bkn ape dolok selalu menang...dak nya sik nyangka swk tok terer la...bila swk dah menang 3 ke 4 kali bturut2...kira target daknya mau ka;lahkn swk la... intensif training... malu la bg negeri yg facilities nya advance tapi kalah juak ngan swk yg sik brp gilak facilities
KUALA TERENGGANU - Sarawak yang dibarisi penerjun bertaraf Olimpik menepati ramalan apabila menyapu bersih empat acara akhir di Sukan Malaysia XII di sini, semalam.
Bryan Nickson Lomas memulakan hari menuai emas skuad terjun Sarawak apabila unggul bersama gandingan Zibeon Uzza Beleng dalam papan anjal tiga meter seirama lelaki.
Gandingan Bryan-Zibeon mencatat 382.32 mata keseluruhan, jauh meninggalkan gandingan penerjun Pulau Pinang, Ang Lian Shern-Seow Hock Mao (323.76) di tempat kedua manakala gangsa milik Adzar Imran Rusli-Md. Syafiq D. Amin yang mengumpul 285.45 mata.
Penerjun wanita yang juga akan beraksi di Sukan Olimpik Beijing, Pandelela Rinong dan Traisy Vivien tidak dicabar untuk emas kedua Sarawak dalam acara platform seirama.
Gandingan Pendelala-Traisy mengumpul 368.56 mata.
Pingat perak milik gandingan Pulau Pinang, Jessly Yeoh-Kok Lee Ling (223.26) manakala Perak di tempat ketiga menerusi Jasmine Laj-Kam Ling Kay.
Emas ketiga dari acara terjun hadir menerusi gandingan Pardika Indoma-Abdul Rashid Muhammad dalam acara platform seirama lelaki dan acara terakhir terjun, papan anjal tiga meter seirama dimenangi Gracie Junita dan Traisy.
Bagi Bryan, matlamatnya bukan sekadar untuk memberikan emas untuk Sarawak tetapi juga mahu memperbaiki persembahan menjelang saingan Olimpik Ogos ini.
Katanya, sasarannya juga mahu memperbaiki rekod dalam acara tersebut.
''Saya tetap memberikan aksi terbaik di Sukma walaupun sudah layak ke Sukan Olimpik.
''Tidak syak lagi kemenangan ini bakal memberi kesan positif terhadap prestasi saya di Olimpik nanti," katanya.
KUALA TERENGGANU - Sarawak meneruskan penguasaan dalam acara terjun Sukan Malaysia XII apabila meraih emas kelima, semalam menerusi penerjun yang menyertai Sukan Olimpik, Elizabeth Jimie.
Elizabeth yang tidak dicabar untuk mudah mengungguli satu meter papan anjal wanita apabila mengumpul 275.05 mata keseluruhan, diikuti Cheong Jun Hong dari Perak (246.25) dan ketiga Jessly Yeoh dari Pulau Pinang (228.35).
Menurut Elizabeth, dia tidak berdepan saingan dari mana-mana penerjun untuk mengungguli acara kegemarannya itu.
"Kemenangan ini memberi semangat kepada saya menjelang saingan di Olimpik Beijing,'' katanya.
Kelmarin, Sarawak yang dibarisi penerjun bertaraf Olimpik menyapu bersih empat acara akhir terjun di Kompleks Renang Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT), Batu Buruk.
Begitupun, Sarawak terpaksa melepaskan satu pingat emas kepada Pulau Pinang, semalam iaitu dalam acara tiga meter papan anjal lelaki yang dimenangi Ang Bian Shern yang mengumpul 373.10 mata.
Pingat perak diungguli penerjun Perak, Ahmad Amsyar Azman dengan 360.80 mata diikuti Mohd. Fakhrul Izzat dari Wilayah Persekutuan dengan 353.40 mata.
Sarawak yang tidak menyasarkan emas dalam acara tersebut terpaksa berpuas hati di tempat keempat menerusi Pardika Indoma.
Cuba laa kerajaan Swk tok molah kompleks sukan yg complete and next sukma cuba target semua acara bkn tertumpu kat certain acara.. sbb cam olahraga Swk dah sik gah cam dolok.. sama juak ngan renang.. tapi cam Wushu, terjun.. Swk mmg sikda tandingan.. Sik lamak gik 2012 Swk insya Allah jd tuan rumah sekali gik..
Mmg Terengganu selaku tuan rumah jadi tere bkn sbb sukan subjektif.. tapi tangga jak Kanu yg baru diadakan.. 14 emas terengganu bolot..
Originally posted by Satria-Naga at 7-6-2008 10:35 AM
Cuba laa kerajaan Swk tok molah kompleks sukan yg complete and next sukma cuba target semua acara bkn tertumpu kat certain acara.. sbb cam olahraga Swk ...
yalah..nang bagus Tganu kali tok
sidak menang byk dlm kanu & acara
Originally posted by Satria-Naga at 7-6-2008 10:35 AM
Cuba laa kerajaan Swk tok molah kompleks sukan yg complete and next sukma cuba target semua acara bkn tertumpu kat certain acara.. sbb cam olahraga Swk ...