Rap
FILEM kecil berjiwa besar. Mungkin ungkapan ini sesuai diberi kepada filem sutradara indie, Chris Chong yang bakal menemui penontonnya 26 November ini.
Menerusi paparan visual filem ini, yang dapat dirungkaikan ialah, ia cukup menarik dan pasti memeranjatkan.
Mengisahkan perjalanan kehidupan, cinta, kasih sayang, nilai kekeluargaan dan turut mengangkat keindahan alam pasti menjadi elemen menarik untuk diikuti.
Tidak salah jika penulis mengatakan filem ini ada ketulenan tersendiri. Menggabungkan pelbagai elemen menarik dengan kisah tersendiri menjadikan Karaoke sesuatu yang unik.
Berlandaskan kehidupan masyarakat di sebuah ladang kelapa sawit, Karaoke menceritakan mengenai Betik, pemuda yang pulang ke kampungnya dari Kuala Lumpur.
Dalam mencari rezeki di kota besar berkenaan, Betik membuat keputusan untuk kembali ke kampungnya dan mengubah kehidupan keluarganya selepas kematian ayahnya.
Dalam masa sama, ibunya menguruskan pusat karaoke milik keluarganya bersendirian dan atas sebab itu Betik mahu membantu dalam perniagaan keluarganya.
Betik menjalankan satu penggambaran klip video untuk dijadikan latar lagu karaoke. Sebagai permulaan, Betik mengangkat kisah kasih sayang dan cinta sebagai tema klip video itu. Bagaimanapun dalam kehidupan realitinya, dua perkara itu sungguh asing dalam kehidupan Betik.
Mungkin ramai tidak perasan apa yang cuba diangkat oleh Chris. Namun jika anda perhatikan dan hayati filem ini, segala-galanya diceritakan secara tersirat.
Kebiasaannya mesej tersirat gagal diterjemahkan dengan baik dan sedikit sebanyak ia memeningkan kepala penonton, tetapi Chris tampil dengan jalan cerita yang mudah difahami.
Secara tidak langsung, kehalusan karya Chris dapat dilihat menerusi lagu karaoke dan detik di mana Betik berusaha menyiapkan klip video itu. Tambahan pula visual dipaparkan cukup untuk menceritakan nilai seni yang cuba diketengahkan oleh pengarah ini.
Seperti mana filem indie lain, Chris banyak menggunakan paparan visual daripada dialog untuk mengikat penonton. Menariknya, usaha sutradara ini berjaya apabila dia tampil dengan pelbagai paparan visual yang tersirat.
FILEM: Karaoke
PENGARAH: Chris Chong Chan Fui
PELAKON: Mislina Mustafa, Mohammad Hariry, Nadiyatul Nissa dan Zahiril Adzim
GENRE: Drama
TAYANGAN: 26 November 2009
ULASAN: Firdaus Sahat
Tayangan filem pendek BLOCK B bersama KARAOKE (tarikh tertentu sahaja)
SPECIAL SHORT FILM dengan KARAOKE
"BLOCK B"
A building becomes a living painting.
- 20min experimental short film playing before KARAOKE film. Two films, one ticket.
- for two (2) shows only, Sat-Sun, 28-29 Nov 2009
- 1:30pm ONLY for Sat - Sun only
- Exclusively at GSC Midvalley (KL)
- director Chris Chong Chan Fui / writer the late Toni Kasim / / production designer Yee I-Lann
_________________________________________________
"KARAOKE" TICKETS:
GSC Box Office: GSC Mid Valley box office
GSC Online: www.gsc.com.my
GSC Phone: 03 8312 3456
(advance tickets available 2 days in before)
** Playing 6 times a day for 7 days (26 Nov - 2 Dis, 2009)
Times: 11:15 AM 01:30 PM 04:00 PM 06:30 PM 09:00 PM 11:40 PM **