PENYANYI dangdut dari Indonesia, Julia Perez (gambar) akui pernah membeli baju yang direka oleh pereka luar negara berharga RM31,855. Namun, dia agak menyesal kerana hanya memakai pakaian tersebut sekali dan selepas itu terus disimpan. "Koleksi baju sudah banyak. Selepas tiga bulan, baju yang disimpan akan diulang pakai jika belum digunakan lagi. "Seperti baju yang saya beli berharga RM31,855, saya hanya sempat pakai sekali dan selepas itu disimpan. Rasa seperti menyesal pula kerana jika kasut, saya boleh pakai lagi," ujarnya lagi. Dia mengakui tiada masalah untuk memakai pakaian yang ditaja atau dibeli sendiri. Namun dia hanya memakai pakaian itu dua hingga tiga kali dan kemudian diulang pakai agar tidak membazir wang untuk membeli banyak pakaian. "Saya selalu membaca majalah fesyen dalam dan luar negera untuk dijadikan rujukan fesyen. Saya selalu melihat seni dan penampilan artis Koera dan Thailand," jelasnya lagi.
B |