CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Faizal Tahir @ AJL23

[Copy link]
Post time 16-1-2009 12:34 PM | Show all posts

Reply #20 Syd's post

akuarium takder air... cgi kekdahnyerrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2009 12:35 PM | Show all posts
sal ft posing cam duyung ni???  tangan plak ntah haperhaper
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 12:42 PM | Show all posts

Reply #22 cikgu_murni's post

ku nak gelak

sbb ku terbayang posing bini mawi yang ala2 gini gak tu hari...

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 12:49 PM | Show all posts

Reply #22 cikgu_murni's post

duyung versi lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 01:25 PM | Show all posts
ske dgr lagu die coba n sampai syurga...sedap2 blaka...
hope jd juara la ye salah satu lagu....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 02:56 PM | Show all posts
walaupon haku minat lagu2 ni tapi kenapa aku rasa ada lagu lain yg lagi best drpd 2 lagu ni tak masuk AJL?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2009 05:57 PM | Show all posts
Teliti pengisian AJL    Oleh Zul Husni Abdul Hamid
[email protected]               

     

                   Barangkali perlu diadakan seminar yang membincangkan hala tuju dunia muzik tanah air sebelum acara kemuncak

BANYAK diperkatakan mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) namunacara kemuncak edisi ke-23 pertandingan itu yang akan menamatkandebaran 14 peserta bertanding di Stadium Putra, Bukit Jalil, Ahad initerus dinanti, malah mengundang pelbagai isu untuk dibincangkan.

Selama 23 tahun dianjurkan TV3, AJL terus memainkan perananbesarnya dengan mengangkat karya terbaik tempatan menerusi acaratahunan berprestij.
    Melalui pelbagai proses evolusi, AJL turut mengharung cabaran dan kritikan yang membantunya untuk berdiri matang.

Paling utama, malah turut memberikan cabaran kepada TV3 adalahuntuk memastikan penganjuran AJL masih lagi relevan dengan industriapatah lagi dalam suasana industri muzik yang dicengkam pelbagaiancaman yang menggugat perkembangannya.

Merentas usia 23 tahun juga menjadikan AJL semakin beranimenampilkan pembaharuan, bahkan turut hadir bersama tanggungjawab untukmengangkat karya dan irama tradisional setanding dengan muzik komersiallain.
          Ketikastesen radio terutama yang berpaksikan kepada pasaran komersialmengutamakan lagu yang menjurus sentuhan terkini dan kontemporari, TV3terus berani memainkan fungsinya untuk mengangkat karya etnik kreatif.

Mendepani cabaran besar dengan kekurangan lagu berirama etnikkreatif untuk dipertandingkan pada program mingguan, Muzik Muzik, TV3masih utuh mempertahankan kategori itu bersama tekad akan lahir lebihbanyak sentuhan berani yang menjulang khazanah bangsa.

Peluang yang seharusnya berani disahut oleh komposer tempatan,malangnya kegagalan memahami konsep yang dimahukan penganjurmembantutkan hasrat untuk menterjemahkan karya kreatif itu di landasanyang betul.

Barangkali ada melihat kategori itu tidak lagi relevan,ditambah kecenderungan menghasilkan sentuhan lebih terkini membuatkanciptaan baru untuk lagu Etnik Kreatif terus tandus.
                        
FAIZAL TAHIR mempertaruhkan dua lagu sentuhan Audi Mok.
                        Situasiitu diburukkan lagi apabila stesen radio berformat yang menguasaisebahagian besar jumlah pendengar memberi tekanan serta mengamalkansikap pilih kasih.

Ketidakadilan itu membuatkan kebanyakan komposer engganmembazirkan masa dan keringat dengan menghasilkan karya baik namunakhirnya tersadai kerana tidak dapat dipromosikan dengan berkesan.

Amat sukar jika peranan besar itu hanya dimainkan TV3sendirian, tanpa disokong pihak lain yang juga harus mempunyaikesedaran untuk mengiktiraf sentuhan etnik setaraf irama komersiallain.

Usaha itu mungkin lebih efektif jika stesen radio di bawahnaungan Media Prima Berhad turut memberikan sedikit ruang, membangkitkesedaran khalayak akan kepentingan memelihara khazanah bangsa supayatidak luput ditelan masa.

Selama 23 tahun membawa pertandingan itu ke tempat yang cukuptinggi dan selesa, TV3 hanya meneruskan siri promosi AJL menjurus kearah komersial tanpa perancangan besar untuk menyedarkan khalayak akanhalangan serta kekangan yang dialami penggiat industri hiburan ketikaini.

Selaras dengan namanya yang semakin membesar, skalapenganjuran AJL sepatutnya disokong pelbagai aktiviti bermanfaat danilmiah di mana secara tidak langsung akan memperkukuhkan lagi institusipertandingan itu.

Barangkali penganjuran AJL akan memberi lebih makna andai TV3menyokongnya dengan membentangkan kertas kerja dalam seminar untukmembincangkan hala tuju industri muzik tempatan menempuh cabaranmendatang.

Bengkel berkaitan seperti penciptaan lagu, penulisan lirikjuga seni persembahan di samping membuka ruang untuk saling berkongsiidea, barangkali akan membantu penggiat industri tempatan untukmenghasilkan kualiti ciptaan lebih baik.

Ruang itu juga dapat dimanfaatkan TV3 untuk menyalurkanhasrat serta wawasan mereka untuk memasyhurkan lagi karya sertakhazanah lagu tempatan dengan lebih berkesan.

Andai ada usaha itu, penganjuran AJL tidak hanya dilihatcenderung kepada unsur komersial semata-mata sebaliknya turutmemperlihatkan keseriusan sebuah stesen televisyen dalam memperkasakankarya tempatan yang semakin hebat dicabar irama luar.

Peluang cerah untuk kategori Pop Rock?

BERBANDING tahun terdahulu, AJL23 memperlihatkan saingan cukuphebat terutama bagi kategori Pop Rock dan Balada yang mempertandingkanlagu yang mempunyai kekuatan tersendiri.

Andai tahun lalu, Estranged mengejutkan khalayak apabilasentuhan mereka menerusi Itu Kamu mengenepikan saingan lain untukmenyerlah pada malam AJL22, tidak mustahil juga jika AJL23 sekali lagiberpihak kepada lagu kategori Pop Rock.

Daripada 14 lagu yang bertanding, kekuatan lebih dilihatkepada Lagu Untukmu yang dipersembahkan Meet Uncle Hussain (MUH).Kelebihan lagu itu dilihat pada cara persembahan mereka yang segar,malah pengaruh Lagu Untukmu juga cukup besar hingga menyumbang kepadasenario baru dalam industri muzik tempatan.

Selain susunan dan gaya persembahan yang menyuntik elemenberbeza kepada industri muzik, penyampaian vokalis kumpulan itu, Lanyang unik dan tersendiri mampu menjulang nama MUH pada malam AJL23nanti.

Bagaimanapun, usah dinafikan keupayaan Kalis Rindu ciptaanAidit Alfian dan lirik Ad Samad dilunaskan penyanyi berwibawa, Elyana.

Lagu itu juga mempunyai sentuhan menarik, malah turutmenyuntik nuansa segar dalam lingkungan muzik tempatan yang sebelum inilebih berpihak kepada lagu ciptaan komposer luar terutama Indonesia.

Lagu yang selamba, disampaikan penuh santai oleh Elyana mampumemberi kejutan namun terpaksa berentap dengan dua lagi sentuhan yangturut berpotensi besar seperti Yang Pernah ciptaan sepenuhnya Estrangeddan Aku Stacy oleh Intan Norul Azlin dan Layla Ismail nyanyian Stacy.

Seperkara menarik mengenai AJL23 adalah pertandingan inidikuasai ramai komposer muda, sekali gus memperlihatkan industrihiburan semakin terbuka menerima kehadiran pelapis yang mampu membawaperubahan dalam industri muzik.

Andai bukan Lagu Untukmu, Sampai Syurga ciptaan Audi Mok danlirik serta nyanyian Faizal Tahir juga mampu memberi kejutan pada malamAJL23.

Bertanding untuk kategori Balada, Sampai Syurga dilihat memberi saingan besar kepada Lagu Untukmu untuk merebut trofi AJL23.

Bagaimanapun, keupayaan ciptaan penyanyi muda, Aizat dalam LaguKita juga tidak boleh dipandang sebelah mata kerana sentuhan baladayang dibawakan komposer berbakat besar ini mempunyai sentuhannyatersendiri.

Juga tidak boleh dinafikan akan kekuatan Dingin ciptaan AzlanAbu Hassan nyanyian penyanyi berpengalaman, Ziana Zain yang mampumengulangi kejayaan komposer itu selepas memenanginya dengan IzinkuPergi, tahun lalu.

Sama ada malam AJL23 akan menghadiahkan kejutan atau menepatiramalan yang dibuat, acara itu sekali lagi menyaksikan penggiatindustri muzik bersatu meraikan malam istimewa yang mengiktiraf hasilciptaan mereka sepanjang tahun lalu.

INFO: Lagu bertanding

Etnik Kreatif:


Doa Dalam Lagu nyanyian Zahid dan Heliza
Lagu & Lirik: Ajai/Loloq

Dusta Berkalang - Aiman
Lagu & Lirik:  Ajai/Loloq

Persoalan Cinta - Farawahida
Lagu & Lirik: Julfekar/Ku Seman & Izza Rosley

  Balada:

Sampai Syurga - Faizal Tahir
Lagu & Lirik: Audi Mok/ Faizal Tahir

Bila Nak Saksi - Spider
Lagu & Lirik: Tam (Spider)/Loloq

Dingin - Ziana Zain
Lagu & Lirik: Azlan Abu Hassan/ Azalea

Hanya Di Mercu - Ayu (OIAM)
Lagu & Lirik: Aubrey Suwito/ Habsah Hassan

Cuba - Faizal Tahir
Lagu & Lirik: Audi Mok/ Faizal Tahir

Lagu Kita - Aizat
Lagu & Lirik: Aizat

  Pop Rock:

Kalis Rindu - Elyana
Lagu & Lirik: Aidit Alfian/Ad Samad

Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain
Lagu & Lirik: Taja, Tass, Lan/Taja, Tass

Yang Pernah - Estranged
Lagu & Lirik: Estranged

Aku Stacy - Stacy
Lagu & Lirik: Intan Norul Azlin/ Inton Norul Azlin & Layla Ismail

Bukan Di Sini - Sofaz
Lagu & Lirik: Zimi & Aremeer/One.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 07:57 PM | Show all posts

Reply #23 Syd's post

mungkin kah posing duyung ni, dah jadi latest trend???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2009 08:13 PM | Show all posts
Siapa bakal ungguli AJL23?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

[email protected]

FAIZAL TAHIR

DALAM diam tak diam, Anugerah Juara Lagu (AJL)sudah pun berusia 23 tahun dan pastinya, sepanjang penganjuran anugerahyang cukup berprestij ini menyaksikan perkembangan muzik yang cukupketara.
Apatah lagi, AJL merupakan satu-satunya pentas yangmengiktiraf hasil karya komposer dan penulis lirik tempatan yang telahberusaha menghasilkan karya seni mereka untuk diangkat sebagai yangterbaik.
Bukan mudah untuk menghasilkan sebuah lagu kerana tidak semestinyalagu yang enak didengar itu mampu menjadi popular dan diminati.
Begitu juga dengan sebuah lagu yang cukup rencah dan nilai-nilai estetika tetapi agak sukar untuk diminati.
Jika dihitung, sudah 22 buah lagu diiktiraf oleh AJL bermula dengan lagu Sekadar Di Pinggiran pada tahun 1986 dan seterusnya, kemenangan mengejut kumpulan Estranged tahun lalu menerusi lagu Itu Kamu.
Persoalannya kini, adakah tahun ini keputusannya akan memberikankejutan seperti tahun lalu atau mungkin kemenangan pemenangnya nantisudah diduga?
Menyingkap kembali 14 lagu yang bertanding tahun ini, apa yang dapatdilihat, kesemua lagu-lagu tersebut mempunyai keunikan dan keistimewaanmasing-masing.
Agak sukar juga sebenarnya untuk menggambarkan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang.
Apa yang pasti, kategori Balada dan Pop Rock memperlihatkan sainganyang cukup sengit berbanding kategori Etnik Kreatif yang hanyamempertaruhkan tiga buah lagu sahaja.
Antara lagu Doa Dalam Lagu (Zahid & Heliza), Dusta Berkalang (Aiman) dan Persoalan Cinta (Farawahida), lagu yang mampu menjulang kategori Juara Etnik Kreatif adalah Doa Dalam Lagu berdasarkan komposisi lagu serta elemen etnik, pop dan world music yang cukup kuat.
Dengan itu, maka tidak mustahil untuk lagu ini dinobatkan sebagai juara kategori.
Apatah lagi, ia juga memperlihatkan kali pertama lagu etnik ciptaan Ajai yang berjaya mara ke peringkat akhir.
Namun, usah diperkecilkan dua buah lagu lain kerana kedua-duanya juga mampu memberikan kejutan.
Persoalan Cinta misalnya, sebuah lagu yang berlandaskan muzik poptetapi disulami dengan muzik tradisional Cina yang menjadikan lagu inicukup unik dan berbeza daripada lagu yang lain.
Kategori Balada pula memperlihatkan enam lagu hebat bakal berentapmemberikan saingan yang mampu memberikan tekanan kepada penyanyi yangbertanding dalam kategori ini.
Lagu Cuba dan Sampai Syurga dilihat sebagai calon utama untuk mengungguli kategori ini.
Bukan kerana Faizal Tahir yang merupakan artis residen Media Prima tetapi kerana kekuatan lagu-lagu ini.
Sampai Syurga mampu diangkat sebagai juara Balada kerana lagu inicukup kuat dari segi komposisi dan penciptaan lagu yang dilihat cukupberbeza dengan lagu yang sedia ada.
Liriknya yang ringkas namun mendalam begitu cocok dengan lagu inimenjadikan kombinasinya lengkap untuk mengungguli kategori ini.
Tambahan pula, dengan tarikan vokal dan penghayatan pelantunnya, Faizal menjadikan lagu ini begitu indah.
Bukan itu sahaja, kombinasi Audi Mok dan Faizal selaku komposer dan penulis lirik memang menjadikan lagu ini satu magis.
Jika tidak Sampai Syurga, mungkin ia menjadi milik Cuba yang juga tidak kurang hebatnya.
Melodi dan lirik yang ringkas juga tidak mustahil Cuba untuk diangkat sebagai juara Balada.
Kepulangan penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain ke gelanggang AJL sudah pasti menjadikan tahun ini lebih meriah dan persembahan Ziana memang dinantikan oleh peminatnya.
Lagu Dingin ciptaan Azlan juga mampu memberikan saingan hebat kepada lima buah lagu lain.
Mungkin juga siapa tahu, rezeki akan menjadi milik bakat muda yangsemakin menyinar, Aizat yang mempertaruhkan ciptaan dan liriknyasendiri untuk Lagu Kita.
Lagu yang ringkas dan indah serta ditambah dengan penghayatan Aizat, tidak mustahil untuk lagu ini memenangi kategori ini.
Apa yang diharapkan mungkin tidak akan menjadi kenyataan seandainya lagu Bila Nak Saksi (Spider) dan Hanya Di Mercu (Ayu) diangkat sebagai juara Balada.
Masih ingat lagi kejutan yang berlaku apabila Spider menjulang AJL 2005 menerusi lagu Relaku Pujuk? Itulah yang boleh berlaku dalam AJL.
Untuk kategori Pop Rock pula, ramai yang menantikan sama adaEstranged yang mencipta kejutan tahun lalu mampu mengulangi kejayaanmereka tahun ini menerusi lagu Yang Pernah.
Lagu yang begitu rancak dan berbeza sama sekali dengan lagu Itu Kamu cukup menyerlahkan semangat dan kecintaan empat orang anak muda ini terhadap muzik mereka.
Saingan terdekat yang dilihat mampu memberikan cabaran kepada Yang Pernah adalah Lagu Untukmu yang disampaikan oleh Meet Uncle Hussein.
Lagu ini sebenarnya merupakan ciptaan yang unik, ringkas dan dalammasa yang sama menangkap halwa telinga lantas menjadikan ia mampudinobatkan sebagai juara Pop Rock.
Kalis Rindu juga tidak kurang hebatnya. Muziknya yang cukup catchydan ditambah pula dengan gaya persembahan penyanyinya, Elyanamenjadikan lagu Kalis Rindu mampu memikat juri untuk memilihnya sebagaijuara kategori.
Bagi lagu Bukan Di Sini dan Aku Stacy pula, lagu-laguini tidak begitu kuat berbanding tiga buah lagu lain dan mungkin jugaharapan untuk memenangi kategori ini agak tipis.
Kesimpulannya, ini hanyalah satu ramalan dan permainan pihak mediasahaja tetapi natijahnya, hanya juri yang bijaksana mampu menilai karyayang terbaik untuk diangkat sebagai Juara Lagu.
Apa pun keputusannya kelak, terimalah dengan hati dan minda yangcukup terbuka. Buangkan jauh segala persepsi negatif yang berlegar diminda.
Paling utama, adalah untuk mengangkat dan mengembalikan kegemilanganindustri muzik kita agar ia terus bercahaya tanpa ditelan kabus tebalyang membawanya terus hilang daripada pandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:33 AM | Show all posts
AJL23: Faizal, Audi lepas geram?


Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL


[email protected]

FAIZAL TAHIR  (kanan) dan Audi Mok. - Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH

NAMA Faizal Tahir sememangnya menjadi perhatian tahun ini apabiladua buah lagu dendangannya, Cuba dan Sampai Syurga berjaya melangkah keperingkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-23 yang akan berlangsung, Ahadini.
Apatah lagi, khalayak melihat kejayaan Faizal itu sebagai penebuskekecewaan tahun lalu apabila dia dilarang mengadakan persembahansecara langsung atas kesilapan diri sendiri.
Tahun lalu, dua buah lagu nyanyiannya, Mahakarya Cinta dan KasihTercipta berjaya ke peringkat akhir kategori Balada namun,tanggungjawab diberikan kepada Fiq dan Bob untuk membawakan lagutersebut.
Menyedari hakikat itu dan pengharapan peminatnya yang mahu diaberaksi di gelanggang penuh prestij itu, Faizal menjelaskan dia tidakmahu terlalu memikirkan tentang kemenangan.
Ini kerana katanya, jika itu berlaku, dia bimbang tidak mampu memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu.
揝aya sedar ramai yang meramalkan saya akan menang tahun ini.Semakin hampir dengan AJL, semakin itu debaran saya bertambah kencang.Namun, saya selalu mengingatkan diri saya untuk bertenang agar sayamampu memberikan persembahan yang terbaik. Apa yang penting adalahpersediaan saya dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi AJL23.
揝eperti mana yang pernah saya katakan dulu, saya tidak membuatsebarang persiapan yang rapi untuk pertandingan tetapi itu tidakbermakna, saya tidak mengambil berat tentang apa yang akan sayapersembahkan pada malam itu nanti.
揜ingkasnya, peminat akan dapat menyaksikan persembahan eksklusifyang belum pernah saya lakukan dalam mana-mana persembahan. Malah, sayajuga tidak akan mengulangi lagi persembahan saya itu selepas AJL23,
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 10:26 PM | Show all posts

Reply #30 washere2's post

rajin washere tepek ... tengkiu banget
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 01:42 AM | Show all posts
rasa2... ada harapan... lagi2 faizal sndri yg nyanyi...x mcm taun lepas....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 01:37 PM | Show all posts
all the best pejal... hwaiting! :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 01:44 PM | Show all posts
audi mok ni mmg berbakat.. lagu2 dia mmg mempunyai sentuhan berbeza dan segar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2009 10:30 PM | Show all posts
hiks..

takde lapor siar ke?

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 11:58 PM | Show all posts
the best PERFORMANCE ever!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 12:05 AM | Show all posts
daH mmg FT ni best so ok jer klau die menang, lain ar klau artis tu hampeh tp stil menang..br unfair namenyer!

we luv u SUPER FT
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:05 AM | Show all posts
tak sia2 ada Board KHAS untuk Faizal :pompom:

TAHNIAH FAIZAL :pompom:

TAHNIAH MEET UNCLE HUSSEIN :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:07 AM | Show all posts
FAIZAL menebus kekecewaan tahun lepas

kalau tahun lepas tak buka baju, mesti dapat menang satu anugerah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:12 AM | Show all posts
tahniah faizal... aku ingat dia juara keseluruhan.. tp menang vokal plak.. aku rasa vokal dia agak goyah sikit td tp still bleh menang.. MUH mantapz... aku dapat rasa dia juara.. mmg betul tekaan aku.. hehe...

persembahan terbaik.. tahniah..

tp aku suker persembahan farahawida.. meriah tol.. lawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.100701 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list