Titi Kamal: Dangdut sebagai ubat....
01-11-2007 11:30:00 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
NAMA Titi Kamal mungkin tidak segah nama pelakon Indonesia seperti Acha Septriasa-heroin filem "Heart" dan "Love is Cinta".
Walaupun begitu bakat dan kebolehan berlakon dan menyanyi dalam filem"Mendadak Dangdut" tampak berkesan sekali melalui gandingannya bersamaKinaryosih dan Dwi Sasono.
Mana tahu selepas ini nama Titi Kamal semakin mendapat tempat dihati penonton?
Sebelum ini gadis berusia 26 tahun ini pernah membintangi filem Ada ApaDengan Cinta pada tahun 2002 dan setahun berikutnya tampil dalam filemEiffel...I'm In Love.
Memegang watak Petris, Titi perlu membawa peranan yang asalnya seorangpenyanyi rock alternatif tetapi akhirnya bertukar kepada penyanyidangdut.
"Saya tak mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian. Nyanyian saya dalam filem ini semuanya secara spontan."
"Saya tidak menghadiri mana-manakelas nyanyian. Oleh itu, lakonan saya dalam filem ini cukup mencabarsekali kerana saya perlu menari dan menyanyi lebih-lebih lagi dalamirama dangdut," ujar Titi ketika majlis tayangan perdana filem"Mendadak Dangdut" di pawagam Cineleisure, Cathay Cineplex The CurveDamansara semalam.
Filem arahan Rudi Soedjarwo ini bukan sahaja memaparkan dangdutsemata-mata tetapi sarat dengan mesej yang mampu mengubah persepsimasyarakat yang tidak menyukai muzik genre ini.
"Sesetengah orang memikirkan dangdut ini hanya untuk orang kelasbawahan (low class) tetapi selepas ini mungkin mereka lebih menghargaidangdut kerana ia merupakan ubat untuk membuatkan seseorang itugembira," kata Titi yang berada di Malaysia sehingga hari Sabtu inibagi mempromosi filem "Mendadak Dangdut" yang ditayang di tujuh buahpawagam seluruh Malaysia.
Pawagam tersebut adalah CathayCineplex Damansara Petaling Jaya, Cathay Cineplex Prangin Mall Penang,Cathay Cineplex Johor Bharu City Square Johor, Cathay Cineplex KotaKinabalu Sabah, Star Cineplex Tawau Sabah, Star Cineplex Sandakan Sabahdan Star Cineplex Kuching Sarawak.
Di dalam filem berdurasi 90 minit ini menggambarkan Petris sebagaiseorang yang amat bongkak di mana dia tidak mempedulikan sesiapakecuali dirinya walaupun berjaya atas bantuan orang-orangdisekelilingnya.
"Sungguh berbeza dengan sikap saya yang sebenarnya. Petris terlaluemosional dari segi sikap marah dan sedihnya. Kalau bahagia pula, diasungguh terlebih seronok.
"Dari situ ada perubahan karektor dan saya cuba gabung agar tidak kekokdan dapat bawa watak dengan berkesan," jelas Titi yang menyanyikankesemua lagu dangdut hasil ciptaan Monty Tiwa yang juga penulis skripfilem ini.
Selepas mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian melalui lakonan"Mendadak Dangdut", Titi ditawarkan untuk membuat album tetapimengenengahkan lagu berentak pop.
Sama seperti genre lagu yang dinyanyikan oleh Titi melalui filem "Tipu Kanan Tipu Kiri"
Titi merancang berkahwin dengan Christian sebelum usianya mencecah 30tahun yang turut menampilkan pelakon "Chermin" Natasha Hudson dankekasih Titi iaitu Christian Sugiono.
"Saya mahu kahwin sebelum umur 30 tahun. Memang kami merancang untukberkahwin tetapi selepas saya selesai membuat dua projek lagi.
"Nak kata saya seorang yang kuat bekerja (workaholic) tidak juga keranakadangkala saya mempunyai masa untuk bersama Christian, keluarga dankerja.
"Bagi saya, komunikasi penting dalam bercinta kerana ia dapat memberikepuasan hati masing-masing yang bekerja dalam bidang yang sama.
"Jadi, kami selalu saling menghantar sms dan telefon. Contohnya,Christian berada lima meter dari rumah saya pun dia masih menghubungisaya," begitulah mendalamnya cinta dua insan yang sudah bercinta hampirlapan tahun ini.
Bagaimanapun, mereka akhirnya bakal berganding menerusi filem '100 Lies To Hide A Wife' sebagai pasangan suami isteri.
Berbalik kepada filem "Mendadak Dangdut", anak bongsu dari lima beradikini begitu menggemari jalan cerita terbitan Sinemart Pictures dengankerjasama D'Edge Communication.
"Cerita ini memaparkan kasih sayang, kesedihan, moral, muzik dansegala-galanya di mana saya banyak mempelajari banyak perkara sertahubungan seorang kakak dan adik," akhiri Titi.
Untuk menonton filem komedi dan muzikal ini, saksikan "Mendadak Dangdut" di pawagam mulai hari ini.
Biodata :
* Nama lengkap: Christian Sugiono
* Nama panggilan: Tian
* Tempat/tgl.lahir: Jakarta, 25 Februari 1981
* Pendidikan: SD Charitas, SMP Charitas dan SMU Pangudi Luhur
Sinetronografi :
- 2004 : Arti Cinta - Ari Lasso (Video Clip)
- 2006 : Jomblo (Series)
- 2006 : Dunia Tanpa Koma (Series)
- 2006 : Pengantin Remaja (Series)
- 2006 : Dunia Maya (FTV)
- 2006 : Mengejar Cinta (FTV)
- 2007 : Gantung - Melly Goeslaw (Video Clip)
- 2007 : Mukjizat Itu Nyata (Series)
- 2007 : Ratu (Series)
Fimografi :
- 2005 : Catatan Akhir Sekolah
- 2005 : Cinta Silver
- 2006 : Jomblo
- 2006 : (Bukan) Kesempatan Yang Terlewat
- 2006 : Foto Kotak dan Jendela (Sidestream Movie)
- 2006 : Jakarta Undercover
- 2006 : Dunia Mereka
- 2007 : Tipu Kanan Tipu Kiri (100 Lies To Hide A Wife) (Coming soon)