CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hang

Diari Seorang Lelaki[A]

 Close [Copy link]
 Author| Post time 3-5-2007 11:30 AM | Show all posts
Hari Ke13 (Sabtu)

7:15 am Aku sudah keluar berjoging di taman. Menghirup udara yang nyaman lagi bersih . Peluhku menitis perlahan-lahan. Tanda badan yang sihat lagi kuat dan power. Smabil jogging aku mengelamun sendirian. Entah apa yang dilamunku pun aku tak ingat. Bila hati tengah runsing begini..apalah yang dapat kuingat?. Tiba-tiba kakiku tersadong akar pokok yang menghalang trek jogging. Aku terjatuh sambil tanganku terkena batang pokok ara tersebut barangkali. Aku pun tak tahu nama pokok tersebut. Tanganku terasa pedih. Menyucuk. Kulihat tanganku. Ah???!! Ada sembilu menikam ibu jariku. Aduh? kini sembilu benar-benar menikamku   zahir dan batin?..!!! Aku terduduk di atas trek. ' Are U OK?" Tanya ahso yang berjoging di belakangku. Aku hanya mengangguk perlahan lalu memberi laluan kepadanya dan mereka yang berada di belakangnya. Aku lalu pergi ke kerusi yang berhampiran.. lalu mencabut sembilu itu Kemudian menghisap jariku. Hm... Sedap pulak rasa darah jariku ini !  lalu aku meluahkannya. Nasib baik aku bukan raja bersiung.!!

8:15 Agak lama juga aku duduk di kerusi itu, lalu aku berlahan perlahan-lahan pulang sambil menahan kesakitan . Terhencut-hencut sedikit aku berjalan. Sampai di bus hujung simpang , aku berhenti seketika mengurut sedikit anak kakiku. Aduh!. Sakit juga. Tiba-tiba bas no 37 berhenti dan menurunkan seorang penumpang. Lina ! Dia turun tidak mengendahkan aku yang sedang mengurut kakiku. Lalu dia berjalan pantas. Aduh.. alangkah pedihnya hati ini? Aku lalu bangun sambil terhenjut-henjut cuba mengejarnya. Namun dengan kaki yang sakit ini.. aku tak mampu mengejarnya... Aku hanya mampu menjerit perlahan  " Lina , ni hao piao liang ! " Lina seakan tersentak mendengar ucapan ku. Ahso yang jogging dibelakang ku tadinya kelihatan tersenyum melihat ke arah Lina dan juga ke arahku. Tapi sayang seribu kali sayang..... Lina tidak memberhentikan langkahnya. Dia tetap meneruskan perjalanannya ke stesen LRT. " Kaki lu okay ka, lu jatuh tadi" tanya  ahso itu ketika sampai ke kepadaku. 'Sakit sikit jer, ahso !" jawabku. Kulihat Lina menoleh ke arahku, barangkali ia mendengar percakapanku dengan ahso.
Dia memandang ku seketika barangkali untuk memasti aku okay sebelum ia menuju ke kaunter tiket lalu menuju ke platfom. " Lu.. amoi tengah malah.., mana boleh cakap dia manyak cantik depan olang lamai. Manyak malu o...!!" tambah ahso tersebut. "Saya ucap apa khabar jer Ahso. Takkan tak boleh?" balasku kehairanan. " tu?u cakap-  ni hao piao liang. Tu.. bukan tanya apa khabar. Tu kira lu cakap..amoi manyak cantik oo...!? kata ahso. Ah!!!barulah kufaham kenapa Lina & Lily akan merah pipinya bila aku mengucapkan ucapan tu.. Hm.... sifu aku si Lily punya kerja la ni....

Setelah singgah membeli nasi lemak di gerai di tepi jalan, aku lalu menuju ke rumah. Bosannye aku tinggal sesorang ni. Si Mat tu balik kampung pulak. Hm...
Nak keluar pun kaki tengah sakit. Hati pun sakit! nak tengok tv pun tak de mood. Kenapa la aku jadi macam ni?..!!!

8:00pm  aku mengadap TV. Aku tunggu siaran bola. Hm... Alangkah bestnya kalau aku dapat pergi ke stadium dengan Lina. Hm... teringin aku nak masuk stadium bukit jalil tu.. Perlawanan final amat rancak dan menarik. Tetapi bagiku ia bagaikan sebuah perlawanan yang hambar.... bosan.....entah.la..............

Aku bagaikan seorang pemain yang melihat perlawanan ini di bangku simpanan setelah mendapat kad merah dari pengadil perlawanan ini. Memang benar cinta ini bagaikan sebuah perlawanan bolasepak, yang mana aku tidak dapat mengawal kesudahannya. Sebaik mana sekalipun corak permainan kita belum tentu kita akan berjaya. Kita juga berharap kepada nasib yang mungkin menyebelahi kita. Dalam perlawanan ini segalanya mungkin. Kita mungkin akan berjaya memiliki piala yang menjadi rebutan itu ,atau kitalah yang tewas dan terpaksa menunggu puluhan tahun lagi sebelum peluang itu menjelma kembali?.. Aku makin pasrah memikirnya? mungkin juga risau......gundah....... ..Ah.......!! Tak mampu kufikirkan !!!

"Lina....duri apakah yang tertanam di hatimu!"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2007 04:08 PM | Show all posts
hang...

continue plis...

best lak baca citer nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2007 09:11 AM | Show all posts
Hari ke14 (ahad)

11:00pm Memang sudah menjadi fitrah manusia bahawa seorang lelaki memerlukan seorang perempuan sebagai teman hidupnya. Sejak Adm dicipta dan ditempatkan di syurga, baginda cemburu meilhat burung yang berpasangan. Apakah nikmat syurga tidak lengkap hingga baginda menjadi sepi sehinggalah diciptakan seorang perempuan dari tulang rusuknya. Sesungguhnya nikmat syurga sudah cukup indah namun ia akan lebih indah dengan kehadiran Hawa di sisinya!

Aku juga seorang lelaki. Lantaran itu apakah aku akan menolak kehadiran seorang perempuan dalam hidupku? Saat-saat yang di lalui berdua tentu lebih indah daripada waktu keseorangan begini. Ah.....!! Aku tidak perlu berputus asa..putus harapan.... lagi pun bunga bunkannya sekuntum. Mengapa perlu mengharap pada yang tak sudi. Tidakkah ia tahu bahwa hati ini amat menyayanginya? Tidakkah ia tahu sanubari ini amat merinduinya? Tidakkah ia tahu bahwa bibir ini sentiasa memanggil-manggil namanya? Tidakkah ia membaca segala yang tersirat?

Akal ini buntu...fikiran ini kusut...bercelaru... apakah semalam adalah terakhir kali aku melihatnya? Hati..ini pilu memikirkannya.. bagaikan disiat-siat pisau yang berbisa.. kalbu ini luka.. jantung ini seakan terhenti..hembuasan nafas ini seakan terpisah dari jasad..mata ini seakan tertutup rapat....Dunia pun kelam.................


Hari ke15

6:15 am Dengan penuh kekuatan dan keazaman aku pun bangun di pagi ini dengan cerianya. Aku hendak lupakan segala kenangan yang membelenggu diri ini. Apalah guna berharap dan terus berharap pada orang yang menjauhi dariku. Hendak mengait tiada bergalah, hendak berdayung tiada berbilah. Ah... kembang bukan sekuntum bahkan bertaman-taman. Aku akan melupakan si LIna walaupun hati ini enggan tak mahu. perjalanan panjang ini mesti diteruskan. Lagipun aku baru mengenalinya hanya 2 minggu. Banyak lagi yang belum ku tahu tentangnya.Entah barangkali ada berjuta-juta rahsia yang masih tersimpan. Satu dunia tahu perempuan suka berahsia. Bahkan perempaun pandai membuatkan benda yang bukan rahsia menjadi rahsia ... hinggakan aku dan kaum adam menjadi keliru dan lebih keliru......

7:45am Aku samapi di bus stop di hujung simpang ketika bus no 37 mulai beredar setelah menurunkan penumpang. Lina kulihat berjalan di hadapanku dengan laju. Kukira dalam jarak 10 kaki di depan. Sedikitpun ia tidak menoleh ke arahku. Seolah-olah ada ruang kosong yang maha luas antara dia dan aku. Terguris juga hati ini. bahkan ketika aku beratur dibelakangnya ketika membeli tiket juga tak dihiraukannya.Aku benar-benar menjadi serba-salah. Apakah aku harus menyapanya atau tidak! Mulutku seakan terkunci enggan berbicara....

Di platform aku juga beratur dibelakangnya.....hm...masih seoerti itu lagaknya. Aku ini tidak dipedulikan seolah-olah aku ini tidak ujud. Luka dalam dalam.Tanpa kusedari tiba-tiba mulut berkata perlahan...amat perlahan sekali " Lina, wo si huan ni....". Kulihat ia sedikit tersentak.. tapi lagaknya masih seperti tadi. menafikan keujudan ku. Aku benar-benar hampa. Hati bagaikan kaca yang dihempas batu yang maha berat.... hancur berkecai...berderai menjadi debu-bebu halus yang berterbangan ditiup angin entah ke mana...

Ketika train yang agak kosong tiba di platform... kakiku seakan berat untuk melangkah untuk masuk bersamanya ... amat berat sekali. Aku lalu bergerak ke tepi membiarkan mereka yang beratur di belakangku menaiki train tersebut. Di kala itu, aku perasan yang dia agak sedikit terkejut kerana aku tidak menaiki train itu bersamanya. Dunia ini seakan terasa kosong !! Mengapa aku harus menanti dan terus menanti pada yang tak sudi? Mengapa harus menunggu buah yang takkan gugur....

Lalu aku melihat train itu berlalu pergi....pergi membawa hatiku. Aku hanya berdiri menunggu kedatangan keretapi yang selanjutnya yang barangkali mungkin membawa bersamanya seorang amoi lain yang bisa mengubati luka yang terus berdarah ini.... barangkali....!!

" Selamat Tinggal Lina .....................................!''
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 11:49 AM | Show all posts
uiks...
cepatnyer putus asa....
hampeh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 08:46 AM | Show all posts
da abis ke??
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 03:34 PM | Show all posts
A nice story..
tapi nape x sambung?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2007 04:02 AM | Show all posts
aah la.. sambung laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 11:11 AM | Show all posts

Reply #23 Hang's post

ek ele...takkan ni je ending nye....penat aku baca dr pg td ni je ke?...sambung la lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2007 06:04 PM | Show all posts
Diary Seorang Lelaki
Hari Ke16

6:00 am aku terjaga lebih awal dari jam locengku. Maka terpaksalah aku mengejutkan jam locengku. Kucuba untuk tidur kembali tak tak berjaya..... Akhirnya dengan malasnya aku pun mencapai tuala lalu menuju ke bilik air...
Ah......... terasa dingin pulak pagi ni... Aku mencelupkan jari telunjukku ke dalam kolah .... argh................ sejuknya tertangkap hingga ke kepala. Aku rasa orang eskimo  pun tak sanggup mandi pagi kalau sejuk sampai macam ni... aku termenung sebentar... berfikir... nak mandi ke tak...! Akhirnya aku mengambil keputusan  untuk mandi dan praktikan petua Pak Tua untuk kesejahteraan tubuh badanku zahir dan batin! Kalau tak dapat praktikan setiap hari sekurangnya seminggu sekali pun OK... Kalau  Pak Tua boleh sihat tubuh badan sampai 100 tahun sekurangnya aku boleh la kot sampai 99 tahun. Balik kerja nanti aku nak praktik lak teori rendaman  Dr. Kud. Mesti power ranger nanti !!

aku mulai menjiruskan air perlahan-lahan bermula dari kakiku. Arghhhhhhh ...sejuknya hanya Tuhan saja yang tahu. Dah nak power ranger kenalah sabar.... aku mesti bersabar. sabar tu separuh dari iman.tubuhku menggigil kesejukan. Lalu ku jiruskna pahaku....ke pinggang..sejuknya menikam..!sesekali aku menggigil kesejukan dan kegelian. kemudian aku menjiruskan air ke pusat naik ke dada. terasa bahang kepanasan naik ke kepala. Keluar perlahan-lahan barangkali.......Aku menyiram tubuhku beberapa kalilagi sehingga kepalaku menjadi lebih panas. kemudian aku menyiram air ke kepala... HM..... terasa segala bahang yang berkumpul..hilang.. Mataku menjadi celik. Tubuh terasa segar.. Amat segar. Kalau dapat amalkan setiap hari alangkah power rangernya aku nanti.......................

7:00 am Aku sengaja keluar lewat sedikit dari biasa menuju ke stesen LRT. kerana aku ingin melupakannya. aku mahu kembali kpd sediakala... tak perlu risau memikirkan tentang hati dan perasaan. Kalau dah bukan jodoh nak buat macam mana. bercinta bagai nak rak pun nanti tak jadi jugak.... daripada kecewa kemudian hari baik bersedia dari sekarang. Tambahan pula orang tak sudi berkawan kenapa aku lak yang nak terhegeh-hegeh. Kata orang :

nasi tak dingin,
pinggan pun tak retak.
Tiada salah orang tak tegur.
     Orang tak hingin
     kita pun tak hendak
     bunga tak sekuntum, kumbang pun tak seekor.

8:05am Aku sampai di kaunter tiket, barisannya dah panjang. Kali ini aku tak menyumpah lagi Q yang panjang ni. Malah berterimakasih. Lagi panjang lagi bagus... Aku pasti Lina sudah pun menaiki train. DEekat 10 minit aku bertaur baru dapatbeli tiket. Lalu aku menuju ke platform berjalan dengan ceria lagi anggun! Sampai di bangku platform ah.......... kelihatan Lina sedang menunggu train. tak mungkin ! Tak mungkin!!! semasa beratur membeli tiket aku dah mendengar sekurangnya 3 train dah berlalu. Tak mungkin semuanya penuh..! Hatiku berbelah bagi.. nak tegur ke idak ni...! Aku berpura-pura tidak melihatnya... Lalu terus beratur. Tiba-tiba dia bangun lalu beratur di belakangku. Hatiku bergetar kencang!! terasa badanku ingin berpeluh.. Suhu badan ku naik turun.. dalam keadaan serba salah lalu aku pun menoleh ke belakang lalu bertanya perlahan  " kenapa u tak naik train sebelum ni?"... Dengan menguntum sebuah senyuman manis ..dia menjawab manja " I tunggu you !" Hati ini cair.......... secair...... cairnya..........!!

" Lina.... indahnya dunia ini !!"


Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 09:32 AM | Show all posts
hmmm..
ada improvement!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 12:13 PM | Show all posts
yes!! cayalah hang dh smbg lg....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 03:14 PM | Show all posts
aku ingat xnak sambung dah... hadus.. best lar plak citer ko nie..
cepat sambung wehh...

huar huar huar mau xbuat keje aku nie..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 04:18 PM | Show all posts
good work Mr. Hang..can't hardly wait for the next updates
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2007 03:29 PM | Show all posts
Dairy seorang Lelaki
Hari ke 17

7:30 aku berjalan menuju ke bus stop perlahan-lahan. Bas no 37 tidak kelihatan lagi. Hai lambat betul bas tu tu hari ni. Tak boleh datang awal sikit ke. Kena la aku tunggu dalam 15 minit lagi,
terpacak di bangku tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 10:13 AM | Show all posts

Reply #34 Hang's post

wahhhhh...best!! jaga2 penangan kacip fatimah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 04:59 PM | Show all posts
hahakk mangkok tul ko hang.. punya la angau sampai minum kacik fatimah..
agak2 x ikss.. mesti susah ko nak kencing kan.. lubang dah sempit.. huar huar huar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 11:58 AM | Show all posts
good work... sambung lagi le .. best ah
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 01:05 PM | Show all posts

Reply #34 Hang's post

patutlah cam rasa nak mai sini.... rupanya ada org sebut nama In....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 12:31 PM | Show all posts
hang... bila ko nak sambung cerita nehh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 05:49 PM | Show all posts
Originally posted by bundle at 16-8-2007 12:31 PM
hang... bila ko nak sambung cerita nehh...


sori bundle...
tengah bercuti... nanti aku update...!!

Kesulitan yang timbul dari membaca Diari tersebut amat dikesali..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.055457 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list