|
Balas #18 bintang\ catat
Hujan lum turun citer dan abis? |
|
|
|
|
|
|
|
Selamah petang itu berdiri di tebing sungai dekat dengan rumahnya. Tebing itu tinggi dan memandang ke jauhan. Dari atas tebing itu, dia melihat sungai yang panjang itu berliku-liku panjang seperti seekor ular yang tidak betul, berlekuk-lekuk. Dari gigi air sungai itu, pasir memutih di seberang sana. Di atas gigi pasir memutih itu, berpetak-petak kebun sayur yang menghijau dan di kejauhan sedikit ternampak rumah-rumah kecil diperbuat daripada kulit-kulit kayu, buluh, dan kayu-kayu bulat dan beratap bertam. Dari kejauhan lagi ternampak banjaran bukit yang menghijau, tinggi dan berasap selepas hujan. Matanya beralih pula ke permukaan air sungai yang kekuningan dan berkilat-kilat di bawah pancaran cahaya matahari lemah. Kemudian, dia melayangkan pandangannya di kejauhan, maka terlihatlah olehnya sebuah perahu kecil du hujung sungai sayup-sayup menuju ke arahnya. Perahu itu makin lama makin dekat juga.
Selamah cuba mengenal tuan punya perahu itu, tetapi tidak berjaya. Maka dia pun berjalan perlahan-lahan di atas tebing sungai itu dan berhenti di bawah serumpun buluh. Hajat hatinya mahu berehat sebentar, sebelum dia turun ke sungai membasuh sedikit kain bapanya yang sakit itu. Teringat dia kepada penyakit bapanya. Luka itu makin merebak. Baunya makin busuk juga dan dia percaya tidak lama lagi akan berulat. Sepanjang malam bapanya tidak dapat tidur kerana kesakitan. Dan suara yang datang daripada dalam dadanya itu sungguh menyayat hatinya.
Angin yang menyegarkan menyeberang sungai itu daripada puncak banjaran bukit dan menerpanya. Rambutnya yang panjang sehingga ke punggung itu mengerbang jadinya. Dia tidak peduli. Hidupnya sudah menjadi sepi dan angan-angan manisnya sudah menjadi kabur. Hidungnya yang mancung dan mukanya yang bujur itu berasa segar ditiup angin yang datang daripada banjaran bulit itu. Asap putih di dinding bukit itu masih memutih. Sesekali lagi dia melemparkan pandangannya ke arah hujung sungai yang berliku-liku dan panjang. Perahu yang sebuah itu makin mendekat, tenang dan lancar di atas permukaan sungai. Kemudian perahu itu meluncur berdekatan dengannya di bawah tebing di tempat dia berdiri itu. Bujang mendongakkan kepalanya ke atas tebing sungai. Maka, terlihatlah olehnya mukanya yang selalu manis dan berbadan segar dan gebu itu sangat kurusnya. Muka itu tidak berseri dan pucat. Dia benar-benar yakin bahawa mata itu tidak bercahaya lagi, kejang, dan merana. Dia cuba senyum, tetapi perempuan yang tinggi lampai dan pucat seperti mayat itu tidak membalas senyumnya. Kemudian dia menghilang di sebalik rumpunan buluh yang rendang itu, sambil menundukkan kepalanya, dia pun terus berjalan pulang.
Bujang tersedu dalam dadanya. Seperti sesuatu menusuk dadanya dan benda itu seperti satu tenaga yang ajaib, sejuk seperti air batu menitis setitik-setitik di atas jantung hatinya, dia menjadi beku dan perahu itu tidak didayungnya lagi. Maka hanyutlah dia ke hujung sungai. Lama dia berkeadaan demikian. Kepalanya tertunduk terkulai lemah dan tidak bersemangat. Sesungguhnya baru dia sedar betapa besar cintanya terhadap Selamah. Dia terus berhanyut.
Hari semakin gelap. Matahari makin rendah. Azan maghrib kedengaran sayup daripada atas tebing sungai. Malam menyelubungi sekitar. Udara malam yang sejuk dan keras itu menggerakkan Bujang yang masih terkulai berhanyut di dalam perahu kecilnya. Pelampung-pelampungnya tidak dipedulinya kini. Dia menggeliat dan menggosok-gosok kedua-dua belah tapak tangannya, suatu usaha untuk memanaskan anggotanya daripada serbuan angin malam. Dia berdayung sekarang. Perutnya kini lapar dan sakit sedikit. Tidak jauh daripada pengkalan berdekatan dengan rumah Selamah telinganya dapat menangkap deburan air seperti orang sedang mandi. Dia terus mengayuh perahu kecilnya. Sampai di tempat itu, terlihat olehnya satu lembaga dengan kain basahan melompat naik daripada dalam air yang mengalir tenang. Bujang dapat mengenal lembaga itu: Selamah. Dan Selamah tahu juga Bujang berdekatan denganya di dalam perahu. Selamah nampaknya tidak tergesa-gesa. Dia sedang bersalin kain basahannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bujang jadi tegang seketika. Suatu perasaan yang berkobar-kobar dan dalam bergelora menguasainya. Suatu perasaan hendak menguasai datang menyerangnya. Perasaan itu sesungguhnya luhur dan abadi. Maka dia pun mendekatkan perahunya ke tebing sungai itu dan melompat ke atas tanah merah dan lecet. Perahunya diikat. Perempuan itu tidak juga tergesa-gesa nampaknya.
Malam itu tidak berbintang, langit hitam pekat. Bujang melangkah perlahan-lahan dalam gelap. Selamah masih tidak menghiraukannya.
Bunyi air mercik menampar-nampar batu yang banyak bertaburan di gigi air. Dan derum air terjun sayup kedengaran daripada kejauhan. Air terjun menimpa batu-batu. antara derum air terjun itu terdengar juga ikan-ikan memecah permukaan air sungai
Bujang sekarang berdiri di belakang Selamah. Perempuan itu buat tidak tahu sahaja dan terus menyanggul rambutnya yang panjang itu. Sejurus lamanya Bujang berdiri itu, tetapi baginya seperti masa itu sangat panjang, tidak ada kesudahannya. Dia meletakkan perlahan dan lembut tangan kasarnya di atas bahu Selamah. Tubuh Selamah yang kurus itu tegak dan kejang, tetapi tidak satu pun keluar perkataan daripada mulutnya.
"Mah, aku Bujang," bisik Bujang terketar-ketar dan dirasanya bahawa tangannya terketar-ketar sedikit.
Tidak ada jawapan daripada Selamah, tetapi tubuh yang ramping, tinggi, dan kurus itu masih juga tegang.
Tiba-tiba suatu perasaan yang kuat bersemangat berapi bergetar menyerang Bujang. Bujang pun merangkul Selamah dengan perasaan penuh mahu mempunyai dan menguasainya. Tidak juga keluar sepatah kata daripada mulut Selamah.
Sungai mengalir, dalam, gelap penuh rahsia dan berlumut.
Sudah empat hari hujan tidak berhenti-henti turun. Sudah empat hari matahari tidak kelihatan. Awan mendung dan alam lembap, gelap dan suram. Air sungai kian naik. Angin kian kuat bertiup, datang daripada banjaran bukit yang memagar kampung Bujang.
Pada pagi yang kelima, Bujang membuka matanya pagi-pagi lagi kerana sejuk oleh tiupan angin. Dia melemparkan selimutnya ke tepi dinding. Dia tergesa-gesa ke jemuran dan terlihat olehnya air sudah naik ke darat. Air sungai sudah melimpah. Betung menguak-nguak kesejukan dan berlegar-legar di bawah pokok jambu butir banyak Bujang memandang ke daratan. Tidak kelihatan secebis bumi lagi. Air memutih. Air kian naik. Betung kian berlegar-legar dan menguak-nguak. Air memutih dan berbusar-busar dan keras arusnya.
"Betungmu!" Teriak Mak Munah.
Bujang memang sedar, Betungnya yang buruk dan berulat di bahagian punggungnya itu berlegar-legar dan menguak-nguak meminta pertolongan.
Bujang diam.
Angin datang daripada banjaran bukit bersiul-siul. Pokok-pokok kelapa dan pokok-pokok getah meliuk-liuk diterjang angin.
Kemudian terdengar tetuang ditiup orang daripada arah rumah datuk penghulu, sayup-sayup dibawa angin kencang.
Tetuang cemas. Tetuang memberi amaran, Kampung dalam bahaya.
Derum air terjun kian keras menimpa batu-batu.
"Kita pindah!" Perintah Pak Kadir.
Pindah? Rumah tinggal kepada siapa? Rumah pusaka daripada datuk nenek tinggal kepada siapa? Dan Mak Munah terhenyak duduk di tepi dinding. |
|
|
|
|
|
|
|
tidak bermaya seperti orang diserang demam kura berminggu-minggu lamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang-orang kampung itu mengerumini Pak Jenal. Mereka membisik-bisikan sesuatu, di muka mereka terbayang jelas rasa kemanusian yang mendalam. Mereka berbisik, |
|
|
|
|
|
|
|
Mayat Pak Jenal selamat dikebumikan di tepi batu besar tempat dia di letakkan oleh Bujang. Mereka mengambusnya dengan pasir, tanah, kemudian dengan batu-batu yang agak besar.
Tiba-tiba Mak Munah melolong kuat! "Mana Bujang? Mana Bujang?"
Tidak ada yang menjawab.
Rupa-rupanya kematian Pak Jenal mengingatkannya kepada Bujang. Dan dia melompat lemah daripada batu ke batu, daripada kelompok manusia ke kelompok yang lain, mencari-cari Bujang. Tidak ada. Dan dia menangis teresak-esak. Satu kesimpulan yang mengerikan terbayang dalam otaknya yang tua. Selamah masih duduk di tepi batu besar dekat kubur bapanya. Dia menggigil-gigil kesejukan. Dia tidak berkata apa-apa, Bujal mengengsot perlahan-lahan kepadanya, dan menyandarkan badannya ke badan kakaknya itu. Dia menangis kerana hiba dan lapar.
Pada pagi yang ketiga, tidak juga ada tanda-tanda banjir akan surut, malah bertambah. Suara anak-anak menangis kian serak-serak dan merintih-rintih. Batu-batu kecil mula ditolak-tolak dan jari-jari lemah mengcakar-cakar tanah mencari makanan. Tetapi adakah makanan? Tetapi cacing itu ialah daging! Mereka terus mengcakar-cakar tanah yang lembik dan berpasir merah. Batu-batu kecil mula bergolek-golek turun daripada lereng bukit masuk ke dalam air di kaki bikit gondol. Bukit itu memang gondol dan tidak ada binatang yang tinggal, melainkan ular-ular, lipan, jengking, dan cacing. Mereka terus mengcakar dan mengorek-ngorek tanah lereng bukit. Batu-batu kecil berlumut hijau dan batu putih melepak - batu bukit besar juga ditolak dan bergolek-golek turun lereng bukit masuk ke dalam air.
Mak Bedah yang mendukung anaknya yang masih kecil berumur dua tahun itu berbisik kepada lakinya Dollah perlahan, "Carilah sesuatu untuk anak ini."
"Apa?"
"Sissssssss! Perlahan sedikit! Anak ini selama dua malam menangis dan sekarang dia tertidur. Terlalu lapar. Kasihanlah kepadanya. Usaha apa pun supaya dia...."
"Tengok! Tengok!"
"Sisssssssssss!"
"Tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan."
"Tetapi mereka itu mencari cacing."
"Tetapi...."
"Tetapi apa? Dia terlalu kecil dan akan mati kelaparan"
"Baiklah!"
Pak Dollah pergi menolak-nolak batu mencari cacing. |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal novel/cerpen ni banyak kesalahan semantik + tatabahasa?
Uthaya Sankar S.B yang bukan Melayu tu punya novel/cerpen lebih gramatis...
[ Last edited by juwaini at 13-4-2009 19:27 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 juwaini's post
maaf pak, patik baru belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bintang at 13-4-2009 21:58
maaf pak, patik baru belajar.
Patik tu bahasa istana...
Ni bukan orang Malaysia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 juwaini's post
habis, nak guna bahasa apa lagi tuanku? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bintang at 13-4-2009 22:13
habis, nak guna bahasa apa lagi tuanku?
Guna bahasa Tamil je la kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba terdengar satu dentuman yang amat kuat datang daripada banjaran bukit yang memagari kampung itu, seperti letupan sepedo yang pernah dilakukan oleh orang-orang daripada kota di lubuk-lubuk ikan semasa mereka berkelah di kampung itu. Lepas itu, ikan-ikan akan terapung-apung memutih di permukaan air. Tetapi di lereng bukit yang jauh itu nampak batu-batu besar bergolek-golek turun, dan satu bahagian di dinding bukit itu nampak tanah merah sebesar padang bola sudah tidak kelihatan pokok-pokok menghijau lagi. Tanah merah sebesar padang bola itu dulunya ditutupi oleh pokok-pokok menghijau, tetapi sekarang tempat itu sudah licin, hanya merah sahaja kelihatan daripada jauh. Pokok-pokok menghijau sudah tumbang. Mereka ramai-ramai menjerit ngeri seperti kiamat akan berlaku besoknya.
"Bukit pecah! Bukit pecah!"
Sebenarnyalah. Air kian naik. Hujan tidak henti-henti juga. Tanah perkuburan Pak Jenal mula dinaiki air. Selamah bersama Bujal meloncat ke atas batu. Air deras itu mula menolak batu dan pasir, tanah kubur Pak Jenal. Tiga jam kemudian ternampaklah kain kuning kotor yang membalut mayat Pak Jenal. Kain itu bergerak-gerak seperti ditiup angin dilanda air. Mereka hanya melihat sahaja. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan.
Udara masih gelap, menggusarkan.
Alam gundah-gulana.
Hari keempat, hujan berhenti dan angin kencang kian kendur. Air kian surut. Tiba-tiba terdengar sayup-sayup bunyi enjin helikopter. Mereka mendongak kepala masing-masing. Bunyi mesin itu kian lama kian keras dan dekat. Antara udara redup itu, kelihatan helikopter berlegar-legar di udara. Mereka melambai-lambai tangan kurus dan tidak bermaya itu. Dan ternampak bungkusan-bungkusan dijatuhkan daripada udara. Pertlongan telah tiba! Lepas menjatuhkan bungkusan-bungkusan helikopter itu menghilang di balik banjaran bukit.
Beras! Biskut! Mancis api!
Tangan mereka terketar-ketar, tetapi mereka segera insaf bahawa kayu tidak ada, dan tanah yang basah tidak mungkin dapat menghidupkan api. Mereka tidak putus asa, sardin dan biskut itu dimakan begitu sahaja tanpa nasi.
Mak Bedah dalam kegembiraan yang melimpah-limpah itu menggoncang-goncangkan anaknya yang difikirkan masih tidur nyenyak. Tetapi, budak itu tidak juga mengeluarkan suaranya. Kaku dan bisu. Tiba-tiba Mak Bedah menjerit kuat dan tangannya yang kurus dan lemah itu menarik rambutnya tidak keruan. Kepalanya dihantuk-hantukkan ke batu dan dia terus menangis teresak-esak. Dia baru sedar bahawa selama satu hari satu malam dia mendukung mayat anaknya! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 juwaini's post
yandee ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 juwaini's post
pegi main jauh2 lah :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Air kian surut dengan cepatnya. Mereka ramai-ramai mengambus semua mayat Pak Jenal dan menindihnya dengan batu-batu. Kemudian mereka beramai-ramai mendoakan rohnya.
Banjir surut juga. Mereka berderet-deret pulang melalui bendang. Bendang tidak lagi nampak petak-petaknya, diselimuti lumpur. Lumpur sampai ke batis mereka. Lumpur kuning dan coklat terhampar di atas sawah padi mereka. Dengan kepala tunduk terkulai, mereka perlahan-lahan mengheret kaki di dalam lumpur berjajar-jajar seperti askar yang lari daripada medan pertempuran dipukul musuh.
Rumah Pak Dollah tidak ada lagi. Rumah Pak Kadir juga tidak ada lagi. Rumah Mezah ranap dihempap oleh sebatang pokok kelapa. Di perjalanan itu mereka terserempak dengan dinding, lantai, bumbung-bumbung rumah, jemuran rumah yang pecah berkecai dilanda banjir dan kayu-kayu balak tersadai di sana sini dalam semak-semak dan tersandar di batang-batang pokok getah.
Selamah bersama adiknya Bujal sampai di rumahnya. Rumah itu masih ada, tetapi sudah condong ke barat. Lama mereka terpacak di situ. Suasana sunyi sepi, hanya kedengaran air terjun menimpa batu dari kejauhan. Tetapi Selamah tidak mendengarnya. Mereka menunduk dan berjalan perlahan-lahan. Tiba-tiba Selamah ternampak satu benda di belakang rumahnya, di dalam kebun sayur bapanya. Benda itu besar dan hitam. Dia berjalan cepat-cepat ke tempat itu. Bujal mengekorinya. Angin masih juga tidak berhembus. Daun-daun masih juga kaku tidak bergoyang-goyang. Suasana seperti mati. Tiba-tiba Selamah tersentak, dan menjeriy nyaring seperti binatang yang luka. Tangannya tergapai-gapai ke atas, putus asa, seperti tangan orang lemas tergapai-gapai di permukaan air meminta tolong. Tangan itu jatuh atas perutnya, dan bertubi-tubi menumbuk perutnya. Muka yang pucat itu serta-merta bertukar menjadi seperti mayat. Suara nyaring memanjang, kemudian dia tersepuk jatuh di dalam lumpur, pengsan.
Bujal berlari-lari ke tempat kakaknya. terlihat olehnya dekat tempat kakaknya rebah, mayat Bujang terkapar di dalam lumpur, dekatnya bangkai seekor kerbau. Tangan Bujang masih kukuh memegang tali Betungnya.
Matahari terus juga memancarkan cahaya lemahnya di balik awan. Cahaya kekuningan itu memancar ke atas badan Selamah, ke atas mayat Bujang, ke atas bangkai Betung. Daripada jauh masih terdengar derum air terjun ke atas batu-batu.
TAMAT. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 juwaini's post
patik nak buat novel baru.. minggu depan nak post.
tuanku nak memegang watak tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|