CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sinar_inspirasi

BAGAIMANA KITA NAK BERDAYA SAING?

[Copy link]
Post time 24-11-2008 11:20 AM | Show all posts

Balas #18 ctredzuan\ catat

betul tu mod...biasanya bangsa kita nilah... pantang tengok kita maju sikit...
peliknya bangsa lain tu kedai sebelah-sebelah jual benda yang sama tak de hal pun.
tapi nak bisnes kan, kena harung aje ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 24-11-2008 09:16 AM
berdaya saing ni, kita kena hadapi pesaing kita dengan tenang setiap apa yg dia jual, kita kena terima persaingan ittew sihat, jangan asek nak dengki, asal kita jual tu,da suruh kita jual tu jer, ...


kalau pesaing kita jual barang sama, tp pada harga lebih rendah, tu kira persaingan sihat x?

mohon pandangan kalian...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 11:56 AM | Show all posts
last week ada salesman cina ni, nak jual filter, i kata nak test 1 minggu baru decide - dia kata ik.

lepas satu minggu - dia call pukul 6.45 nak dtg -  i kata - nak magriblah, hari ahad org mau relax, dtg pagi besok.

pagi tadi - dia dtg ofis pukul 8.30am. sajejer aku dera suruh tunggu sebab nak settlekan benda2 ofis - sampai pukul 10am dia menunggu (tapi rasanya dah berkati2 dia curse aku) - lepas goreng 4 5 kati, dan aku gelak2 kan dia sebab cuba mengoreng tapi tak menjadi, akhirnya beli lah juga water filter tu - not so much of the product tetapi sebab tgk enthuasiam yg dia ada... walaupun dia sukar menyebut nama ku, tapi nama dia senang je aku nak ingat - james ai yek...

bila aku tanye - gaji dia sebulan hanya 700$ basic - kalau jual 1500 unit sebulan - komisyen nya hanyalah bos hantar pegi vacation trip utk 2 bulan - bukan hongkong atau goldcoast - tapi kat pulau langkawi jer... tapi malam dia buat part time - aku tanye jual dadah ke? dia kata tak jual cd dari meja ke meja - tidur lokap dah lali - kena kejar ngan polis dah biasa - survival betul dorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 12:51 PM | Show all posts
ala hazel.....salesman mmg mcm tu..suka  bermain dgn emosi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 02:32 PM | Show all posts

Reply #22 khai149's post

tu namanya persaingan yg nak bunuh peniaga lain..

kat forum sebelah berleluasa persaingan cam ni.. jika Peniaga A perkenalkan satu produk berharga RM50.00 , dan jadi hot kat market., nanti ada peniaga B offer harga RM45.00.. esok muncul peniaga Cm jual RM40.00, lusa peniaga D jual RM35.00..

akhir sekali peniaga E muncul, jual harga dealer.. customer tepuk tangan kegembiraan.. peniaga B, C, D melopong...

haku jadi tak faham dgn manusia cam ni.. pernah mendengar keluhan peniaga C merungut dgn tindakan peniaga E.. dalam hati aku, padan muka kau.. kau yg mula dulu.. mesti le ada pengikut..

[ Last edited by  syikin at 24-11-2008 02:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 06:19 PM | Show all posts

Balas #25 syikin\ catat

betul tu kak...kita ni selalu ikut aturan syarikat suruh jual harga ni harga tu...takut
kena terminate nya pasal...tiba2 ada lak mamat ni jual lebih rendah...
serba salah den...  nak bisnes ke nak buat amal jariah... peace...:victory: :victory: :victory:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2008 06:48 PM | Show all posts
Assalamualaikum  dan salam sejahtera,

Persaingan turun harga tu guna kelemahan orang lain. Si B mungkin fikir harga dia yang terbaik, sedangkan si A atau C atau D pun boleh lawan dia balik untuk turunkan harga.

Lebih baik kita guna kelebihan orang lain sebagai kekuatan kita. Contoh SI A boleh jual baju harga 50 di tempat itu dan dapat sambutan. Jadi Si B daripada jual baju dengan harga 45, lebih baik jual seluar dengan harga 50. Melengkapkan perniagaan si A. Sama macam KFC dan MC D...Mc D jual burger melengkapkan Ayam Goreng KFC.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 10:11 PM | Show all posts
-tiada monopoli dlm perniagaan kecuali klu mmg itu produk kita sorang shj yg mampu keluarkan
- persaingan harga - perkara yg sihat utk elak monopoli & dptkan market share - TAPI cuma berapa lama boleh "sustain" sebelum ada yg lain turunkan harga?


kebolehan meniaga bukan hanya pd DIRI kita seorang - itu yg saya selalu tanamkan. sbb itu org akan tiru kita, lawan harga kita.

tapi jgn lupa MARKET SEGMENTATION & PRODUCT DIFFERENTIATION! sama spt kisah KFC & MCD diatas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 07:39 PM | Show all posts
Aku tak minat dengan idea 'throw price' giler-giler.

Aku prefer good service at standard price.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 07:57 PM | Show all posts

Balas #29 WonBin\ catat

yes aku agree. yang penting kualiti.
barang atau service yang bagus, tapi harga lebih sikit pun org tak berkira nak bayar.
letak kan standard kualiti.. macam kasut nike and crocs la.. mahal kan.. tapi, aku sanggup beli sebab dah 3 tahun pakai still tak koyak or usang. kasut crocs pulak, korang pegi la ke lembah mana sekali pun.. tak basah.. tak koyak.. dan mmg tahan lasak..kaki pun selesa nak pijak tanah..   
baru2 ni dapat byk dpt call dari company2 yang nak check price.
cara dia cakap pun dah kenal mmg saje je nak tanya harga..
ape lah yang di takutkan sangat oleh mereka2 ni yer..
pada aku.. skg ni aku maintain je harga.. kalau korang nak service yang bagus.. aku bagi  good workers aku yang indonesia gajinya 800 ke atas. dah mmg bagus kan..
kalau  korang punya budget ciput.. aku bagi la workers aku yang gaji rm400 je.. dah keje pun slow..
dah ajar berapa kali pun tak nak dgr..  and bakal kena terminate akhir bulan ni.. tak nak aku simpan pekerja takde kualiti macam ni. menyusahkan aku berfikir.. dapat complain satu hal..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 07:58 PM | Show all posts
pasal persaingan harga ni mmg menarik..hmm..aku punya experience..tung tang aku dpt contact ngan manufacturer utk satu barang ni..find out kat malaysia,benda ni di monopoli oleh bangsa asing..yg bestnya,the same product cost almost 400% lagi mahal dari harga manufacturer and the best part adalah diorang sorang je yg jual benda ni...so org yg xde access utk dapatkan benda ni akan pergi and bayar harga mahal utk benda yg mmg murah dan part yg lagi best,almost semua yg beli tu org melayu kita so org yg monopoli gile2 mcm ni,aku mmg setuju kita lawan harga sampai diorang insaf..kalau sesama melayu,mungkin kita boleh discuss elok2..tp satu benda yg aku tengok,siapa yg ikhlas akan berjaya..lambat cepat tu bergantung tp akan berjaya..yg sesapa nak pekena org ni,x lama lah tu..so kalau sesama melayu nak lawan harga,fikir2 kanlah..kita sama2 cari makan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:05 PM | Show all posts
Hanya orang yang baik dengan manufacturer dan ada credit facility berjuta-juta dengan bank sahaja akan menang dalam persaingan.

Reason:
1. Kau amik direct from manufacturer pada harga 30%-50% lower than DEALER price.
2. kau baik dengan manufacturer maka kau dapat credit term dan mungkin juga free delivery, atau consignment.
Orang lain kena bayar cash atau post dated cheque.
3. Kau dapat bank draft from bank dan dapat loan atau LC.

Kalau kau orang kecik:
1. Kau amik barang cash from distributor
2. Harga distributor pulak sama aja dengan penjual lain.
3. Kalau tak laku, modal kau jem.
4. Untung pulak kecik kalau pembeli jenis giler cerewet.
5. Pendek kata bisnes tak menyeronokkan, tapi menyakitkan hati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:31 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 25-11-2008 08:05 PM
Hanya orang yang baik dengan manufacturer dan ada credit facility berjuta-juta dengan bank sahaja akan menang dalam persaingan.

Reason:
1. Kau amik direct from manufacturer pada harga 30%-50% ...



betul tu bro..

bg aku business berdaya saing ni.. dia boleh berfikir di luar kotak pemikiran.. ini bapak aku yang ajar..

bapak aku nih mmg otak business.. mmg A lah akai bapak aku nih.. tapi garang ya amat.. aku berapa kali nangis kena marah bab2 business nih. bab2 lain takde lah..

ni aku ikut sampai sekarang.. ni utk counter masalah org suka jual murah drpd org lain nih...

cara dia.. contoh jika harga benda tu rm100 dan keuntungan dia rm20.00 .. pastu ada peniaga jual rm90.00.. ada jual rm85.00 .. so korang pun kira berapa overhead sebulan.. pastu korang turunkan harga mengikut harga yg korang mampu... contoh rm97.90. jangan ikut rentak peniaga lain.

pastu bila balik rumah.. korang kena pikir betul2 ligat camna nak kaver masalah tu.. so caranya.. korang jengok atau ushar2 dlm kedai pesaing.. apa benda yg depa tak jual.. contoh ada satu barang tu depa tak jual.. mungkin depa tak tahu pun kewujudan barang tu.. so korang try ambik kuantiti kecik utk test market.. kalo ada respon baik.. korang deal bebetul dengan manufactured tu.. korang ambik kuantiti besar.. so margin keuntungan makin tinggi... then korang stable kan harga dia... then promote pada masyarakat..

then after masyarakat tahu.. depa akan mai kat kita.. then bila mai.. depa akan beli sekali barang yg peniaga lain tawarkan harga yg murah sebab kos pengangkutan dengan masa..

so bila peniaga lain tahu prospek produk tu.. dan peniaga lain akan cuba tiru... so apa korang akan buat...

penyelesaian.. korang kena betul2 jaga manufactured tu.. maksud aku daripada sesi jual beli barang tu kena jaga.. bila cakap bayar.. bayar bebetul.. kalo tak boleh bayar.. cakap tak boleh bayar..


tu contoh utk perniagaan peruncitan la.. kalo yg jenih lain aku tak berapa tahu..

sebab ini yg terjadi pada perniagaan aku.. dlm shopping complex ni kedai yg sama mcm aku nih ada bersepah2.. tp camna nak menten sales.. camtuh lah. kena rajin bertegur sapa dengan pesaing.. sambil2 tu curik2 tgk apa benda yg dia jual... apa benda yg dia takde jual.. dan itulah advantage kita sebagai peniaga yg beretika. sebab kita nak bersaing secara sehat.. dan alhamdulillah antara kami semua bertegur sapa dan bersaing dlm keadaan cukup sehat.

alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:37 PM | Show all posts
Originally posted by Alt-F4 at 25-11-2008 08:31 PM



betul tu bro..

bg aku business berdaya saing ni.. dia boleh berfikir di luar kotak pemikiran.. ini bapak aku yang ajar..

bapak aku nih mmg otak business.. mmg A lah akai bapak aku n ...


Untuk berdaya saing, kau kena busy body dengan pesaing

1. Kalau kau ni tokey restoran, kau kena jugak pi makan kau kedai lain. Mana tahu tom yam diorang lebih sedap daripada tom yam kat kedai kau

2. Kalau kau ada kedai, kena rajin masuk pi busy body kat kedai orang. Berapa harga diorang jual? Kedai siapa lagi banyak barang, kedai siapa lagi cantik

3. Ambil sales girl yang muda-muda dan cantik untuk jaga kedai. Inilah bapak kepada segala daya saing
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:47 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 25-11-2008 08:37 PM


Untuk berdaya saing, kau kena busy body dengan pesaing

Ambil sales girl yang muda-muda dan cantik untuk jaga kedai. Inilah bapak kepada segala daya saing


heran juga kedai mamak tak guna pakai kaedah ni utk bersaing & masih dikunjungi ramai
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 08:53 PM | Show all posts
Originally posted by maratussolehah at 25-11-2008 08:47 PM


heran juga kedai mamak tak guna pakai kaedah ni utk bersaing & masih dikunjungi ramai


Itu sebab service memang cepat dan diorang hati kering. Kalau kau maki hamun pon waiter mamak Indoa tu buat bodo sahaja
Cuba kau maki hamun waiter melayu   Abislah kau   Or at least dia pasti buat muka masam atau dia balas balik dan melawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 08:59 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 25-11-2008 08:37 PM


Untuk berdaya saing, kau kena busy body dengan pesaing

1. Kalau kau ni tokey restoran, kau kena jugak pi makan kau kedai lain. Mana tahu tom yam diorang lebih sedap daripada tom yam ...



budak kerja aku pun ada lawa2.. tapi ada satu muka garang.. tapi yg muka garang tu bila senyum manis je.. aku pun dah pesan selalu senyum..

tp budak kerja aku disiplin semua A.. bukak kedai on time.. balik kadang2 boleh balik lewat takde excused.. takde muka masam.. tapi aku pun kenkadang kena belanja makan ikan bakar.. kenkadang bg duit la time depa takdak duit..

so far awek2 yg kerja ngan aku ni tak over the limit la songeh depa.. still acceptable.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 09:04 PM | Show all posts
Tadi kawan aku selamba aja komplen kat mamak tu, wei macha.... air ini tak sedap lah. kasi buat yang baru :@

Kalau kat kedai melayu buat macam tu, ada lah yang tarik muka masam
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 02:28 AM | Show all posts
aku selalu bengang kalo mintak teh tarik kaww....dtg2 teh tak kawww yg byk susu dr teh ntah apa2 rasa... ..mmg selalu komplen suruh dorang buat balik hehheeee

Yg pasti..kalo kat kedai melayu..muka dorang sure cam tak puas ati jerkk..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 09:00 AM | Show all posts
Selain daripada 2 faktor daya saing yang saya telah bincangkan di atas ( faktor ada credit facility dengan bank dan hubungan yang rapat dengan pengilang), faktor2 daya saing lain ialah:

3. Modal pusingan perniagaan. Kalau modal kecik, anda tak boleh jual banyak jenis barang. Kalau kedai tak banyak barang, orang pon tak berselera nak jenguk.

4. Hiasan kedai, hiasan pembungkusan, hiasan papan tanda

5. Memiliki ramai pekerja dan banyak mesin yang boleh buat kerja secara automatik juga merupakan daya saing. Dengan pekerja yang ramai dan mesin, produktiviti dan output anda lebih tinggi daripada pesaing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.088198 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list