|
Harry Potter and The Deathly Hallows Part One : starts 19 nov
[Copy link]
|
|
dah lupe dah citer dia camner.. sibuk layan twilight saga je.. padahal dulu aku minat gile harry potter sampai franchise dia sume aku beli.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru tgk harry potter and the order of the phoenix....best sbnrnya.
murni xtgk dulu2 pasal rasa xmenarik cite dia...
sekali dah ter tengok, mmg best |
|
|
|
|
|
|
|
mana ler semua peminat HArry Potter gi .. korang tak promo ker creita ni? nak dkt tayang dah ni woiii .. heheh
tayang bulan depan kan? Part 1 ! cis, pandai omputih ni cari duit .. |
|
|
|
|
|
|
|
p/s comey: nasib baik ada part 2 citer deathly hallows tu....i am not ready to say goodbye yet plus ada something to look forward to next year |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# Adik_Esah
ye betul tuh ... |
|
|
|
|
|
|
|
x sabar2 nye nk tgk...kena book tiket awal2 nih... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar tunggu pas raya haji nih........
HARRY POTTER |
|
|
|
|
|
|
|
yes aku pn sma...
wlaupn keciwa sket movie yg lps...
hrp2 kali nie xmenghmpakn... |
|
|
|
|
|
|
|
cepatnye plak, rasa macam baru je tgk HBP yg hampess
tak sabar
part 2 release july 2011 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 25# im_comey
konon nak buat detail sket utk final installment ni |
|
|
|
|
|
|
|
ada contest bg hadiah tiket tngok sneak peek 16hb ni.
dgr kt radio mix fm. |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke aku td ada tgk iklan kan tv yg HP & TDH nie kuar 18hb nie..
n betul ke x yg penulis HP nak smbg ag cite HP sampai ke 10 episode..
kalo betul berita gembira tue..maknanya nie bkn lah yg terakhir.. |
|
|
|
|
|
|
|
next week lepas raya haji dah ada Harry Porter dah .. org KL boleh ler tgk Sabtu Ahad tuh sbb mesti ramai yg balik kg kan? |
|
|
|
|
|
|
|
eeeee....tak sabarnye nak tengok filem ne.......betul2 tak menyabo.......
tahun depan plak nak tengok transformers 3 n of coz Harry Potter Part 2.............
tak sabar seyh.....? sape nak itot...?hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Filem baru Harry Porter minggu depan
LONDON 11 Nov. - Filem Harry Potter siri ketujuh memulakan tayangan perdananya di London hari ini, yang dijamin akan mendapat pulangan yang besar kepada studio Warner Bros walaupun versi 3D tidak dapat disediakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Bintang muda Britain, Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint, yang membawa watak Harry, Hermione dan Ron masing-masing dijangkakan akan mendapat sambutan karpet merah terhadap Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 1 yang dijadual ditayangkan di pawagam bermula 19 November ini.
Warner Bros memutuskan untuk memisahkan siri ketujuh dan terakhir dari novel J.K Rowling tentang pengembaraan Harry dan tongkat saktinya kepada dua filem selepas enam siri terdahulu filem tersebut berjaya memperolehi jualan tiket di seluruh dunia sebanyak AS$5.4 bilion (RM16.6 bilion).
"Saya berpendapat siri 3D tersebut akan menjadi kekecewaan besar kepada Warner Bros, seperti yang terjadi kepada Saw, Shrek dan Toy Story yang semakin mendapat sambutan ramai apabila dikeluarkan dalam bentuk 3D," kata Andreas Wiseman dari Screen International.
Katanya, Deathly Hallows Part 1 dijangka memperolehi hasil jualan tiket sebanyak AS$1 bilion (RM3.1 bilion) di seluruh dunia walaupun hasil jualan tersebut mungkin lebih besar lagi sekiranya dikeluarkan dalam bentuk 3D.
Namun, Warner Bros masih mempunyai peluang lagi untuk menambahkan hasil jualan tiket sekiranya Deathly Hallows Part 2 dikeluarkan dalam bentuk 3D pada Julai depan.
Dalam Deathly Hallows Part 1, Harry, Ron dan Hermione menjalankan satu misi bagi mengesan dan seterusnya memusnahkan rahsia keabadian dan kemusnahan kejahatan Lord Voldemort, Horcruxes. - REUTERS |
|
|
|
|
|
|
|
Filem baru Harry Potter dapat pujian
AKTOR Daniel Radcliffe (kiri) dan Emma Watson berbual dalam salah satu adegan filem Harry Potter
and the Deathly Hallows: Part One.
LONDON - Ramai pengkritik memuji filem terbaru Harry Potter kelmarin beberapa jam selepas mereka menyaksikan tayangan perdana filem berkenaan di sini, Britain kelmarin.
Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part One adalah yang pertama daripada dua buah filem yang diadaptasi daripada buku terakhir Harry Potter karya J.K. Rowling.
Beberapa akhbar dan majalah di Amerika Syarikat dan Britain menganggap filem itu 'mencemaskan' dan meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan penonton termasuk perasaan hening dan sedih.
Walaupun menerima pujian kerana lebih cemas dan seram berbanding filem Harry Potter sebelum ini, kebanyakan penonton percaya bahagian kedua filem yang bakal ditayangkan pada Julai depan adalah jauh lebih hebat.
Sementara itu, ribuan peminat berhimpun di Dataran Leicester di sini kelmarin untuk melihat barisan bintang utama filem tersebut iaitu Daniel Radcliffe, 21, Emma Watson, 20, dan Rupert Grint, 22, yang melakonkan watak Harry Potter dan dua sahabat karibnya, Hermione serta Ron dalam kesemua lapan filem berkenaan.
"Kami membaca semua buku Harry Potter dan menonton semua filemnya, saya tidak ingat berapa kali, mungkin tiga atau empat kali," kata seorang peminat, Sheba Sahir, 23.
Filem pertama Harry Potter ditayangkan pada tahun 2001, empat tahun selepas Rowling menerbitkan bukunya manakala enam filem berkenaan memperoleh kutipan global AS$5.4 bilion (RM16.8 bilion) setakat ini.
Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part One akan menemui peminat di pawagam seluruh dunia bermula 19 November ini. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part One akan menemui peminat di pawagam seluruh dunia bermula 19 November ini ..
smlm kwn aku tny kat pekerja kaunter mbo harry potter kuar 17nov.
da la mbo slalu lmbt release cerita baru |
|
|
|
|
|
|
| |
|