|
Bila dah umum ni...ada chance le Ikin dok ngekor MAwi ke mana...Kalau cam tu elok jer laaa nikah...Esok esok org pedajal korang berdua.....dibuatnya kena tangkap basah...baru padan muka...habis image ko Mawi |
|
|
|
|
|
|
|
sejak mawi berchenta dgn ikin nie.. nmpk mcm dh x de seri je muka mawi nie..
x mcm dulu.. x berseri lgsg.. aura pn mcm dh malap jer..
cepat2lh sedar mawi oooiiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
GENTING HIGHLANDS: Selepas sekian lama membiarkan peminatnya berteka-teki, Penyanyi popular, Asmawi Ani, 27, semalam mengesahkan pelakon Nora Asikin Rahmat, 29, atau lebih dikenali Ekin sebagai teman istimewanya.
"Ekin adalah wanita paling istimewa dalam hidup saya ketika ini," kata Mawi tatkala ditemui bersama kekasihnya itu pada majlis minum petang anjuran Lord's Tailor di sebuah restoran di sini, semalam.
Bagaimanapun, pasangan itu menafikan gosip siaran Bintang Popular semalam yang mengatakan mereka bakal menamatkan zaman bujang pada Disember nanti.
"Namun, seandainya jodoh saya dengan Ekin sampai, saya bersedia menerima ketentuan ini," kata Mawi sambil memberitahu, mereka belum pun membuat perancangan ke arah itu.
Pasangan itu turut berjanji akan memaklumkan kepada pihak media, apabila tiba masa mereka akan melangsungkan pertunangan.
Ditanya mengapa mereka merahsiakan perhubungan itu Mawi menegaskan, beliau tidak mempunyai niat untuk menyorok percintaan mereka berdua, sebaliknya akan bercerita mengenai perkara itu apabila tiba masanya.
Sementara itu, Ekin menyatakan betapa dia terkejut dengan gosip yang disiarkan itu. "Kalau betul-betul kami hendak berkahwin, tentu sudah lama persiapan dilakukan. Bertunang pun belum, takkan terus kahwin?" katanya.
Ditanya mengenai keistimewaan gadis itu, Mawi berkata, Ekin seorang periang, bersifat matang dan senang dibawa berbincang.
"Saya senang berkawan dengannya," kata Mawi yang mula mengenali Ekin pada 2006 ketika menjayakan program Resume Untuk Mawi. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi janji tidak sorok majlis perkahwinan dengan wanita pilihan
PERUBAHAN tingkah laku dan cara berbicara jejaka bernama Asmawi Ani (Mawi), 28, sudah jauh berubah. Tuturnya semakin matang dan bijak seiring dengan kematangannya berada di dalam liga seninya sejak tiga tahun lalu. Tiada lagi ekspresi kurang enak diperlihatkan Mawi. Tingkah laku dan sikap itu harus dipuji.
"Bulan Ogos ini genaplah sudah tiga tahun saya berada dalam lingkaran industri seni. Banyak perkara saya belajar sepanjang tempoh itu. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya berjumpa media dan itu mengajar saya untuk berdepan dengan media secara diplomasi.
"Apa yang saya pelajari kalau kita telus bercerita akhirnya ia akan memakan diri kita. Nak berahsia dikatakan cuba menipu. Tapi saya tak berniat begitu. Kini saya lebih berhati-hati dan berjaga-jaga," ungkap Mawi.
Kembali panas menggegarkan segenap ruang lingkup dunia seni hiburan ini ialah kisahnya dengan Ikin. Daripada kisah Mawi mengaku sudah berpunya, cerita cincin sedondon dipakai mereka sehinggalah spekulasi yang mereka bakal bersatu tahun ini termasuklah kisah Mawi sudah mengedarkan kad kahwinnya melingkari persada seni ketika ini.
Biarpun Mawi sudah mengakui hatinya dimiliki tetapi persoalan siapakah wanita bertuah yang berjaya menawan hatinya masih menjadi teka-teki. Telahan demi telahan acap kali timbul sehingga ada yang mengandaikan wanita itu ialah Ikin atau nama sebenarnya Nora'sikin Rahmat, 29. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Begitu juga dengan Ikin yang mengakui sudah berpunya. Mengenai cincin itu, memang benar Ikin yang menghadiakannya kepada Mawi atas nama persahabatan.
"Kisah saya nak edar kad kahwin itu memang tak betul sama sekali. Kalau saya kahwin nanti, pasti saya khabarkan kepada semua orang. Nak cakap soal peribadi dalam sekali dua okeylah. Tapi saya reda, akur dan sedar dengan kehidupan yang saya pilih ini. Selagi orang nak tahu mengenai kita, itu maknanya orang masih sukakan kita. Saya pandang positif benda itu. Orang hanya boleh menyerkap jarang bercakap apa saja.
"Orang lain boleh menelah dan membuat tekaan siapa kekasih saya. Itu hak dan terpulang pada mereka. Cukuplah saya mengaku hati sudah dimiliki dan selebihnya saya simpan dulu. Saya tak selesa berkongsi lagi kisah peribadi dengan orang ramai. Benda yang belum pasti lagi hujung pangkalnya, kalau dihebohkan kemudian tak jadi kita pula yang menanggung malu.
"Pengalaman lepas yang saya pernah lalui banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam apa jua yang ingin dilakukan. Lainlah kalau benda itu sudah pasti, maka saya tak kisah untuk berkongsi pada saat itu," kata Mawi.
Ketika ini, ramai yang menantikan pengumuman 'rasmi' mengenai siapakah kekasih hatinya mahupun soal nak kahwin yang bakal terpacul daripada mulut Mawi. Tunggu saja detik itu ya! Mawi dilihat semakin tenang tatkala membicarakan perihal Ikin yang semakin manis sejak tampil dengan imej berjilbab. Mawi juga selesa mengklasifikasikan hubungannya dengan Ikin sebagai kawan rapat.
"Dia (Ikin) memang kawan rapat saya. Apa yang mampu saya cakap, dia telus dan matang dalam perhubungan. Saya sedar ada yang menganggap dia bertudung kerana mahu menambat hati saya. Itu persepsi dan mentaliti masing-masing. Orang lain bebas untuk berkata apa-apa. Benda yang baik (berjilbab) sepatutnya kita memandang positif dan menggalakkannya. Sekurang-kurangnya apabila dia berjilbab, itu menjadi ikutan dan dorongan untuk orang lain melakukan perkara yang sama, Insya-Allah dengan niat dan hati yang ikhlas.
"Hak dan niat dia untuk berjilbab. Saya menyokong tindakannya berjilbab. Ia sesuatu yang bagus dan transformasi yang baik. Saya tak menolak kehendak takdir andai kata suatu hari nanti saya dengannya bersatu (berkahwin), atau dengan sesiapapun jodoh saya nanti. Insya-Allah. Keluarga saya tak kisah dengan siapa saya mahu berkawan. Keluarga saya sangat terbuka dalam hal ini," jelas Mawi yang akan menjayakan persembahan Minggu Setiausaha pada April ini di empat lokasi berbeza iaitu di Hotel Palace Of Golden Horses, PNB Darby Park, Astro dan Restoran Seri Melayu.
Saat ini, Mawi semakin sibuk meladeni kehidupannya sebagai selebriti ternama. Sejak akhir-akhir ini kerap juga Mawi mengembara ke serata dunia bagi menjayakan program Langkah Mawi World. Mawi menggalas tugas sebagai hos untuk program itu yang akan mula ditayangkan pada 6 April ini.
Berita baik untuk peminat Mawi yang masih menanti saat tibanya sambungan sesi penggambaran filem Aduh Saliha yang sudah tergendala selama ini.
Kata Mawi, filem itu akan disambung penggambarannya sekitar April. Ditanya soal heroin filem itu iaitu Putri Sarah Liyana sama ada masih dikekalkan atau tidak, Mawi hanya menggeleng kepala |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 Hayah's post
Ala hayah lepas ni wartawan kena citer lain pulak.Panjang lagi citer ni kita sebagai penonton tengokkan aje.Kadang kadang kalau dilarang itu yg dia nak jadi sekarang ni orang dah tak larang kita tengok je berapa lama tahannya.Kalau kekal alhamdulillah kalau tidak MASAALLAH. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 yujin's post
bial part2 ni semua nak minta tolong fasha sendat |
|
|
|
|
|
|
|
kalo mawi putus dan tak jadi kawin dgn ekin nih lagi bagus kan. amin :victory: :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 yna@arabella's post
thanks yba
aku berminat part ni
Sementara itu, Ekin menyatakan betapa dia terkejut dengan gosip yang disiarkan itu. "Kalau betul-betul kami hendak berkahwin, tentu sudah lama persiapan dilakukan. Bertunang pun belum, takkan terus kahwin?" katanya.
hari tu kata nak kawen terus
tak mo bertunang
bercabang betul lidah dia ni :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sRbA at 31-3-2008 03:48 PM
kalo mawi putus dan tak jadi kawin dgn ekin nih lagi bagus kan. amin :victory: :victory:
amin amin ya rabbal'alamin |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 niy's post
dia nak tunang cam rosma & khai
kan ke rosma kata pagi tunang petang nikah.. kire bertunang la tu
x tunang x leh nanti x de cincin tunang.. rugi la dia terus dpt cincin nikah je |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #39 Hayah's post
Bio le hayah bila orang dah tak dulikan dia nanti jemu le.
Biasa le hayah kalau dilarang dia memberontak sekarang ni kita biokan
jgn duk kata apa bila tak de ape ape yg nak dibincangkan tenggelam le dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|