|
Post Last Edit by srisaujana at 4-12-2009 09:04
Dengarnya...: Mr Bionik kembang?
Oleh Normah Becok
Credit: Berita Harian Online Jumaat, 04 Disember 2009
Kamal Adli
MASIH di acara sidang media yang sama, Cik Normah diberitahu teman sepejabat Kamal Adli agak berisi sedikit dan nampak 'kembang' ketika hadir ke Unity Ballroom, Palace Of The Golden Horses ketika sidang media ABPBH 2009 diadakan. Sebelum ini, Cik Normah lihat badan teman baik Intan Ladyana itu sangat tegap.
Namun, selepas dimaklumkan teman sepejabat, Kamal Adli sebenarnya dalam proses melakukan senaman memperkuatkan otot badannya demi sebuah filem yang berkisarkan ketenteraan. Kata kawan sepejabat Cik Normah lagi, judulnya ialah Bravo 5.
Kalau macam itu maksudnya Kamal akan berlakon di sisi Fizz Fairuz dan Fauzi Nawawi kerana mereka juga pernah memaklumkan perkembangan yang sama kepada teman sepejabat Cik Normah. Cik Normah faham apabila melakukan senaman sebegitu, badan memang akan mengembang sebelum tampil sasa. Ia proses normal.
Buktinya, Anding Indrawani yang pernah menyertai Akademi Fantasia musim kedua juga pernah mengalami proses terbabit. Tapi kini badannya sudah mengecil dan sasa sangat. Lepas ini, kita tunggu hasil yang bakal terjadi kepada Kamal pula. |
|