CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: paipair

Ibu (bukan bapa) jika sakit terlantar, siapa yg harus jaga?

 Close [Copy link]
Post time 20-11-2008 03:38 PM | Show all posts
Bkn anak pempuan yg dh kawin ni perlu abaikan t/jwb kat ibubapa, tp diaorg kena dpt izin suami dulu... andaikata anak pempuan tu dok jaga ibubapa dia yg sakit tu sampai abaikan t/jwb kat suami, dh dikira berdosa besar.

Lain la dgn anak lelaki yg dh kawin atau belum... dia x perlu minta izin sesiapa utk jaga parent dia..sbb tu anak lelaki dianggap paling 'mudah dicapai' andaikata parent perlukan bantuan.

So in case parent yg terabai tu, org yg 1st skali dipersalahkan ialah anak lelaki. Sbg lelaki, dia kenalah berusaha cari jln penyelesaian mcm mana nk jaga parent yg sakit tu... apalagi kalo kes dia x de adik-bradik lain & bz bekerja... maybe dia boleh ikhtiar minta bantuan saudara-mara yg sanggup bantu dia jaga parent dia tu (bagi la duit upah jaga)... yg penting, dia berusaha mengambilkira kebajikan parent dia x kira apa berlaku.

Just my opinion je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 04:23 PM | Show all posts
Kalau lah wajib pada anak lelaki..  anak2 yg lain jgn amik kesempatan pula. Bukan senang nak jaga org tua sakit, perlukan kesabaran yg tinggi. Dalam hal ni, smua org kena peka, memahami dan bersepakat.

Dulu.. masa mak jatuh sakit kesuma terus berhenti kerja balik kampung jaga mak. Nak harapkan kakak2 dan abang, mereka dah ada tanggungjawab lain. Anak2 masih kecil , ada yg bersekolah takkan nak tinggalkan pulak kan. Bukan mereka tak mau jaga tapi bila ajak mak duduk kat rumah dowang mak tak mau.. apa bole buat. Walaubagaimana pun mereka tetap cari peluang balik kampung utk membantu bersama2.

Sekarang... bila mak atau ayah sakit, kakak2 sudah bole take turn menjaga cos anak2 pun dah beso dah bole bawa diri. Suami mereka pun bertanggungjawab, baik hati dan memahami. Inilah masanya utk mereka membayar balik selepas terlepas byk peluang.

The moral of the story..

bila dah tua nanti kita jgn terlalu cerewet. Bila anak nak jaga kira bersyukur dan mengalah demi utk menyenangkan kedua2 belah pihak.

Ataupun, si suami perlu belaja dari skrg supaya bila isteri jatuh sakit tak lah terasa patah kakitangan. Still mampu jaga isteri sendiri tanpa mengharap sgt pada anak2 hehehe... sowi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 11:33 PM | Show all posts

Balas #20 Gravedigger\ catat

Aku rasa inilah pendapat yang bernas dan rasanya boleh di terima...........terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 02:18 AM | Show all posts
pepasir, sedih saya baca cerita awak, sbb emak saya baru sakit 25nov patah lutut, jadi tak berupaya nak bergerak ke sana ke mari dengan senang, masa awal2 emak saya balik dr hosp kami beli tongkat utk dia sbb dia pakai fiber simen utk lutut, berat dan membebankan, masuk hari kedua dia tak selesa pakai,saya mengeluh jugak, tapi saya tak sangka perasaan suami saya lebih mulia dr saya.. anak ibu saya sendiri, suami saya cakap, kalau saya penat, saya tak larat, dia akan buat semua, mula hari kedua suami saya byk ambil cara bab emak saya nak bangun duduk,tugas saya banyak bawa emak ke tandas dan bab makan2, tp suami saya tak pernah mengeluh, dia sentiasa nampak senang berpenat walaupun dia kerja penat

semalam suami kesian tengok emak tak boleh pakai tongkat, lalu dia belikan wheel chair yg ringan utk emak ke dapur ke sana ke mari, saya bersyukur sesangat punya suami sebegitu, sedangkan saya ppuan, mungkin sbb emak terlalu manjakan saya tak benarkan buat kerja2 dapur jadi saya sedikit letih dgn kerenah emak, tp dia sebolehnya taknak susahkan kita.kekadang saya terfikir, membaca cerita pepasir, betapa mulianya hati awak, saya harap saya setabah awak.. saya harap saya boleh sesabar awak. dan saya berazam utk tidak mengeluh pada hari esok.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 01:30 AM | Show all posts

Reply #18 pepasir's post

...........  saya sedih mbca cerita pepasir...

Saya sekarang pun menjaga ibu yg sudah uzur, menderita masalah paru2, asma & sudah tidak pandai menurus diri....  Atas dasar tanggungjawab & 'amanah' Allah (saya merasakannya sedemikian), saya terus akan mencuba seaya upaya memberikan yg terbaik utk ibu saya.... wpun sudah sekian lama, dia tidak mengenali saya;  dlm 5 tahun.... ibu terlantar, namun saya masih dapat merasakan kehadirannya...

segala kenangan manis bersamanya ttp dlm hati.... Peranan anak, walau anak lelaki atau perempuan terhadap i/bapanya adalah menjaga mereka (parents)...  Ikhlaskan & jgn kerana terpaksa...  

solute utk anda....  


niat yg ikhlas, pasti mendpat rahmat Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 07:52 AM | Show all posts
Xkan nak jaga mak bapak pun nak tunggu anak lelaki ke.. Mak bapak jaga kita ada beza2 laki pempuan ke..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2008 10:26 PM | Show all posts

Balas #26 Talisman\ catat

Sesetengah mak bapak mmg tak bezakan ank lelaki atau pompuan tp ada yang buat gitu... Anak lelaki di lebihkan dr pompuan malah, ada favouritsm di kalangan anak2 dan ini terjadi kat fizzy sendiri tp fizzy reda dan pasrah... Masa dulu merajuk dan marah kat parents tapi bila fizzy dah kawin n ada anak2 fizzy ckp ngan hubby don't make the same mistake like my parents... Ayah dah sethn ninggal, mak pula mula uzur n fizzy dah ckp ngan hubby kalo takde sapa2 anak yg disayangi nak jaga fizzy bole jaga... Sedih juga dgr mak ckp nak duduk ngan anak kesayangan dia tpi the reality is depa tak nak jaga... duk tolak antara 1 dgn lain..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 03:11 PM | Show all posts
k lah aku nak tye.. katakan ayh husb aku sakit kaki.. adakah wajib laki aku jage..pergi pagi balik malam, abaikan ank isteri? die ade 2 adik perempuan, sorang tu kecik lagi..sorang lagi tgah cuti sem.. aku ade tanye, xboleh ke yg perempuan gilir2 jage, fil aku buleh gerak dgn kaki lagi satu guna tongkat.. kaki die bukan patah lah..

laki aku ade 2 ank kecil yg perluakn perhatian serta aku sedang mengandung.. kkalau dah hari2 laki aku ke hospital, automatik adakah tgjawab die sebagai suami dan ayah hilang.. aku pernah tegur die, namun aku kena marah.. aku dikatakan busuk hati.. laki aku kate bukan die pergi pub pun,, mungkin org yg melihat die rase bangge sebab die ank lelaki yg penuh tgjawab, 24jam lah kirenye die jage ayh die.. abis perlu ke aku diam je.. mkn minum kiotrg mase die jage ayah die langsung die tak amik tahu.. aku duduk umah mak aku bila die pergi hospital sebab aku xlarat jage ank2 sorg.. tapi aku macam nyusahkan mak aku lak..

aku x kate aku xbagi laki aku jage ayh die, tapi beragak lah ckit, balik lah awal ckit..ni pukul 10 mlm baru sampai umah, ank2 tdo dah.. abis kalau 2,3 bulan fil duduk spital, adakah aku patut ambik tgjawab laki aku tu.. bile tegur, die kate aku xfaham die
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 01:30 PM | Show all posts
widad11 replied at 15-1-2016 03:11 PM
k lah aku nak tye.. katakan ayh husb aku sakit kaki.. adakah wajib laki aku jage..pergi pagi balik m ...
Pada pendapat kita, bila keadaan macam ini, ia memberi kita sebagai isteri peluang untuk tunjuk kasih dan sayang kita pada suami dengan beralah tanda kita memahami keadaan yang beliau sedang hadapi... bila dah kahwin ,ia bukan tentang meminta hak2 kita dipenuhi oleh pasangan tapi kita berusaha untuk memenuhi hak2 pasangan without asking anything in return gitu..
bila kita anggap ayah mertua tu sebagai ayah sendiri tentu memudahkan kita untuk berlapang dada...




Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 10:18 AM | Show all posts
semua ank x kira lelaki@prempuan patutnya rasa bertanggungjwb nak jaga makbapak
seorg suami sepatutnya wpun istri tu hak dia/kena ikut perintah dia..sepatut beri kelonggaran pd istri nak jaga makayah dia....bukannya guna kuasa veto terhadap istri..
kalau nk pikir siapa yg lbih wajib..siapa yg sepatut nya
pasti akan ada yg nak mengelak dn mempersoalkan siapa yg sepatutnya
lg pun kes mcam ni byk da terjadi..bila nak jaga makbapak
mula lah tuding jari ke org lain..
masing2 nak lepas dr tanggungjwb..
Nauzubillahiminazalik..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 09:16 AM | Show all posts
pepasir replied at 18-11-2008 09:44 AM
Salam.

Rasa terpanggil nak menulis di sini. Teringat kepada arwah mertua saya yang sakit lama dan ...

tahniah puan , amal jariah itu ada bnyak cabangnya, moga anda menjadi anak yg solehah pd dua ibubapa dan mertua serta isteri yg solehah kpd suamimu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
:zz mengantuk bila baca.

Soalan : Kenapa ada jawapan yg berbeza2?

Jawapan : Bersesuaian dgn apa yg ada dihati masing2 meskipun tajuknya mengenai seorg ibu yg digarap dgn ilmu2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alasala at 22-7-2016 10:34 PM

Tajuk ini sesuai jika kita sama2 baca surah Isra' dan highlightkan ayat 18-30. PerintahNya kpd lelaki pada ayat 23.

23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. [Surah Al-Isra']

*Dibawah pemeliharaan itu merujuk kpd situasi ibu bapa itu tinggal bersama anaknya atas faktor keuzuran dan bukan pula ibu bapa itu tinggal diluar dari apa yg Dia maksudkan. Maka jika ibu bapa itu "degil", tiada kewajipan (tuntutan) terhadap ibu bapa yg ingkar akan perintahNya sedangkan mereka uzur. Ini menjamin kelangsungan kehidupan anaknya dari berlaku kerosakkan dari kejahilan ibu dan bapanya yg uzur.

Bila kita hanya memandang dunia semata2, pastinya Allah akan lupakan kita (khusus kpd semua). Semoga bermanfaat dari ke semua post2 yg sekadar memberikan pandangan. Saya raikan semua pandangan, tapi tak der satu pandangan pun yg memenuhi apa yg Allah tetapkan.

Tak rasa kita dizaman ini melupakan Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah dibolehkan seorg menantu lelaki membenarkan isterinya membantu ibu kpd isterinya? Jawapannya : boleh selagi ibu kpd anak perempuan itu uzur dan tidak memudaratkan hubungan suami dan isteri.

Dan jika berlaku kerosakkan yg ditimbulkan oleh seorg mentua terhadap anak perempuannya yg sudah berkahwin, maka jika si suami "tidak mengizinkan", tidak layak kpd mana2 kaum kerabat kpd perempuan itu "memberikan nasihat" kpd suami samaada suka atau tidak suka.

Dan taqwa itu lebih utama dalam menangani kes2 ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika seorg anak lelaki dan isterinya bersama2 bersetuju utk membantu ibu yg uzur (samaada mentua atau emak sendiri), ibu yg dimaksudkan itu perlu mengingati Allah dan bukannya "bersangka-sangka buruk". Andaikata sangka buruk itu lahir kerana takut "hilang harta" dari si ibu yg uzur, maka si suami BERHAK memutuskan agar si isteri kembali kpdnya dan dari dituduh oleh kaum kerabat (jika ada) sebagai "peraih harta warisan." Dan jika tiada, maka bersabarlah selagi mana si ibu itu tidak mengajak ke arah mensyirikkan Allah. (menghina kekurangan harta-benda anaknya sedangkan rezeki itu ketentuanNya).

Dan taqwa itu lebih utama dari apa yg saya maksudkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada byk lagi saya boleh terangkan. Yang utamanya, dihati itu tidak mungkin ada pilihan dunia dan Allah.

Jika ibu itu uzur, pandanglah haq Allah yg menciptakan ibu yg uzur itu dan gunakanlah petunjukNya sebaik mungkin.

Dan jika dihati kita masih ada penyakit "selain cara yg dinyatakan itu", maka mohonlah ampun atas dosa2 yg disengajakan atas maksud "mahukan dunia". Semoga happy dan berlapang dada dgn jawapan saya yg tak seberapa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 1.117726 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list