CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

kesilapan ibu bapa buat dalam didik anak!! update: azam mendidik anak!!

[Copy link]
Post time 1-12-2008 03:03 PM | Show all posts
em....tp kdg2 ade gak terrr hilang sabar ngan anak2 ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 08:38 PM | Show all posts
Good info esp utk ku yg selalu hilang sabar ngan anak sulung tengah lasak umur 2yrs++ aku kadang2 susah nak muhasabah diri...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 06:03 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

good info... i am very thankful to have parents like my parents...   thank you for raising me your way. especially point number 3 n number 4, parents aku bukan jenis marah2 punya org, cakap pun pertuturan terjaga n lembut. that has somewhat shaped me as well, i think aku ni agak penyabar n lembut hati orgnya (eh puji diri sendiri   ).  sometimes ppl tak setuju cara parents aku.. katanya manjakan anak la apa, patut anak2 kena selalu dimarahi n digarangi, to which my parents tak agree.. kalau nak marah bukan dgn cara menengking2.   menyebabkan aku lagi syg n bersyukur n appreciate ada parents seperti mereka lagi ada la... insya Allah nak buat mcm tu jugak untuk anak2 sendiri nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 06:33 PM | Show all posts

cermin kita...

hmmm.... ranei pun bukan datang dari keluarga yang sempurna tapi ranei pon ader pendapat sendiri tentang isu ni... pendapat ranei anak anak adalah cermin kepada keperibadian ibu bapanya.. dari sikap anak2 kiter boleh tahu cara orang tuanya.. tapi yang paling penting kita kena hormat menghormati lebih lebih lagi antara anak anak dan ibu bapa.. memang orang tua ada egonya tapi kalau difikirkan balik mungkin itu cara mereka dididik.. kalau kita rasa kita betul kita harus buktikan.. kekurangan mereka harus dijadikan tauladan kebaikan mereka pula harus dicontoh.. walau macam mana buruk pun mereka kita tetap tidak berhak untuk menderhakai mereka... semua ini dah tertulis dan diajar di dalam Al-Quran.. kita tidak boleh menghukum tapi kita boleh ambil iktibar untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik dari mereka. kalau kita tak boleh faham mengapa mereka jadi begitu bagaimana kita nak memahami tindakan anak kita sendiri kelak... konsepnya sama.. anggap sahaja cuba memahami ibu bapa adalah langkah pertama untuk menguasai psikology anak anak kita kelak.. insyaallah.. (life is a cruel teacher yet it is still the best)
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 12:13 AM | Show all posts
gud info...tnx for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 01:07 PM | Show all posts
Semoga semua info di atas jadi kan panduan utk kita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2008 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by stats at 17-12-2008 06:03 PM
good info... i am very thankful to have parents like my parents...   thank you for raising me your way. especially point number 3 n number 4, parents aku bukan jenis marah2 punya org, cakap  ...


btul tu.membesarkn anak menuntut 1001 kesabaran.kena instighfar byk2 kalau dorg buat salah.
kdg2 org ckp kita takpernah marah anak.nk tengking2.
tp pk2 kan anak2 pun ade perasaan.kita sndiri yg dh tua pon xsuka kena tengking.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 01:14 PM | Show all posts
memanjakan anak pon janganlah berlebih2 sehingga menyusahkan diri sendiri bila kita dah tua...
ajarlah anak berkemas lepas tidur, basuh pingan lepas makan, basuh dan gosok baju sendiri...jgn sampai kita rela hati buat semua tu untuk anak2 sehingga kita dah tua dan anak2 dah besar panjang...tak pandai/tak mau buat semua itu...tegur anak jika buat salah...dah besar dah tak boleh nak tegur dah semua kerana sayang punya pasal...
depan mata...alan yg sakit hati tengoknya...
air secawan pon suruh ibu buat...siibu pun dgn penuh rasa kasih sayang buatkanlah utk anak...perempuan plk tu...dah 20an..ibu dah jadik mcm bibik...
ibu hantar keanak...dah minum cawan tinggal ibu akan datang kemaskan...sakit hati tak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2008 01:53 PM | Show all posts

Reply #28 alanbudikusuma's post

susah nak educate mak2 yg sayang anak sampai takde HAD.....takde org tak sayang anak tapi kena ada cara dan ketika....

contoh terdekat my fren duk pening kepala nie, mak mertua tersayang lebih anak lelaki bongsu dlm keluarga tu sampai menyusahkan abang dan kakak yg lain sebab kena bail out semua expenses yg anak bongsu tu buat...sampai sekarang tak keje, pakai kete mahal, beranak-pinak, hidup mewah tapi semua hasil titik peluh abg dan kakak setelah menggunakan kuasa MAK yg bodoh itew.....

sayang anak memang takde had, kalo boleh jantung hati semua kita nak bagi tapi jgn sampai membodohkan diri sendiri...dan menginiaya anak2 lain .....

emosional plak bila teringat kisah nie

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 07:08 PM | Show all posts
ramai ibu2 yang sayang anak..dan depa utamakan anak lebih dari suami

pasal tu idup tak berkat..tak happy

nak2 kalo suami mati awal dan mana tau dalam ati dia tak redha bini dia..abis laaaaa korang

bergantung kat anak..tapi anak tu pikir diri dia sendiri pasal di manjakan sangat haaaaaaa

oang tua2 dulu dah pesan..cukup baikkkkk dah

sayang anak kasik tangan sama dia
sayang bini kasik tinggallllllll sama dia

sayang suami..kasik la dia kawin lai satuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 10:43 AM | Show all posts
For me, it's true kids are the mirror of their parents.

But, nowadays it's not 100% on parents anymore esp the working couple parents.
Byk lg faktor lain...faktor sekeliling, faktor babysitter, faktor ZAMAN sekarang...pengaruh TV, dan skrg are very compatitive... kids have to struggle to get into altho a standard 1 school.
all includeds in that factors.

Memang semua byk bergantung pd cara pemikiran dan approach parents.
kalau parents nya lebih kpd orthodoks, kita akan ikut cara lama..iaitu kena BERTEGAS pd anak, supaya anak tak naik kepala.
Depends pd kesedaran ibubapa tu sendiri.

Maybe kpd parents yg dah byk ilmu sikit...dan maybe afford nak provide any single things of any type of education, itu dh lain pulak.

Sometimes our kids dont know that parents struggle utk beri kelengkapan pada diorang tp, ada yg tak mampu...

Tu pun antara faktor yg anak akan ada mcm2 perangai yg kadang2 parents pun takleh nak faham...

my 2 cents

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 24-12-2008 07:08 PM
ramai ibu2 yang sayang anak..dan depa utamakan anak lebih dari suami

pasal tu idup tak berkat..tak happy

nak2 kalo suami mati awal dan mana tau dalam ati dia tak redha bini dia..abis laaaaa ...


setuju part nie aji...tapi

yg terakhir tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 10:23 AM | Show all posts
good info kpd pembuka thread nie
sama2 lah kita renungkan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2009 06:52 PM | Show all posts
Azam mendidik anakApa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?



"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana
dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."



KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Jadikan contoh


Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.

Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.

Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak

Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.

Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.

Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.

Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.






Memahami anak

Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?

Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka.
Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.

Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat

Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.

Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan.

Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.



"GALAKKAN anak aktif dalam aktiviti fizikal bagi mengelakkan risiko menjadi obes."

Aktiviti fizikal

Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif

Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia

Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.

Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 05:45 AM | Show all posts
artikel ini bagus!!!!!! sangat setuju... walaupun thread 2008 ada aku kesah. mintak kopi pes ye..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 11:22 PM | Show all posts
ramai wanita yang bekerja kat luar bila dah gaji tinggi, rasa diri besar sangat, rasa hebat sangat dengan  suami. Itu dengan suami (suami pulak nak beli satay kat dia memalam dia tunggu dalam bilik je) punyalah menyombong, mcm dia sorang letih dia sorang sakit kaki (padahal orang gaji suami dah sedia, jangan nak masak untuk anak, buat air kat suami yang balik dari kerja jauh pun tak mo). Itu kalau dengan suami pun macam tu, kalau dengan anak dah macam tuhan dah aku tengok, membebel tak pernah berlembut, tengking anak kecik, perli anak yang dah besar, lama lama anak benci kat mak baru tau. Dosa dosa lah juga anak derhaka, tapi Allah maha mengetahui, allah tau punca anak bersikap begitu, Allah pun pandai nak bagi share kat mak yang zalim tu jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2012 07:14 PM | Show all posts
terus terang lah di sini kan...saya ada pompuan..8 tahun lagi...didik dia mcm mak2 biasa didik anak..memang tegas dr segi pelajaran dan kebersihan diri dan rumah..Saya ibu tunggal dan dia satu2 anak yg ada kat tgn saya skrg ni.. masaalah nya skrg..makin dia besar dia nak buat apa yg dia rasa betul..Bila kita marah, dia akan ckp kita asyik2 marah dia aje..kita dah terangkan knp kita marah..mula2 ok tp lps tu buat perangai balik..
baru2 ni dia keluar rumah tanpa kebenaran...nasib baik dia gi umah kwn dia yg satu taman so mak org tu dok le htr kat sini...Lps tu pulak masa balik sek dia nak gi rumah kwn dan cakap gan driver bas yang kita tau..nasib baik driver tu call dulu..bila dia balik kita tanya knp dia buat mcm tu..dia cakap dia tak nak kita marah...so kita tanya apa yg di rasa kita akan marah dia..dia cakap tak ada apa2...
Aduhaiiii...apa lah yg harus saya buat...sedih sgt saya dan susah hati betul dia buat mcm ni..
Boleh tak bagi pendapat yg bagus nak buat mcm mana??? Saya risau sb dia perempuan..kecik lagi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 12:19 PM | Show all posts
thanx 4 the good info
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 02:27 PM | Show all posts
Setelah membaca semua info2 kat sini, sahih aku bukan seorg ibu yg baik untuk anak2 ku yg 4 org itu...maafkan umi wahai anak2ku...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 09:12 PM | Show all posts
tingkahlaku seseorang dewasa dipengaruhi juga cara didikan diterima semasa kecil. dulu aku sering berprasangka bila office mate aku (pompuan, single, 30an) suka buat hal sendiri je, x pernah cite pun hal peribadi dia.

bila dah berkawan rapat baru dia cite.. masa kecil dan remaja dia yg penuh duka. sering diperkecil dan diperlekeh oleh org tuanya, x pernah dpt pujian, galakan, ciuman, pelukan kasih sayang kerana org tuanya agak sibuk dgn adik beradiknya seramai 9 org. masa haid pertama kali pun, dia urus sendiri dgn berkurung dlm bilik stor shari suntuk(kebetulan masa cuti sekolah). xde kakak atau adik pompuan utk berkongsi cite. belajar pakai pad dan mandi wajib kat sekolah.

yg sedih, mak dia penah sumpah dia x selamat idup masa dia gaduh dgn mak dia dulu, punca dia malas. masa kena sumpah tu, dia kata x ingat umur dia berapa tp dlm 13-19 tahun. tp dia x salahkan org tuanya kerana mereka xde pelajaran.

bila membesar dan dewasa, dia jadi rendah diri, xde rasa kasih sayang kat org lain, x suka bercerita, x pandai pamerkan perasaan, contoh masa jari tangan tersepit pintu ari tu, dia cuma senyap, x jerit & nangis pun padahal kuku dah lebam biru!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.086529 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list