CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eddysheddy

puas hati sgt pesembahan raya ct..

[Copy link]
Post time 4-10-2008 08:33 AM | Show all posts

Reply #20 calmille's post

lenggok kiri kanan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2008 09:36 AM | Show all posts
tv 2 ok suara spt biasa  ....tv3 ok ..tapi pilihan lagu boring...tapi tetap baju yg hampeh..tolong laaa plz do something mek t
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2008 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by ninja at 4-10-2008 09:36 AM
tv 2 ok suara spt biasa  ....tv3 ok ..tapi pilihan lagu boring...tapi tetap baju yg hampeh..tolong laaa plz do something mek t

ntahla.. aku tak rasa boring plak.. aku rasa enjoy sgt..
maybe sebab tak sangka siti masih boleh nyanyi lagu tradisional dengan begitu baik..
lagipon aku mmg suka irama2 tradisional.
lagu empat dara rasa best sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2008 10:02 AM | Show all posts
empat dara duduk di tepi sungai..
lalala..

sapelah empat dara tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2008 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by peacefrog at 4-10-2008 01:10 AM
malapetaka yang melanda TV di hari raya.

habis lakulah penjual bedak penghilang ketiak nan karat


malapetaka utk org cam ko jer..

soooo kesiannn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2008 10:42 AM | Show all posts
selingan kejappp..
Kerongsang Jiwa BangsaOleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
[email protected]



SAYA mulakan bingkisan istimewa sempena lebaran ini denganmenitipkan ambar kasturi kepada ketiga-tiga kerongsang jiwa bangsa ini.
Ya, terimakasih yang sangat besar kerana meminjamkan masa emas untuksaya dan jurugambar senior, Fatah Sulaiman merakamkan mereka bertiga diruangan khas sempena Aidilfitri hari ini untuk pembaca Kosmo! yang kami sayangi.
Kenapa Siti Nurhaliza, rasanya bukan menjadi persoalan lagi.
Kenapa Misbun dan Chong Wei? Soalan yang menuntut jawapan dan sayalebih selesa bertanya semula, kenapa tidak? Bukankah mereka jugabintang di hati seluruh rakyat Malaysia?
Saya diberitahu banyak yang mencuba mencari masa senggang merekaagar diabadikan dalam sesi fotografi. Dan saya perlu berterima kasihkepada Setiausaha Akhbar Menteri Belia dan Sukan, Puan Ruhaidini keranabanyak membantu setelah lebih sebulan saya berusaha sendiri mendapatkanMisbun dan Chong Wei.
Kepada mereka, dunia depan kamera hanya untuk artis popular. Duniamereka hanyalah dengan reket dan bulu tangkis dan sesekali gambardirakam jurukamera, ia adalah kerana prestij sesuatu pertandingan,bukan kerana populariti mereka.
Lainlah Siti yang dunianya memang dengan pentas, mikrofon dankamera. Tak jadi masalah langsung. Lalu apabila dinyatakan bakaldigandingkan dengan legenda negara, Datuk Misbun Sidek dan anakdidiknya, juara badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei, Datuk Siti tidakmenolak.
Seriau juga kalau-kalau ajakan disambut dengan penolakan Siti,sementelah dia pernah berjanji untuk tidak bergambar bersama lelakiyang tidak 'releven' dengan kerjaya seni dan kehidupan peribadinya.
Meskipun diawal rancangan kami untuk turut menyertakan seorang lagiDatuk muda, Nicol David tidak menjadi kenyataan, Siti menyerah untukwajahnya dirakamkan bersama dua lelaki hebat ini.
"Siti minat badminton. Sangat minat. Abah Siti juara badminton masadia muda dulu tau," beritahu Siti dalam sopan kepada Misbun, ketikakami menunggu Chong Wei selesai didandan.
Malah, masa senggang di rumah juga banyak dihabiskan dengan aktiviti badminton bersama suami dan anak-anak tirinya.



Maka tidak hairan, kala melihat Misbun dan Chong Wei, Siti turutmeluah kagumnya. Pun dalam bual kami yang mesra, ketiga-tiga permatahati bangsa ini sempat meluahkan rasa bimbang dan gusar di dada. Jugapayahnya menjadi orang ternama, dikongsi bersama.
"Memang bukan mudah jadi orang seperti kami. Susahnya sebabkehidupan kita juga diatur oleh orang lain. Tetapi itu semua sudahbiasa kepada Siti selepas 13 tahun menjadi anak seni.
"Misalnya dalam pertandingan, orang selalu harap kita menang. Punbila kita kalah, kita boleh terima, tetapi dalam masa yang sama adapihak lain yang tak boleh menerima kekalahan kita. Susah untuk kitapuaskan hati semua orang," kata Siti.
Berlainan dengan Misbun, yang menganggap bukan terlalu sukar menjadiseorang Misbun Sidek. Cuma yang payah apabila gagal memikultanggungjawab yang diamanahkan di gelanggang pertarungan.
"Sekarang, selepas jadi jurulatih, keadaan menjadi lebih payah. Masajadi pemain, saya boleh kawal diri sendiri. Tetapi bila jadi jurulatih,kita kena kawal orang lain. Itu yang lebih mencabar. Tetapi apa yangmenjadi milik saya hari ini adalah rezeki Allah, hasil kerja kuat dandoa arwah ibu dan bapa saya," kata jurulatih badminton kebanggaannegara yang juga pemain badminton profesional pertama di Asia Tenggara.
Baik Misbun, Siti mahupun Chong Wei, mereka adalah kerongsang hatinusa dan bangsa dalam liga tersendiri. Jadi benarlah akan pendapat yangmengatakan dengan sukan dan seni, boleh menjadi senjata menyatukanbangsa dan negara.
Sementelah keadaan politik negara yang dikatakan semakin 'panas'dengan pelbagai anasir tidak terduga, kita berharap agar dunia sukandan seni boleh menyatukan semula, kalau ada hati yang patah, jika adajiwa yang retak. Bukankah seni dan sukan itu milik mutlak masyarakat,tanpa kenal warna kulit, apa agama dan bangsanya?
"Kenapa tidak? Memang sukan dan seni boleh membantu, menyatukansemua bangsa di dalam negara kita. Tak perlu gaduh-gaduh walaupun kitaberbeza fahaman politik misalnya. Saya sendiri orang Cina, tetapijurulatih saya orang Melayu. Kami tak pernah ada rasa berbeza keranakita sama-sama anak Malaysia," kata Chong Wei lagi.
Malah katanya, ketika menggenggam medal emas, tidak pernah terfikirdia mewakili satu kaum sahaja, sebaliknya ia adalah kejayaan yang samauntuk seluruh warga Malaysia.
"Kalau saya menang, baju yang saya pakai bukan tulis nama saya saja.Depan ada bendera, belakang tulis nama Malaysia. Tak adapun tulis sayaorang Cina ke, Melayu ke, semua sama. Itu yang lebih penting."
Sempat juga mendasari lautan hati Chong Wei mengenai kehidupanbarunya selepas bergelar Datuk. Ujakah diri kala meraih Datuk dalamusia terlalu muda, 26 tahun?
"Gelaran Datuk dapat naikkan semangat untuk kita kerja lebih kuatlagi. Selain itu turut memberi motivasi kepada ibubapa lain supaya berigalakkan kepada anak-anak mereka dalam bidang sukan. Sekarang ibubapaboleh cakap pada anak-anak "Tengok, main sukan pun boleh dapat pingatDatuk, dapat pencen, dapat duit banyak." Kalau semua orang fikir macamini, tentulah bidang sukan kita makin maju ke depan," katanya sambildiakui oleh Siti yang juga melihat darjat itu sebagai satutanggungjawab dan penghormatan kepada dirinya.
Kahwin 2 tahun lagi
Turut meraikan lebaran tahun-tahun sebelum ini, 1 Syawal Chong Weikali ini berlainan kerana terpaksa berada di Macau untuk bertarungdalam kejohanan badminton terbuka.

CHONG WEI menganggap gelaran Datuk sebagai penghormatan tertinggi untuk dirinya.

Pun begitu, nostalgia singgah di rumah teman-teman beragama Islamadalah satu kemestian bila bercakap tentang hari raya. Satu yangmenjadi kemestian juga adalah mengunjungi rumah Misbun dan meraikanbersama-sama bagai satu keluarga.
Di luar dunia badmintonnya pula, ada harapan besar yang menanti di depan mata Chong Wei.
"Sebagai manusia biasa, saya pun ada impian. Saya mahu punyakeluarga terbaik. Kahwin, ada anak dan jaga keluarga dengan baik, jadiorang berguna," kata anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini.
Ketika diacah adakah wanita bertuah itu Wong Mei Chow yang dikatakan buah hatinya, Chong Wei tidak menafikannya.
"Ya, kami sudah ada rancangan untuk kahwin. Mungkin selepas duatahun dari sekarang," katanya mengulas tentang kisah cintanya denganpemain badminton kebangsaan yang dikenali semenjak usia 18 tahun itu.
Hasil imbuhan selepas menang pingat perak di Sukan Olimpik Beijingbaru-baru ini, Chong Wei telah membeli sebuah rumah Semi D di SeriPetaling sebagai persiapan untuk hidup berumah tangga.
Misbun tinggalkan anak, isteri

MISBUN  SIDEK

Jadual awal hari ini dia perlu berada di Macau, menemani Chong Weiuntuk berhadapan dengan pertandingan.Pun disaat akhir, jadual berubahdan hari ini dia sempat meraikan 1 Syawal bersama isteri dan anak-anak.
"Sebelah malam, raya pertama saya akan terbang ke Macau. Menjadirezeki saya beraya bersama keluarga, walaupun hanya untuk satu harisahaja. Alhamudlillah," katanya yang kelihatan sentiasa tenang walaupunsedang berhadapan dengan kebimbangan terhadap tahap kesihatanisterinya, Latifah Mohd Sidek yang sedang menderita mengidap penyakitbuah pinggang.



Kenangan beraya di luar negara ketika umat Islam menyambut raya kepada Misbun, bukan sesuatu yang luar biasa.
Malah sedari muda, dia sudah menyiapkan diri dengan sikap siap siagaberkhidmat, sama seperti orang lain juga yang berpaksa bertugas di HariRaya.
"Saya tak anggap beraya di luar negara sebagai pengorbanan. Ia satutanggungjawab, sama macam orang lain juga. Macam tentera atau polis,macam itulah," katanya.
Pun bohonglah kalau dia langsung tidak merasa syahdu yang pilu,kalau ketika anak bulan 1 Syawal menjengah, dia masih berada digelanggang perantauan.
"Rasa kehilangan itu tetap ada. Tetapi kita bukan hilang punca, cumahilang suasana. Kalau tidak bersama keluarga, saya akan menyeronokkandiri sendiri dengan mengenang cerita-cerita gembira sendirian, di dalamhati," katanya.
Sempena 1 Syawal yang mulia, tiga kerongsang hati bangsa ini sempat melayangkan ucap selamat untuk semua yang beragama Islam.
Bina perpaduan, bertambah jaya dan mantapkan ukhuwah. Kita ini saudara sebangsa, bangsa Malaysia. Selamat Hari Raya.

kosmo 1 oktober
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2008 10:46 AM | Show all posts
selingan lagi.. yg ni ada citer pasal album tradisional

Siti sibuk menjelang SyawalOleh WANDA IDRIS
Foto AHMAD ZAKKI JILAN



TIADA yang lebih mengujakan Datuk Siti Nurhaliza pada Lebaran iniselain untuk melunaskan beberapa projek khas termasuk pembikinan albumdan persembahan jelajah di seluruh negara selepas sambutan Syawal.
Justeru, awal-awal lagi, penyanyi itu sudah menetapkan selamaseminggu untuk bercuti raya. Menyambut satu Syawal di BukitAntarabangsa, Hulu Kelang, Selangor, Siti dan suaminya, Datuk SeriKhalid Mohd. Jiwa turut meluangkan masa pulang beraya di kampunghalaman masing-masing di Kedah dan Pahang.
Sebaik selesai bercuti, penyanyi itu akan mula sibuk dengankerja-kerja seninya termasuk pembikinan album tradisional kontemporariyang telah lama diidamkan.
Ramai komposer terkenal bakal berkolaborasi dengannya dalampembikinan album yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Production Sdn.Bhd. (SNP) itu.
Antaranya beberapa nama yang memang dinanti-nantikan untukbekerjasama seperti Zubir Ali, M. Nasir, Khairil Johari Johar, AdnanAbu Hassan, Zul Mahat dan Radhi OAG. Tidak ketinggalan tentulah PakNgah atau Datuk Suhaimi Mohd. Zain dan S. Atan.
Menurut Siti, perancangan pembikinan album tersebut telah dibuatsejak awal Januari lalu bersempena sambutan hari jadi pada Januarilepas.
Sudah ada lebih 10 buah lagu yang dihasilkan oleh komposer terbabit,kini hanya tinggal untuk memilih yang terbaik untuk dimasukkan ke dalamalbum itu nanti.
揗emang Siti sendiri rindu benar untuk muncul dengan albumtradisional seperti ini. Rasa lega bila dah dapat kumpul lagu dan bolehbuat rakaman secepat mungkin,
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2008 06:38 PM | Show all posts
tengkiu eddy....

tak beli paper kosmo yg neh...
se'baek eddy ada paste kat sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2008 08:12 PM | Show all posts
memang persembahan ct best kat prog raya die....

suare saida ngan saerah mmg xleh lwn ct gak owh sbb lenggok ct lebih ummph gitu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2008 11:28 AM | Show all posts
tetibe terdengar ct kat era tadi.. pak nil interview
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 11:48 AM | Show all posts
bior betol?
citer pasal pe?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2008 12:05 PM | Show all posts
Originally posted by adie82 at 5-10-2008 11:48 AM
bior betol?
citer pasal pe?

adalah tadi.. interview sekejap je.. tanya raya kat mana then ct bagi ucapan.. gitu jer..
beberapa minit sebelum lagu sesuci lebaran diumumkan no.4 dalam carta lagu2 raya kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 12:37 PM | Show all posts
Sedissssnyaaaaaaa..
Dua2 program x dapek nak tgk
kenyang makan ketupat sampai lupa program mak iti
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 11:37 PM | Show all posts

Reply #33 juan_reyes's post

mengantok oooo makan pulut banyak!
mabuk pulut!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 08:28 PM | Show all posts

Hi!!!

Ada sapa2x tahu link youtube persembahan raya CT kat Tv2 ?????

thanks in advnc


Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 09:51 PM | Show all posts

Balas #35 mayutaka\ catat

search je teratak siti nurhaliza kat utube
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2008 09:56 PM | Show all posts
aku sempat gak dgr siti wat ucapan raye time malam raya kat tv3...dlm kul 12 lebey ke kol 1 pagi ntah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 09:57 PM | Show all posts
paperpon aku suke lagu 4 dara tu...tp yg paling aku suke lagu2 kat tv2 tu...es lilin dangdut abis siti..hehehe...pastu lagu baju hijau best gak....paling klako yg makcik nyanyi lagu penawar rindu tu...tu la siti kasik can kat makcik tu suh nyanyi skali..hah..amik ko smpai abis dier nyanyi smpai terbatuk2....seme kuarga aku duk ketawa terbahak2....klako betul...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 10:03 PM | Show all posts
yg ekslusif bersama peminat takde ke calmille??>...yg teratak tak berapa best sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 11:29 PM | Show all posts

Reply #38 pzan213's post

makcik yang kecik tu ker??? aku tak tengok la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.117378 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list