CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MsCinderella

Segalanya Mengenai Ramadhan Al-Mubarak Di Sini

[Copy link]
Post time 12-9-2007 08:44 AM | Show all posts

Reply #20 cikemi83's post

selamat berpuasa cikemi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 08:46 AM | Show all posts

untuk semua.....

?v=0


selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan yang penuh barakah ini.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 08:53 AM | Show all posts
SELAMAT MENJALANKAN IBADAT BERPUASA UNTUK WARGA K/P..

semoga diberkati sepanjang menjalankan ibadat yg mulia ini...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 10:01 AM | Show all posts
aku tak bukak benang lain dah.. aku paste  kat cni ja pasai Cin kata, smua pasai posa n raya, kita buat satu benang ja.. so, senang

KELEBIHAN SOLAT TERAWEH...

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir抋un dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul 慉rasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah  segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Selamat berteraweh semua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 10:10 AM | Show all posts

Reply #24 ebok's post

ang terawih masjid mana ebok.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 10:11 AM | Show all posts

Reply #24 ebok's post

ang terawih masjid mana ebok.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2007 11:39 AM | Show all posts
~Cin edit nyer...double posting ~

[ Last edited by  MsCinderella at 12-9-2007 12:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 11:40 AM | Show all posts
~Cin edit nyer...double posting ~

[ Last edited by  MsCinderella at 12-9-2007 12:51 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 11:46 AM | Show all posts
KEHANGATAN SAMBUTAN RAMADHAN

Imam Ahmad dan al-Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih dari Abu Hurairah r.hu beliau telah berkata  :  Rasulallah saw. telah bersabda :

" Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini.  Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan.  Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi".

Sesungguhnya ia adalah kekasih yang ditunggu-tunggu dan Rasulallah saw. telah menyambut kedatangannya.  Sabda Nabi saw. bermaksud  :

" Telah datang kepada kamu Ramadhan yang menjadi penghulu segala bulan.  Selamat datang diucapkan".

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2007 12:48 PM | Show all posts

Reply #24 ebok's post

TQ Ebok.....aku pun br ingat nak paste fadilat tu semua....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 01:37 PM | Show all posts
Assalaamu'alaikum wr.wb..

Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih
Tidur kita menjadi ibadah
Amal kita diterima
Do'a kita di ijabah

Sungguh cantik kain pelekat
Dipakai orang pergi ke pekan
Puasa Ramadhan semakin dekat
Silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung
Yang ada cuma rumpun jerami
Harapan hati bertatap langsung
Cuma terlayang e-mail ini

Sebelum cahaya surga padam
Sebelum hidup berakhir
Sebelum pintu taubat tertutup
Sebelum Ramadhan datang
Saya mohon maaf dzahir dan bathin


Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

" Do'a  Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan"

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

MakaRasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan,yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullahdan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN SEMPURNA, AMIN.

Wassalamu'alaikum Wr Wb.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 02:40 PM | Show all posts
selamat berpuasa untuk semua warga kedah perelih....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 03:27 PM | Show all posts
Kelebihan lain dibulan ramadhan

1. menghadiri majlis ilmu setiap langkah diberi pahala ibadah sunah setahun

2. mengekali berjemaah diberi balasan dgn disediakan sebuah bandar khas disyurga

3. membuat hubungan baik kpd kedua ibubapa, Allah pandang dgn penuh kasih sayang

4. isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala asiah dan mariam

5. sesiapa yg menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya diakhirat


marilah bersama ingat- mengingati utk memperolehi keberkatan dariNYA...
Selamat Berpuasa ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 06:14 PM | Show all posts
salam ramadhan...
slamat menjlni ibadah puasa..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 10:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 10:37 PM | Show all posts
Selamat Hari Raya


tapi posa la dulu erk....



Salam Ramadhan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 11:32 PM | Show all posts
Asalammualaikum....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 11:33 PM | Show all posts

Reply #36 jj's post

awai pose kad raya posa dak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 11:36 PM | Show all posts
salam ramadhan buat semua warga bod...

kalau mai sp, singgah2 bazar ramadan taman ria yg besar tp makanan spesen je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 11:38 PM | Show all posts

Reply #39 Joe Hahn's post

sepesen kalau seposen tak pa jugak... nie 2 3 hengget
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.079365 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list