CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

mazda5, mazda6, cx-9 and mx-5

[Copy link]
Post time 25-6-2008 03:24 PM | Show all posts

Reply #22 tuan_wu's post

kalau ada fulus laaaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2008 03:32 PM | Show all posts

Reply #23 lesung's post

jawapan diterima..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2008 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by Reign at 29-5-2008 08:14 AM
Aku nak beli kereta ni lepas tu pasang NGV...



next week aku pasang NGV kat jazz aku...    dah terpaksa ler... .. sib baik tempat keroja aku bulan ni dekat aje dgn rumah aku..  jadi  aku bawak kapchai aje... tapi  nanti lagi 2 bulan  contract kat bangunan lain pulak...  kat port klang.. mmg aku kena bawak keta..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 05:49 PM | Show all posts

Reply #24 tuan_wu's post

iyela ada fulus semua boleh buat dan senyum sampai telinga...ye dok! ..nak beli rx8 ke cx7 ke no hal...janji ada RMRMRM!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 05:56 PM | Show all posts
ada member nie pakai Mazda.......memang lawa beb.....

bini dia tu, perkhhh tak leh tahan......si Mazda nie lak jenis tak kisah sangat dgn aku....kira orait gak ler....

sorg lagi emaknya nama Mazda, si jelitawan ini bekerja kat sebarng ofis aku. namanya mcm mak dia jugak ..maznah namanya....hmm boleh tahan body dia, tapi muka agak hancus sikit lah.....

aku dengar ttg performance dia.... ok lah......kerja selalu beres.....


hehehheh
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 06:15 PM | Show all posts
ko  nih cakap pasal awek nama mazda ke kete mazda..kompius aku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-6-2008 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by lesung at 25-6-2008 06:15 PM
ko  nih cakap pasal awek nama mazda ke kete mazda..kompius aku..



tingat aku kat awex masa aku kat college  nama maznah gak  minat keta  MAZDA... .... dia dump aku  sbb dia nak gedik kat balak nama daud...

jadi kalu  combine nama dia  dan dak daud tu... jadi MAZDA...

pompuan ni pelik... tu aku boley cakap kat ko....  cisssssssss  
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 08:33 AM | Show all posts

Reply #28 lesung's post

aku pun konfius....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2008 10:29 AM | Show all posts

Reply #29 amazed's post

Aku rasa x awek ko tu mesti namakan anak dia MAZDA kot..kalau dia kawin ngan daud tu la hehehehe.. mazda Astina ke, mazda miata ke, mazda lantis ke or mazdaspeed ke huahahahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2008 04:06 PM | Show all posts

Reply #31 lesung's post

tapi last aku dengaq dia kawen dgn balak lain nama amin ler pulok... tapi bukan amiin al kalam yg femes tu wokkeyyyy  amin lain....  

aaaaminn... kawen gak dia...   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2008 04:07 PM | Show all posts
Mazda6 2.5L unggul
Oleh Mohd Razlan Salleh


DUA model daripada pengeluar kenderaan gergasi Jepun, Mazda termasuk sebuah kenderaan sport utiliti (SUV) diiktiraf kenderaan terbaik dalam penerima Anugerah Kereta Tahunan (COTY 2008) anjuran akhbar New Straits Times (NST) dengan kerjasama Maybank, baru-baru ini.

Model sedan, Mazda6 2.5L mengungguli keseluruhan model yang dipertandingkan manakala SUV Mazda CX9 tujuh tempat duduk pula menggondol kenderaan dalam kategori Premium SUV.

Model terbaru Mazda6 itu berjaya menewaskan 65 kenderaan lain berdasarkan beberapa kriteria yang lebih menjurus kepada mesra pengguna, dan pulangan nilai kepada pembeli seperti harga, kuasa, keselesaan dan ekonomi.

Selain 13 kategori kenderaan dipertandingkan berdasarkan kelas masing-masing, sebanyak lima anugerah istimewa turut diumumkan iaitu pemenang Anugerah Keselamatan, Anugerah Reka bentuk Terbaik, Anugerah Kereta Nasional Paling Laris 2006-2008, Anugerah Kereta Bukan Nasional Paling Laris 2005-2008 dan Anugerah Inovasi.

Antara kenderaan yang berjaya memikat hati juri terdiri daripada Proton Saga, Honda Jazz, Nissan Sylphy, Jaguar XF, Mercedes-Benz S500 L, Honda Civic Type R, BMW M3, Honda Stream, Renault Grand Espace, Chevrolet Captiva dan Mitsubishi Triton 3.2L.

Sementara itu, Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dinobatkan sebagai Personaliti Automotif 2008 sebagai pengiktirafan atas kepemimpinannya menerajui Proton dan memulihkan semula imej gergasi automotif tempatan berkenaan.

Pada majlis itu juga, COTY 2008 turut mengiktiraf Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin berikutan sumbangan besar dalam industri automotif negara.

Anugerah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun dan Pengarang Cars, Bikes & Trucks (CBT-NST), Yamin Vong.

Anugerah yang diperkenalkan sejak 2002 bertujuan mengiktiraf industri dan produk yang banyak memberi sumbangan kepada pertumbuhan industri automotif negara.

Terdahulu, model mewah, Jaguar XF menerima Anugerah Keselamatan bagi Kereta Eksekutif Premium di bawah kategori melebihi RM200,000 sementara Anugerah Inovasi pula jatuh kepada Honda Civic Hybrid kerana menggalakkan penjagaan alam sekitar.

Selain itu, Volvo C30 pula menerima Anugerah Rekaan Terbaik manakala Anugerah Jualan Kereta Terbaik di Malaysia bagi 2006-2008 dimenangi Perodua Myvi yang mencatatkan jualan 277,993 unit sejak dilancarkan tiga tahun lalu.

Anugerah Jualan Kereta Terbaik bukan nasional bagi 2005-2008 pula dimenangi Toyota Avanza yang mencatatkan jualan lebih 110,000 unit.



SENARAI PEMENANG ANUGERAH COTY 2008


Juara Keseluruhan Maybank-NST COTY 2008: Mazda6 2.5L

Kategori Peringkat Kemasukan: Proton Saga

Kategori Kereta Kecil Premium: Honda Jazz

Kategori Kereta Keluarga: Nissan Sylphy

Kategori Kereta Eksekutif (bawah RM200,00): Mazda6 2.5L

Kategori Kereta Eksekutif (atas RM300,00): Jaguar XF

Kategori Limosin: Mercedes-Benz S500 L

Kategori Kereta Prestasi (bawah RM300,000): Honda Civic Type R

Kategori Kereta Prestasi (atas RM300,000): BMW M3

Kategori MPV Midi: Honda Stream

Kategori MPV Besar: Renault Grand Espace

Kategori SUV: Chevrolet Captiva

Kategori SUV Premium: Mazda CX9

Kategori Trak Pikap: Mitsubishi Triton 3.2L

Pemenang Anugerah Personaliti Automotif 2008: Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir,

Anugerah Keselamatan: Jaguar XF

Anugerah Reka bentuk Baik: Volvo C30

Anugerah Kereta Nasional Paling Laris 2006-2008: Perodua Myvi

Anugerah Kereta Bukan Nasional Paling Laris 2005-2008: Toyota Avanza

Anugerah Inovasi: Honda Civic Hybrid




mazda rx8 yg pintu dia menyusahkan worang tu pun  kalah weyyyyy    kalah sbb pintu dia selalu jem ler tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 11:00 PM | Show all posts
aku suka mazda 6
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 12:10 AM | Show all posts
aku baru je plan nak beli rx8 yang baru ni....renesis....

ok tak ek??

rx8 mmg ade versi hybrid kee???
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 01:35 AM | Show all posts
Ishhh idak le lawa bebeno pon
kancil itam aku lg lawa
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 09:17 PM | Show all posts
wow.....aku ingat ni keta Europe...... japon mari maaa.....

menarik.............. design dia above honda n toyota beb..... errr..... utk mazda6 ler....mmg sgt anggun...
bab tech. blom dpt try lg camner.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 10:03 AM | Show all posts
ayah aku pakai mazda bongo,x masuk senarai ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2009 10:25 AM | Show all posts
hah..partner aku kat opis neh..pakai m6 (mpuan)
masa baru2 keja arituh, lam masa seminggu jek satu kilang kenai dia..
perghh..penangan M6 nih..
tambah2 lak driver pompuan...

aku lak mmg suka naik keta dia...
asal masuk jek..aura mengantuk nk tdo tuh kuat ya amat...
selesa beb..even dok blakang...rasa mcm mem
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 11:48 AM | Show all posts
aku lak baru rasa naik mazda rx 8 ofismate nyer....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 03:45 AM | Show all posts
mazda 5..best ajer bawak..tapi kalu servis mahal nak mampos..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 03:51 AM | Show all posts
kalu servis kete buatan malaysia nih..servis biasa pegi ar rm100..kalu major dalam rm300..tapi kalu mazda5..yg biasa2 ajer dah rm700..kalu major tak tau arr..kopak ar kalu pakai..dah ler tayar pun kerap kena tukar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.073179 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list