Bahasa rojak bukan perkara baru. Pada penelitian aku Zee Avi sebenarnya tiru lagu P. Ramlee - Mari Dengar Ini Cerita. Ini youtubenya cuba korang bandingkan.
Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu? Mengikut firasat tuan hamba, mana satu yang benar?
tomoya11 Post at 4-9-2010 22:42
Tanpa ragu dan menoleh ke kiri dan kanan lagi sudah tentu la Bahasa Melayu kerana penggunaan bahasa ini didominasikan oleh hampir seratus peratus melayu. Namun tepatkah untuk dinamakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan berbanding Bahasa Malaysia? Mari kita lihat tentang Bahasa Melayu; Banyak dealek (betul tak ejaan ni?) dalam Bahasa Melayu yang sangat ketara sebutan dan kosa katanya. Contoh Bahasa Melayu Kelantan, Penang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan... sebuah bahasa aglutinatif..
Tentang Bahasa Malaysia, secara rasionalnya kerajaan mungkin mengharap semua etnik di Malaysia menerimanya sebagai bahasa nasional namun ketepatannya mungkin salah setelah dikaji dan dibahas oleh ahli bahasa kot... hmmm
Bahasa Melayu dah memang bahasa rojak. Banyak perkataannya diambil dari bahasa lain seperti bahasa arab, sanskrit, english, portugis, jawa. Apa salahnya dirojakkan lagi