CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: atukki55

100 Camry untuk 100 hari.

[Copy link]
Post time 13-6-2008 08:34 PM | Show all posts
peraduan ni nampaknya telah dilabelkan sebagai perjudian dan mendapat bantahan serta rungutan dr ramai pengguna Celcom. Tak kurang jugak yg mengemukakan bantahan melalui media. Ada yg kerugian lebey RM8000 ( bil Celcom ). ramai yg menagdu walaupun had kredit telah dijangkaui tp pihak celcom seolah2 menipu pengguna...:@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2008 02:53 AM | Show all posts
Kalu camtu, marilah kita semua berhenti berlanggan postpaid Celcom!!
Kita pilih prepaid je......lain dari celcom, yang tak tipu pengguna!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 03:48 PM | Show all posts
haku pernah kije co yg wat sms contest ni..sah2 haram la wey..ada jek taktik n teknik nak rompak duit users..so abaikan jer laa
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 04:11 PM | Show all posts
Celcom haram woooo

sama mcm TOTO, 4D, Magnum, ayam Nando's yg guna bristle brush, kek Secret Recipe, ayam KFC

segolongan lah nih

langgan laaa line tipon lain woooo


(cubaan aku utk pengaruhi rakyat Malaysia )
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 05:25 PM | Show all posts
Hutang sampai 3 hibu hingget kerana SMS bangang tue....ko pi melantak kat kedai mamak setahun pun x sampai rega macam tue....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 07:00 AM | Show all posts
sah2 judi semua melayu yg join,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2008 08:18 AM | Show all posts
kemaruk sangat nak kete..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 07:14 AM | Show all posts
[fly]HARAM:[/fly]


PUTRAJAYA: Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam memutuskan, Peraduan '100 Hari 100 Kereta' anjuran Celcom (Malaysia) Bhd melanggar syariah dan mengandungi unsur judi.

Serentak itu, panel berkenaan mengarahkan Celcom menamatkan serta-merta peraduan itu atau menggubal semula konsep dan termanya supaya menepati kehendak syariah jika ingin meneruskannya.

Pengerusi panel yang juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata mereka mendapati peraduan itu juga bersifat gharar, iaitu mengandungi unsur tidak jelas, eksploitasi serta menggalakkan pembaziran.
"Justeru peraduan yang berlandaskan terma dan syarat sedia ada tidak boleh diteruskan. Jika ingin meneruskannya, ia perlu mengikut konsep baru yang selari syariah Islam," katanya kepada Berita Harian selepas mempengerusikan mesyuarat panel itu di Bangi, semalam.

Mesyuarat hampir tiga jam itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Peraduan yang berlangsung sejak 2 Jun lalu itu menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pelanggan pasca bayar dan prabayar Celcom.
Bagi memenangi hadiah itu, pelanggan Celcom perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Pelanggan yang dapat menjawab soalan dengan tepat diberi mata dan berpeluang dipilih pemenang.

Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi sebuah Toyota Camry pada hujung minggu dan setiap jawapan yang dihantar dikenakan bayaran RM5.

Setakat ini, 12 pelanggan Celcom sudah memenangi kereta itu sebelum peraduan terbabit dihentikan sementara pada 13 Jun lalu berikutan arahan panel berkenaan selepas mesyuarat pertamanya dengan Celcom, minggu lalu.

Sementara itu, Shazalli berkata, Celcom akur dengan keputusan panel berkenaan dan bersetuju mengkaji semula terma serta syarat peraduan itu dengan kerjasama Jakim.
"Peraduan ini akan digantung sementara sehingga Jakim berpuas hati dengan konsep dan terma baru yang akan digubal semula.

"Kita akan buat pengumuman selepas mengkaji bahagian yang perlu diperbetulkan, tetapi buat masa ini biarlah kita selesaikan isu syariah ini dengan Jakim," katanya tetapi enggan mengulas sama ada caj terhadap peserta peraduan itu akan dihapuskan.

Beliau berkata, keputusan itu tidak menjejaskan imej Celcom, sebaliknya meyakinkan pelanggan untuk menggunakan produk syarikat itu tanpa was-was kerana sebarang peraduan selepas ini akan dibuat dengan kerjasama Jakim bagi memastikan ia menepati tuntutan syariah.

"Kes ini diharap menjadi pengajaran kepada syarikat telekomunikasi dalam menganjurkan peraduan menggunakan SMS kerana ia membabitkan aspek terma dan syarat perjanjian jual-beli," katanya.

Wan Mohamad pula berkata, Jakim akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung penggunaan SMS dalam peraduan bagi menerangkan prosedur yang perlu dipatuhi syarikat telekomunikasi.

"Sebenarnya hukum penggunaan SMS sudah jelas seperti yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2004, iaitu peraduan berbayar menerusi SMS adalah haram kerana mempunyai unsur perjudian.

"Oleh itu, Jakim menasihatkan umat Islam mengambil kira aspek syariah sebelum menyertai sebarang peraduan dan pertandingan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2008 09:03 AM | Show all posts
Celcom akur keputusan Jakim

KUALA LUMPUR 17 Jun - Celcom (M) Bhd., (Celcom) akur dengan keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengisytiharkan peraduan 100 Hari 100 Kereta anjuran syarikat telekomunikasi itu sebagai melanggar hukum syarak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, dengan keputusan Jakim itu, pihaknya memutuskan menggantung penganjuran peraduan itu bagi memperhalusi konsep peraduan itu dengan kerjasama dan tunjuk ajar Jakim.

"Kami menghormati keputusan Jakim dan sangat berbesar hati dapat bekerjasama dalam hal ini dan memutuskan untuk menyelaras konsep peraduan itu agar mematuhi hukum syarak," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Celcom mempertahankan tindakan syarikat itu menganjurkan peraduan 100 Hari 100 Kereta atas alasan telah membuat kajian termasuk merujuk fatwa.

Kenyataan Celcom itu dibuat setelah Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam tidak menyertai peraduan itu kerana ia mengandungi unsur perjudian.

Menurut Mohd. Asri, peraduan itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti juga judi nombor ekor.

Selain Mufti Perlis, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut juga berpendapat peraduan itu mempunyai unsur memberi harapan tinggi kepada peserta dan mewujudkan rasa tidak puas hati.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir pula berkata, kaedah mengenakan caj kepada peserta bagi setiap penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa memberi sebarang pulangan tidak dibolehkan.

Mengulas lanjut, Shazalli berkata, selepas kajian menyeluruh oleh Jakim mengenai peraduan itu, pihaknya kini lebih memahami hukum syarak yang digariskan terutama melibatkan produk telekomunikasi.

"Jakim juga akan mengeluarkan garis panduan yang jelas dan spesifik mengenai promosi dan pertandingan produk telekomunikasi, terutamanya yang berkaitan SMS,'' katanya.

Menurutnya, Celcom akan bekerjasama dengan Jakim dalam masa dua minggu ini bagi memperhalusi konsep peraduan dan akan membuat pengumuman rasmi mengenainya kepada pelanggan tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2008 10:37 AM | Show all posts
dah 11 biji Camry dimenenangi oleh pelanggan Celcom kerana peraduan ni. Apakah Celcom akan tunaikan janjinya untuk sampaikan hadiah tu kepada pemenang? ....atau kerana dah tamat, hadiah juga akan ditamatkan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 09:35 AM | Show all posts
Sementara itu di MELAKA, seorang pelanggan Celcom meminta syarikat itu mengembalikan semula wang yang digunakannya untuk menjawab 11 soalan sepanjang 12 hari mencuba nasib dalam 'Peraduan 100 Hari 100 Kereta'.

Ahmad Zuraidi Rasid@Mustafa, 36, dari Bukit Rambai, mendakwa menjadi mangsa peraduan itu sehingga terdorong menghabiskan RM1,450 menerusi pembelian kad pra bayar semata-mata untuk mengumpul mata kesejuta untuk melayakkannya memenangi sebuah Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE.

"Saya kini berasa tertipu dengan peraduan itu kerana tepat pada 13 Jun lalu, saya yang sudah disahkan mengetuai senarai peraduan dengan mengumpul mata tertinggi iaitu 454,270 ketika itu diberitahu peraduan itu ditangguhkan,
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 01:33 PM | Show all posts

Reply #29 Syd's post

awat diorg x guna perkataan Haram?

duk kata langgar hukum syarak..mengelirukann

takpun kata laa makruh ke, sunat ke, harus ke

baru laa kristal clear apa org nak wat.....



hmmmm leh x org yg dah ter'join atau 'ter'judi ni saman diorg cam org Hindu saman kompeni yg bg diorg makan daging?

ni dah kira mengakibatkan kerosakan akidah kan?

atau org2 Islam patut kata...x paaaa kita pun x tau dia lagi x tau... hmmmmm?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2008 10:50 PM | Show all posts
orang melayu cakap berlapik, berlipat, berlapis dan tersirat. Lain le kalau dalam pus!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 19-6-2008 09:35
Sementara itu di MELAKA, seorang pelanggan Celcom meminta syarikat itu mengembalikan semula wang yang digunakannya untuk menjawab 11 soalan sepanjang 12 hari mencuba nasib dalam 'Peraduan 100 Har ...


dah salah sendiri lak....akibat teringin sgt nak kete.... sekrg nak saman lak....
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.081074 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list