Post Last Edit by lavender_aqua at 12-6-2010 20:47
SUKAN…
Kalau diikutkan Aqua bukanlah seorang yang rajin bersukan… Tapi semenjak masuk U, sedikit sebanyak tabiat tu berubah kerana kawan baik Aqua suka ajak bersukan dan kadang2 berjoging… Antara semua sukan yang pernah Aqua main, ini 3 yang tak dapat dilupakan…
BADMINTON…
Sejak kecil lagi, Aqua memang dah biasa main sebab abang2 sendiri gila dengan badminton… Malah, kawan sekolah pernah kata badminton dan Aqua tak dapat dipisahkan… Sekarang di kampus, andai ada kelapangan Aqua akan bermain dengan teman sebilik yang kebetulan suka main badminton…
BOLING…
Boling merupakan sukan yang Aqua baru main sejak setahun yang lepas… Tengok di tv nampak senang je baling bola ke arah pin, tapi kalau takde skill silap hari bulan dapat gelaran raja/ratu longkang… Sekarang Aqua dah rasa sendiri, boling pun perlukan teknik yang betul untuk main… Sape kata main boling senang…
BOLA JARING…
Masa sekolah waktuvPendidikan Jasmani Kesihatan(PJK), pelajar perempuan selalu main bola jaring… Entah di mana silapnya, dari kecil sampai sekarang Aqua memang tak reti main bola jaring… Hakikatnya sampai ke hari ni Aqua masih tak suka main, mujur dah tak payah main macam masa sekolah dulu... ;) |