CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Icahn

Anak saman ibu bapa - Pandangan ibu bapa kat sini?

[Copy link]
Post time 5-2-2010 08:48 PM | Show all posts
dlm 2 kes kat atas tu.. mg patut si anak mtk nafkah dari bapak walapon mak dan bapak dah bercerai..

kdg2 bile si bapak dah bercerai, byk bapak2 yg lepas tanggungjawab tak nak bg nafkah pd si anak.. tanggungjwb tu smpi mati okay..tu lah pandai rembes benih, tak pandai lak nak bg mkn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2010 08:15 AM | Show all posts
bila ibu melahirkan tuannya, tak kira sejauhmana makpak bertanggungjawab.. anak akan tetap meminta sesuatu yg dikira menjadi haknya walhal tak pernah sekalipun berhak..
erm.. rasa jawapan aku ni  ...
ParinAmat Post at 5-2-2010 19:53


Ermmm.......aku rasa apa yg sis tu maksudkan, ialah basic rights b4 anak tu mencapai umur 18 atau 21 tahun...
macam kes anak Chinese tu, pada pendapat aku kalau dia minta bapak dia tanggung masuk u private yg mahal kalau bapak dia tak mampu memang la agak melampau. Tapi kalau setakat mintak nak suruh tanggung masuk u biasa yg fees dia around rm490 per sem, rasanya tak la melampau, sebab most of parents mampu nak sediakan macam ni........kecuali bapak dia tu penoreh getah yg teramat miskin yg ada 12 orang anak untuk ditanggung la, tu dah masuk isolated cases pulak....

just my 2 cents....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2010 08:25 AM | Show all posts
Ermmm.......aku rasa apa yg sis tu maksudkan, ialah basic rights b4 anak tu mencapai umur 18 atau 21 tahun...
macam kes anak Chinese tu, pada pendapat aku kalau dia minta bapak dia tanggung masuk ...
Icahn Post at 6-2-2010 08:15


Btw, i've been thru all this, memang I bercakap from experience.
Cuba kita fikirkan, ramai anak2 orang miskin yg bapak diorang penoreh getah, nelayan etc, masa diorang ( of course la lepas tu diorang berjaya jadi professionals macam doctor, engineer, lawyer etc ) sedang belajar memang miskin hinggakan terpaksa bekerja sambilan semata2 sebab nak bayar yuran uni, tapi apasal diorang tak pernah saman parents diorang lepas tu macam kes anak Cina tu?

Perhaps sebab diorang tahu yg parents diorang hanya tak mampu dari segi material, tapi dari segi unconditional love, emotional n physical supports etc memang tak pernah diabaikan........

Maknanya dalam kes yg sampai anak2 filed lawsuit tu, memang ada something wrong kat belakang. Something is definitly very very wrong,
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 08:46 AM | Show all posts
Btw, i've been thru all this, memang I bercakap from experience.
Cuba kita fikirkan, ramai anak2 orang miskin yg bapak diorang penoreh getah, nelayan etc, masa diorang ( of course la lepas tu dio ...
Icahn Post at 6-2-2010 08:25



Kalau bapak kategori miskin tegar but dlm masa sama laksana tanggungjawab dia as bapa, ada bonding parent child yg kuat dalam family tu, i don't think anak2 yg desperate nak further study ni tergamak nak saman bapak tu sbb tak mampu nak bayar yuran dia....sebaliknya akan berusaha sendiri kerja part time utk bayar yuran.

Orang bila cerita pasal tanggungjawab cuma tau bagi anak makan dan jaga sampai besar jek....kalau ni maksud tanggungjawab berkeluarga yang dia orang faham, tak ada beza hidup manusia dengan kucing... beranak, bagi susu kat anak, jaga anak yang kecil tu sampai pandai cari makan sendiri, lepas tu pandai2 kau la anak....baik jadi kucing macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 08:48 AM | Show all posts
bila ibu melahirkan tuannya, tak kira sejauhmana makpak bertanggungjawab.. anak akan tetap meminta sesuatu yg dikira menjadi haknya walhal tak pernah sekalipun berhak..
erm.. rasa jawapan aku ni  ...
ParinAmat Post at 5-2-2010 19:53



Bagi contoh boleh tak? AND tak perlu la ada back-up singer ...Apa faedahnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2010 09:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by Icahn at 7-2-2010 12:35
Bagi contoh boleh tak? AND tak perlu la ada back-up singer ...Apa faedahnya?
sarahmirza Post at 6-2-2010 08:48


Yup, bro ParinAmat ni kena bagi facts and evidence. Cuba bro ParinAmat imagine bro  sedang argue pasal case ni kat court, ingat judge senang2 gitu je ke nak terima sweeping statement macam ni? bro ParinAmat kena bagi cold facts and proven evidence, standard of proof is very very high kat court of law tau tak........

   Btw, adik Nik Nur Madihah pun dilahirkan dalam kemiskinan juga, tapi kenapa dia tak pernah saman parents dia? Kenapa ada
anak2 yg sampai saman parents diorang? Cuba bro ParinAmat fikirkan............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2010 10:29 AM | Show all posts
Yup, bro ni kena bagi facts and evidence. Cuba bro imagine bro sedang argue pasal case ni kat court, ingat judge senang2 gitu je ke nak terima sweeping statement macam ni? U kena bagi cold facts a ...
Icahn Post at 6-2-2010 09:14


kan sara dah jawab sebelum nie....i pun dah jawab, ke lawyer nie tak paham2 lagik

cold facts come wt hard prove evidence...so cemana nak prove "kasih sayang" antara parents dan anak2
samada kita tuli utk memahami atau buta hati saja nak mengakui....

adik madhiah tu idup dlm kemiskinan tapi MUNGKIN bapak dia berjemaah setiapkali solat isyak dan magrib
bersama keluarga....kuncup tgn lepas solat, bagi tazkirah utk anak2 dan bini dia
makan bersama dan angkat tgn mengaminkan doa siayah....benda2 camni cemana nak buktikan kat court??

sebab tu i dah tulis, kalo anak nak saman parents atas sebab2 kekurangan material....depa takkan pikir 2-3 kali
tapi kalo anak2 tu dididik even dlm kesusahan merempat tapi kasih sayang tu murni tanpa perantaraan duit
dan segala jenis material support ...insyaAllah, budak2 tu akan ingat...
mungkin ada konflik antara mereka, tapi utk heret sampai ke judgement atas dunia nie....
i dun think they have guts to do so....

agaknya dlm thread nie i noticed, dlm pd kita sibuk sgt dgn kebendaan dunia...
jgn lupa hakikat anak2 nie bukan barang, benda...yg membesar tanpa emosi
binatang pun ada rasa kasih pd tuan yg berikan dia makan....nie bayangkan manusia yg berakal
tapi kalo ada kes2 saman parents nie.....apa yg i muskyil, kita sekarang nie tgh membesarkan
robot2 utk kesenangan kita gak satu hari nanti....maybe robot tu keje professional, so kita pun tumpang
mana keikhlasan kita agaknya sebagai mak/ayah??......sumthing to ponder ehh
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 10:41 AM | Show all posts
Yup, agreed. Parents nowadays just wait for result jek.... they dont mind to spend much money to create 'leaders' but to spend time... sorry, i am busy.
sarahmirza Post at 5-2-2010 17:49


setuju....depa taknak involved dlm proses
depa cuma nak meRAIkan keputusan yg bakal dtg...

bukan sket parents kat kindy tak puas hati kalo anak takleh membaca
depa taknak tahu, proses cemana nak sesama membantu mengajar..
depa TAKNAK nak paham keunikkan anak2 hingga lambat pick-up dlm kelas
KELABU ASAP lagi....bila cikgu kindy kata, anak tuan/puan perlukan special support
terus tukar kindy...carik yg terbaik didunia, sebab depa mampu material...

agak2nya, anak2 nie ada rasa ke...emotional support dr parents
yg dia tahu....parents hantar aku to be fixed by professional...
parents tetap tak ambik tahu proses...dia cuma nak tgk END RESULT
so i tak nampak apa yg pelik kalo anak2 tu sanggup saman balik mak/ayah tu
kita yg didik dia thru medium material....kita cuma tuai hasil yg kita tanam saja..
huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2010 12:34 PM | Show all posts
kan sara dah jawab sebelum nie....i pun dah jawab, ke lawyer nie tak paham2 lagik

cold facts come wt hard prove evidence...so cemana nak prove "kasih sayang" antara parents dan anak2
sam ...
my-alja Post at 7-2-2010 10:29


I quote post sarah, yang mana sarah quote posting ParinAmat, bro yg saya refer to ialah --> ParinAmat, maknanya I nak bro ParinAmat tu jawab, specifically. I tau la yg u dan sarah dah tolong jawabkan soalan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 06:36 AM | Show all posts
Saman anak, ibu bapa makin serius
03:43:11 AM Oleh Syuhada Choo Abdullah Cetak Emel Kawan
      26

KERATAN akhbar isu saman membabitkan ibu bapa dan anak.
Trend gambarkan kerapuhan institusi kekeluargaan

KUALA LUMPUR: Kecenderungan ibu bapa menyaman atau disaman anak kini seolah-olah menjadi trend baru dalam masyarakat Melayu hingga mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak kerana menggambarkan kerapuhan institusi kekeluargaan.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata ketika ini lebih 10 kes saman membabitkan kedua-dua pihak dalam proses perbicaraan di mahkamah sivil atau syariah di seluruh negara dan dijangka meningkat pada masa depan.
Kes itu termasuk tuntutan saraan, nafkah serta pembahagian harta dan bukan saja membabitkan ibu bapa menyaman anak, malah orang tua disaman anak.

“Isu saman antara ibu bapa dan anak ini boleh dilihat dari dua sudut. Jika dilihat dari sudut positif, ini menunjukkan ibu bapa atau anak semakin celik undang-undang dan mengetahui hak masing-masing.

“Bagaimanapun dari sudut kekeluargaan, peningkatan kes sebegini menunjukkan keruntuhan institusi itu, sedangkan keharmonian dan kekukuhan ikatan kekeluargaan, terutama dengan ibu bapa, amat dititikberatkan dalam Islam serta budaya Melayu.

“Sebaik-baiknya kedua-dua pihak mencari jalan perdamaian kerana mahkamah bukan tempat utama untuk isu kekeluargaan, ia adalah jalan penyelesaian terakhir,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, seorang bapa Baharom Long, 85, memfailkan saman terhadap tiga anaknya menuntut ganti rugi lebih RM2 juta kerana mendakwa dikurung dan dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah berhubung pembahagian dua lot tanah miliknya dan arwah isteri.

Selasa lalu, pesara, Mustafa Ismail, 64, memfailkan saman terhadap anaknya, seorang pengurus syarikat cari gali minyak, menuntut tunggakan nafkah berjumlah RM20,000 untuk dua cucunya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang sangat bimbang dengan perkembangan yang melanda masyarakat Islam itu, berkata sepatutnya antara ibu bapa dan anak mesti ada sikap kasih sayang serta hormat menghormati seperti dituntut agama.

“Saya cukup bimbang dengan keadaan sekarang... anak derhaka dan biadab terhadap ibu bapa, kes buang bayi... seolah-olah sudah tidak ada lagi kemanusiaan dalam diri manusia.

“Ini akibat kehidupan moden yang tidak bermoral, terlalu mengejar harta sehingga melupakan keluarga atau siapa yang melahirkan kita,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata pihaknya akan menjalankan kajian dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk menentukan petunjuk bahagia atau sejahtera bagi rakyat Malaysia, termasuk sama ada dinilai dari segi kesihatan, kewangan dan hubungan stabil.

Beliau berkata, kajian itu akan dijalankan tidak lama lagi membabitkan masyarakat semua peringkat umur, latar belakang dan kaum berikutan semakin banyak dakwaan bahawa institusi kekeluargaan kian rapuh dan goyah sehingga menjadi punca peningkatan gejala sosial.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 06:41 AM | Show all posts
Wanita Saman Ibu Bapa Sendiri

June 30, 2012Saman,Wanita
10

1

0



Beijing – Kerana menjalinkan hubungan yang tidak direstui ibu bapa, seorang wanita dipaksa tinggal di dalam hospital mental selama tiga hari.

Menurut Chen Dan, 30-an, dia yang selama ini dikawal ketat oleh ibu bapanya, telah dibawa secara paksa oleh empat lelaki yang diupah oleh keluarganya ke hospital mental Huilongguan itu.

Dalam kejadian pada awal bulan ini, Chen Dan mendakwa dia dikurung di dalam wad tersebut bersama 10 pesakit jiwa.

Mereka diikat di katil dan Chen Dan turut dipaksa berbogel untuk membolehkan pemeriksaan kesihatan dijalankan.

Jelasnya, pakaian, telefon bimbit dan dompetnya turut dirampas.

“Pemeriksaan itu dijalankan selama tiga hari oleh 20 orang doktor dan saya ditanya dengan pelbagai soalan, sehinggalah mereka membebaskan saya selepas mendapati saya adalah normal,’’ katanya.

Penculikan itu telah dilaporkan kepada polis dan dia bakal menyaman ibu bapa dan hospital terbabit kerana menafikan kebebasannya.

Chen berkata, dia merupakan anak tunggal kepada ibu padanya yang melahirkannya pada usia lanjut.

Berikutan itu, mereka telah menatangnya dengan penuh kasih sayang, namun pergerakannya sentiasa dikawal ketat.

Biarpun dia telah berkhidmat sebagai jurutera di Beijing sejak 10 tahun lalu, namun ibu bapanya terus mengawal kehidupannya.

Dia pernah mempunyai teman lelaki ketika menuntut di universiti namun hubungan itu terpaksa diputuskan selepas mendapat tentangan daripada ibu bapanya.

Selepas mempunyai teman lelaki baru dan menetap bersama, dia masih merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu bapanya.

Bagaimanapun perkara itu terbongkar selepas kedua ibu bapanya datang ke rumahnya secara mengejut.

Bimbang rahsianya terbongkar, dia berpura-pura tiada di rumah dan menutup pintu, menyebabkan ibu bapanya menyangka anak mereka itu telah gila.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 06:43 AM | Show all posts
Bolehkah anak menyaman ibu, bapa


Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
KERAPUHAN institusi kekeluargaan di Malaysia telah menyumbang kepada keruntuhan akhlak, khususnya di kalangan orang Islam.
Sejak kebelakangan ini pelbagai kecelaruan timbul dalam susun atur dan jaringan institusi kekeluargaan Islam sehingga seolah-olah sudah menjadi norma anak-anak tidak menghormati ibu bapa mereka sebagaimana terdahulu.
Sering dilaporkan di media-media sekarang trend anak-anak memfailkan tindakan di mahkamah terhadap kedua ibu bapa mereka.
Ruangan kali ini bukanlah mahu menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi sekadar meneliti kedudukan dari sudut hukum syarak supaya dapat difahami oleh masyarakat.
Sebenarnya tiada dalil secara spesifik yang melarang atau menyuruh melakukan prosedur demikian. Maka ia terbuka kepada maslahah mursalah. Ia pada umumnya adalah bersifat maslahah yang sekiranya tanpa prosedur tersebut, kemungkinan sesuatu pertikaian sukar untuk diadili.
Di negara kita pula, saman merupakan salah satu daripada prinsip-prinsip prosiding yang mesti diikuti. Ia bertindak sebagai sebuah perintah agar seseorang yang dituduh hadir ke mahkamah untuk mengetahui pendakwaan yang dibuat oleh pendakwa.
Saman ibu bapa
Asalnya hukum bagi isu seperti ini adalah harus kerana terdapat hak yang sepatutnya dimiliki oleh seorang anak tidak sampai ke tangan mereka.
Umpamanya dalam kes seorang ibu meninggal dunia dan meninggalkan sejumlah harta. Harta tersebut sepatutnya perlu dibahagikan mengikut kaedah faraid. Akan tetapi, ayah mereka yang masih hidup, enggan memberikan hak faraid kepada anak-anak itu.
Walau bagaimanapun, terdapat hadis yang bermaksud: Daripada Jabir ra, Sesungguhnya seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak, dan bapaku (pula) hendak menyapu hartaku.” Lalu Nabi menjawab: “Bapa kamu berhak terhadap kamu dan harta kamu.”
Hadis di atas secara literalnya boleh difahami dengan cara yang salah jika pembaca tidak berhati-hati terhadap maksud daripada sudut nahunya.
Mungkin pembaca boleh memahami bahawa hadis di atas memberi lampu hijau kepada para bapa untuk mengambil harta anak-anak sesuka hati. Bukan hanya harta, bahkan diri anak itu sendiri kerana andaian harta dan anak adalah miliknya.
Sebenarnya Rasulullah tidak membiarkan hadis itu begitu sahaja. Terdapat sebuah lagi riwayat yang sahih berkenaan seorang lelaki Arab Badwi ketika bertemu Rasulullah.
Hadis tersebut bermaksud: “Sesungguhnya seorang Arab Badwi telah datang pada Nabi seraya berkata: “Sesungguhnya ayahku selalu menyapu hartaku.”
Lalu Nabi menjawab: “Kamu dan harta kamu berhak ke atas bapa kamu, yang terbaik daripada apa yang kamu makan adalah daripada apa yang kamu hasilkan sendiri, dan anak-anak kamu adalah daripada hasil kamu, maka berilah mereka kebahagiaan.”
Hadis di atas menerangkan berkenaan dengan aduan lelaki Arab Badwi yang mendakwa bapanya selalu mengambil hartanya. Walaupun bapanya berhak terhadap harta tersebut, Rasulullah turut menegur agar mendapat harta itu biarlah daripada hasil usaha sendiri dan bukannya diambil daripada orang lain.
Imam al-Syaukani semasa memberi komentar terhadap hadis di atas telah memberi penjelasan yang cukup baik.
Katanya: “Hadis di atas memberi pengertian bahawa lelaki tadi berkongsi harta dengan anaknya. Oleh itu, bapa boleh menggunakan harta tersebut sama ada dengan izin atau tidak. Harus juga si bapa menguruskan harta si anak seperti mana si bapa menguruskan hartanya sendiri selagi mana ia memenuhi hajat si anak tadi. Tidaklah boleh si bapa sesuka hati menggunakan harta anaknya dengan cara membazir dan suka-suka.”
Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita fahami bahawa seseorang anak boleh mendakwa bapanya sekiranya terdapat penyelewengan yang dilakukan terhadap haknya.
Ini apabila lelaki Arab Badwi tersebut datang bertemu nabi bercerita berkenaan hal bapanya yang suka mengambil hartanya. Adapun soal benar atau tidak tindakan bapa itu, itu terserah kepada kebijaksanaan hakim memberi keputusan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 07:11 AM | Show all posts
'Elak runtuh institusi keluarga'

Oleh Rohaniza Idris dan Syuhada Choo Abdullah
[email protected]
2010/07/18

Kes saman menyaman anak, ibu bapa masih lagi terkawal: Shahrizat

KUALA LUMPUR: Kerajaan bimbang dengan kes ibu bapa menyaman anak atau disaman anak yang semakin banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini terutama di kalangan masyarakat Melayu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata kes seumpama itu jika tidak dibendung akan menjadi kebiasaan serta gejala yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan di negara ini.

“Beberapa kes saman menyaman antara anak dan ibu bapa ini adalah satu amaran kepada masyarakat. Satu ketika dulu, kita tidak pernah dengar ibu bapa menyaman anak atau disaman anak, jika kita tidak berjaga-jaga perkara ini akan menjadi lumrah. Inilah satu-satu (kes) kerajaan tidak mahu lihat berlaku.

“Saya sebagai menteri mengambil berat dan menjaga kebajikan warga emas tidak mahu perkara ini terus berlaku. Buat masa ini, kes saman menyaman ini bukan lagi satu budaya dan masih terkawal,” katanya di Persidangan Penuaan Asia Tenggara 2010 anjuran Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam.

Shahrizat mengulas laporan muka depan Berita Harian mengenai kebimbangan pelbagai pihak terhadap kecenderungan ibu bapa menyaman anak atau disaman anak seolah-olah menggambarkan kerapuhan institusi kekeluargaan.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar dilaporkan berkata, lebih 10 kes saman membabitkan kedua-dua pihak dalam proses perbicaraan di mahkamah sivil dan syariah di seluruh negara dan dijangka meningkat pada masa depan. Kes berkenaan termasuk tuntutan saraan, nafkah serta pembahagian harta membabitkan pihak ibu bapa dan anak.

Shahrizat berkata, dalam kes saman menyaman membabitkan ibu bapa dan anak, tiada pihak perlu dipersalahkan kecuali pihak terbabit.

“Kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa saja, begitu juga anak-anak. Pada saya, semua ibu atau bapa dan anak-anak ada tugas dan tanggungjawab. Malaysia adalah negara yang semakin tua (jumlah orang tua bertambah), perlindungan sosial seperti sokongan keluarga sangat diperlukan. Kalau sokongan keluarga runtuh dan terhakis maka akan hancur institusi keluarga,” katanya.

Ditanya kemungkinan pertambahan kes saman antara ibu bapa dan anak berlaku kerana meningkatnya kesedaran awam mengenai hak masing-masing dari segi perundangan negara, beliau mengakui perkara itu.

“Namun, kita kena ingat persekitaran masyarakat sudah berubah, tidak sama seperti dulu. Dulu ibu bapa, apa juga anak-anak buat mereka boleh terima, tetapi hari ini ibu bapa sudah mengetahui hak mereka dari segi undang-undang, begitu juga dengan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Gerontologi (kajian mengenai masalah orang tua), UPM, Dr Tengku Aizan Hamid, berkata kes ibu bapa dan anak saman menyaman adalah isu sensitif, namun ia tidak boleh dijadikan kayu pengukur kepada keruntuhan institusi keluarga di negara ini.

Katanya, sama ada berlaku keruntuhan institusi keluarga perlu dilihat kepada hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak dalam keluarga mereka.

“Kita kena lihat sejauh mana ibu bapa memainkan peranan masing-masing ketika mendidik anak-anak mereka. Apa yang pasti sebelum kes saman menyaman membabitkan ibu bapa dan anak ini dilaporkan, institusi keluarga di negara ini sebenarnya sedang mengalami perubahan kesan perubahan persekitaran mereka,” katanya.

Beliau berkata, institut akan menjalankan kajian berhubung perkara itu dan sedang menyiapkan kajian mengenai penganiayaan terhadap warga tua di Malaysia berdasarkan persepsi semasa.

Sementara itu, pakar psikologi klinikal, Datuk Dr Mat Saad Baki, berkata budaya ibu bapa menyaman anak atau disaman anak yang banyak berlaku di Barat berisiko besar untuk menular ke negara ini.

“Ini kerana hubungan kekeluargaan yang tidak mengutamakan nilai kasih sayang dan hormat-menghormati, mudah menjadi longgar serta terputus apabila ahlinya gagal melaksanakan fungsi dan tugas untuk memenuhi hak yang dituntut,” katanya.

Sambil menyifatkan kes saman sesama ahli keluarga untuk menuntut hak kini semakin ketara, Dr Mat Saad bagaimanapun berpendapat, kemelut kekeluargaan sebaik-baiknya dibincang dan diselesaikan di luar mahkamah melalui sistem rasmi lain seperti pejabat agama.

Sementara itu pakar motivasi dan kaunseling, Dr Rubiah K Hamzah mengakui tidak terperanjat dengan perkembangan itu kerana masyarakat semakin cenderung menjadikan mahkamah sebagai ‘pihak ketiga’ untuk menyelesaikan masalah dalaman keluarga.

Dalam konteks ini, beliau berkata, dalam keadaan tertentu, tindakan membawa kes pertelagahan keluarga ke mahkamah adalah saluran terbaik untuk menyelesaikan kemelut atau menuntut keadilan kerana semua pihak perlu akur dengan keputusan mahkamah.

“Sebagai contoh, pernah ada kes anak terpaksa menyaman bapanya yang berpoligami kerana tidak berlaku adil demi menyelamatkan hak adik-beradik dan juga mengelak bapa bertindak lebih zalim lagi,” katanya.

Pakar psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Rohany Nasir, pula berkata ada kala ibu bapa mengambil tindakan mahkamah terhadap anak sendiri kerana terdesak dan buntu mencari saluran lain untuk menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan.

“Saluran mahkamah bukan lagi suatu yang asing, mungkin mereka tidak dapat mengadu kepada sesiapa kerana masyarakat sekarang tidak begitu peduli atau ambil berat. Kes saman sebegini mungkin boleh turut terjadi antara suami dan isteri atau di kalangan adik-beradik pada masa depan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 03:26 PM | Show all posts
aku terkenang drama mlm td hok ellie suriati belakon
jd ibu miskin tuh..

gile betul anak pungut die, sampai dendam habis
beriye nak jadi kaye.
tak ngaku ibu, tak sedar diri nak jd menantu org kaye
malu seh.

aku rase salah ibu die jgk..
sikit2 janji nak beli,tp duit nan hado.
apa ke salaaah ibu die tuh kasik paham kat anak pungut die tuh
die semekin, duit tadak, mkn pon tak bape nak hade
bkn nye suke2 hati tabur janji nanti kite beli, nanti kite beli
bkn nye anak pungut die bdk 4-5 taun, tp da sekolah rendah
opkos da buleh paham..

penah aku tgk ranc. bualbicara cina "what say u"
motivator ni penah ckp..
hadiah terbesar yg makpak die kasik kat die adalah KEMISKINAN
dari kemiskinan tuh la die jadi "somebody" hari ini, die berjaya etc
die sgt +ve...dan sentiasa bersyukur.

Rase haku la..lam hidup ni..kite kene menerima n bersyukur seadanya
bile kite bersyukur, lg la tuhan tambah nikmat keberkatan hidup tuh
dari situ jgk akan berjaya segala.

lari topik plak. walo apa pon. pada haku la..simple rules in life..
cycle of life lah. skrg ni kite as anak nak saman makpak
esok luse kite daa beranak pinak, cemana rase kite kalo anak2 kite plak saman kite?
sama jgk deme2 hok buang makpak suke2 tuh..tunggu la hari tua esok,
mungkin kite pon terbuang sama.

walopom demikian..ade aku penah bercerite ngn sorang pacik tuh
aku tatau la die kecewa ke hape, die non-muslim. die kata kalo tuhan amik nyawa die skrg pon die suke
dan hari tua plak die tak harap anak2 die, lg bagus die serah diri kat pusat kebajikan n mati sana.
aku pon tatau la ape punye frust daa...ade jgk  die merapik pasal bini die etc.haish pocik pocik, umo 50thn.
sian die,rase haku die ngadu ngan haku psl aku jauh dr kg laman, kire luahan rase lah  ni.




Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 10:16 AM | Show all posts
rasanya tengok kes la gak..coz zaman sekrang ni ada mak/ayah yg x bertanggungjwb..cuma tau lahirkan ank2 jerk..pas2 lepaskan tanggungjwb...sdiri mau ingat la apa yg da mreka lakukan..so jgn pulak nak salahkan ank2 menderhaka lak..klau da sdiri yg wat hal..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.088927 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list