|
Reply #1 RedDevils's post
ni ker yg di maksudkan?
wahh mantap! bape rega skrg ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Volvomania,
Kalau ada mana2 geng/kedai yg jual best deal S40, uar uar kan lah...
Anyway thanks for the link to volvo owners club.. |
|
|
|
|
|
|
|
beli baru tersangat lah rugi
kerana harga byk jatuh |
|
|
|
|
|
|
|
S40 kereta idaman aku. yap dalam bab saftey
volvo is the best...cuba bayangkan S40 dalam warna diamond black..isskh takleh
tido dibuatnya............dan yang penting enjin soft turbonya...prweettttt.........
[ Last edited by zvicmorrow at 20-2-2009 08:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu.....volvo s40 mmg cun, tmbh lak spoile kat belakang,
+ bodykit sport, mmg cun, tak besar sgt, tak kecik sgt....
who would you buy volvo to ....
lebih kurang la dia punya trademark.... |
|
|
|
|
|
|
|
Motto VOLVO.....'VOLVO FOR LIFE' maknanye, klu ko beli tu ko pakai le sampai habih nyawa ko, sbb tak de nilai nak jual. (tp maksud sebenarnye diorang, once beli... akan terus tertawan ngn volvo ni, next car pun volvo gak) |
|
|
|
|
|
|
|
woi ... org SABAH kate ... maintenance keta volvo lbh murah drp proton perdana la ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 waksir\ catat
perdana gak kena compare.....
apa ke hampeh sgt perdana ni...
ari tu kes dgn camry...2.4
perdana ni dibuat kat planet marikh ke |
|
|
|
|
|
|
|
Honestly aku cakap, Volvo ni lagi sedap bawak berbanding Mercedes. Engine kalau tuning tepat, memang best giler pickupnya. Light pressure turbo lah katakan. Kalau naik bukit kat tempat yang paling mencabar seperti Lebuhraya Timur Barat daripada Grik ke Jeli, memang Volvo ni King of The Road. Honda Accord dan Camry pon jauh kat belakang.
Minyak tak kuat. Jimat minyak. Jangan compare sama Volvo zaman kotak kasut dahulu.
Corner pon sedap dan mudah. Corner pada kelajuan 120km/h tu masih boleh pakai ibu jari sahaja pulas steering ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Alt-F4's post
Boleh share mana port sparepart kereta konti nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Volvo S40 Mewah yang mampu dimiliki
Oleh JOHARDY IBRAHIM
| Reka bentuk Volvo S40 lebih segar dan sporty.
|
BILA membeli sebuah kereta Volvo, anda akan memilikinya sepanjang hayat. Ini menjadi slogan kereta buatan Sweden yang sebenarnya bermaksud, sekali anda membeli dan memandu Volvo, anda tidak akan berubah ke jenama lain.
Harapan tersebut bukan sesuatu yang mustahil. Jika selama ini kereta-kereta kontinental atau Eropah dikaitkan dengan harga yang mahal, Volvo memiliki kelebihan untuk menawarkan harga berdaya saing menerusi operasi pemasangan tempatannya (CKD).
Sebelum ini, harga tanpa insurans Volvo S40 ialah RM181,500 tetapi kini ia berharga RM169,500 sebuah.
Pada harga sedemikian, S40 memberi saingan langsung kepada jenama-jenama Jepun seperti Toyota Camry dan Honda Accord, sedangkan S40 sebenarnya bertarung dengan kereta seperti Audi A4 dan BMW 3 Series.
Inilah sasaran Volvo dalam memecah dominasi jenama Jepun dalam segmen sedan eksekutif.
S40 diperkenalkan di pasaran global pada 1995. Generasi keduanya pula ialah pada 2004 dan telah disenaraikan oleh Forbes sebagai kereta mewah terbaik bagi pemandu muda.
Ia juga telah diundi sebagai kereta paling popular di kalangan wanita dalam segmen kereta mewah di pasaran Amerika Syarikat, menurut J.D Powers & Associates.
S40 memaparkan reka bentuk bergaya, dengan ciri-ciri keselamatan dan premium yang sinonim dengan Volvo. Rupa depannya telah diberi sentuhan baru yang mirip kepada Volvo S80 dan V70 yang baru.
Muncung depannya kini lebih panjang 3 milimeter berbanding versi sebelum ini manakala jeriji depannya diberi nafas baru yang memberi penekanan kepada cita rasa mewah.
Bamper belakangnya juga telah direka semula dan unik hanya untuk model S40 dan V50. Bamper tersebut 6mm lebih panjang berbanding versi sebelumnya.
Logo Volvo, yang dipanggil `simbol besi', kini 50 peratus lebih besar dan dipasang bukan sahaja pada jeriji tetapi juga rim roda dan alat kawalan jauh. Lampu depannya juga merupakan rekaan baru, baik daripada segi bentuk dan saiz.
Versi 2009 ini dilengkapkan lagi dengan teknologi Bluetooth, rim roda 16 inci, lampu kabus, kerusi boleh dialih secara elektronik dan sistem stereo enam pembesar suara dengan enam penukar cakera.
Yang lebih penting, S40 kekal dengan ciri keluasan ruang kabinnya yang terhasil daripada reka bentuk kerusi yang ergonomik.
Volvo juga menawarkan pakej aksesori yang merangkumi sistem navigasi boleh alih Garmin, bodykit, set pedal sports dan dua jenis pilihan rim aloi 18 inci.
Daripada segi keselamatan, S40 dilengkapkan dengan Sistem Perlindungan Impak Sisi (SIPS), Sistem membrek anti kunci (ABS), Edaran Tenaga Membrek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti dan Terjahan (STC) dan Bantuan Brek Kecemasan (EBA) yang dipasang sebagai ciri standard dalam kereta ini.
Selain beg udara berkembar di kabin depan, S40 juga memiliki beg udara di sebelah sisi dan 憈irai |
|
|
|
|
|
|
|
emmm....seat penumpang belakang sempit ler....
lagi luas klau compare ngan civic... |
|
|
|
|
|
|
|
pergh....truja jugak tgk volvo ni.
berminat nak tau ttg harga volvo yg less 50% selepas few years tp baru.
kat mne eh nk tau / alert ttg perkembangan nih..??
Hrp2 bro otai kt sni leh bgtau.. |
|
|
|
|
|
|
|
A sizzling-looking S40, for sure
Posted by: Anthony Lim
Fancy a Volvo S40R, but don't have the dosh for it? Well, how about a S40 with some elements and cues of that particular sizzler, one that you can go out and buy, right here, right now?
All the sport, without too much in the way of cost.
Said car in question is the R-Design S40; in essence, it's still very much your everyday S40, but there's plenty of added visual zip and flair over the standard form, courtesy of a R-Design sports accessories package.
Blue's the colour of choice.
In this case, the entire shebang consists of a complete body kit, R-Design front grille, matt chrome side mirrors, R-Design sports steering wheel, blue combi instrument panel, sports pedals and 18-inch Midea sport wheels and corresponding tyres, and the net effect transforms the simple sedan into a head turner.
The eighteen looks the trick.
The car is available exclusively at Swedish Marque, and the neat news is that it won't cost you an arm and a leg to get this kitted out cat - a mere RM199,000 (on-the-road, without insurance) bags you one. So, head on over to Swedish Marque at Jalan Dua, Sungai Besi, KL, to catch this one in all its glossy glory.
Existing S40 - and V50 - owners who are interested in fitting the package, the cheery news is that you can do so; again, the people to find out more about this is of course the folks at Swedish Marque .... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana pulak dari segi minyak? ada yg cakap volvo mkn minyak terlalu kuat |
|
|
|
|
|
|
|
Kebetulan aku gi jnjalan kt area jb smlm. member sorg tu mmg dia pki volvo tp dh jual, dia mmg biasa service kt situ. aku stop kt jln skudai yg dkt dgn trafik light tu ade satu bengkel nme nye ade "teguh" depan dia. Tp aku rasa tauke dia chinese lah.Aku singgah tgk2...salah sorg mekanik dia en hassan. berbual pnjg jgkla dgn dia..seronok jgkla tgk...dia kata soal expertise dgn sperpart mmg no prob..
Time tu ade 3 vonvo tgh servis, termasuk S80 2.9. hmm...bengkel tu mmg utk volvo service je.
Sekrg S80 yg thun 01-03 pun leh dpt dlm range RM50k...++menarik tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Gaya maskulin S40 2.0LOleh Mohd Razlan Salleh
PENGENALAN model terbaru Volvo, S40 2.0L memang kena pada masanya kerana jenama itu mula diminati ramai disebabkan teknologi dan reka bentuknya yang unik.
Peluang memandu uji model itu, baru-baru ini membuktikan Volvo Car (M) Sdn Bhd serius menawan hati golongan eksekutif muda yang mahukan kelainan.
Model S40 2.0L tidak jauh beza dengan versi 2.4L, tetapi beberapa pembaharuan teknologi menyaksikan model itu hebat.
Lampu hadapan teknologi Dual Xenon memanjang ke gril hadapan berpalang menjadikan ia tampak garang.
Malah, bagi unit pandu uji ini, warna putih ais memberikan impak tersendiri susuk tubuhnya yang tegap.
Gril hadapan berpalang sedikit ke hadapan daripada perumah lampu utama dengan logo Volvo lebih besar.
Garis lentur aerodinamik pada sisi S40 tampak lebih bergaya berbanding model lain.
Rim bersaiz 16 inci 'Cordelia' bersama kit penuh termasuk spoiler belakang menjadikan S40 lebih sporty dan maskulin.
Ciri sisi bersama lampu isyarat membelok dan indikator sistem titik buta atau Blind Spot Information System (BLIS) adalah ciri keselamatan terbaru ditawarkan model ini.
Hanya tarik pembuka pintu, S40 2.0L sedia dipandu kerana sistem 'keyless entry' memudahkan pemandu untuk masuk dan menghidupkan enjin.
Ruang dalaman diberi sentuhan kulit warna gelap pada setiap ruang dan panel, cukup sporty dan bersih berbanding padanan kulit cerah yang tidak tahan lama.
Stereng dan tombol gear dengan kemasan kulit.
Papan pemuka jentera Volvo amat menarik dengan susunan butang kawalan kemas bersama sistem hawa dingin.
Unit kawalan ini berada pada sekeping 'papan nipis' di ruang tengah antara pemandu dan penumpang hadapan.
Sistem audio dengan penukar enam cakera bersama lapan pembesar suara memberi kepuasan maksimum.
Paparan meter analog terbaru selain skrin memaparkan maklumat kenderaan menjadikan pemanduan lebih santai.
Sistem Navigasi Volvo (VNS) dengan aplikasi GPS Garmin dan peta MapKing memudahkan pemandu.
S40 2.0L dijana enjin empat silinder 1,999cc yang menawarkan kuasa maksimum sehingga 145hp pada 6,000 rpm manakala tork setinggi 185Nm pada 4,500 rpm.
Walaupun jentera ini agak berat pada kedudukan pegun tetapi sebaik mendapat momentum, S40 nyata hebat.
Malah, tidak sukar mengerah enjin sehingga 200km/j.
Laluan selekoh mudah diratah kerana ia dilengkapi sistem bagi mengawal roda daripada membuang.
S40 2.0L mengambil masa 9.8 saat untuk bergerak dari kedudukan pegun sehingga kelajuan 100km/j sementara tahap purata penggunaan petrol sekitar 8.1 liter per 100 km.
Dibekalkan bersama transmisi automatik enam kelajuan Powershift, model ini menjimatkan minyak.
Ia menyediakan beg udara dua peringkat, Sistem Impak Perlindungan Sisi (SIPS), WHIPS, ABD,EBD,EBA dan BLIS.
Ketelitian kejuruteraan Scandinavia menjadikan S40 bukan sahaja berteknologi tinggi, tetapi eksklusif dan mewah.
Jika mampu, harga RM169,950 (tanpa insuran) tidak terlalu mahal berbanding teknologi dan kehebatannya.
SPESIFIKASI
VOLVO S40 2.0L
ENJIN: Empat silinder 1,999cc
KUASA MAKSIMUM: 145hp pada 6,000 rpm
TORK MAKSIMUM: 185Nm pada 4,500 rpm
TRANSMISI: Automatik enam kelajuan dengan Powershift
CIRI KESELAMATAN: Beg udara dua peringkat, (SIPS), WHIPS, ABD,EBD,EBA dan BLIS.
HARGA: RM169,950 (tanpa insuran)
Tayar dicadangkan
SportContact-1
205/55 R16 91V |
|
|
|
|
|
|
| |
|