CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bintang

Cinta Itu Membunuhnya.

[Copy link]
Post time 9-7-2009 08:44 AM | Show all posts
ala........................cketnya:cry::cry::cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2009 12:43 AM | Show all posts
sedih....sebak pulak aku bace.isk emo tul...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 10:16 AM | Show all posts
nak lagi bintang...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 10:46 AM | Show all posts
best nyer citer ni...
kesian kat ija....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 04:47 PM | Show all posts
sedihnya...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 05:09 PM | Show all posts
cedihnyerrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-7-2009 09:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 10-7-2009 21:28

”Assalamualaikum,”lembut namun lantang Ija hulurkan salam.

”Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh,” lantang dan nyaring suara kanak-kanak menjawab salam. Sebentar kemudian semua menjenguk dari beranda ke arah Ija.

”Ijaaa.. anak Uteh..!!” Jerit Uteh Som dari atas beranda sambil berlari anak turun ke bawah memeluk dan mencium Ija bertalu-talu. Terpancar kegembiraan di wajah tuanya sehingga bergenang airmatanya.

”Mari naik,sayang. Rindunya Uteh pada Ija.” Dipeluk ciumnya Ija dan tangan Ija dipimpinnya naik ke atas rumah. Ija memaut lengan Uteh Som melentokkan kepalanya ke bahu Uteh Som menurutinya naik ke beranda rumah duduk bersama-sama Uteh Som. Dengan riang dan senang hati dia turut serta membantu Uteh Som mengajar budak-budak mengaji.

”Kenapa Ija kurus sangat?” Tanya Uteh Som sambil mengusap-usap lengan Ija setelah selesai mengajar mengaji dan kesemua anak-anak muridnya sudah pun pulang. Ija senyum seraya memeluk erat perempuan yang sudah dianggap seperti ibunya itu.

”Ija rindu Uteh..” Ija merengek seperti anak kecil. Tersenyum Uteh Som melihat Ija yang tak pernah berubah, manja dan selalu kelihatan dahagakan kasih sayang.

”Kenapa Ija lama tak balik? Dah jadi isteri orang, dah tak ingat Uteh lagi ya?” Usik Uteh Som sambil menggosok-gosok lengan kecil Ija.

”Mana adalah...Ija rindu selalu tau, tapi abang Zikri tak bagi datang.....” Ija berhenti disitu dan dia terasa terperangkap dengan jawapannya sendiri kerana sudah mengagak apa yang akan menyusul dari mulut Uteh Som nanti.

”Kenapa pulak Zikri tak bagi datang? Hari ni kenapa dia bagi Ija datang pulak? Sorang-sorang pulak tu,” soal Uteh Som dalam kehairanan.

”Uteh, Ija nak makan gulai pucuk rebung,” Ija mengalih topik. Uteh Som mencubit dagunya, ”dari dulu tak berubah-ubah, kalau tak mo jawab soalan tu pandai aje melencong ya.”

Ija tergelak kecil dan dia terus merengek nak makan gulai pucuk rebung yang di masak Uteh Som.

”Jom, kita ketepi sungai,” Uteh Som menolak sedikit tubuh Ija yang masih bertenggek di bahunya menyuruh Ija bangkit sambil dia membetulkan badannya bersedia untuk bangun.

”Nak buatapa?”  Ija sedikit terpinga.

”Aik, tadi kata nak makan pucuk rebung,” Uteh Som sudah berdiri sambil membetulkan kedudukan tudungnya yang labuh melepasi siku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2009 09:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 10-7-2009 21:45

Petang itu Ija makan sungguh berselera sekali, sudah lama dia tidak berselera seperti ini. Apa lagi sambil makan, sambil Uteh Som bercerita itu ini tidak putus-putus.

”Kalau macam ni selalu gemuk Ija nanti, Uteh.” Ija menyuap sekeping betik ke dalam mulutnya, manis sungguh betik renek yang dipetik dari hujung dapur Uteh Som tadi.

Uteh Som tergelak kerana dia tahu sepanjang membesar budak manja di hadapannya ini tidak pernah kenal erti gemuk. Dia seronok melihat Ija sungguh berselera sekali, lebih membuat dia terfikir lagi menu kegemaran Ija untuk di masaknya malam nanti pula.

”Amboi, makans ampai tak sedar orang bagi salam. Nasib baik bukan pencuri yang datang kalau tak dengan orang yang tengah makan ni juga dicurinya.” tersengih Amir muncul tiba-tiba dari arah belakang Ija. Ija terperanjat dan cepat-cepat membetulkan tudungnya bila saja terdengar suara Amir dari arah belakangnya. Tak sangka pula dia yang Amir tinggal di sini. Uteh Som tergelak kecil, sebab selalunya begitulah bila dia berada di anjung dapur yang mengadap anak sungai, sesiapa yang memanggil dari arah pintu hadapan rumahnya, haram tak didengarnya.

”Awal kau balikhari ni, Mir,” tegur Uteh Som sambil menyedup nasi ke pinggan untuk Amir. Amir bersila di atas tikar mengkuang mengadap sungai dengan nyaman sekali merasai tiupan angin lembut dari arah sungai tersebut.

”Jauhnya abang berulang alik. Tak penat ke?” Ija bertanya sambil menyua air basuh tangan kepada Amir.

”Hujung minggu aje Ija, abang Amir kamu ni balik,” Uteh som menyampuk sambil mengambil mangkuk lauk untuk ditambahnya buat dihidang kepada anak tunggalnya itu.

”Bestnya lauk hari ni, mak? Mentang-mentang Ija datang bukan main special mak masak,” Amir mengusik ibunya sambil matanya menjeling Ija.

”Sekali-sekala Mir, ini pun mujur Ija nak ke mari. Eh, nanti ajak si Boboy
anak Pak Mail tangkap ayam, esok mak nak gulai.”


”Tengok tu, hidangan petang ni belum habis yang esok pula difikirkan mak, dengan Mir ni tak ada pula mak nak bersungguh-sungguh macam tu...” Amir berpura-pura merajuk. Ija yang sedang mengangkat pinggan ke sinki tersenyum dengan gelagat Amir.

”Kamu ni, mengalahkan budak-budak pulak, Ija tu bukan selalu ke mari pun biarlah dia merasa masakan mak yang udah lama tidak dimakannya, lagi pun kamu juga boleh merasa sama selebihnya tu bagi dekat Pak Mail kamu tu, dia pun boleh tumpang merasa juga,” Uteh Som menyua betik yang baru dikupasnya dekat dengan pinggan nasi Amir. Dia tahu Amir sengaja mengusiknya. Anak tunggalnya itu memang suka mengusik dan bergurau senda, ada-ada saja perkara yang diusiknya. Cuma satu Uteh Som terkilan, sampai saat ini anak tunggalnya itu masih belum ada pasangan. Entah orang macam manalah yang diinginkannya, sudah puas Uteh Som tunjukkan anak-anak dara di hujung kampung seberang yang tak kurang cantik dan berpelajaran pula, dibuat tak endah saja oleh Amir. Akhirnya Uteh Som mengeluh dan sudah malas lagi untuk bertanya. Pun demikian dalam benaknya terasa ingin bermenantu dan bercucu maklumlah usianya pun kian bertambah, takut juga kalau-kalau dia tak sempat melihat menantu dan kehadiran cucunya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2009 08:52 AM | Show all posts
best...
nape ija x dgn amir...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 11:10 PM | Show all posts
best nyer crita ni sambung la lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2009 11:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 12-7-2009 23:06

”Berapa hari Ija kat kampung?” Tanya Amir sambil membasuh tangannya. Betik masak di depan yang disua ibunya tadi disuap ke mulut berselera sekali.

”Lima hari,bang,”  Ija memandang Amir yang masih kurus seperti dulu, cuma dia kelihatan matang dengan kumis nipis dan janggut sejemputnya itu.  Ija masih teringat suatu ketika dulu di atas basikal Amir bertanya kepadanya adakah dia akan kelihatan lebih kacak kalau dia menyimpan kumis?  Ija membantah, katanya Amir macam orang tua kalau ada kumis.  Amir tergelak dan basikal yang dibonceng Ija dikayuhnya laju-laju sehingga Ija menjerit ketakutan.

”Zikri ke mana?”

Ija membatu seperti dia tidak kedengaran pertanyaan Zikri. Dia masih mengimbau kenangan sewaktu kanak-kanaknya bersama Amir. Amir yang enam tahun lebih tua daripadanya tidak ubah seperti abangnya. Sewaktu di sekolah menengah Amir bersekolah di asrama penuh,  seminggu
atau dua minggu sekali Amir balik dan takkan lupa membawanya membonceng basikal mengelilingi kampung. Pernah suatu ketika Amir mengajarnya mengayuh basikal tetapi dia menjadi serik setelah basikal yang dikayuhnya melencong ke dalam longkang, akibatnya seluruh badannya berbau hanyir air longkang.  Sejak itu dia tidak berani lagi belajar basikal walaupun Amir beriya-iya untuk membantunya dan berjanji kejadian seperti itu tidak berulang lagi. Dia sudah cukup seronok biar pun dapat membonceng basikal cuma.  Kadang-kadang dia mengikut Amir menahan pukat di bendang, bila banyak dapat ikan puyu, sepat atau haruan Uteh Som dan Mak Uma buat ikan masin. Ramai-ramai mereka menyiangnya. Paling dia geli bila Amir mengail belut. Biasanya Amir jualkan kepada cina di pekan atau kadang-kadang Mak Uma an Uteh Som buat kuah laksa dan menjamu anak-anak jiran.


”Jauh mengelamun...” tegur Amir bila soalannya tidak terjawab oleh Ija dan terlihat olehnya  Ija memandang jauh ke arah sungai.  Ija sedikit tersentak tersedar diri dalam lamunan.

”Erk... abang ada tanya apa-apa ke?”

“Zikri ke mana? Kenapa dia tak datang sama?”

”Dia ada hal bang...”

Dan Amir tidak lagi menyoal kerana dia dapat rasakan soalannya terlalu peribadi untuk dijawab Ija. Biarlah dia buat-buat faham supaya tidak ada pertanyaannya  yang akan  mengundang sedih pada Ija. Dia ingin melihat Ija tersenyum bukan bersedih dan dia sudah cukup gembira melihat Ija pulang ke kampung, paling kurang fikiran Ija yang sering berserabut itu berkubur sebentar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 08:34 AM | Show all posts
lagilah x cukup n3nya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 10:26 AM | Show all posts
ala... ckit nyer...
nak lagi...nak lagi...nak lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2009 12:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 13-7-2009 12:54

Setelah meminta izin untuk pulang ke rumahnya yang bersebelahan dengan rumah Uteh Som, Ija tidak terus pulang tapi pergi ke tepi sungai duduk di bawah pohon kemboja tua. Sebelum itu Uteh Som sempat bagitahu Ija ke masjid solat maghrib bersama-sama nanti.

Kepalanya melentok di batang kemboja. Mentari kian condong ke ufuk barat, semilir angin lembut menyapa pipinya, damai bayu itu membuat matanya sedikit tertutup sambil fikirannya melayang jauh. Dia membesar bersama aliran sungai ini, bermandi-manda, berkolek dan memancing bersama Amir. Amir menjaganya seperti adik sendiri. Sehingga remaja dia tidak pernah tahu perasaan Amir terhadapnya cuma yang dia tahu Amir seperti abangnya, terlalu baik dan mengambil berat. Selepas dia ke sekolah menengah Amir menyambung pelajaran ke luar negara. Sekian lama selepas itu hubungan mereka terputus. Setelah tamat SPM Ija ke politeknik selepas habis diploma dia bekerja di Kuala Lumpur dan di sinilah detik pertemuan dia dengan Zikri.

Semuanya berlalu dengan cepat, terasa semuanya baru semalam berlaku. Zikri sangat menyayanginya kala itu, tidak benarkan dia berkerja kerana kata Zikri dia sudah mampu menanggung isteri seorang. Zikri tidak sampai hati melihat Ija kepenatan. Namun yang paling melucukan pada Ija bila Zikri bersungguh-sungguh mengatakan dia tak sanggup isterinya ditenung orang! Lalu menjadi surirumah sangat membahagiakannya, melayan Zikri dengan sebaik-baik yang mungkin. Benar, panas bukanlah selalu ke petang. Adakalanya hujan luruh di sore hari, siapalah yang dapat menjagkakan hidup pada detik akan datang? Manusia sering sarat dengan impian yang indah, meski sedar kadang-kadang ia cuma ilusi yang tidak pernah bangkit.

Tiada siapa yang mampu menghalang takdir Tuhan, sekadar merenung apa tersurat dan tersirat. Zikri selalu keluar berkursus. Entah sejak bila Ija tidak pasti Zikri bertemu kembali dengan kekasih lamanya. Di rumah Zikri selalu tidur lewat kerana menyiapkan kerja katanya, sambil berchating melalui Yahoo Mesenger.  Ija tidak pernah mengambil pusing kerana sering meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Zikri. Zikri telah berjanji kepadanya sejak di hari penikahan mereka dan selepas kematian Mak Uma, menjaga dan melindunginya dengan penuh kasih sayang, dan kesedihan Ija adalah kesedihan Zikri juga. Namun kini kesedihannya adalah milik mutlak dirinya seorang, Zikri tidak akan pernah ingin mengerti. Alangkah cepatnya dunia ini berputar dan secepat itu manusia menjadi pelupa!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2009 01:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 13-7-2009 19:32

“Dah nak senja ni, nak terus mengelamun ke?” Amir muncul dari arah belakang Ija. Sebenarnya sudah lama Amir memerhatikan Ija. Dia tidak ingin mengganggu lamunan Ija, namun hari kian sayup ke penghujungnya dan nyamuk mulai aktif. Dia tidak ingin Ija digigit nyamuk di waktu senja, nanti ruam pula badan Ija dek gigitan nyamuk.

”Oh, abang Amir... asyik betul di sini kan, sejuk dan....”

”Dan terkenang kisah dulu-dulu ek, tak pernah puas mandi sungai,” Amir memintas dan mereka gelak bersama-sama, apa taknya masa kanak-kanak adalah paling seronok mandi sungai. Air yang jernih sampai keruh dibuat mereka. Kadang-kadang Ija mengikut Amir memancing, tapi selalunya sungguh membosankan kerana Ija tak boleh bercakap banyak sewaktu Amir sedang memancing; kata Amir nanti ikan lari lagi pun suara Ija tidak sedap pada pendengaran ikan. Ija mencebik bibir, suka sangat Amir menyakatnya.

”Esok abang nak mengail, nak ikut?” pelawa Amir, namun Ija terkejut. Dia bukan lagi kanak-kanak seperti dulu yang boleh mengikut Amir ke hulu ke hilir. Dia kini wanita dewasa dan isteri orang! Adakah Amir sudah lupa?

”Eerrr....” ”Mengail di sini aje, mak pun boleh nampak. Bukan mak saja, semua orang kampung boleh nampak bila lalu lalang kat depan jalan tu,” Amir melihat keraguan yang terpancar di wajah Ija. Dia tahu Ija sedar siapa dirinya kini, dan dia sendiri pun sedia maklum Ija milik orang, milik orang! Dan dia kena membataskan dirinya. Sungguh menyakitkan!

“Ija mengail sama, nak?”

Ija tergelak, dan Amir turut serta ketawa. Semua ini mengingatkan mereka dulu sewaktu Ija turut memancing bila Amir memancing. Amir dapat hampir sepuluh ekor ikan namun seekor pun Ija tak dapat. Puas Ija menyanyi lagu si ikan kaloi tak juga dapat. Akhirnya dia pulang dengan tangan kosong dan sepanjang mengayuh perahu Amir menyanyi lagu si ikan kaloi yang katanya dendangan dia lebih sedap di pendengaran ikan sebab itulah pancingnya mengena. Amir mengejek suara nyanyian Ija buat ikan nak demam dan tak berselera nak makan umpannya.

”Tak naklah, nanti tak dapat ikan lagi.”

”Tak pe, kali ni nyanyi lagu Siti Nurhaliza pulak,”

”Lagu apa?”

”Biarlah rahsia.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2009 07:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 14-7-2009 08:19

Iza bangun, mencampakkan ranting kayu ke arah Amir sambil menjelir lidah mencebik seperti selalu yang dilakukan kepada Amir dulu bila diusik. Dia berlalu meninggalkan Amir yang masih tersenyum gembira dapat mengusik Ija lagi, gembira dapat melihat wajah manis wanita impiannya yang kini sudah menjadi isteri orang!. Amir turun ke tebing sungai, memandang ufuk langit melihat mentari hilang di celah mega meninggalkan marak bayang merahnya. Dia mengambil wuduk dengan tertib sekali sebelum azan maghrib ke udara.  




Semenjak pulang dari kampung Ija tak sedap badan saja. Dari pagi hingga petang badannya terasa lemah dan tekaknya pula terasa loya. Bila malam menjelang, badannya kembali bertenaga. Kata Zila mungkin perubahan dari cuaca sejuk yang dirasai di kampung kembali hangat bila kembali ke rumah flatnya. Kepada suaminya tidak dapat dia mengadu kerana seminggu yang dijanjikan, Zikri tidak muncul-muncul. Kini sudah masuk hari yang ke sepuluh dia tidak menemui Zikri. Dia Cuma sms Zikri memberitahu dia sudah pun pulang dari kampung. Zikri membalas memberitahu dia masih di kampung Mila dan memberitahu Ija, jika alahan Mila makin teruk Zikri terpaksa lanjutkan cutinya. Ija tidak sanggup lagi bertanya apa-apa. Tiada rasa, tiada simpati yang ingin diluahkan.

Di antara syarat yang diminta sewaktu mengizinkan Zikri bernikah, Zikri tidak boleh bercerita kepadanya tarikh pernikahannya, siapa isteri barunya dan semua cerita berkaitan isterinya itu dijauhkan dari pengetahuan Ija, jangan sesekali diperdengarkan baik maupun buruk. Padanya lebih baik tidak tahu daripada tahu kalau semuanya itu mengundang pedih yang dalam. Hatinya ingin dijaga supaya tiada bengkak, tiada calar yang menebal. Dan Zikri akur syarat tersebut demi menjaga hatinya dan sebagai 'hadiah' kerana mengizinkan dia bernikah lagi.

Namun kini, Zikri tidak boleh lari untuk sedikit sebanyak bercerita tentang isteri barunya bila setiap kali dia tidak dapat melunasi gilirannya bersama Ija. Maka pedih dan calar hati Ija kian melorek kerana janji Zikri cumalah janji!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2009 08:27 AM | Show all posts
rasanya mcm ija preknan jerk....eheheh
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 08:36 AM | Show all posts
siannya ija...mesti dia peknan tue...
kalu free letak n3 lagi kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2009 05:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 15-7-2009 18:06

Pagi-pagi lagi Zila sudah ke rumah Ija untuk membawanya ke klinik.  Entah apa bahananya sejak pulang dari kampung demam Ija asyik turun naik, yang peliknya hanya di waktu siang badannya panas, malam jadi normal pula. Perut Ija juga tidak boleh menerima makanan keras, nanti habis dimuntahkannya. Kena sampuk kah Ija?  Zila menelepon Zikri bertanya hal apa aktiviti Ija di kampung, apa yang Ija makan sampai begitu jadinya.  Zikri pula menelepon ibunya bertanya dengan lebih jelas lagi sebab ibunyalah yang sering menemani Ija, masak dan makan bersama-sama Ija.  Dia Cuma satu hari sempat bersama Ija lantaran kerja yang tidak boleh ditinggalkan.  Kalau diikutkan hati dan kalau tidak mengingatkan Ija itu isteri orang mahu dia lima hari bercuti bersama-sama Ija.

Uteh Som menggelabah juga bila mengetahui Ija sakit setelah pulang dari kampung. Termenung panjang dia kerana merasakan semua masakan dan apa yang Ija makan sepanjang bersamanya tidak ada yang tercemar atau memabukkan.  Seperti yang Zila fikir,  Uteh Som pun berfikir lebih jauh lagi.... agaknya Ija kena tempias sihir orang?  Dia memberitahu Amir akan perasaannya itu namun dimarahi Amir pula kerana merepek yang bukan-bukan.


Pada mulanya Ija menolak untuk ke klinik, dia rasa biarlah dia mati saja berkubur bersama cintanya yang sudah tidak diendahkan Zikri.  Zila memaksa juga dan kerana tidak tahan dengan leteran Zila , Ija akur saja.  Lemah sungguh rasa badannya lantaran muntah yang tidak berhenti dari awal pagi lagi.


”Ija, dalam dunia ni bukan ada Zikri sorang aje tau.  Kau dah tak nak kawan dengan aku dah?  Kalau macam tu aku pun nak mati bersama kau jugak.  Dari tidak ada kawan lebih baik mati saja.“


Ija buat-buat tidak dengar dia tahu Zila merepek saja.  Dia asyik mendengar lagu yang berkumandang di radio.  Lagu yang Zikri pernah nyanyikan kepadanya sewaktu mungulitinya yang tidak dapat tidur pada suatu malam. Dan semua ini berlaku sebelum Zikri bercinta lagi!


.... Cinta ku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu oh

Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku....



Ija tersenyum, mengingatkan Zikri nyanyikan bait-bait itu sambil membelai rambutnya sesekali dahi dan pipinya dikucup. Suara Zikri sungguh merdu sekali.  Zikri memang pandai menyanyi, bahkan pandai juga bermain gitar.  Zikri sering memetik gitar sambil nyanyikan lagu untuknya sedang dia memeluk Zikri dari belakang. Namun semua itu cumalah kenangan indah yang sering diharapnya akan berulang.  Tapi bila? Zikri sekarang bukan Zikri dulu lagi.  Apa yang boleh diharapkannya lagi? Pulangnya sekejap-sekejap di sebelah malam saja, keletihan, jarang sangat bercakap apa lagi nak bercerita apatah lagi nak bermanja-manja.  Apakah semua ini suatu hari cumalah mimpi?



’’Apa cerita?“  Amir menelepon Zila sewaktu Zila sedang memandu pulang dari klinik.  Tidak sabar dia untukmengetahui apa yang tidak kena dengan Ija.


’’Hah, suspens, aku ingat Ija keracunan ke apa kat kampung kau tu.“


’’Habis tu?“


’’Diracun oleh Zikri, hahahahaah..!“


Amir turut ketawa. Ija mencubit Zila, malu dalam gembira. Perutnya yang masih kempis itu digosoknya. Dari klinik tadi dia tak putus-putus senyum, terasa olehnya seolah-olah dalam mimpi.


’’ Ija pregnant? Yeeaahh!“


’’Eh, apa pasal ko pulak yang menjerit riang neh?“


’’ Aku akan jadi ayah..“


’’Oit... sejak bila pulak kau pregnantkan Ija?


Di corong henpon Zila, kedengaran ketawa Amir, ’’Ayah angkatlaahh...!“
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2009 06:11 PM | Show all posts
adeh... camne nak display post dulu ek, senang nak edit apa2 yg patut dulu sebelum posting?

haru tul kena edit kemudian...

nak tukar discuz code lak cmne...

bantulah patik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.052772 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list