CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dainese

(MERGED) KOR RISIK DIRAJA (KRD) - INFO

[Copy link]
Post time 24-12-2007 10:18 AM | Show all posts
tak tahu mana nak letak.....amacam kat kor risik, boleh?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2007 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by cloud_hardcore at 9-4-2007 05:41 AM
Colonel In Chief

Tuanku Ismail Petra the Sultan Kelantan is the present Colonel In Chief. The Director of Defence Intelligence is the Chairman of Kor Risik DiRaja.

Motto

The Motto of Kor ...


Kor Risik ni MI (Military Intel) kan? Dengar kabornye, MI ni answerable to PM saja (macam MI6); even Pang5 ATM pun takde much clout over them. Betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 01:13 PM | Show all posts
teringatkan LtM Ali Al-Husaini (411602) yg pernah menjadi GPO saya ketika Ops Kota Echo pada tahun 1978 yg kemudiannya bertukar Kor dari RAD ke KRD.......bersara Mejar
dan Mejar Ahmad Daud (410295) (BC 'C' Battery, 3 Meriam 1978) juga bertukar Kor dari RAD ke KRD
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2008 04:10 PM | Show all posts
jap nk tnye,
lau lam tentera darat psukn ni dipanggil KRD kn?
lau lam navy ngn air force lak ape nmenye?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 11:58 AM | Show all posts
RISUD dan RISLA
warna kelabu logo Kor Risik melambangkan ketiga2 servis

-aneep-
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 12:57 PM | Show all posts
Dimensi risik ATM 2008

Oleh AMIR SARIFUDIN (WARTAWAN UTUSAN)



Mohd. Salleh Ismail.

--------------------------------------------------------------------------------



INSIDEN letupan bom dan ancaman pengganas di Thailand, Filipina, Indonesia dan pergolakan politik di negara-negara seperti Pakistan berikutan pembunuhan bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto baru-baru ini, sedikit sebanyak mampu memberi kesan kepada keselamatan Malaysia.

Dengan kata lain, ia boleh memberi tempias kepada negara-negara berdekatan seperti Malaysia jika kita tidak mengambil berat isu pertahanan.

Oleh itu, adalah penting kestabilan politik sesebuah negara dipertahankan kerana ia menentukan keselamatan dan pertahanan dapat terus terjamin.

Sehubungan itu, pihak berwajib seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat perlu memperkukuhkan lagi organisasinya selaras dengan ancaman dan perkembangan semasa.

Peranan ATM ini juga meliputi kemampuan dan keberkesanan Bahagian Staf dan Perisikan Pertahanan (BSPP).

Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Salleh Ismail ketika diwawancara oleh Utusan Malaysia berpandangan, 2008 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran.

Bagi beliau, perkembangan semasa dan pergolakan di sana sini melibatkan negara-negara serantau termasuk ketidakstabilan politik, memerlukan pertahanan Malaysia dipertingkat dan diperkukuhkan lagi.

Namun Mohd. Salleh berkeyakinan, apa jua bentuk cabaran termasuk ancaman pengganas dan sebagainya, akan dapat ditangani jika mendapat kerjasama semua pihak.

Ini termasuk kemampuan BSPP sendiri yang dilihat perlu keluar dari kepompong sedia ada dengan bersifat lebih global serta menjangkau luar sempadan.

Jika sebelum ini, peranan bahagian itu yang bersumberkan perisikan lebih kepada matlamatnya kepada pertahanan ATM sahaja, namun sudah tiba masanya perubahan dibuat bagi mencapai keperluan dan kepentingan keselamatan dan pertahanan nasional.

憫Untuk itu adalah perlu satu transformasi secara menyeluruh dengan menstrukturkan semula organisasi BSPP.

憫Saya melihat BSPP perlu dinaikkan tarafnya ke satu peringkat yang lebih tinggi dan mengubah namanya kepada Organisasi Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO).

憫Langkah ini bagi menepati dan seiring dengan penstrukturan ATM sendiri dalam menyahut cabaran pertahanan serantau dan global yang lebih kompleks dan pelbagai dimensi,拻 katanya.

Melalui MDIO nanti, ia bakal merangkumi empat dimensi utama sejajar dengan peranannya terhadap pertahanan ATM dan nasional iaitu meliputi ruang angkasa, muka bumi, bawah muka bumi (sub-surface) dan alam siber.

Dengan peranan yang lebih meluas itu, Mohd. Salleh menambah, ia merupakan satu proses berterusan yang harus difokuskan oleh semua peringkat anggota.

憫Cuma kekangan tertentu seperti kewangan, sumber manusia dan logistik merupakan kekangan yang mungkin menjadi cabaran dalam perjuangan meningkatkan peranan organisasi ini.

憫Namun, proses pembangunan ini akan terlaksana dengan konsisten mengikut keperluan dan keadaan semasa dan sudah pasti jika keperluan dapat mengatasi kekangan ini, saya pasti kita akan berjaya dengan bergaya akhirnya,拻 kata beliau.

Penstrukturan BSPP dilihat seiring dengan perkembangan pembangunan ATM seperti yang telah diuar-uarkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

憫Penstrukturan ini akan memperlihatkan perisikan menjangkau kawasan pertahanan berkepentingan sebelum ini.

憫Kita mesti ingat, kini ancaman kita bukan sahaja datang dari dalam negara, malah musuh juga datang dari luar dan ia boleh berlaku bila-bila masa. Lihatlah apa yang berlaku di sesetengah negara yang diancam pengganas.

憫Ancaman juga boleh berlaku melalui pengaruh yang meresapi pihak-pihak tertentu yang terdapat dalam negara ini,拻 katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2008 12:58 PM | Show all posts

samb......

Perjuangan

Mohd. Salleh memberi contoh, terdapat pihak tertentu seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sebelum ini berslogankan perjuangan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan, telah diperguna dan diperdayakan oleh anasir luar bagi membuat kekacauan dalam negara ini.

Ekoran itu, tidak hairanlah baru-baru ini berlaku perhimpunan haram dan rusuhan di ibu negara yang seterusnya telah mencabar kewibawaan pihak berkuasa dan menggugat keselamatan negara.

憫Bagi memastikan keadaan ini tidak berlaku dan kita dapat bertindak lebih awal bagi mencegah kekacauan serta ancaman luar, maka perlulah kita mempunyai rangkaian kerjasama dengan negara-negara luar.

憫Ini termasuk bertukar-tukar maklumat antara BSPP dengan rakan sejawat negara luar. Di samping itu kita juga perlu mempunyai elemen-elemen sendiri yang berada di negara-negara berkepentingan.

憫Melalui elemen-elemen tersebut, kita mampu mendapat kerjasama dan seterusnya mencegah apa jua bentuk ancaman sebelum ia menular ke dalam negara,拻 katanya.

Melalui rangkaian sedemikian, BSPP mampu mengesan lebih awal bentuk-bentuk pergerakan subversif termasuk pihak yang cuba menggunakan NGO di negara ini.

Menjawab pertanyaan, Mohd. Salleh menganggap Malaysia umpama sebuah 慴om jangka
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 01:39 AM | Show all posts
KRD nih hanya kor aje... yang penting adalah di bahagian atau cawangan mana...

elemen perisikan ada pada setiap peringkat pemerintahan dengan BSPP di peringkat ATM, Cawangan Risik di peringkat TD, RISLA di peringkat Markas TL dan RISUD di peringkat MArkas TU. Kebawah lagi ada cawangan risik pada setiap peringkat formasi... begitulah adanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2008 11:33 AM | Show all posts
Just dont fall into 'konseptsia'. Intelligence shld be based on facts and analysis.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 02:49 PM | Show all posts

Reply #19 yipun78's post

thanks to BSPP (ATM), RD (JPM) and CK (PDRM).....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 05:08 PM | Show all posts
akronim nyer....................KORRIS !!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 10:10 PM | Show all posts
setau aku ...

kena kursus sebelas bulan sebelum layak jd perisik tentera ..

tapi, aku tak minat !!!

best lagi pegang senjata daripada jd james bond .. he he he ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 12:27 AM | Show all posts

Balas #31 manusia biasa\ catat

hehehe 11 bulan ke? nak jadik komando pon baru 3 bulan basic...
mana ko dapat ni beb?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by manusia biasa at 4-2-2008 10:10 PM
setau aku ...

kena kursus sebelas bulan sebelum layak jd perisik tentera ..

tapi, aku tak minat !!!

best lagi pegang senjata daripada jd james bond .. he he he ...



tgh search psl KRD ni, masuk benang ni..

kirenye KRD ni mcm James Bond laa keje nye ek? Bawah Jab Perdana Menteri? Kire bukan direct report ke ATM ke? seperkara lagi, anggota /pegawai KRD ni mmg dirahsiakan identiti ke??? kirenye die xleh dedahkan yg die terlibat dlm kor ini...kalo gitau, akan melibatkan keselamatan negara..sungguh ke?hmy3: just nk tau...thank u sapa leh bgtau.. :victory::victory::victory::victory::victory::handshake::handshake::handshake::handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 03:41 PM | Show all posts
bila nak buat election, pon paklah ada mintak pendapat team risik nie gak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 04:36 PM | Show all posts

Reply #34 tuah_r's post

Tepat sekali!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2008 12:46 AM | Show all posts
Originally posted by jazim at 9-6-2008 04:36 PM
Tepat sekali!



soalan mis3ry xnak jwb ke??
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 12:05 PM | Show all posts

hebat

hebat la KORRIS
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 12:26 PM | Show all posts

Reply #33 mis3ry's post

mcm james bond? jauh panggang drp api. itu pilem laaa...

identiti rahsia? tgk department jugak laa... takkan kerani pon mau identiti rahsia gak

risik ni byk buat research. research je memanjang. pastu analisa je memanjang. yang field operatives ni cuma 3-5 persen je.

ringkasnya, risik ni jauh bezanya drp citer james bond.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 07:57 PM | Show all posts

Reply #38 tin's post

Apa yg tin cakap memang betul!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.058675 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list