CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: True-X

CAMERON HIGHLAND DAH TAK SEJUK SGT

[Copy link]
Post time 15-4-2011 07:41 PM | Show all posts
sapa yg salah?
manusia juga yg menjadi puncanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 08:16 PM | Show all posts
tak pernah pijak kaki kat Cameron lagi

tapi genting dah pijak... petang jer, sejuk wooooooo... siap berkabus lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 12:56 PM | Show all posts
ozon semakin nipis,bumi jdi panass........
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 05:35 PM | Show all posts
la ni kena tuka, pi CH bukan sbb nk rasa sejuk2 kt sana,
tp nk menengok kebun2 sayur haram yg besepah2 dr tepi jalan membawak ke lereng bukit..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 02:41 PM | Show all posts
tak sesejuk dulu... dulu siang hari bersweater bagai...

sekarang siang hari, berpeluh jugak laa...

malam hari jek sejukkkkk! selubung dalam selimut...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 09:49 AM | Show all posts
tanah digondolkan utk tanam sayurrr...pastu secara haram plak tuhh...pencemaran racun2 tak amik kira lagi tuhhh....adussss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2011 10:46 AM | Show all posts
siang dah xsejuk sgt tp malam mmg sejuk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 04:44 PM | Show all posts
Dah lama sangat tak pegi Cameron Highland. Last pegi 3 tahun lepas. Tapi kalau waktu hujan tu masih lagi berkabus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2011 09:27 PM | Show all posts
betul tu , rasanya dah kurang sejuk..tp atas gunung brinchang still lg sejuk...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 09:47 PM | Show all posts
jalan nak naik cameron tu scary tak..? aku nk pegi berdua ngan anak drive sendiri.rasa2 aku selamat turun naik tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 10:45 AM | Show all posts
sama mcm ranau kat sabah lah jugak..dulu time kecik2 tahun 80-an siap ada kua asap dari mulut bajet cam kat oberc..la ni 2 tahun lps g sana tgk awek2 sumandak siap boleh pakai singlet n hot pant jer... mmg tanah2 tggi kat area malaysia ni pun dah kena efek global warming kot...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 06:12 PM | Show all posts
wpun tak sejuk sgt waktu siang... tapi malam tetap sejuk...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 06:36 PM | Show all posts
wpun tak sejuk sgt waktu siang... tapi malam tetap sejuk...
wirDATul Post at 29-9-2011 18:12


Ye betul aku setuju dengan kamu, walaupun waktu siang kadang kala terasa hangatnya tapi pada waktu malam tetap sejuk sampai tak perlukan kipas angin maupun penghawa dingin. Aku biasa berulang ke Cameron Highlands ni dengan rakan aku dengan menjadikan kereta sebagai hotel, boleh kata 2 bulan sekali aku akan melancong ke sana dengan cara perbelanjaan bajet.

Tapi ada ketikanya siang pun sangat sejuk sehingga 12 darjah selsius saja, terutama kalau musim hujan dan di kawasan atas sedikit dari Tanah Rata terutamanya di kawasan Kea Farm dan Muzium sana. Biasanya aku hanya parking kereta di kawasan pasar tani ahad tu saja, membelakangi kawasan pasar malam tu. Setakat ni lebih 10 kali aku bermalam di sana dengan tidur di dalam kereta dan cuacanya sangat-sangat sejuk, aku hanya buka cermin sedikit saja lebih kurang senipis shiling 50 sen untuk udara keluar masuk. Itu pun aku boleh mengigil juga sejuknya, bagi aku Cameron Highlands masih tempat yang sejuk dan tempat beriadah terbaik bersama keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 06:45 PM | Show all posts
sama mcm ranau kat sabah lah jugak..dulu time kecik2 tahun 80-an siap ada kua asap dari mulut bajet  ...
fazzrules Post at 22-8-2011 10:45


Sebelum bulan puasa dulu aku berpeluang melancong ke Sabah 5 hari 4 malam, aku sempat pergi ke Ranau tu dan boleh kata tempatnya memang kurang sejuk kalau di bandingkan dengan Cameron Highlands. Tapi aku tak pasti kalau kebetulan masa aku pergi tu memang musim panas di sana, jadi aku tak boleh nak siimpulkan yang Ranau dah tak sejuk. Tapi bagi aku Ranau ni seakan di anak tirikan dari peta pelancongan Malaysia saja, kalau di cantikkan dan banyak kebun di buka seperti di Cameron Highlands tu tentu ianya akan lebih gah.

Cuacanya waktu malam juga tak berapa sejuk, aku berpeluh saja malam tu kalau tak berkipas. Tapi di awal pagi memang terasa sangat sejuknya, seingat aku suhunya lagi sejuk dari suhu di Cameron Highlands untuk waktu subuh dan boleh nampak kabus-kabus di semua tempat (kebetulan pula hujan jadi aku tak boleh nak kata juga). Tapi ikut rakan aku orang tempatan di sana, dia pernah tinggal di Ranau tu dari tahun 1996-2004 sebab bapa dia anggota polis di sana dan dia mengakui keadaan suhu dalam tempoh 15 tahun ini sangat berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 06:53 PM | Show all posts
jalan nak naik cameron tu scary tak..? aku nk pegi berdua ngan anak drive sendiri.rasa2 aku selamat  ...
daiman Post at 21-8-2011 21:47


Kalau kamu menitik beratkan soal keselamatan, sebaiknya kamu melalui jalan Simpang Pulai tapi jaraknya sedikit jauh iaitu makan masa 3-4 jam dari Kuala Lumpur. Jalan rayanya kecil dan banyak bengkang bengkok tapi keadaan jalan sangat cantik dan selamat, ianya juga bersih dan tiada sebarang benda asing di tengah jalan berbanding melalui jalan Tapah.

Tapah pula laluan lama ke Cameron Highlands, ianya melalui perkampungan orang asli yang baru-baru ini berlaku tanah runtuh tu. Jalan Tapah ini sangat bahaya, sudah lah kecil kemudian banyak ranting-ranting pokok bersepah di atas jalan. Ianya sebab bas dan lori melanggar pokok-pokok yang rendah dan rendang di sepanjang jalan, sangat bahaya sebab aku pernah nampak kereta yang pecah cerminnya disebabkan melanggar ranting pokok yang berjuntaian dari pokok sebab patah di langgar kenderaan besar lain.

Jadi sebaiknya rancang perjalan kamu, untuk mengelakkan kesesakkan jalan raya sebab di Simpang Pulai selalu berlaku sesak sebab kebodohan pengunjung parking di sekitar Kea Farm. Kalau dari Lembah Klang seeloknya kamu keluar selepas solat subuh, bukan saja dapat mengelakkan kesesakkan tapi dapat melawat banyak tempat di sana yang boleh di habiskan dalam masa 2 hari saja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 06:59 PM | Show all posts
tanah digondolkan utk tanam sayurrr...pastu secara haram plak tuhh...pencemaran racun2 tak amik kira ...
tuah_r Post at 13-5-2011 09:49


Aku nak pergi ke kebun / kawasan lebah madu tu, tapi terkejut melihatkan jalan sepanjang masuk ke sana sangat daif keadaannya. Tong-tong (mungkin tong racun) bersepahan macam tidak terurus saja, selain itu papan lapis bersepahan di sepanjang jalan yang hanya sekangkang kera itu. Kebun lebah tu pun tiada istimewanya, sangat teruk keadaannya dan seperti tidak terurus. Aku tak tahu ianya kebun haram atau halal, sebab aku bungung memikirkan ketidak strategiknya lokasinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2011 10:52 AM | Show all posts
Sebelum bulan puasa dulu aku berpeluang melancong ke Sabah 5 hari 4 malam, aku sempat pergi ke R ...
dr.R Post at 29-9-2011 18:45



    agreed..tp klu mau tmpt yg agak sejuk sikit pegi kundasang..area sana lbh tggi dari ranau..mmg ranau & kundasang agak di anaktirikan mungkin psl gov fikir gunung kinabalu, national park & taman air panas poring sudah cukup tuk tarikan pelancongan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 11:46 PM | Show all posts
aku xpenah pegi lg cameron tu,dengar2 je citer yang CH ni sejuk,tp bila tau yang Ch da xsesejuk dulu...rasa sakit je ht ni,dorg yang wat projek pembangunan ni xpikir ke pasal generasi akan dtg,dorg pikir pasal keuntungan masing2 je,so selfish la...vangang betul,cari tempat len utk dibangunkan xboleh?kenapa tempat peranginan cenggini jugak dorg nak pakai...sial la
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 10:34 AM | Show all posts
Reply 38# Tottot89
bab penggunaan tenaga je diorang suruh kita ingat kat anak cucu...bab dapat duit kat diorang, terus wat tak tahu....biasa la...manusia.....sentiasa tamak dan mementingkan diri sendiri....


bab CH tak sejuk sangat dah....aku rasa betul kot? last aku gi dulu, siang takyah pakai jaket pun...cuma bila malam + ujan renyai2 dan ride motor tanpa jaket....masa tu mmg rasa kesejukan hingga ke tulang...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 04:09 PM | Show all posts
Reply 39# Brutal


    aku xtau la generasi akan dtg dpt merasa lg ke x titik2 sejuk kt Malaysia ni,20 tahun akan dtg,suhu kat CH=suhu kat KL
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.720413 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list