuk mak abah. ITu memangla solution yang baik macam forumer2 cadangkan...tapi jadik tak baiknya...bila yang bagi duit kat mak abah ni hanya aku sorg dari 6 adik beradik. SEwa area tu teres setingkat pun 800-900. Mungkin duit aku cukup bayar sewa je la. lain2 bill dan makan diorg?

Diorg ajak berbincang kat rumah abang. Tetap husband aku tak bagi pergi sebb die kata berani kerat jari memang takkan ada solution melainkan bergaduh aje. Memang betul pun. Kami memang tak pegi pun. Kakak sajalah yg updates kan end up mak abh duduk balik dengan abang sebab mak bermatian nak duduk dengan abang. Jadi wife abang pun terpaksalah mengalah.  sebab mak taknak bergilir. Katanya macam bola.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2022 06:01 PM | Show all posts
Ogos pertengahan- tak sampai 2 minggu mak abah duduk dengan abang, TUp tup ..wife abang ajak abang pindah sewa luar. Rumah tu diorg bagi mak abah duduk. Masalahnya ye..abang aku memang takkan mampu nak sewa luar dengan rumah mak tu dia dah refinance dari bulanan RM600, now dah jadik RM 1500. Sewa pulak di lorong yg sama, bulanan RM1K.

Ada forumer kat atas tu cakap seolah aku ni menyalahkan akak ipar sebab lari rumah. Begini ye..kak ipar aku tu kawen masa umur 18 tahun dengan abang aku. Jenis tak habis sekolah, dan baru2 kawen pun masih lagi citer hal boyfriend lama kat kami. Tapi kami terima je dia sebb dah abang suka kan?

Dia kawen masa aku berpantang anak sulung. Aku pantang kat  rumah mak waktu tu. Tapi almari perabot semua baru sbb laki aku belikan waktu kawen since rumah mak aku takde proper set bilik. Diorg kawen accidently faham2 la sebab ape.. So memang takde preparation, baju kawen pun pakai baju aku ..then bile da kawen die masuk rumah tu, dan mak aku suh aku tido bilik kecik dengan baby merah lagi. So...set2 bilik tu automatik dapat ke abang aku. Nasibla aku  tak meroyan.
Dahla bilik kite berpantang diambil, lepas tu baru kawen die buat drama kena sampuk la histeria la...
Last-last laki aku pun bawakla aku balik rumah, pantang sendiri. Eh hilang pulak sakit histeria die bila aku keluar rumah tu.

Abang aku dah berapa kali nak cerai wife die sebab jenis melayan bangla, asal boleh je. Tapi asal pulangkan ke kampung, ntah ape kakak si kak ipar ni cakap, terus abang aku tak jadi pulangkan. Lama-lama aku tengok abang dah macam org bodoh. padahal kak ipar aku tu sekolah sampai darjah 6 je. tapi apa2 keputusan major semua abang aku akan refer wife die. Termasuk refinance rumah mak tu, wife die tolong carikan ejen untuk refinance rumah. penah ko dengar tak nk refinance kene ejen bagai. Dan end up kene bayar ejen tu 60k ye as komisyen. Ni abang aku buat tanpa bincang dengan kami adik beradik. Kawan aku dan husband ramai je banker yg sudi tolong tapi abg aku pilih ikut kata bini die. BUlan2 bayaran installment tinggi, cash dapat sikit, insurans mrta pun tak cover rumah tu.
Batang hidung ejen pun tak pernah jumpe. just deal thru wasap je dengan bini die. Ko rase?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2022 06:24 PM | Show all posts
OK berbalik pada plan abang aku tu...abg aku wasap aku panjang lebar..plan die nk sewa luar tu..tapi hujung2..deposit rumah sewa die RM3k, aku kene bayarkan as timbal balik la die nk bg abah mak tinggal rumah die. Gila betul.... Ko yg plan, bini ko yg taknak dok sama mak, aku pulak dikambing hitam.

Memang taklah kan aku nak ikut. Yang mak ayah aku dah tak betah duduk rumah abang bila abang bgtau nak sewa luar. Ni semua ibarat menghalau diorg secara halus. Tapi mak aku tetap salahkan menantu. Die kata abang aku tu anak yg baik sebenarnya tapi sebab dah kena bodoh dengan bini, tu yang jadik macam tu.. In denial sangat mak aku kan..

So, demi nak selamatkan rumah tangga abang aku sebab mak aku kata, diorg dok serumah tapi tak bertegur and wife die mogok taknak masak..So abah aku minta nak balik rumah aku balik buat sementara dia nak cari rumah sewa flat aje yg dapat bulanan RM500 kebawah.
Aku tanya husband. IKUt hati die yg marah memang dia taknak bagi. Tapi die tau org tua tu takde tempat nak pegi dah. BUlan 10 ni ayah aku akan buat angio (prosedur jantung)pakai GL aku. So akulah kene uruskan..Husband aku bagi hingga selesai angio ayah. Lepas tu dia minta abah pindahla rumah sewa.

Sesungguhnya nak tunggu tengah bulan Oktober tu agak terseksa jugak aku. Rutin harian diorg yang mcm Guru Besar pencen tu..betul2 buat aku sakit mata. tapi begitulah memang tak boleh diubah lagi. Mak aku selamba aja selepas apa yg dia dah buat kat kami. Rase entitle mendapat keistimewaan dilayan makan minum olah anak yg die benci. Kadang2 aku terkejar dgn thesis, nak masak utk diorg yg seruopa OKU jadian tu..

Hari-hari aku berdoa moga semua ni akan berakhir dan aku terus bersabar dgn diorg. oh ye, disebalik drama-drama 100 episode nih,Alhamdulillah  ada juga berita gembira untuk husband aku. Dia baru je dinaikkan pangkat lagi dan sekrg sedang menunggu posting. Mungkin inilah jalannya Allah swt takdirkan untuk kami berpindah dari sini. Sori tulisan aku kali ni messy sikit..banyak sgt nak diluah sesambil mengejar masa.

tolong doakan urusan belajar dan family dipermudahkan ye..

dan terima kasih atas komen dan nasihat ..
Banyakkan watak antagonis dlm cerita ni..mcm drama pulak kan? Itulah hakikat kehidupan.. SEbab tu drama tu wujud. Dan aku selalu tak sempat melayan drama tv berepisod episod. Mungkin drama family sendiri pun tak terlayan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.674536 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list