CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Infinity_Cell

Realiti Tetap Milikku

[Copy link]
Post time 3-12-2009 04:34 PM | Show all posts
...
sempoi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2009 07:14 PM | Show all posts
permulaan yang baguss... nak lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 10:18 PM | Show all posts
grgrgrggr...
sabar2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2009 12:17 AM | Show all posts


CHAPTER 4

Ketika itu aku sedang sibuk melayani cerita korea ‘He Was Cool’..tiba-tiba terdengar suara orang disebalik pintu gerbang syurgaku ini.

“Assallamualaikum..”

“Waalaikumussalam..sekejap ya…”ujarku lantas menarik dengan pantas tudung di atas sofa.

Kemudian aku mengorak langkah ke arah pintu dan memusing tombolnya..Terkejut aku untuk seketika..

“Hai sayang…ayahanda dengan bonda ada?”ujar Puan Sri Hamidah..dan disisinya kelihatan Uncle Mikail,anaknya yang sombong
tambah berlagak tu dan…eh?siapa dia ni…bodyguard ke?..sasanya baban pakcik!!pergi gym hari-hari iya..ni mesti Haris..eh..boleh pula aku berangan dekat sini..aku terus menyalami Tan Sri Mikail dan Puan Sri Hamidah kemudian menjemput mereka masuk..


“Duduk lah sekejap ya…biar Lia panggil ayahanda dengan bonda” ujarku lantas menyuruh Kak Siti yang berada di dapur memanggil ayahanda dengan bonda di tingkat atas.

Eh..eh…ada Mi Jepun Wasabi…sedap sedap sedap!!!..apa lagi…melantaklah..mula-mula ambil pinggan…ambil sudu dan garfu…lepas tu buat air ribena…ok…susun peranggu meja..eh…ambil napkin dekat rak tepi pintu lah…erm..nak pilih yang mana iya..napkin bishop lah..kita letak napkin di tengah bersama peranggu meja…lepas tu letakkan sudu dan garfu dessert di sebelah atas pinggan..bertentangan secara memanjang ok…Dah siap…lama betul aku mengerjakan benda ni..hampir setengah jam..bila nak melantak..boleh lah kita mulakan acara melantak..sedapnya…fuh!!...kalah hotel
10 bintang…kita gulung-gulung…ngammm…sedapnya…


“Wah..wahh…wahh…sedapnya anak dara ni melantak..”ujar suara itu…hampir tersedak aku.

Kemudian aku memalingkan kepalaku..kelihatan lelaki alien?muka baik..tak sangka mulut boleh tahan you!! Waa…baru datang rumah orang dah nak tunjuk belang..

“Nak apa ni masuk sini..”ujarku dalam nada yang tegang.

“Cari toilet..tapi tak jumpa..”ujarnya lagi..

“Encik Haris…jalan 10 langkah kedepan…then 5 langkah ke kanan…jumpa lah mahligai yang dicari-cari tu..nak melabur ke?”ujarku selamba..tergelak aku untuk seketika sebelum menyambungkan santapanku..kelihatan dia tersentak seketika..

“Mana tahu nama saya?”soal Haris.

“Agak ja…”ujarku lagi..

“Betul lah tu..by the way…saya Haris Azmir..err awak?”soal Haris sambil menghulurkan tangannya..

Woi pakcik..engkau tak nampak aku tudung ni..nampak sangat lah aku ni bukan muhrim engkau..nak kata rabun..dah pakai cermin mata..nak tambah lagi ke..

“Saya Nur Natalia Zarifah..dan bukan muhrim anda..ehehhe..”ujarku lagi..serentak itu dia menarik tangannya…kemudian menggaru kepalanya..malu lah tu.

“Sorry..”ujarnya..kemudian aku menunjukkan jalan ke hadapan…seraya itu terhambur
tawanya..menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya..wahh!!teruja betul..lantas aku melambaikan tanganku..kemudian meneruskan santapan.


Setelah selesai..aku terus mengemas meja…kemudian mengorak langkah untuk menuju ke tingkat atas..tiba-tiba ayahanda memanggilku..

“Pergi mana tadi adik..mari sini”soal Tan Sri Hamdan.

“Er…isi minyak dalam enjin??tiba-tiba kilang buat hal..ehhehe”ujarku sambil tersenyum.

“ Ayahanda nak kenalkan …Haris Azmir…anak Uncle Mikail..”ujar Tan Sri Hamdan.

“Hai..tadi dah kenalkan..”ujarku..disambut dengan senyuman dari Haris…Darius??kelihatan dingin…lantak engkau.

“Haris ni kerja dengan Uncle..but at the same time…dia open business sendiri..buka kedai kek dengan kedai makan..”ujar Puan Sri Erni.

“Ha?..iya ke?..bestnya...”ujarku..

“Bonda..nanti bolehlah kita pergi ya??please…”ujarku dengan nada berbisik di tepi bonda..

“Eh..nanti saya bawa awak pergi ke kedai saya nak?”soal Haris.

“Nak..nak..nak..bila?”soalku..

“Bila senang..”tambahnya..

“Sekarang?”ujarku…kemudian ayahanda dengan membatukkan diri yang kedengaran sengaja..aku memalingkan muka..kelihatan semua orang tersenyum kecil melihat gelagatku..aku termalu sendiri..

“Lia minat ya?”soal Puan Sri Hamidah.

“Minat sangat-sangat auntie…tapi ayahanda dengan bonda ni mana nak lepaskan
Lia untuk bekerja..”ujarku dengan cebikan.


“Lepas ni boleh lah berkawan dengan Haris ni..berkongsi-kongsi idea..kamu beduakan ada minat yang serupa”ujar Puan Sri Hamidah.

“Astafirullahhuwalazim…aku terlupa lah Hamdan..petang ni aku ada temu janji dengan Mr.Tan..terpaksa beransur lah dulu ..malam ni kita berwebcam ya..ada benda penting nak bincang”ujar Tan Sri Mikail.

“Tak apa..tak apa…aku faham....ok..”ujar Tan Sri Hamdan seraya itu menepuk bahu rakannya.Kemudian semua bersalam-salaman untuk pulang..tiba-tiba Haris memanggilku.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2009 12:19 AM | Show all posts


SAMBUNGAN CHAPTER 4

“Eh Lia..jom tukar number phone?nanti senang saya ajak awak pergi kedai saya..”ujar Haris..

“Boleh..boleh..boleh…012-3456789 …dah save..nanti kalau senang message tau..”ujarku.

“Haris…papa dah lambat ni..next time pula dating..”jerit Tan Sri Mikail..serentak itu dia mengangkat kakinya sebelum pulang.

“Bonda..ayahanda…best lah Haris tu…tak macam anak dia yang sorang lagi tu..macam bapak tiri Danny Phantom je..meluat..cengei!”ujarku dengan nada mengejek.

“Nak bukak kedai macam dia boleh??”soalku kepada mereka.

“Tak boleh”ujar mereka serentak.

“Ala…kenapa…nak jugak..nak jugak..”ujarku lagi.

“Adik..adik tu muda lagi..pengalaman pun tak ada..”ujar Puan Sri Erni..

“Macam mana nak ada..orang nak kerja pun tak bagi..”ujarku sendiri dengan nada yang amat perlahan.

“Adik..bonda dengan ayahanda nak pergi rumah kawan sekejap..adik nak ikut?”ajak Puan Sri Erni..

“Tak mau lah..bosan..adik naik atas dulu..”ujarku ..kemudian mencapai tangan mereka untuk disalami kemudian mengorak langkah ke arah tangga menuju ke kamarku.

________________________________________

Semenjak kebelakangan ini…keluarga Uncle Mikail acap kali berkunjung ke rumahku…dan aku juga begitu..aku menyenangi seisi keluarga itu..tetapi!!anak lelakinya yang kedua itu…sering kali menunjukkan sikap sombongnya yang tidak bertempat itu..amat-amat tidak bertamadun..sudah 2 kali aku berkunjung ke restoran dan kedai milik Haris…semuanya kelihatan kemas dan teratur..amat menarik..malam ini ayahanda mengarahkan aku ,abang Ikram dan kak Farhana agar tidak keluar kerana ada benda yang hendak dibincangkan bersama…apa dia isinya..aku sendiri tidak tahu..

Setelah seisi keluarga berkumpul..ayahanda mulai membicarakan perkara yang ingin disampaikan..tercenggang kami bertiga..aku apa lagi…seperti selalu impak yang aku berikan akan lebih berkesan..

“Apa!!!”ujarku secara spontan..ketika itu seisi rumahku turut terkejut dengan jeritanku.

“Kejap-kejap…eish!!...tak masuk akal lah ayahanda,bonda…ni semua tak masuk akal..adik tak boleh terima…tidak dan tidak boleh…cuba bagi alasan lain..yang lebih bagus dan kreatif”ujarku dalam keadaan mundar-mandir setelah diberitahu mengenai perihal itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 01:53 PM | Show all posts
mesti nak kawinkan nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2009 04:20 PM | Show all posts
mesti nk jodohkan lia ngan haris......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2009 08:21 PM | Show all posts
ehhehe...
iya ke?...
x tahu la..
supriseee....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2009 12:45 AM | Show all posts
ala..... apsal gantung smpai situ ajer...
smbung la skit lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 08:12 AM | Show all posts
ngan darius kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2009 02:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by Infinity_Cell at 6-12-2009 14:38

CHAPTER 5


“Adik..Haris cuma minta adik tolong jaga kedai kek dia aje..sementara belum ada pengurus ni..apa masalahnya..apa pendapat Ikmal dengan Ana?”soal Tan Sri Hamdan.

“Ikmal rasa ok je?..sebab dia minta adik tolong jaga kedai kek dia aje kan…bukan suruh kawin dengan dia ..lagi pun adik bukan ada kerja nak di buat pun kan?”ujar Ikmal..Farhana hanya mengangguk..

“Adik ni bukannya pandai sangat...minat je lebih..apasal dia beria-ria sangat nak adik..adik tahu lah adik ni lawa…tapi..tak mengapa…adik terima…nanti ayahanda inform dekat dia ya..”ujarku selamba.

“Baby mengada”ujar Farhana.

“Eiiii!!!!!akak…adik belasah akak kang…ikut suka hati je panggil adik baby..adik tak suka lah..”ujarku lagi.

“Hah!!..cuba..cuba…abang pijak perut adik nanti…kang sakit pula baby abang…”ujar abang sambil memeluk erat bahu akak.

“Kan adik dah kata..adik tak suka..tak suka…eh??baby abang??”terkejut aku untuk seketika..

“Ha la…kak Ana kan tengah mengandung”ujar Puan Sri Erni.

“Waaaa..adik ada anak saudara..yeyyeye…suka nya…”ujar ku keriangan..

“Dah-dah..adik pergi naik atas..kejap lagi kawan ayahanda nak datang…”ujar Tan Sri Hamdan.

“Ok…jom kak Ana..boleh kita sembang-sembang pasal baby..”ujarku lalu menarik tangan kak Ana.

“Eh..eh..tak payah…kamu sorang je yang naik atas…ni hal orang dewasa…sudah..sudah..pergi..”ujarku Puan Sri Erni..tersentak aku seketika…24 tahun tu kanak-kanak riang ke??..aku berlalu sambil menghentak-hentakkan kaki.

Ketika aku sedang melayan perasaan diatas…

“Ha…..dekat sejam lebih dah kami datang ni..mana Natalia Dan?”soal Tan Sri Mikail.

“Dekat atas..karang kalau dia join…mau kau kena heart attack..dia tu pelakon menjerit yang terbaik dalam rumah ni tau..ahhaha”ujar Tan Sri Hamdan disambut dengan tawa oleh seisi rumah.

“Hurm..jadi macam mana?jadi tak?”soal Puan Sri Hamidah.

“Yang mana??yang pasal tolong jaga tu jadi..dia kata nak..”ujar Puan Sri Erni.

“Eish..bukan yang itu..kalau yang itu saya tak datang malam-malam gini..”ujar Puan Sri Hamidah..Ikram dan Farhana memandang sesama sendiri..

“Aku ni Dan..tak sabar betul dengan perangai anak aku yang sorang tu..kalau Haris tu tak apa..ok je..tunang dia pun ok..yang Darius ni..semenjak balik dari UK ni..perangai..masyaallah..macam orang terputus wayar dekat otak ..”ujar Tan Sri Mikail.

“Saya ni pun …berkenan sangat dah dengan Natalia tu…”ujar Puan Sri Hamidah..

“Kami ni..kalau boleh…setuju je..apa pendapat kamu berdua?”soal Tan Sri Hamdan kepada Ikram dan Farhana.

“Bagi kami..apa yang terbaik bagi ayahanda dan bonda terbaik la bagi kami semua..tapi kan..Ikram rasa baik kita tanya pada tuan punya badan..”ujar Ikram..

“Kira jadi lah tu..kami ni datang nak merisik-risik je…kalau boleh kita buat hari pertama bertunang, hari kedua akad nikah,hari ketiga bersanding …bukan apa..kami tak nak apa-apa jadi kalau bertunang lama-lama sangat..”ujar Puan Sri Erni.

“Insyallah..nanti kita bincang lagi..rasmi punya …”ujar Tan Sri Hamdan.

“Kalau macam tu kami balik dulu lah ya…tak sabar rasanya..”ujar Puan Sri Hamidah.

Setelah mereka pulang…

“Ayahanda…macam tu je??..Natalia tu lain..dia berbeza dari kami…terlampau berbeza..Ikmal takut dia memberontak je..”ujar Ikmal.

“Dah…Bonda yakin dia akan terima…Adikk!!!...oooo adikkk…turun sekejap..”ujar Puan Sri Erni.

“Adik suka tak kalau ayahanda dengan bonda jodohkan adik dengan Darius..”ujar Puan Sri Erni..

“Apa!!”jeritku...

“Eish..adik..jangan la jerit-jerit...boleh tercabut telinga akak ni tau..”ujar Farhana sambil mencuit pipiku..

“Ayahanda dengan bonda dah bosan ke adik ada dalam rumah ni?”soalku sayu...

“Bukan macam tu lah adik...ayahanda dengan bonda rasa dia calon yang paling sesuai untuk adik..lagipun kalau ayahanda dengan bonda dah tak ada...siapa yang nak jaga adik..”ujar Tan Sri Hamdan..

“Adik boleh jaga diri adik sendiri la...lagipun abang Ikram dengan Kak Ana kan ada..”ujarku sambil meminta simpati mereka..

“Betul tu ayahanda...kalau dia tak nak...tak payah paksa...Ikram kan boleh jaga dia..”ujar Ikram..Puan Sri Erni menjegilkan mata ke arah Ikram..

“Lagipun...syarikat kita akan bergabung dengan syarikat uncle Mikail..ayahanda rasa lagi bagus kalau kami menjadi besan..”ujar Tan Sri Hamdan dalam senyuman..

“Adik...ini semua untuk kebaikkan adik jugak...adik jangan la macam ni...tengok abang Ikram dengan kak Ana...bahagia je..”ujar Puan Sri Erni..begitu susah untuk memujuk anaknya yang perempuan ini..

“Kebaikkan apanya...eii...adik tak nak ...adik tak suka laahhh...tolong laa faham perasaan adik..adik tak nak laa lelaki yang sombong macam dia..cara dia tu adik dah tahu dah..mesti panas baran...”rengekku dalam tangis..

“Adik...”pujuk Farhana..

“Adik tak nak...kenapa semua orang suka paksa adik..kalau adik kahwin dengan dia...dia pukul adik macam mane??..eii...kalau dia mara adik hari-hari macam mane??...nanti kalau kiteorang dah ade anak dia cari perempuan lain macam mana??kalau dia tinggalkan adik macam mana..wuaaa...”tangisanku makin kuat..mereka ketawa lagi mendengar tanggapan negatifku sebentar tadi..lagi-lagi Ikram..dia tidak dapat menahan diri untuk tidak ketawa..


Berlainan pula perkara yang terjadi di rumah Tan Sri Mikail..

“Ikut papa dengan mama la...”hanya itu jawapan yang dikeluarkan oleh Darius Iskandar..Tan Sri Mikail mencuit lengan Puan Sri Hamidah..mereka agak risau dengan sikap acuh tidak acuh anaknya itu..

“Darius??”pujuk Puan Sri Hamidah..

“Kan Darius dah kata!!ikut papa dengan mama la..”ujar Darius separuh menjerit..laantas dia memanjat tangga untuk ke biliknya..GEDEGANG!!kedengaran bunyi hempasan pintu..terkejut Tan Sri Mikail dan Puan Sri Hamidah..

“Macam mana ni abang?”soal Puan Sri Hamidah..

“Tu lah awak...asyik tanya je...kan budak tu dah kata ikut kita...”ujar Tan Sri Mikail dengan selamba..

“Ok...tak apa..lain kali jangan ajak saya berbincang dengan Darius...”rajuk isterinya...

“Ala...isteri abang ni..asyik-asyik nak merajuk...tak comel la kalau macam ni...”ujar Tan Sri Mikail memeluk erat isterinya...tiba-tiba handphone milik Darius berbunyi..lantas Puan Sri Hamidah menjawab...

-Assallamualaikum...-

-Hey!!you siapa ha...-

-Tak boleh ke jawab dulu salam tu..-

-You jangan nak berlagak alim dengan i ye..cepat bagi i cakap dengan Darius-

“Darius!!!ada perempuan kurang ajar telefon..”jerit Puan Sri Hamidah..lantas Darius bergegas turun untuk mendapatkan telefon..

-Hello-

-Hey!!siapa yang jawab tadi...you curang dengan i ye-

-Mak aku yang jawab...kau apehal..ape curang-curang ni..kau dengan aku dah tak ada ape-ape-

-Sampai hati you buat i macam ni...tak kan disebabkan kesalahan i yang kecil tu you nak tinggalkan i-

-Kesalahan kecil kepala hotak kau!!..kau tidur dengan lelaki lain...tu kau kate kesalahan kecil??..perempuan jenis apa kau ni ha...tak ada maruah ke..-

-Hei...you jangan nak hina i...-

-Mampus aku la nak hina kau ke ape...ade aku suruh kau telefon aku??-“KLIK!!”

Aku melemparkan handphoneku ke dinding...mama dan papa tergamam dengan tindakanku..

“Natrah!!buang sampah dengan dinding tu sekarang..jangan tinggalkan satu pun dekat lantai..”jerit Darius..lantas aku keluar menuju ke laman..

Ei...kenapalah perempuan tu gatal sangat nak kahwin dengan aku...aku tak berkenan betul laa perigi cari timba ni...eh?bukan timba cari perigi ke..eii...tapi yang pasti..aku tak suka!!tak suka dan tak suka...baru balik ingatkan dapat tenangkan fikiran..ini tak..makin kusut ada la...kusuttt!!!...kusuttt!!!...aku tahu lah aku ni kaya…hensem..benci betul ..semua perempuan tak ikhlas!!..aku tak nak kahwin!.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2009 02:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by Infinity_Cell at 6-12-2009 14:38

soryy sebab smlm x de n3
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 12:42 PM | Show all posts
SAMBUNG LG YE N3.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 01:13 PM | Show all posts
Oh........ patutlah perangai Darius tu semacam aje.  Rupanya putus cinta. Kalau Natalia kawin ngan Darius siannya, mesti seksa jiwa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 02:04 PM | Show all posts
ermmm...x tau nak kata apa...
cuma, x sabo nak tau n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2009 09:14 PM | Show all posts


CHAPTER 6


Aku tidak pernah sekalipun bersua muka dengan Darius..bukan sombong..tapi aku tak mahu menimbulkan kekecohan..aku bukan suka sangat dengan dia..aku biarkan hari-hariku berlalu dengan tugasku sebagai seorang pengurus di kedai Kek Haris..Segala-galanya sudah selesai diuruskan oleh bonda..aku??hanya melihat dan menjadi boneka ketika majlis diadakan..
mengikut apa yang bonda ceritakan...sepatutnya majlis bertunang,akad dan bersanding berlansung 3 hari berturut-turut..tetapi atas permintaan pihak lelaki..akad dan bersanding akan diadakan serentak..semuanya kian sibuk menguruskan majlis perkahwinanku..esok..majlis akad dan bersanding.. malam itu aku hanya terperuk didalam bilik...merenung jariku..3 carat diamond ring ..it looks nice...tapi apa makna semua ini kalau aku sendiri rasa tersiksa...erghh!!!bonda..kenapa tak pernah nak mengerti perasaan adik..kau pun satu Natalia!!fight je la..nak mengalah kenapa..tapi..aku tak sanggup..ayahanda ada penyakit jantung..aku takut..bukan senang nak buat keputusan macam ni...

Malam itu aku tetap melakukan solat istikarah seperti biasa..malam itu aku berteleku diatas sejadah..aku hilang punca..adalah benar dia jodohku..sudah seminggu
aku penuhi solat istikarahku dengan niat sama ada benar dia jodohku...tetapi aku tidak dapat satu mimpi pun..aku menangis semahunya...aku buntu..Wahai hati..tetapkanlah tiangmu..sesungguhnya jika ini yang terbaik..aku redha...malam itu aku tetidur di dalam keadaan masih bertelekung di atas sejadah..


__________________________________


Setelah membersihkan diri aku terduduk di hujung katil......hari ni...hari terakhirku untuk berjemaah bersama keluargaku..lantas airmataku berjurai lagi.. ketika itu aku terdengar ada orang mengetuk pintu kamarku dari luar.

“Masuklah..”ujarku dalam suara yang serak..

“Ya allah...kenapa ni adik...adik ok ke??”ujar Farhana ketika itu kelihatan cemas..

“Adik ok...akak jangan risau...adik cuma menggelabah je..”ujarku..

“Adik..akak faham keadaan adik..akak harap adik bersabar ya..”ujar Farhana.

“Adik boleh ke jaga akak nanti bila akak bersalin”soalku dalam senyuman..

“Kalau suami adik bagi..akak lagi suka..tapi tempat seorang isteri disisi suamikan..”ujar Farhana lantas memeluk tubuhku.

“Adik dah tak boleh jadi baby akak lagi...”ujarku dengan linangan air mata..Farhana tidak dapat menahan air matanya dari berjurai..dia merungkaikan pelukannya..

“Tak...adik tetapi baby akak sampai bila-bila...akak sayang sangat-sangat dekat adik..dah..jom...semua orang dah tunggu adik...jom kita pergi....”ujar Farhana dalam sedu..aku mencapai telekungku..

Tika itu semua orang sedang menantiku...setelah aku tiba...kami memulakan solat..ayahanda yang mengimami solat pagi ini...setelah selesai kami solat..aku menyalami semua yang berada disitu..aku meminta maaf dengan mereka..dan akhir sekali...aku menyalami bonda dan ayahanda..

“Mungkin kami bukan ibubapa yang terbaik untuk adik..tapi kami nak yang terbaik untuk adik sebelum kami pergi selama-lamanya...kami harap adik terima keputusan kami dengan hati yang terbuka..kami sayang adik sangat-sangat..tanpa adik..rumah ni hilang serinya..lepas ni adik akan melangkah ke dunia yang baru dan asing..kadang-kadang nakhoda sering kali tersasar di laluan yang sebenar..ketika itu lah anak kapal harus membantu nakhoda daripada tersasar di laluan yang sebenar...kami harap...adik akan jadi isteri yang solehah.. ikut cakap suami..ingat ya adik..adik tidak boleh menjadi anak kecil lagi.”ujar Puan Sri Erni dalam keadaan sebak..aku ketika itu sudah tersedu-sedu..lantas memeluk ayahanda dan bonda...mereka mengusap belakangku..

“Ayahanda nak..adik jaga maruah suami adik..jangan bersikap kebudal-budakan lagi..sebab kami tidak akan mungkin ada tika itu untuk memenangkan adik..”ujar Tan Sri Hamdan.

“Dah..pergi rehatkan diri...pukul 10 nanti majlis akad..nanti bilik mak andam datang..bonda beritahu kamu..”ujar Puan Sri Erni..
Segala-galanya berjalan dengan lancar..cuma aku termenangis macam nak rak ketika upacara membatalkan air sembahyang...punca utamanya??aku tak bersedia untuk berumah tangga dengan manusia yang tidak cukup sifat sabarnya ini..Sungguh meletihkan...malam itu setelah selesai kami solat berjemaah bersama keluarga baruku..aku terus terperuk di didalam kamarnya...meneliti setiap ruang yang kemas itu..jam sudah menunjukkan pukul 11 malam...aku membaringkan diri diatas sofa yang empuk bertentangan dengan katil..

Grrr..aku tak rasa aku boleh kawal diri aku untuk menjadi isteri yang sopan...chop..chop...kita tak boleh jadi hipokrit...ehheheh..tanduk sudah keluar...tapi ingat NATALIA!!jangan kurang ajar sangat ok..kelihatan Darius sudah memasuki kamar..

“Weih!!!...kau tidur bawah...”ujarnya
lantas dia membaling bantal dan selimut ke arah aku yang sedang baring di sofa..ewah..ewah...mentang-mentang la ni rumah dia..tak ada adap lansung.

“Hoi mangkuk ayun...aku tak teringin pun nak tidur dengan kau...kau ingat aku teringin sangat ke nak kawin dengan kau!..bagi elok-elok tak boleh ke?”ujarku

“Ada aku suruh kau tidur dengan aku ke??..aku pun tak teringin lah tidur dengan kau ..”ujarnya selamba..sambil menyilangkan kaki di atas katil yang hanya berboxer itu menampakkan bulu-bulu kakinya..

“Kalau kau suruh pun aku tak mahu!!dah lah kaki macam gorilla...eiye...berbulu-bulu..”ujarku lagi.

“Heh!..kalau kau nak laki yang kaki licin..pergi kahwin dengan pondan...hari-hari dia cukur bulu kaki dia..”ujar Darius lagi..aku semakin geram dengannya..aku duduk di sebelah Darius...wajahnya berubah...

“Ape kau nak...kalau kau tak tahan sangat..aku bagi kau puas malam ni...”ujarnya dalam nada yang agak menyakitkan hati..aku memegang wajahnya...kemudian aku menarik kuat rambut hitam pekat itu...

“Kau dengar sini setan gondol...aku tak teringin nak cambahkan benih dari tubuh kau dalam badan aku...ape yang aku tau...esok juga kita pindah dari sini..kalau tak...aku buat hal dalam rumah ni...”ujarku sambil tersenyum..die menolak tanganku..

“Sakitlah bodoh!!memang esok kita pindah..buat malu aku je ada bini terencat macam kau ni...puas hati!”

“Memang aku puas hati...bye-bye sayang...i love you muah..”ujarku lantas mencium pipinya...tiba-tiba aku teringat...

FLASHBACK

“Bye sayang...i love you so much...malam ni message ye...” lantas perempuan itu mencium pipi lelaki itu..

“Ok..ayang jaga diri elok-elok tau..”

END

“Hoi!!!gile ke!!tiba-tiba cium aku ni apesal!!..najis!!!”ujarnya..lantas mengibas-ngibaskan mukanya dengan tuala...tetapi aku masih kaku..

Aku tersentak...ape ni...bayangan ape ni..Darius menolak tubuhku...aku tidak memperdulikan dia...kenape..kenape aku...kenape aku cium lelaki tu...siapa die...erk..pening kepala aku...baik aku tidur...malas nak fikir...

“Diam!..aku nak tidur”ujarku lantas mengambil selimut dan bantal yang dicampaknya tadi lalu pergi ke atas katil...aku hanya memekakkan telinga apabila dia membebel...hingga aku terlelap.
______________________________________________
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2009 09:15 PM | Show all posts
kalau de coment pape...bg tahu ea..

rase cam x puas hati plak ble bace..

hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 08:45 AM | Show all posts
kelakolah pulak...
cuma, x puaslah sikit sangat n3nya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 12:19 PM | Show all posts
ala sikit nya n3 nk lagi pls.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:29 PM | Show all posts
tak boleh terima apa?? suspen ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.075163 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list