CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: badiuz

Mamat Khalid lamar Jac berlakon filem

[Copy link]
Post time 14-11-2007 11:04 AM | Show all posts

Reply #18 pinguin's post

mestila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2007 03:04 PM | Show all posts

Reply #21 jac_diehard_fan's post

hamboi kak jedi jugak berbakat besar utk wat posting berulang banyak kali
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 07:07 PM | Show all posts

Reply #22 pinguin's post

:@
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 07:27 AM | Show all posts

Reply #23 jac_diehard_fan's post

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2007 11:53 PM | Show all posts
Saya tetap mahukan Jac - Mamat Khalid
Oleh: Ellyna Ali

thanks to http://www.murai.com.my

KUALA LUMPUR, 16 Nov 2007:   "Saya tetap mahukan Jac. Saya akan usaha sedaya upaya untuk mengambil Jac  berlakon dalam filem terbaru saya, Estet. Kalau tak ada dia (Jac), saya tidak akan dapat buat filem ini.

Begitulah kata-kata tegas pengarah kreatif Mamat Khalid apabila mengulas lebih lanjut mengenai kemunculan khas penyanyi lagu Gemilang, Jaclyn Victor dalam filem komedi terbarunya yang akan turut mengetengahkan David Arumugam (Alleycats).

"Kalau pun saya terpaksa berjumpa dengan pihak pengurusan Jac (8 Unit) untuk menjelaskan lebih mendalam mengenai hal ini, saya akan lakukan. Saya sanggup berjumpa dan berbincang dengan mereka, bila-bila masa pun. Apa yang penting, saya mahu Jac berlakon dalam filem terbaru saya itu.

"Sekalipun, Jac hanya membuat penampilan istimewa dalam beberapa babak, pembabitan Jac dalam filem ini bagi saya amat penting dan besar sekali,"  katanya kepada murai.com.my ketika ditemui hari ini.

Sebelum ini pada 2  November lalu, murai.com.my ada menyiarkan berita eksklusif mengenai lamaran Mamat kepada Jac dan David Arumugam.

Namun selepas tersebar berita itu, terdengar pula desas-desus  kemungkinan Jac tidak dapat memberikan komitmen terhadap Estet berikutan kesibukannya dengan jadual nyanyian yang begitu padat.

"Kalau hendak diikutkan, penggambaran yang membabitkan babak Jac dalam filem ini tidak lama. Dua hari saja. Sebab babaknya tidak banyak mana pun. Andai katalah, Jac dan pihak pengurusannya memberikan persetujuan untuk menjayakan filem ini, saya sedia berbincang mengikut jadual Jac," kata Mamat lagi.

Bagaimana  pula dengan bayaran Jac nanti? Memandangkan Jac seorang penghibur yang sedang mekar mencipta nama ketika ini, bayarannya juga tentulah harus setanding bukan?

Kata Mamat, dia sudah pun ada peruntukan bajet tertentu bagi memastikan filem arahan dan terbitan pertamanya itu nanti mampu direalisasikan di layar perak.

"Kita bekerja mengikut bajet yang ada dan kita akan menggunakan peruntukan bajet itu mengikut kemampuan kita. Andai kata Jac jadi berlakon dalam filem ini, kita akan membayar dia mengikut kesesuaian bajetnya. Apapun, vokalis Alleycats, David (Arumugam) sudah pun menyatakan persetujuan untuk membintangi filem ini," katanya.

Mengenai penggunaan judul Estet yang dikatakan agak menyentuh sedikit sensitiviti golongan kaum India tempatan di negara ini, Mamat berkata, dia tidak pernah berniat untuk 'menghina' sesiapa pun dengan penggunaan judul demikian.

"Sebaliknya, Estet adalah filem bercorak genre komedi yang berlatarkan suasana di kawasan ladang itu yang turut didiami kaum India dan Melayu itu dengan mengutarakan nilai sosio budaya serta intergrasi antara kedua-dua kaum itu.

"Suasana di Estet ini bagi saya sangat unik sekali kerana mereka mampu hidup secara aman dan harmoni sekali pun berdepan dengan pelbagai insiden dan cabaran setiap hari. Hal inilah yang cuba saya ketengahkan dalam filem yang turut dibintangi ramai pelakon Melayu dan India ini. Saya juga akan dengan menggunakan 70 peratus Bahasa Melayu dan 30 peratus Bahasa Tamil," katanya.

Estet yang bakal menjalani penggambaran di Chemor hingga ke Padang Rengas, Perak sekitar bulan depan ini akan turut menyelitkan kisah cinta segi tiga antara pemuda India dan Melayu dengan seorang gadis India serta perlawanan bola sepak yang turut mencetuskan insiden sabotaj.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 12:04 AM | Show all posts

Reply #25 badiuz's post

curlast nye artikel ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-11-2007 12:27 AM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 17-11-2007 12:04 AM
curlast nye artikel ini


apa yang curlast nye artikel ini?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 12:42 AM | Show all posts

Reply #27 badiuz's post

yela mamat khalid tamo buat movie ni klu jac tak berlakon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2007 08:08 AM | Show all posts

Reply #26 jac_diehard_fan's post

curlast tu ape? kuih ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 11:12 AM | Show all posts

Reply #29 Raindancer's post

kelas la
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 11:23 AM | Show all posts

Reply #30 jac_diehard_fan's post

ooo..awwww nyer perkataan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 11:35 AM | Show all posts

Reply #31 Raindancer's post

copyright callmille
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 11:36 AM | Show all posts

Reply #31 Raindancer's post

copyright callmille
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 11:40 AM | Show all posts

Reply #32 jac_diehard_fan's post

not callmille

Right one= Calmille

wakakakaka

nanti tepek la gamba Jac dlm watak sbg pompuan estet...nak tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 11:46 AM | Show all posts

Reply #34 Raindancer's post

JAC tak konpem belakon lgk la jadual ketat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 11:47 AM | Show all posts

Reply #35 jac_diehard_fan's post

alaa...pudarla harapan mamak nak tgk jac blakon jadi pompuan estet...

jadual ketat sbb busy buat album baru ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2007 11:50 AM | Show all posts

Reply #36 Raindancer's post

persembahan..

disember ni kan ade asian idol dan loud n live..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 12:49 PM | Show all posts

Reply #37 jac_diehard_fan's post

oooo....lupa lak..

loud n live tu lepas asian idol ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 01:31 PM | Show all posts

Reply #38 Raindancer's post

aah kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 02:01 PM | Show all posts

Reply #39 jac_diehard_fan's post

"ape kot2 ni?

saya mahu jawapan yg tepat!", kata cikgu jografi kepada Ali...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.355059 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list