|
pensyarah tu kata begitu kerana mereka yg taksub wahabi ni hanya mengikut sunnah apa yg nabi tak buat kira bidaah...sbb tu katanya di beirut ada kumpulan wahabi yg extreme mereka memang pegi haji naik unta?
anyway now kat tv9 ust zaharudin beri tazkirah...perbezaan haruslah ditangani dgn baik...pandangan ahli agama yg berbeza mestilah di manage dgn tepat supaya tidak berlaku perpecahan..byk contoh2 yg diberi...dari ulama2 terdahulu yg berbeza pendapat..walau pun berbeza mereka menghormati pendapat ulama yg lain tidak menyesatkan ulama apa lagi mengkafirkan ulama demi perpaduan islam.
sbg umat islam yg mempunyai jiwa/ pendapat berbeza bagaimana nak elakkan perselisihian?
-solat berjemaah-merapatkan saf walau pun mazhab berbeza kerana merapatkan saf itu dituntut dgn cara ini segala perbezaan dpt disatukan insyallah
anyway perkara semalam, silap info, perpindahan pusat pemerintahan berlaku selepas kematian saiyidina uthman..dari madinah ke kufah ke syam..dan wujud dua aliran berbeza iaitu ahl-al -nas dan ahl al-ray.
slps kematian sayidina uthman wujudnya parti politik spt khawarij, syiah, murjiah, mu'tazilah dan jahmiyah....perbezaan pendapat bertukar menjadi permusuhan. bermula lah pemalsuan hadith dan bidaah.
ulama dari iraq berhati2 menerima hadith dan ulama lain berhati2 menerima hadith dari ulama iraq sehingga satu peringkat rabi;ah ibn abdul rahman mensiftkan apa yg halal di sisi kami, haram di iraq, yg haram pulak halal di sisi mereka seolah2 nabi yg diutuskan kpd kita berbeza...
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
19# ibnur
ulama kena sabar mana boleh merajuk...sedangkan nabi pun melalui pelabgai penderitaan utk menyebarkan islam..kesabaran tu penting |
|
|
|
|
|
|
|
FAHAMAN WAHABI
WAHABI adalah fahaman yang diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Nejd.
Umum mengetahui Wahabi menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
so sy rasa mmg bertentangan sbb bagi sy segala yg baik2 tuh tidak salah kan... spt baca yassin mmg bermanfaat tak kira lah dimana kita baca... |
|
|
|
|
|
|
|
amalan baca yassin mlm jumaat tu yg disalahkan bukan baca surah yassin...
saya pun tak tau nak comment tapi cuba tgk bila tak ada aktiviti baca yassin mlam jumaat, surau sepi tak ada aktiviti keagamaan?
dulu saya dok gombak setiap mlm jumaat ada baca yassin bila pindah sini tak ada langsung masjid or surau baca yassin, then masjid baru siap belakang umah mulakan semula as one of activity, sebenarnya setiap mlm ada activity..ada tafsir hadith, tafsir ayat quran, fekah tiba mlm jumaat yassin dan tahlil..so itu aktiviti surau ....yg tak bolehnya ikut wahabi ni mcm wajib baca mlm jumaat..so i think as long as kita baca kerana routine activiity masjid i dont see any harm.
pada wahabi juga tk ada doa akhirt tahun awal tahun yg kena baca yassin 3x semua tu..ni saya tak buat sejak baru2 ni lah dulu2 buat...entahlah kenapa..
ada byk lagi lah ajaran wahabi yg tak boleh buat ni...
some dari ajaran wahabi ni make sense to me some not..gitu lah agaknya..so mana yg saya fikir terbaik utk menambahkan amal ibadat saya ikut..tak kira mazhab mana pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa pasal nak kompuse...islam tak membawa umatnya kpd keraguan,kebimbangan,kena ada keyakinan diri kalau diri tidak yakin bermakna.................. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi saya, JAIS telah bertindak tepat dalam hal ini berdasarkan peruntukan undang2 yang sedia ada. Sesiapapun patut ditahan dan didakwa jika mengajar agama tanpa tauliah walaupun individu berkenaan bertaraf profesor mahupun Doktor Phd. Hal ini penting bagi menjamin keharmonian fahaman dan amalan agama di Malaysia. Jangan biarkan urusan agama kita mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana individu atau kumpulan tertentu. Apatah lagi, jika kumpulan berkenaan kerapkali menghuru-harakan fahaman dan pegangan umat Islam dengan fahaman wahhabi, syiah, liberal atau fahaman sesat di negara ini. Kumpulan ini perlu diajar. Dan tindakan undang2 adalah ajaran terbaik kepada mereka.
Suka diingatkan bahawa sesiapa sahaja yang bersikap ekstrem daan melampaui batas memang wajar di hukum. Jangan ingat urusan agama di negara kita ini tidak bertuan. Jangan ingat anda bebas memanipulasi agama secukup rasa dan mencetuskan ketegangan agama di negara ini. Penangkapan ini membuktikan kepada kita bahawa pemikiran Dr asri adalah banyak mencetuskan kerancuan kepada ummat ini. Mudah-mudahan apa yang berlaku benar2 menjadi pengajaran kepada beliau untuk menjadi seorang yang beradab. Membolehkan beliau lebih berhati-hati menulis, menyampaikan ceramah dan adil dalam mengkritik golongan yang tak sependapat dengannya. Insaflah wahai mereka yang cuba menghuru-hara agama. Kembalilah ke pangkal jalan. Marilah kita berjalan menuju Allah SWT.
http://al-ghari.blogspot.com/2009/11/asri-ditangkap-jais.html |
|
|
|
|
|
|
|
"Adalah mazhab as-Salafiyah yang dihidupkan oleh al-Allamah Ibnu Taimiyah dan yang dipakai serta diamalkan oleh al-Wahhabiyah itu bukan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia keluar dari mazhab yang empat. Mazhab as-Salafiyah berdasarkan Allah berjisim dan menyerupai makhluk"-Tasawuf dan Tarikat Menurut Pandangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah hlm 155-156 |
|
|
|
|
|
|
|
"Dan dikehendaki dengan kaum yang keluar dari Ahlus Sunnah Wal Jama'ah itu spt kaum Wahhabi dan kaum Rafidhi dan lain2, kerana diriwayatkan dari Ibn 'Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Akan keluar oleh manusia dari sebelah masyriq (timur) Madinah, hal keadaan mereka itu membaca akan al-Quran padahal tiada melampaui akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan keluar dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa AS." Ini Kerana puak Wahhabi dan Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah & Madinah dan mereka itulah yg membaca akan al-Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu. Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu."-Kitab ad-Durratun Naafi'ah fi Asyraathis Sa'ah-Bab Kenyataan Alamat Kiamat Yg Telah Jatuh, hlm 15 |
|
|
|
|
|
|
|
Bersabda Nabi: "Demi Allah, jikalau aku dapat akan mereka itu di dalam masa aku, nescaya aku bunuh akan mereka itu sebagai bunuh kaum 'Aad dan kaum Tsamud." Dan dikehendakkan dengan suatu kaum itu ialah kaum yang keluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama'ah seperti kaum Wahhabi dan kaum Rafidhi...... |
|
|
|
|
|
|
|
mod boleh campak thread ni ke board mazhab. |
|
|
|
|
|
|
|
mod boleh campak thread ni ke board mazhab.
tobby Post at 3-11-2009 18:49
cadangan diterima.
dah banyak-banyak post kat subbod mazhb.... balik-balik copy paste dari al-ghari... |
|
|
|
|
|
|
|
fahaman wahabi ni dah takleh dihalang lagi....
kat astro ada rancangan dr.asri, kat paper ada kolum dia, even malam tu tv1 ada rancangan tentang ajaran sesat ayah pin, tarikat bla3.....yg jadi tukang komen dr.asri jugak...
kalau salafi/wahabiey sesat apsal amek dia komen tentang ajaran2 sesat tue....
umumnya penentang2 wahabiey ni patut dimaafkan kerana mereka tak nampak keperluan menghapuskan bidaah.....apa yg mereka nampak ialah geng wahabbiey sebagai penyekat org2 wat ibadah; itu takleh, ini takleh......saya bercakap dari pengalaman saya sebagai penentang wahabbiey dulu2......
walaupun saya kini mengikut pegangan wahabiey nie, tapi sy sedar antara kelemahan wahabiey ialah mereka tidak daat menunjukkan pada masayrakat tentang kenapa bidaah2 perlu benar2 ditakuti.....dan supaya jangan happy sangat wat bidaah hasanah....
inilah yg sy lihat wahabiey tidak ddaat terangkan dgn baik yakni kenapad setiap bidaah itu berbahaya.......!
kebanyakkan hanya menyuruh jgn buat itu jgn buat ini....padahal di mata umum bidaah hasanah itu tidak akan nampak cacat celaNYA, malahan nampak baik pula sebagai pelengkap ajaran Muhammad.....
sebenarnya yg bahyanya bidaah adalah chain reaction yakni kesan jangka panjang dalam bentuk pemikiran, yakni jika kita happy dgn bidaah hasanah, ada sesuatu akan berlaku dalam satu jangka masa panjang.....yg mana kita takkan nampak ketika membuat bidaah hasanah biasa2 nie.....
tapi anda hanya akan nampak bila ia masuk ruang lingkup pemikiran2 tingggi2, falsafah, dan paling best, akidah......
rata2 org umum mana fikir benda2 nie, so sebab tu depa tak nampak apalah sangat kalau mereka-reka benda baru dalam beragama......sebab tulah depa terus kutuk wahabieyy....
anda hanya akan nampak bahayanya bidaah hasanah jika anda benar2 cuba cari kebenaran..... |
|
|
|
|
|
|
|
bidaah hasanah? can some1 explain pls.......
mekacih........ |
|
|
|
|
|
|
|
33# ussopp
Sebenarnya bukannya masyarakat yg confuse...tapi tok guru tradisional pengamal amalan warisan yg tak boleh berpisah dengan amalan yg tiada dalil dan tiada contoh dari nabi saw maupun dari para sahabat. resam umat adalah mengikut resam ulama. Bila ulama berubah maka umat akan turut berubah..nah diwaktu itu tidak timbul keliru lagi.
Angin perubahan kearah menegakkan amalan sunnah yg sahih semakin kuat dan tidak boleh dihalang lagi. Ulama2 tradisonal kini semakin rasa terhimpit sebab itulah mereka mula menggunakan kuasa yg ada pada mereka tapi lihatlah reaksi dari masyarakat, ramai yg mempersoalkan tangkapan "bodoh" tersebut. Bahkan PM sendiri menyokong dr Asri. |
|
|
|
|
|
|
|
Dr Asri: Saya Bukan Wahabi Dan Tak Tahu Apa Itu Wahabi!
Oleh ZIEMAN
PETALING JAYA: Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Ahad lalu masih rancak diperkatakan.
Beliau dituduh atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah oleh pihak JAIS dan ditahan pada pukul 9 malam oleh sekumpulan anggota JAIS di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.
Selain tuduhan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, antara isu lain yang berbangkit ekoran penahanan itu adalah isu penyebaran ajaran Wahabi.
Dr Asri kononnya dituduh membawa ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam hinggakan perkara ini terkandung di dalam salah satu bahagian dalam Memorandum Fitnah yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia kepada Agung.
Namun, ketika diajukan perkara ini, Dr Asri sendiri berasa hairan dan ingin bertanya kepada mereka-mereka yang membuat tuduhan yang dia Wahabi.... apa itu Wahabi?
"Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi. Tolong bagi saya definisi Wahabi. Kalau orang tak baca doa qunut itu, JAIS katakan Wahabi, kenapa tak larang masjid-masjid India kerana setahu saya mereka tak baca doa qunut," katanya.
Dr Asri juga mencabar pihak tertentu yang mendakwa beliau menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini tampil mengemukakan bukti kukuh.
"Jika tidak tahu, jangan membuat tafsiran melulu," kata tokoh agama yang disegani ini.
Jelasnya lagi, hanya kerana seseorang itu tak baca doa qunut, orang itu terus dicap Wahabi.
"Majoriti dari Mazhab-mazhab tak baca doa qunut, adakah mereka juga Wahabi.
"Dan saya nak tanya, sekiranya seseorang itu Wahabi, adakah itu membolehkan pihak JAIS dan polis membuat serbuan begitu rupa. Kenapa tak tangkap orang yang tak sembahyang, itupun agama tak suruh berbuat demikian," katanya sambil melahirkan rasa kemusykilannya tentang tindakan JAIS yang menahannya Ahad malam.
"Lagipun bila masa yang orang JAIS ikut saya sembahyang subuh sampai tahu saya tak baca doa qunut. Saya betul-betul hairan...," kata Dr Asri.
Ditanya bagaimana perasaannya sekarang, hingga isu penahanannya mendapat liputan nasional dan meluas, Dr Asri berkata, dia tidak sangka fitnah yang datang akan menjadi seteruk ini.
"Memanglah saya tahu....kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai tapi saya tak dapat bayangkan orang-orang yang melakukan ini adalah orang-orang agama dan duduk di institusi negara.
"Dan saya melihat sendiri sikap-sikap seperti ini di depan mata," kata Dr Asri.
Dalam satu sidang media semalam, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi ada menyatakan jabatan itu akan mengambil tindakan mendakwa Dr Asri setelah selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.
Dan dakwaan ke atas Dr Asri kemungkinan besar akan dilakukan pada Isnin depan.
"Itu media yang tulis. Saya belum diberitahu apa-apa pun," kata tokoh agama yang menulis di dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia.
Menurut Khusrin, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.
Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Insiden penahanan malam kelmarin tidak sedikitpun melunturkan semangat juang Dr Asri untuk menegakkan syiar Islam.
"Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan.
"Dan lagi, jangan guna akta dan kuasa yang ada untuk menghalang masyarakat untuk mendapatkan ilmu yang baik," kata Dr Asri. |
|
|
|
|
|
|
|
35# Aku_lugua
yaa, benar ada ulamak sebegitu.....apa yg saya lebih risau kan ialah sifat geng wahabi terhadap org awam....
terhadap org awam yg sifatnya ikut-ikutan, sepatutnya kita memaafkan mereka dan berlapang dada.....kerana ramai yg tak tau apa2....
namun benar juga pendapat anda, jika imam mereka berubah, maka senanglah yg lain nak berubah, tp mungkin susah....jadi kita perlu lebih banyak menerangkan kepada org awam yg kebanyakkannya tidak ada ilmu.....
perlu lebih pendekatan untuk mereka....kerana mereka rata2nya bukan berniat apa2 seperti penyebar2 bidaah(ketua)....
mereka cuma ingin beribadat....maklumlah orang biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi. Tolong bagi saya definisi Wahabi. Kalau orang tak baca doa qunut itu, JAIS katakan Wahabi, kenapa tak larang masjid-masjid India kerana setahu saya mereka tak baca doa qunut," katanya.
Syd Post at 4-11-2009 18:16
What?? Dr Asri tak tahu apa itu wahabi?
Bagaimana pulak isu di Perlis baru-baru ni Dokter weii?
Imam2 yang baca doa qunut masih ada lagi yang menjadi imam ka?? Tak tahu ka ramai yang dah kena singkir sebabkan mengamalkan bidaah2 tersebut?
|
|
|
|
|
|
|
|
35# Aku_lugua
namun benar juga pendapat anda, jika imam mereka berubah, maka senanglah yg lain nak berubah, tp mungkin susah....jadi kita perlu lebih banyak menerangkan kepada org awam yg kebanyakkannya tidak ada ilmu.....
ussopp Post at 4-11-2009 23:16
Tu diaa...yang tidak mengikuti geng wahabi kebanyakkannya tidak ada ilmu. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku simple jek..........
tak perlulah kita bincang pasal siapa betul atau salah...........
apa kata kita study dulu apa yg kita dan datuk2 kita pegang selama ini..........
boleh dikatakan di malaysia ini kebanyakan nya berfahaman mengikut imam syafie......
apa kata korang beli jek buku iqtikad ahli sunah jamaah karangan kiyai sirajuddin abbas.
kat situ semua mazhab ada....siap ada comparison lagi.......
so, baca itu dulu.......bila dah faham baru sedap sikit nak berdebat.......
ni pegangan kita sendiri tak mahir lagi nak fight ngan puak2 wahabi ni......confirm la kene.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|