CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: twinps

ADNAN SEMPIT

[Copy link]
Post time 9-1-2010 07:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by buiscasey at 9-1-2010 19:41

saper pengarah? mcm best tapi aku tak minatlah cara diorg dubbing..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2010 01:31 AM | Show all posts
cm besh gak cite ni
nk g tgk ar!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 08:30 AM | Show all posts
next week kuar cite ni....
tgok trailer mcm best...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 11:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by buiscasey at 9-1-2010 19:41

saper pengarah? mcm best tapi aku tak minatlah cara diorg dubbing..
buiscasey Post at 9-1-2010 19:38



laaaa rasenya idham kan...!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 12:32 PM | Show all posts
Transisi Sam selepas 16 tahun

Oleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]



BIARPUN sudah berbelas tahun memperjudikan nasib di gelanggang seni, pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam atau Sam masih berdepan dengan cabaran untuk menampilkan sisi komedi dalam filem terbarunya, Adnan Sempit terbitan MIG Production Sdn. Bhd.

Terbiasa dengan sikapnya yang mencintai kesempurnaan, pemuda berusia 26 tahun itu menganggap bukan mudah untuk membuatkan audiens terhibur apabila melihat lakonannya di skrin lebar sebagai Adnan atau Nan Sempit.

Maka tidak hairanlah apabila anak bujang kepada penerbit dan pelakon Khaty Fauziah itu bersungguh-sungguh menyelami setiap inci wataknya dalam filem itu kerana mahu memberikan impak berkesan di jiwa penonton.

"Saya akui hendak buat orang ramai ketawa melihatkan aksi komedi Adnan dalam filem ini bukanlah semudah yang dilihat. Ia menjadi tanggungjawab berat. Masa dapat skrip, saya segera fahamkan terlebih dulu wataknya.

"Tidak ketinggalan, saya cuba mendasari daripada mana datangnya unsur jenaka si Adnan ini. Kemudian barulah saya dapat luahkan perasaan jenakanya dengan sebaik-baik mungkin ketika berada di set penggambaran.

"Pada waktu yang sama, saya harus berjaga-jaga dengan dialog yang dilontarkan dan pergerakan sendiri kerana khuatir ia kelihatan kekok pada pandangan peminat. Kalau buat silap maka saya juga yang akan dikritik atau kelihatan pelik kelak.

"Begitupun, terus-terang dikatakan saya terima watak ini kerana ingin mencabar diri sendiri sekaligus meneroka sisi lain dan kebolehan saya sebagai pelakon," ujarnya ketika ditemui pada majlis pratonton filem itu di Cathay Cineplexes, Cineleisure, Damansara, Petaling Jaya minggu lalu.



Sam sebelum ini pernah melakonkan watak komedi bernama Johan dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak ditayangkan pada 4 Jun tahun lalu bergandingan dengan Lan Pet Pet dan Cat Farish.

Dalam santun tutur kata, anak muda berbintang Virgo itu tidak mampu menafikan dia sebenarnya menyukai watak komedi walaupun sebelum ini sering diuji dengan karakter berat dan serius.

"Komedi ada banyak jenis seperti slapstik, sitkom dan lain-lain. Tetapi selepas diperhatikan, watak Adnan lebih terarah kepada komedi ringan yang masuk akal dan bersifat realistik secara keseluruhannya.

"Saya teruja dapat pelbagaikan watak termasuk melakonkan karakter jenaka. Walaupun ada kesukaran tersendiri apatah lagi saya bukanlah seorang pelawak, hakikatnya saya dapat mempamerkan kelainan terhadap bakat lakonan yang dimiliki.

"Dalam waktu sama, pengarah Adnan Sempit iaitu Ahmad Idham cukup fleksibel semasa menjalankan tugasnya. Para pelakon dan Idham ibarat mengamalkan jual dan beli sepanjang 25 hari penggambaran filem ini dijalankan.

"Saya dan pelakon lain boleh beri idea dan berkongsi pandangan kepada tuan pengarah demi mencantikkan lagi babak dalam filem ini. Idham pula merupakan individu yang senang menerima komen demi kebaikan bersama dalam produksi ini," jelas Sam bersungguh-sungguh.

Disatukan dengan Intan Ladyana sebagai heroin, Sam yang tidak bersiram percikan glamor turut meluahkan kegembiraan apabila berpeluang 'berdampingan' dengan pelakon wanita jelita itu menerusi Adnan Sempit.

"Senang sekali dapat kerja dengan Intan. Dia merupakan individu yang santai dan bijak menyampaikan dialognya dalam filem ini. Tidak timbul soal saya cuba menutup kemunculan Intan semasa kami berlakon sama.

"Saya tetap beraksi seperti biasa kalau ada adegan dengan Intan. Saya cuma seimbangkan watak Adnan kerana ada waktunya energi ringan dan berat perlu ditonjolkan dalam situasi berbeza-beza," ungkapnya yang tidak pernah lelah mencari ruang mempelajari perkara baru tentang lakonan.

Gandingan Intan Ladyana



Berkesempatan digandingkan dengan Sam sebanyak dua kali, Intan menzahirkan pendapat peribadi bahawa adik kepada aktres jelita Zizie Ezette itu sebagai individu yang sering muncul dengan pelbagai ilham kreatif dan mengujakan.

"Walaupun filem Adnan Sempit merupakan kolaborasi pertama kali saya dengan Sam namun, kami tidak menghadapi sebarang masalah. Selepas itu, kami muncul sekali lagi dalam drama bersiri Jangan Pandang Belakang 2 yang masih menjalankan penggambaran.

"Biarpun ada masa-masanya idea dia pelik dan luar biasa, Sam sebenarnya tetap dapat melakonkan wataknya dengan baik. Kalau ada adegan yang kelakar, memang ia betul-betul menjadi dan kelihatan natural.

"Bayangkan apabila Sam yang realitinya bukan seorang pelawak dan punya personaliti berbeza boleh membuatkan orang di sekeliling terhibur dengan gelagatnya sewaktu membawakan watak Adnan.

"Seronok dapat berlakon dengan Sam yang turut disifatkan sebagai seorang pelakon kreatif dan versatil," jelas Intan berhujah lebih lanjut tentang si tunjang utama filem tersebut.

Memegang peranan sebagai anak orang kaya bernama Nadia yang berwawasan dan komited menjalankan perniagaan keluarga, Intan memberitahu, bukan mudah sebenarnya untuk merealisasikan watak itu.

Ada kesulitan yang perlu dijalani oleh wanita berusia 27 tahun itu dalam menzahirkan watak Nadia. Masakan tidak, Intan harus menampilkan transisi daripada Nadia berkarier kepada Nadia yang memasuki alam kumpulan pelesit jalanan.



"Perubahan watak ini sudah pastinya menjadi cabaran terhebat kepada saya. Ada babak menampilkan Nadia memasuki dunia sebenar Adnan yang ternyata berbeza dengan stail dan cara hidupnya sebelum ini.

"Saya kena pastikan penampilan Nadia yang bekerja di pejabat dan Nadia bergaul dengan golongan mat rempit berlainan agar penonton tidak mudah terkeliru pada kemudian hari.

"Dalam pada itu, sempat jugalah saya menyaksikan filem Rempit dan buat pemerhatian dengan golongan ini di pusat beli-belah Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur sebagai rujukan.

"Saya tidak pernah pegang watak macam ini setelah beberapa tahun berlakon. Bahkan ia menjadi faktor utama saya kenapa saya mahu melibatkan diri dalam projek Adnan Sempit," ujarnya yang lahir pada 2 Jun 1982 dalam nada penuh berhemah.

Selain Intan dan Sam, filem itu turut dibintangi oleh Norliana Samsudin, Along (Raja Lawak), Cat Farish, Julia Hana, Angah (Raja Lawak), Zack (X-Factor), Hafidzuddin Fadzil dan ramai lagi.

Kepada peminat karya terbitan MIG, jangan lupa untuk mengunjungi pawagam berhampiran beramai-ramai untuk menyaksikan filem Adnan Sempit bermula 14 Januari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 10:48 PM | Show all posts
usually,not my taste tgk citer2 camni.
tp i really love si sam ni punya acting.

will wait review korg2 yg tgk dulu.if best,baru la tgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2010 02:38 PM | Show all posts
ade sape2 da tgk?
bg le komen, luse aku nk g tgk kalau bes
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 04:17 PM | Show all posts
aku pun nak tgk citer nih..
suke tgk si sam ni act..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2010 04:31 PM | Show all posts
adess..... lawak sungguh trailer
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 10:26 PM | Show all posts
aku pun ske tgk si sam nih berlakon..tgk trailer dia pun kelakar...aku perasan rupa si sam ni cam iras muka pelakon ledger yg mati tuh..ke aku sorg je yg rasa camtuh??
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 10:33 PM | Show all posts
aku tgk iklan dia pun macam best je..mesti lawak giler cite ni...filem melayu awal tahun 2010 yang wajib di tonton..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 11:36 PM | Show all posts
pun nak tgk citer neh sbb si sam yg berlakon...

rezeki btol dier dgn metrowealth neh semenjak dier jadik bidan terjun ganti tempat pierre andre utk jgn pandang belakang congkak....


aku pun ske tgk si sam nih berlakon..tgk trailer dia pun kelakar...aku perasan rupa si sam ni cam iras muka pelakon ledger yg mati tuh..ke aku sorg je yg rasa camtuh??
lurve82 Post at 12-1-2010 22:26


ada iras2...ader gak terserempak ngan 2,3 forumer yg cakap gitu...

to me, it's the other way around....bila I tgk heath kat tv, i akan nampak iras muka sam kat situ.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 10:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 10:37 AM | Show all posts

sesape yang akan gi tgk  nanti
sila kasik info wokeyy
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 10:57 AM | Show all posts
can always check here for more info =p

http://movies.701panduan.com/coming-soon.php
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 12:02 PM | Show all posts
32# defeduck

kan..dorg ada iras2 la..mana tau sam leh g hollywood ganti ledger jadi joker..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2010 04:25 PM | Show all posts
adnan sempit aka kasanova xxl
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 10:17 PM | Show all posts
36# lurve82

ai pun da lama rasa sam neh mcm muka heath ledger...

dedua ai suke...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 12:18 PM | Show all posts
Bukan Sembarangan Rempit, 'Adnan Sempit' Ada Stail

Oleh WAHI AZIZ



Barisan pelakon Adnan Sempit bersama pengarah Ahmad Idham dan penerbit David Teo di pratonton filem itu bulan lalu. - Foto oleh Utusan

FILEM terbaru pengarah prolifik, Ahmad Idham, Adnan Sempit mula menjengah panggung hari ini. Untuk ke sekian kalinya, Idham tampil dengan filem yang mampu memenangi hati dan selera penonton kita.

Pernah kecoh sebelum ini akan kemungkinan filem ini digam gara-gara kontroversi judul filem asalnya, Nan Rempit dan plot yang menggalakkan budaya rempit di kalangan anak muda Malaysia.

Namun, David Teo selaku tuan besar MIG Production bijak menangani isu tersebut. Akhirnya, Adnan Sempit mendapat 'lampu hijau' daripada Lembaga Penapisan.


Intan Ladyana hanya sekadar 'pose' cantik dan kurang menyerlah seperti yang dijangkakan.

Menyentuh serba ringkas mengenai filem bergenre romantik aksi ini, persembahan dan garapan Adnan Sempit bolehlah dinilai sebagai sebuah filem yang sederhana sahaja.

Jalan ceritanya ringkas, plot penceritaannya jelas dan penonton, terutamanya peminat filem-filem keluaran MIG pasti akan terhibur dengan filem ini.

Walaupun pada mata kasar, filem ini seakan 'kosong' dan 'tiada jiwa' tetapi yang penting mesej dan aspek hiburan yang cuba diterapkan Idham, nyata berjaya.

Justeru, Idham harus dipuji kerana bijak dan cekap membikin filem yang bukan sahaja boleh dijual, malah menepati selera jemaah penonton kita.

Apa perlunya nak pertikaikan itu dan ini tentang filem ini jika kesudahannya kelak, Adnan Sempit pecah panggung. Yang penting, Idham dan David Teo pandai memancing penonton kita dengan filem yang bukan sahaja menghiburkan malah memuatkan plot dan mesej yang berguna.

Mungkin di kalangan cerdik pandai filem akan berasa skeptikal dengan pujian dan pandangan ini, tetapi kita berpijak di bumi yang nyata, sebagaimana tahun-tahun yang lepas, filem-filem keluara MIG tetap gah satu demi satu biar apa judul dan genre filem yang ditayangkan sekali pun.


Gandingan Intan dan Sam nampak comel dan serasi.

Suntikan elemen kritikan sosial ini dilihat berjaya diterjemahkan dengan baik. Walaupun kekurangannya ketara di sana-sini, namun sebagai sebuah filem ringan, Adnan Sempit pasti menghiburkan anda.

Bukannya proIdham ataupun filem MIG, tetapi rekod membanggakan yang dicapai oleh gabungan dua usahawan filem ini memang menjadi.

Kini, pertaruhannya si kacak Shaheizy Sam dan Intan Ladyana yang manis jelita sebagai teraju utama. Mahu tidak mahu, gandingan ini mampu untuk menarik penonton untuk membayar barangkali RM10 untuk sekeping tiket untuk menyaksikan filem ini.

Shaheizy Sam atau nama sapaannya Sam, pertama kali diangkat sebagai pelakon utama. Sememangnya bakat dan pakej yang dimiliki Sam merupakan kelebihan terbaik buatnya memancing penonton. Di sudut lakonan pula, Sam cukup disenangi sebagai bintang utama dan cekap memainkan wataknya Adnan.


Sam yang pertama kali memainkan watak utama sebagai Adnan berlakon dengan baik dan sempoi sekali.

Dipasangkan dengan aktres jelita Intan Ladyana sebagai Nadia, kelibat gadis ini masih seperti dulu dan tidak banyak perubahan. Intan masih juga seperti mana yang kita lihat dalam Jangan Pandang Belakang, kira-kira tiga tahun lalu. Lakonannya masih belum meyakinkan.

Sekadar pose cantik tapi lakonan kurang penghayatan. Mungkin Intan telah mencuba sebaik mungkin dan itu sahaja yang mampu diberinya. Tetapi tidak mengapa, sebab kehadiran Intan tetap menyerikan Adnan Sempit.

Disokong oleh pelakon-pelakon lain seperti Norliana Samsudin atau Yana, Along Cham, Zack X-Factor, cat Farish, Julia Hana dan Angah Raja Lawak.

Watak-watak pembantu ini agak menghiburkan, walaupun ada ketikanya sedikit menjengkelkan. Rata-ratanya semua pelakon memberikan lakonan yang biasa-biasa sahaja.

Sementelah, tuntutan filem ini tidak memerlukan lakonan yang bertaraf 'A' pun. Jadi, apa yang mereka tampilkan itu rasanya sudah memadai. Yang penting, mesejnya sampai, jalan cerita menghiburkan dan filem terjual.

Bak kata penerbitnya, David Teo, "Saya buat filem bukan untuk menang angerah, tetapi untuk buat duit, ma..."

Berpaksikan kenyataan itu, jika anda rasa meluat atau letih dengan filem-filemnya tidak perlulah paksa diri pergi menonton, tapi jika hiburan ringan dan sedikit mesej yang anda dambakan, jawapannya ada pada Adnan Sempit.
Gandingan anak-anak muda (dari kiri) Along, Yana, Intan dan Sam mampu tarik penonton ke panggung.

Saranan untuk saudara-saudari 'kaki motor' di luar sana juga, tontonlah filem ini, pasti akan terhibur dan ambillah sedikit iktibar daripada filem ini.

Adegan yang paling meninggalkan impak sudah tentunya babak terakhir, di mana watak Nadia (Intan) terjatuh ke belakang apabila Adnan (Sam) membuat aksi wheelie dengan motornya sebaik lampu isyarat bertukar warna hijau. Memang rempit kental!
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 12:18 PM | Show all posts
banyak lokasi dari citer Remp-It dulu dia pakai....tapi saper ye pompuan yang jadik pelayan yg kutip gelas atas meja sambil Angah memerhati & menyanyi tu eh? liyana samsuddin ke? mengancam gak body dia ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.063293 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list