CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Peluang Hadir Ke Majlis Resepsi Mawi-Ekin!

[Copy link]
Post time 5-12-2008 08:24 AM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 4-12-2008 09:07 PM
aku pun  rindu...tapi aku dah masuk geng jahat ala-ala mak tiri puteri salju....hihihihhiiiiiiiiiiiiiiiiii

kan zam ...
ko geng puteri salju aku geng bawang merah :victory:
kalau sal mawi ... tak koserrrr nak masuk sini kan kan ...
skrg masuk sal rindu kan somer geng2 bod ni jer ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 09:13 AM | Show all posts
wey... hari ni aku meeting 9:30 sampai 4:30 ptg. break lunch/jumaat jer. kita ngutuks lagi malam nanti ek ???
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by cloudnine_mm at 5-12-2008 03:57 AM
terus tumpah darah......


tumpah darah???

dah ada isi ke?
ko biar benar cloud
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 4-12-2008 09:07 PM


aku pun  rindu...tapi aku dah masuk geng jahat ala-ala mak tiri puteri salju....hihihihhiiiiiiiiiiiiiiiiii



geng jahat ke ?
aku pun sama... tapi jht dlm sopan
<tentu cikgu gelakkan aku >
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:17 AM | Show all posts

Reply #22 zamzam's post

selamat bermesyuarat
makan free lah hari ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 4-12-2008 09:04 PM
orang2 astro mmg bodoh & perasan yang peminat mawi masih setia cam dulu. wey dol bangun arr...takyah buang duit kat botak tu. takder korang leh dpt balik cam dedolu...


betul..betul..betul..... salah sorangnya akulah... skrg ni aku dah tobat dah, tak mau sms-sms Mawi lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2008 12:58 PM | Show all posts
Aku memang tak terlibat dah pasal sms nih dah tobat tak nak membazir.<img src="./images/smilies/titter.gif" border="0" smilieid="31" alt="" />

[ Last edited by  litra at 5-12-2008 01:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 04:35 PM | Show all posts
tak yah sms kat artis2 ni. ada duit lebih masuk sspn kat anak2 lagi baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 06:25 PM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 5-12-2008 04:35 PM
tak yah sms kat artis2 ni. ada duit lebih masuk sspn kat anak2 lagi baik.


Saya sokong zamzam 100%.... simpan duit untuk anak2 ada gak faedahnya kan !!
Bagi yg bujang2 lak simpan untuk diri sendiri....boleh beli barang berjenama yg lebih
bagus dari Ikin punya... tak yah kutuk2 lagi dah tengok LV Ikin !!!.... ... :victory: ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 07:00 PM | Show all posts
kite x pernah bersms-sms tuk mawi....
tp kite masih nak dengar sore mawi lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 07:55 PM | Show all posts
semoga mawi masih popular dan tetap jutawan tanpa sms, jualan album maupun show. masih ramai yg mau dengar suara tanpa perlu keluar duit.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 10:33 AM | Show all posts

Keuntungan daripada perkahwinan artis

Terjumpa berita di utusan online



PADA ketika ini orang ramai terutama peminat fanatik Mawi sudah berkira-kira untuk duduk depan televisyen pada 20 Disember ini bagi menyaksikan secara langsung upacara pernikahan dan persandingan Raja SMS itu bersama pasangannya, Ekin.

Sekarang ini pun dah banyak promo mengenai perkahwinan yang dikatakan sensasi ini ditayangkan di saluran Astro yang mendapat hak tayangan dan penyiar rasmi perkahwinan Mawi-Ekin.

Banyaklah perancangan program yang telah dibuat untuk menghidangkan hanya yang menarik dan terbaik khusus untuk peminat penyanyi itu dan penonton Astro yang disiarkan melalui tiga saluran iaitu Oasis, Ria serta Prima.

Bermula dengan siaran langsung pengumuman khas tarikh pernikahannya di saluran Awani program istimewa sempena majlis itu akan bermula pada 17 Disember ini.

Ini termasuk tayangan kursus perkahwinan Mawi-Ekin sebanyak tiga bahagian ketika pasangan itu menghadiri kursus tersebut di Masjid Putrajaya.

Ia kemudiannya disusuli majlis pernikahan, majlis resepsi, dokumentari khas kisah cinta Mawi-Ekin dan majlis resepsi istimewa di sebuah hotel di ibu kota.

Ada khabar angin yang mengatakan melalui jalinan kerjasama itu, Mawi menerima bayaran berjuta ringgit, secara tepatnya RM5 juta.

Namun Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Zainir Aminullah menafikan dan memberitahu, “Kami tidak membeli hak penyiaran tetapi ini adalah tanda kerjasama antara Astro dan Mawi.”

Sementelah Mawi sendiri bintang paling ternama kelahiran mereka. Justeru, apa salahnya memberi ‘hadiah’ kepada bintang tersohor mereka dan memberi balik kepada peminat yang selama ini menyokong saluran berbayar itu.

Tapi pada Wanda, kalau Mawi mendapat bayaran pun apa salahnya sebab dah sah-sah adanya keberuntungan melalui penyiaran hak tayangan sebagai media rasmi.

Namanya sahaja Mawi! Bukan sahaja ramai yang berebut-rebut nak bagi tajaan menjayakan majlis perkahwinannya, Wanda percaya para pengiklan pun berduyun-duyun nak membeli slot programnya itu.

Lagipun, amalan membeli-menjual begini sudah lama dipraktikkan negara barat. Lihat sahaja artis Hollywood misalnya, memperoleh berjuta dollar kerana menjual hak eksklusif peribadi mereka, tidak sahaja perkahwinan tetapi juga wajah anak-anak.

Tapi hak eksklusif ini tidak sahaja kepada stesen televisyen malah merangkumi media cetak. Majalah terkenal umpamanya sentiasa berebutkan hak eksklusif.

Majalah seperti Hello! dan Ok! merupakan antara majalah yang sanggup melabur sehingga berjuta dollar membayar para artis bagi mendapatkan hak eksklusif perkahwinan dan cerita peribadi artis.

Majalah gosip selebriti OK! misalnya mendapat scoop perkahwinan sensasi artis antaranya Catherine Zeta-Jones dan Michael Douglas, David dan Victoria Beckham serta Britney Spears dan Kevin Federline.

Malah majalah popular British itu memenangi tuntutan mahkamah sebanyak &#163;1,033,156 apabila ‘musuh’ tradisi mereka, Hello! turut menyiarkan gambar perkahwinan Catherine Zeta-Jones dan Michael Douglas sedangkan mereka yang mendapat hak eksklusifnya.

Paling sensasi tentunya penjualan hak eksklusif wajah anak kembar pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt, Knox Léon Jolie-Pitt dan Vivienne Marcheline Jolie-Pitt yang berjumlah AS$14 juta dan dikatakan jumlah paling tinggi pernah dibayar untuk gambar selebriti.

Hak penjualan imej anak-anak Jolie-Pitt itu yang dijual kepada People dan Hello! dan duit berkenaan dimasukkan ke Yayasan Jolie/Pitt.

Imej anak sulung pasangan kekasih itu, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt yang dilahirkan di Swakopmund, Namibia pada Mei 2006 juga dijual kepada pengedar gambar antarabangsa, Getty Images kerana Jolie tidak mahu gambar-gambar anaknya terlepas ke tangan paparazzi.

People membayar AS$4.1 juta bagi hak cipta Amerika Utara sementara majalah Hello! pula mendapatkan hak cipta antarabangsa dengan membayar sejumlah AS$3.5juta.

Kesemua keuntungan daripada penjualan hak eksklusif itu didermakan oleh Jolie-Pitt kepada badan kebajikan yang dirahsiakan.

Wajah anak kembar pasangan suami isteri Jennifer Lopez dan Marc Anthony, Emme Marbiel Mu&#241;iz dan Maximilian "Max" David Mu&#241;iz pula dibayar AS$6 juta oleh People yang menyiarkan gambarnya sebulan selepas dilahirkan, Mac lalu.

Apa pun, Wanda tetap angkat tabik pada Datuk Siti Nurhaliza kerana berjaya memberi dimensi baru kepada sifat eksklusif perkahwinan artis kita apabila memberikan hak penyiaran eksklusif kepada TV3 bagi majlis perkahwinannya dengan Datuk Seri Khalid Jiwa.

Kerana dia orang pertama yang melakukan biarpun Wanda rasa, perkahwinan paling meriah yang Wanda hadiri adalah perkahwinan Ziana Zain dan Armin yang diserbu kira-kira 10,000 orang - tetamu dan peminat - yang hanya berlangsung di kediaman keluarganya di Shah Alam, sedekad lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 01:05 AM | Show all posts
Cantik gambar berbaju putih tu...tapi tang cekak pinggang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 01:07 AM | Show all posts
Apasai sampin mawi londeh sampai mencecah lantai?

Hope bukan idea perunding imej tak bertauliah nun:re:
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 09:40 AM | Show all posts

Reply #33 ramura's post

cekak pinggang tu antara aksi yg bukan hanya dikurangkan
tapi dihapuskan sama sekali
sama mcm gaya good ngan peace tu

buruk .. tak sesuai langsung
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 09:41 AM | Show all posts

Reply #34 ramura's post

dan muka mawi pun telah digomakkan
tengok tu.. beza leher ngan pipi tembun dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2008 11:02 AM | Show all posts

Reply #36 niy's post

  a'ah laa

Aku baca kat manatah, dinyatakan memang ikin yang tolong bedakkan mawi

Kesian aku kat mamat ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 01:54 PM | Show all posts
hai!3   salam aidiladha
tak yah le susah2 nak join peraduan segala sebab ......
aku n famili dah dpt kad undangannya

yaahhoooo......
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 12:30 AM | Show all posts

Reply #38 pikawa's post

amboiii

aku tunggu berita dan snapshot2 candid dari hang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2008 02:50 PM | Show all posts
10 GengMurai Ke Resepsi Mawi-Ekin



Teks oleh Razif Rosdi


KUALA LUMPUR; 18 DIS 2008:  Ribuan terima kasih buat GengMurai kerana menyokong dan menyertai peraduan mencari harta karun Mawi yang dijalankan selama 2 minggu di murai.com.my.

Atas sokongan dan usaha gigih GengMurai yang menyertai peraduan ini, kami telah menjumpai 10 GengMurai yang berjaya melepasi halangan dengan menjumpai hantaran yang paling banyak.

Selain itu, setiap pemenang ini juga telah menghantar ucapan yang paling kreatif buat pasangan popular ini.

10 GengMurai ini telah berjaya ke majlis resepsi Mawi Ekin di Stadium Tertutup Johor (20 Disember 2008) dan Felda Taib Andak (28 Disember 2008) dengan membawa pasangan masing-masing.

Majlis resepsi Ekin

1. Norhazlinda Shamsudin
2. Dealiawanee Khairuddin
3. Suzila Mohd Bahri
4. Sarah Fatimah Busu Ahamad
5. Azrynah Amir


Majlis resepsi Mawi

1. Norulainon Abdul Hamid
2. Mohd Nazaruddin Yusop
3. Siti Noorkartina Salim
4. Noraini Khamis
5. Munil Alinda Abdul Hamid

Apa yang pasti, setiap pemenang diwajibkan mengambil foto kenangan dan berkongsi pengalaman mereka di murai.com.my.

Tahniah sekali lagi buat semua pemenang dari warga murai.com.my. Semoga anda bahagia menyaksikan sendiri perkahwinan paling glamor 2008.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.063203 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list