CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saatcham

Usahawan tanpa kabel

[Copy link]
Post time 6-12-2008 01:03 AM | Show all posts
Saya suka topik ni .... nak jugak saya kongsi pengalaman saya ... banyak nak cerita tapi tatau nak mula dari mana ..

Nak menang dalam tender .. memang amat sukar jika tiada cable (bagi saya, cable tak bermaksud rasuah, cable maksudnya "orang yang percaya dengan kebolehan kita") .. kalau ade decision maker yang percaya pada kita... maka itulah cable kita .... jauhilah cable yang minta rasuah ...

Dalam network anda sendiri ... anda mungkin ada kenal decision maker bagi projek k'jaan atau swasta. Kalau takde mungkin pergaulan anda belum cukup luas ...   
Bila anda bergaul dengan mereka (cthnyer decision maker bernama Ali) .. usah tanya "eh ade tak tender aku nak masuk etc etc"
Kalau ade tender pon ... mereka takde sebab nak beri kepada anda .. anda masih perlu bersaing dengan kontraktor-kontraktor lain yang dah bertahun bekerja dengan dia ..
Jadi bagaimana nak kalahkan semua kontraktor2 ini ... ?

Jawapan .. jadi aktif jangan pasif ... jangan tunggu tender tapi "ciptalah" tender ...

Bila berbual dengan dengan Ali .. cuba dengar masalah dan keperluan beliau.. banyak berbual tentang visi syarikat atau kerajaan/jabatan .. kemudian anda fikirkan cara bagaimana nak solve problem tersebut sejajar dengan visi sykt/jabatan.. tunjukkan bahawa projek ini mmg bagus (serta  boleh menaikkan nama Ali) ... bila dapat solution .. propose kepada Ali... bila idea anda diterima .. tahniah anda telah mencipta kontrak anda sendiri ...

Sempurnakan projek tersebut sebaik mungkin untuk mendapat kepercayaan Ali ... bila kerja sudah sempurna .. Ali akan berpuashati .. Ali akan yakin dengan kemampuan anda .. tahniah .. Ali sudah menjadi kabel anda .. jika ade projek yang sesuai dengan anda .. insyaAllah dia akan beri kepada anda ...

Inilah yang berlaku dalam bisnes saya dan rakan saya ...

InsyaAllah ... nanti saya sambung lagi ....

[ Last edited by  thedude at 6-12-2008 01:16 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2008 01:09 AM | Show all posts

tu la...

kene le bekerja bersama...satu team...baru tak payah nak pakai rasuah...tau dak...rasuah ngan riba' tu lebih kurang je..sama camni kalau untung 100%...tu dah kira riba'...kita Muslim kene untung tinggi2 99% je...janji pelaburan dengan pulangan yang dah dinyatakn contohnya...dapat 10%...5% setahun...tu pun riba' gak a.k.a sama le ngan rasuah ( taraf dia )....jadi...kita kene jual konsep...maksudnya...apa yang kita bawak bersama produk tu...kalau tak ngam...berenti je...banyak biz kat dunia ni yang boleh buat tanpa rasuah...saya dulu buat kon F.....takleh tahan le...rasuah sesaje...berenti le...pe lagi..sekarang??....berkoperasi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 01:33 AM | Show all posts
Saya cuba jawab soklan tuan rumah dari perspektif orang yang tidak tunggu tender tapi "cipta" tender ...
1.Perlukah rasuah untuk berjaya?

Tak perlu rasuah kerana jika kena caranya ... decision maker itu sendiri yang mahu projek itu dijalankan ..
Decision maker juga mahu nampak hebat dengan idea-idea baru ... jangan offer apa2 wang pun kepada mereka ..
Bila kita nak pengaruhi decision maker tentang kebagusan projek .. jangan cakap tentang untung langsung ..
cakaplah tentang kebaikan2 yang lain .. selain untung ....
2.Jika tidak mengamalkan rasuah,smpai bila projek trlepas ke tangan org lain?

Projek tidak terlepas ke tangan orang lain kerana projek itu belum wujud lagi ....
3.Adakah patut usahawan melupakn halal bin haram asalkan berjaya dalam bisnes?

Jauhi yang haram kerana haram itu sentiasa merosakkan bisnes .. tak pernah menjayakan bisnes ...
Tapi nak menolak yang haram pon ada caranya ... jangan mengguris orang yang meminta rasuah tersebut ...
jika dia terguris .. takut nanti satu hari dia dah taubat ... tapi dia segan nak offer kontrak tu pada kita sebab kita
pernah maki dia minta rasuah ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 01:37 AM | Show all posts
Mgkin ramai yg telah brjaya akan mengutuk dan memperlekeh usahawan yg tidak mahu menggunakan rasuah dan kabel untuk berjaya.


Sebenarnya rasuah pon tak jamin kita boleh dapat tender ... kalau kita boleh offer rasuah RM1K ... orang lain boleh offer RM10K ...
Kita bagi RM10K ... org lain bagi RM100K .. bila mau abis daaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 10:36 AM | Show all posts
dlm kebanyakan perkara, intigriti kontraktor dipersoalkan - cth bila mrr2, retak semua org tanya saper kontraktor, ada ker yg tau azab kontraktor tu bila buat jalan tengah2 area yg dimonopoli DAP, ada ke yg tau, berapa byk kali PBT kacau2, LLM lagi, dato menteri lagi... habis duit dah tinggal sikit, hati dah sakit, sebab tu keikhlasan semakin kurang.

hati kita kekadang merintih sedih, sebab yg mintak tu BUKAN ORANG LAIN, kebanyakkan orang yg bertopengkan politik.

saya pernah mencuba nasib, dgn mendaftar dgn kumpulan politik - kononya jadi ahli senang kenal decision maker, baru pagi mendaftar, ptg dah call cakap Ijok nak pilihanraya, dorang kurang walkir talkie, besok citer melaka pulak nak pakai laptop - lepas tu citer nak suruh buat higway 20juta, tapi utk kontraktor cuma 15juta, pastu 5juta ketepikan utk "contribute" pada tabung, saya diam jer, pastu malam cakap pula ketua bahagian kena ketepikan sekian2 juta ... adus ... lama2 tinggal berapa ribu nak buat highway - jgnkan highway - signboard pun tak mampu...  tak payahlah... bukan soal duit, bukan soal untung, tapi soal malu sebab macam kita ni tak bertamadun, no civilatation... dan lepas tu panggilan telefon dari dorang sumer tak jawab...

itu sebab bila kontraktor kena basuh dgn cidb sebab mengamalkan rasuah, tapi bila kita tanya, apa perlu kita buat kalau SELEPAS award, orang mintak? so kita suggest cidb, instead of basuh kontraktor, basuhlah OWNER. sebab kalau owner tak mintak, Kita lagi SERONOK tak kasi... tapi lepas tu tak dengar apa2 pun..

but anyway, saya setuju kabel yg diklasifikasi sebagai decision maker amat penting kerana recommendation dari mereka perlu, dan saya bernasib baik kebanyakkan kabel saya bukan jenis "PEMINTAK"

juga, strategy "create job" memang berkesan.. especially bila kita tau dorang ada peruntukan... cth paling senang, bangunan pejabat dah berkulat, tapi tiap2 hari owner lalu situ dan pemandangan bangunan berkulat tu dah immune bagi dorang, so kita jumpa and propose repaint, kalau dorang perlu tender as per requirement, help them in preparing the spec. dan kalau nasib baik - dapat direct nego jer. and NEVER take the credit, bila project tu berjaya, LET THE OWNER have the credit form their boss...

yang ni memang saya baru masuk gear 1...masih banyak nak belajar.. so nak tanya otai2 - adakah ia satu bakat,   atau menuntut satu kepakaran untuk kita "KNOW WHO"?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 12:52 PM | Show all posts
alternative, boleh buat business dalam open market

takda had - sampai buat business dalam mana negara pun okay
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2008 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by hazel23 at 6-12-2008 10:36 AM
dlm kebanyakan perkara, intigriti kontraktor dipersoalkan - cth bila mrr2, retak semua org tanya saper kontraktor, ada ker yg tau azab kontraktor tu bila buat jalan tengah2 area yg dimonopoli DAP ...


Setuju dengan posting hazel ...

Saya bukanlah otai dalam bab "know who" ni ... tapi adalah sikit pengalaman boleh kongsi ...

Bagi saya ... setiap orang ade peluang bisnes yang unik hanya untuk dia sahaja ... peluang unik yang mana orang lain susah nak kacau ...
Contohnyer ... kalo kita jual minyak wangi .. kita boleh jual kepada rakan2 kita lebih mudah daripada agen minyak wangi yang rakan2 kita tak kenal ..
mudah juga bagi kita untuk jual minyak wangi kepada kawan kepada kawan kepada kawan kita ... lebih mudah drpd cuba jual perfume secara rawak ..
itulah peluang yang unik ... peluang unik ini wujud kerana adanya "Trust" ... nak buat bisnes mesti ada trust antara pembeli dan penjual ...

Gunakan orang sekeliling kita yang mana kita boleh bina "Trust" terhadap kita ... kate Stephen R Covey .. gunakan our "Circle of Influence" ..
Ikut pengalaman saya .. lebih mudah kalao kita gunakan orang2 yang kita kenal dan dalam jangkauan kita .. daripada kita berusaha untuk berkenalan dengan
Datuk X semata-mata kerana dia decision maker organisasi tertentu ... kenapa Datuk X perlu beri perhatian kepada kita ?
Kalau anda kawan anak dia..oklah .. boleh ajak makan satay Samuri
Dalam kes ini .. orang yang kenal Datuk X memiliki peluang yang unik .. org luar mcm kita susah nak kacau ... nak usaha .. boley .. tapi amat sukar.
jadi kita fokus kepada orang lain dalam network kita yang mana kuncu2 Datuk X tak dapat nak kacau sebab diorg tak kenal  

Peluang bisnes ada dimana2 oleh itu luaskan pergaulan. Ini paling penting. Jika kita tak kenal seorang pon decision maker dalam mana2 organisasi, itu tandanya pergaulan kita sememangnya tidak cukup luas lagi. Masa yang baik nak bina network ialah semasa belajar di universiti. Kalau dah tamat belajar, sertailah kelab2 dan persatuan2.

[ Last edited by  thedude at 6-12-2008 01:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 01:36 PM | Show all posts
erm.. pink ade kenal sorg nie dier ckp in bisnes.. it is not what we hav or how much money we hav but who we know...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2008 01:50 PM | Show all posts
saya percaya business is all about hardworking, and passion

kalau "know who" boleh tahan sekejap dalam bidang business
tapi tak lama
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 02:41 PM | Show all posts
betul - selagi "know how" tu ada kuasa - bole lah guna sebagai talian hayat jadi kena rajin juga "know who" dgn org bawah - sebab kalau dia promote atau pegi tempat lain pun boleh tolong.

penting -deliver kena ikhlas.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 04:23 PM | Show all posts

Reply #30 hazel23's post

setuju dhn u... org bawah pun kdg2 sama je penting ngan org atas... yg penting kite kawan je semua tak kira status... dan dgn ikhlas...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 12:55 PM | Show all posts
Kau ingat orang nak bagi job RM50 ribu jika mereka tak kenal kau? Tak pernah keluar makan dan tak pernah main golf? Kalau setakat PO bodoh harga RM800 tu maybe dia bagi lah. It is my principle.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 12:59 PM | Show all posts
Principle Nombor 2:

Tak kiralah cable kau kuat macam mana, tetapi jika kau TAK BOLEH DELIVER, takda sapa berani amik kau.

Tak boleh deliver:
- hantar barang tak ikut spec.
- pasang tak sempurna dan cacat cela.
- buat kerja half way tak siap tapi dah claim payment.
- barang low quality pakai sekejap sahaja dah rosak.

Office Tak berani amik kerana:
- Boss atas akan mengamuk dan minta surat tunjuk sebab.
- Kau boleh masuk jail dan BPR.
- Gaji kau kena potong jika barang tak deliver dengan sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 10:26 PM | Show all posts
pastu agak2 suruh hantar quotation sebagai "nasi tambah"... lupakan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by hazel23 at 8-12-2008 10:26 PM
pastu agak2 suruh hantar quotation sebagai "nasi tambah"... lupakan..


Quotattion sbg nasi tambah tu camne ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 01:27 PM | Show all posts
standard procedure sebelum lantik pemborong, customer perlu ada min 3 quotation dari 3 syarikat yg berlainan.

kalau yg sincere tu, dia akan cari 3 sebutharga dan compare supllier mana yg offer paling bagus.

.... kekadang, staf tu dah ada supplier pilihan dihati - tapi sebab nak cukupkan 3 sebutharga, dia akan panggil lagi 2 syarikat utk hantar sebutharga... so 2 syarikat tu kira nasi tambah lah..

bagaimana mengetahui anda adalah nasi tambah... jeng jeng jeng... ini juga memerlukan masa utk menkajinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2008 03:53 PM | Show all posts
Nak cari kabel cam ne?? Nak kenal org2 VIP n VVIP ni cam ne plak?? Boleh kasi idea tak for a noob like me..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 04:11 PM | Show all posts
jangan nk kata tender susah nk dapat klu xpakai kabel, keje pun sush nk dpt xpakai kabel... dunia-dunia.........
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 10:49 PM | Show all posts
Depends on the kind of business you are in.  

If government projects - possibly need strong cables especially for direct nego projects.  As for private projects, you need to show your merits to win a job.  

In business knowledge is very important.  You need to keep yourself updated constantly with what is happening in the market.  Strong cables will only get your foot in the door - after that its all up to you to prove that you can do the job.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 08:44 AM | Show all posts

Balas #37 pisang88\ catat

Cuba selidik latar-belakang kawan2 awak kat universiti ... tengok parent/pakcik/sedara diorang kerje ape ...
Itulah kabel ....

Tapi nak buat camni kena ramai kawanler dan byk bersosiol  ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.072846 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list