Originally posted by AnisSuraya at 23-9-2008 04:41 PM
Salam..
Buat Bro Medang, Yayang Jawa, Rina, Amoi, Kasha, Kashaz (ni kembor Kasha ke erkkk) , t@t, Syam pendayung patah (mana ilang dia ni erkkkk), Ten , wm , zfaz , genie , Reuk, forfaur, Mas ...
ade gak ek kasha? xperasan lak.. sbb my nick either kasha or kashaz..sini guna kashaz sbb kasha dah ade org pakai..
tp bukan kembo
saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua warga cerly.. harap ampun maaf sekiranya terdapat salah silap kata sepanjang berkampung disini..
AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)
Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.
Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.
AKU INGIN MENGHULURKAN SEPULUH JARIMEMOHON MAAF ATAS SEGALANYA...TERKASAR BAHASA,TERLEBIH BICARA SELAMAAKU BERADA DI BOD CERLY INI. SEMOGA DIHARI RAYA INI SMEUANYA BERADADALAM KEADAAN CERIA DISAMPING KELUARGA TERCINTA.
YG BALIK KEKAMPUNG MENUNGGANG MOTORSIKAL, PASTIKAN KEADAAN DAM KONDISII KENDERAAN DALAM KEADAAN BAIK. JGN IANYA BERAKHIR SEBEGINI :-
BAGI MEMANDU KEETA...PANDU CERMAT..JIWA INSYAALLAH SELAMT. JGNLAH KERIANGAN MENYAMBUT SYAWAL BERAKHIR DENGAN TRAGEDI SEBEGINI :
....
BIARLAHKESYAHDUAN SYAWAL TAHUN INI DIRAIKAN DENGAN PENUH KESYUKURAN.....DENGANPENUH KEBERKATAN.......MOGA SYAWAL KALI INI MEMBERI MAKNA MENDALAMKEPADA ANDA DAN KELUARGA ANDA.
AKHIR KATA
WARGA CERLY SEMUA
[ Last edited by medangmru at 26-9-2008 08:15 AM ]