CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kimmy

Kenangan ku.......

 Close [Copy link]
Post time 28-3-2007 12:08 AM | Show all posts
x sangka Kimmy pandai menulis gak ek......keep it up...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2007 01:05 AM | Show all posts

Reply #21 juju_amin84's post

sbb biasa buat sinopsis  drama korea dulu......
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 28-3-2007 01:32 AM | Show all posts
maka tergelaklah aku sorg2 waktu dinihari ni....

nasib ler duk bilik sorg2....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 01:50 AM | Show all posts
Waaa tak sabar nak baca the rest of kenangan kimmy....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2007 01:57 PM | Show all posts
Dalam tiga orang abang ipar aku,......yg no. 3 tu pelik sikit perangai dia. Mulut dia cukup berat nak bercakap dgn mak aku atau dgn aku. Agaknya dlm mulut dia penuh intan berlian ......payah sgt nak bercakap....tak pun ada batu sebesar penumbuk.  Selama aku  ni jadi adik ipar dia.......boleh dikira dgn jarilah berapa patah perkataan dia bercakap dgn aku. Mak aku, yg jadi mak mertua dia pun...dia payah  nak bercakap. Yg aku selalu dengar...."mak bila sampai?"......"mak jemput makan"......tu je lah...nama dia nak panjangkan ayat tu...toksah haraplah. Sore dia lak ala2 itik serati.....adik beradik dgn sore Fasha Sanda. Movement dia lak....punyalah lambat...kalau jln tu slow je, mcm kura kura......sikit pun tak berbunyi tapak kaki dia. Memang bahaya lah dia ni!!!....Kalau tgh sedap2 ngumpat dgn kakak aku, tetiba je dia muncul kat depan......mahu kena heart attack aku. Nak2 lak bila bini dia tgh ngumpat dia. Tapi dgn bini dia, pot pet..pot pet.....heran bin ajaib tul aku tgk dia. Yg dua lagi abang ipar aku, kira ok lah, boleh gak lah cakap2 dgn kita orang.

Mak aku sejak aku tak duduk dgn dia, mesti ada je cerita yg nak disampaikan kat aku, bila balik bercuti. Chik Jah hujung sana baru je meninggal laki dia.......chik Enon kat sebelah sana, anak dia dah nak kahwin......Chik Mah kat depan tu lak, bekelahi laki bini......ada saje cerita dia. Naik rimas lak aku dengar.......kalau dia cerita pasal anak teruna Chik ton kat hujung sana , nak gak aku dengar. Lepas tu dia boleh cakap lagi tu....dia teringin lah nak mkn itu...nak mkn ini....tapi tak pandai nak buat. Bagi hint kat aku, mentang2 lah le  aku je yg pandai masak2 semua tu... Dalam hati aku...."mak ni nak mkn cakap je lah...siap nak hint2 lagi kat aku lagi"........tapi sebenarnya aku very very happy  one....sbb mak aku gian nak mkn masakan aku...


Tak lama lepas tu kakak aku pindah rumah. Hubby dia beli rumah kat Bangsar Baru. Tapi yg buat aku bengang tu....napelah dia beli rumah kat atas bukit sekali......kat row yg penghabisan lak tu. Bukan apa........aku dok bayangkan ......jauhnya lah aku nak menapak naik keatas bukit ni.......dia orang sekeluarga bolehlah  naik kereta.......aku ni.... yg naik kaki hari2....Nak marah pun tak leh kan??...bukannya aku yg beli rumah tu. Bdn aku yg agak gempal, jadi slim lah bila duduk kat bangsar ni. Mana taknya, hari2 balik sekolah menapak naik ketas bukit, nasib gak lah pinggul aku tak tonggek. Pagi je aku tumpang kakak aku...balik sekolah pandai2lah aku balik sendiri. Nak tunggu bas masuk kedalam mahu berjam2 aku tunggu.....bas tu pun aku rasa cam mogok je tak nak masuk kedalam. Mahu tak mahu aku kena menapak dari main road kat jalan Bangsar tu , jln pelan2 naik bukit ke Bangsar Baru. Tu lah keje aku selama aku duduk kat Bangsar, sampai lah aku dah keje pun......turun bukit, naik bukit....hari2.

Masa tu Bangsar tak de apa sgt2 pun....kedai pun tak banyak....tak de happening apa pun kat Bansgar masa tu.  Lesu je aku tgk.  Kedai pun cam tak nak hidup je. Cuma kedai yg jual ice kacang tu je yg jadi peberet aku. Lepas tu adalah satu makchik ni jual pulut panggang kat tepi jalan. Pulut panggang dia ni memang best.....memang sedap. Selalu aku singgah beli pulut panggang dia. By the time aku sampai ke rumah.....pulut panggang dah tinggal daun pisang je. Mana taknya...setiap hari aku sampai kerumah kul 3 ptg....dah lah perut lapar, haus lak tu.....panas toksah cakaplah....pakai payung pun terasa bahang panasnya.

Semenjak aku pindah ke Bangsar Baru ni....H tak pernah jejak kerumah aku. Agaknya sbb dah tak nampak bumbung rumah akulah...dia tulis surat lak. Pelik tul budak ni...ari2 nampak aku kat sekolah, yg pegi bagi surat aku tu pehal??......kalau byhand tu aku faham lah....ni by post...Aku demam tiga hari.....tiga harilah aku dpt surat.  Satu hari  tu....agaknya dia dah tak tahan, sbb tak nampak aku beberapa hari kat sekolah, dia ajak kawan2 aku temankan dia pergi kerumah aku. Kawan2 aku pun tahu alamat rumah aku , sbb aku yg bagi. Menyesal lak aku bagi. Tiba2 je satu pagi tu aku ternampaklah bayang2 orang kat luar pagar rumah....lepas tu dengar lak orang bagi salam. Aku punyalah inesen, kuar lah gi tgk....rupa2nya kawan2 aku yg dtg. Hepi lah aku sbb kawan2 aku dtg melawat aku. Muka aku yg  tersenyum ...tiba2 je bertukar jadi camni ....bila tiba2 H muncul dari sebalik kawan2 aku. Dah dia dgn kawan2 aku, mahu tak mahu terpaksalah aku jemput masuk sama.

Kawan2 aku bukan main lagi borak2 dgn aku, tanya khabar, cerita itu ini......si H????.......macam patung hindu. Diam tak bercakap2...pandang je kat aku. Sesekali aku ternampak kawan2 aku dok bagi signal kat dia suruh nyampuk sama....tapi dia buat dek je. Heran lak aku....dah dtg, tapi tak nak cakap lak...dalam surat bukan main lagi. Kawan2 aku ajak aku kuar....dia orang bagi alasan H nak cakap sorang 2 dgn aku. Memandangkan dia orang ni dah dtg rumah aku...panjat lak bukit nak sampai kerumah aku...aku pun ok lah nak kuar. Aku kesian...berpeluh2 dia orang nak sampai kerumah aku. Bila aku dah keluar dan dpt lak peluang berdua bersama H...aku ingatkan dia nak lah cakap apa yg terpendam kat hati dia. Rasanya, kalau naik baslah...mahu dua kali pusingan ni.....punyalah beratnya mulut dia nak bercakap. Aku dok tanya ..apa yg dia nak cakap....apa jawabnya??......." dah tgk Kim ni....mulut tak tahu nak cakap apa dah?"...... Aduh!!!!!....rasa nak bagi je sebijik penampar kat dia. Susah payah aku kuar rumah pasal dia.....konon2 nak cakap sesuatu dgn aku....tiba2 itu yg kuar kat mulut dia. Mendidih tul darah aku.....aku cakap kat dia....."kalau dah tak tahu nak cakap...toksah cakap...simpan je lah...menyusahkan orang je"......aku angkat kaki, terus bla.......jahat aku kan????.    Dua hari lepas tu aku dpt surat dari dia. Kata kawan aku, bila H berdepan dgn aku, mulut dia bagai dizip, tak leh nak bercakap. Memang betul pun...sbb dlm surat dia pun dia cakap mcm tu gak.


Satu hari tu aku abang ipar aku nak gi ke Singapore atas urusan keje. Dia ada tiga tiket kapal terbang  pree.....kakak aku tanya sapa nak ikut sama?.....sbb dia tak dpt pergi, tgh mengandung. Aku apa lagi....offer diri cepat2. Akhirnya aku pergi bertiga dgn kazen aku. Punyalah hepi aku...rasa nak jerit2 je kat orang ramai yg aku nak gi Singapore.....naik kapal terbang...... Bibir aku tak lepas2 tersenyum je memanjang. Bila masuk je kedalam kapal terbang, excitednya aku......tapi maintain ayu....sbb kawan2 abang ipar aku ramai yg ikut serta.  Bila dah duduk.....aku saja je pilih duduk tepi tingkap....macam jakun aku dok tgk sana sini...kejap tgk kat tingkap, kejap tgk penumpang masuk. Bila taim nak pakai tali pinggang........jenuh aku dok belek tali pinggang tu. Kat mana lak aku nak sangkut tali pinggang ni?.....terkial2 aku nak masukkan besinya kedalam...cucuk2 pun takleh gak nak masuk. Kazen aku yg sebelah pun pelik tgk aku terkial2......dia pun tolonglah. Rupanya besi tu terbalik.....manalah dia nak bercantum....... Masa stewardess nak bagi air......tercari2 aku kat mana lak dia nak letak cawan ni?.....Aku kena  pegang ke cawan ni?.....sampailah dia bukakkan tray kat depan aku.  Ohhhhh...kat situ......kata aku dlm hati.  Tu lah pengalaman pertama kali aku naik kapal terbang.

[ Last edited by  Kimmy at 29-3-2007 02:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 02:21 PM | Show all posts
hehehe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2007 02:29 PM | Show all posts
Aku ada sorang kawan lelaki yg memang baik dgn aku masa sekolah. Dia ni kira suka berkawan dgn sapa2 saja. Boleh dikatakan setiap ptg dia suka dtg kerumah aku bawak kawan2 dia. Hari ni dia bawak budak kurus..besok budak gemok lak...ada macam2 rupa lah kawan2 dia. Semua dia kenalkan kat aku....dan dia lak duduk berdekatan dgn rumah aku kat Bangsar.Kalau petang2 dia dtg, kita orang lepak2 kat depan rumah borak2...kadang2 tu sampai senja pun tak habis lagi. Tak tahu lah kenapa dia suka sgt dtg kerumah aku....nak kata dia berkenan dgn aku ...tak lak. Sehingga dia dah keje pun dia tetap dtg kerumah aku. Masa dia keje lah dia ada masaalah besar...yg dia kongsi dgn aku......tu nantilah aku cerita kemudian.

Mak aku ada kakak duduk berdekatan dgn rumah kita orang, tapi tak lah dekat sgt pun. Kakak dia ni masa dulu kira megah sgtlah dpt kahwin dgn orang yg keje gomen yg berpangkat. Mak aku lak laki dia pemabuk, jadi kakak dia tak sukalah ....sbb hidup dia masa tu senang, mak aku lak susah. Sampai ada satu masa tu, dia buat kenduri, dia bekalkan makanan kat  mak aku dlm tin.  Bab sindir2 mak aku tu toksah cakap lah....melekat je kat bibir dia. Tapi tu lah kuasa Allah sapa yg tahu...yg atas akan kebawah...gitulah nasib mak sedara aku selepas kemataian suami dia. Mak aku yg dia hina menjadi senang, dan dia yg senang jadi susah.  Tapi walau bagaimana pun tu  kakak mak aku, macam mana dia buat kat mak aku pun, dia tetap kakak pada mak aku. Aku dgn kakak yg no 3 tu berbulu je kat mak sedara ni.....kalau dtg rumah kita orang, asyik nak menyindir je....tapi kita orang dah diajar dek mak.....hormat  dgn sedara sendiri.  Marah2 pun dlm hati je...tak pun sesama kita orang je ngumpat. Yg baiknya kakak aku yg no 1...setiap hari raya mesti kirim daging sekilo dua kat mak sedara dia. Mak sedara aku ni ada ramai anak perempuan, lawa2 gak lah anak2 dia.

Dalam ramai2 anak perempuan dia ni, ada sorang yg junior aku. Tinggi  dan kurus orangnya. Ntah macam mana adalah sorang kazen aku berkenan kat dia. Aku ternampak dia orang dok duduk kat buaian luar rumah aku, dok borak2. Kazen lelaki aku ni, kira kazen jauh....ntah apa yg dia berkenan aku pun tak tahu....dan tak ambik tahu.......sbb aku berbulu je tgk dia orang dok berbuai bersama.......aku cemburu !!!!......Aku sendiri berkenan dgn mamat ni....Rasa nak tarik je mamat tu dari duduk dua2an gitu. Tapi cam biasalah....aku ni dok suka orang cara diam2 je....Lepas tu aku dengar kazen aku ni dah tolak mamat ni ketepi sbb dia dah jumpa orang yg dia berkenan.....padan lah muka mamat tu kena rejek!!!!....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 06:28 PM | Show all posts
kelakar la citer kimmy ni...
smbg lagi eh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ummi_nuur This user has been deleted
Post time 29-3-2007 08:54 PM | Show all posts
senyum sorang baca cerita kimmy....

teruskan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2007 10:29 PM | Show all posts
Zaman keje

Semasa menunggu keputusan SPM, aku dpt keje kat  satu syarikat, yg mana sedara abang ipar aku salah sorang directornya. Senang tul aku dpt keje...orang lain susah payah nak dpt keje. Hari pertama aku keje, aku cukup2 menggelabah, tgn rasa basah semacam je. Aku takut sbb aku tak ada experience langsung dalam bidang ni....tak pernah pun ambik course apa2 pasal bidang ni. Tapi sbb dapat rekomen, terpaksa gak lah aku pegi keje. Baju pun aku pinjam arwah kakak aku punya baju....lupa lak nak cakap, kakak no. 2 aku meninggal kena kanser masa anak2 dia baru je umur 11 dan 9tahun.

Mula2 masuk ke tempat keje, aku kena berjumpa dgn sedara abang ipar aku. Masa aku nak ke opis dia....semua mata tertumpu kat aku...sbb kiri kanan aku penuh dgn mahkluk lelaki. Aku tak berani nak angkat muka pun masa berjalan...tunduk je....nasib baik gak lah tak jatuh ke?.....tak terlanggar meja ke?...kalau tak, mahu kena gelak sakan dgn mamat2 kat situ. Masa aku dihantar ke tempat keje aku....situasi pun  macam tu gak...semua mata dok tgk kat aku. Aku dah tak boleh nak jalan tunduk lagi, sbb byk meja keliling aku. Depan meja aku ada sorang mamat...kat belakang pun mamat jugak.....tapi yg kat depan aku tu ....muka dia cam sombong je. Dia ingat aku heran sgtlah dgn muka sombong dia tu. Kat belakang tu ok sikit, mahu gaklah bertegur sapa. Dia lah yg byk ajar aku camne nak buat keje. Bila dah masuk seminggu, minah2 kat tempat keje aku, ramai dah yg berkenalan dgn aku......yg agak lambatnya mamat2 lelaki yg lain.

Masuk dua minggu aku keje, tetiba je aku terima surat. Punyalah terkejut aku, sapa lak yg kirim surat kat aku?....kawan2 aku semua tak tahu aku dah keje......H pun tak tahu.  Aku langsung tak kenal sapa hamba Allahyg hantar surat kat aku tu. Puas aku tanya orang sana sini....tapi member2 pejabat aku pakat senyum je bila aku sebut nama si pengirim. Akhirnya aku dpt tahu gak...rupanya adalah sorang pekerja ni yg base kat Penang. Keje dia bila dpt tahu ada awek baru masuk pejabat, kirim surat. Tu lah cara dia nak berkenalan......ni mesti kes kawan2 dia bagi kat dia ni. Walau bagaimana pun dia ni kira memang baiklah orangnya....cuma cara dia yg gila2 tu je.

Cakap pasal dia ni, teringatlah aku satu hari tu, aku dok tunggu bas nak pergi keje. Ntah apa halnya, bas bukan main lambat lagi, orang lak dah ramai. Tengah aku dok menung2 tunggu bas,  tiba2 berhenti satu motosikal kapcai depan aku. Mata aku ni pun bukan terang sgt pun......tak gak perasan sapa dia......tiba2 aku dengar orang panggil nama aku. Bila aku tgk betul2 rupanya mamat sepejabat aku ni. Dia ajak aku naik motor dia......naik motor dia!!!!!...seumur hidup aku tak pernah naik motor......aku tak naklah....tapi mamat bahalul ni. ia2 ajak aku naik. Aku cakap mana boleh naik, tak de topi keledar......tapi kata dia ...."tak pe..polis tak tahan punya".....macam tahu2 lak polis tak tahan. Aku tetap tak mahu naik....dia lak dok ajak aku naik....orang yg tunggu bas lak dok tgk sandiwara kita orang berdua.  Malu punya pasal....sbb semua mata dok pandang,  terpaksa  gak lah aku  naik.  Aku lak pakai skirt sendat.....bayangkan lah betapa seksanya aku nak naik motor. Aku rasa mesti ada yg senyum2 kambing tgk aku naik motor. Dia bawak motor cam orang nak gi racing.... cam nak terjatuh je aku rasa.  Dah dekat nak sampai kat opis....aku mintak2 lah jgn mamat ni park motor dia depan opis.......tapi dia relax je bawak motor parking betul depan opis......depan semua orang yg baru nak masuk opis.  Kalaulah ada topeng, mahu je aku pakai.  Seharian aku jadi bahan ejekan budak2 kat pejabat......

Sama juga cam aku kat sekolah dulu, kawan2 kat pejabat pun ramai yg lelaki dari yg pompuan.....pompuan ni boleh kira dgn jarilah....tapi adalah  dua tiga orang yg aku rapat. .....sbb taim lunch memang aku keluar dgn member pompuan. Paling aku benci  sekali, kalau terpaksa pergi ke department lain.....cukuplah aku menyampah......sbb department tu penuh dgn lelaki, yg pompuanya cuma sorang je. Setiap kali masuk je.....ada je yg bersiul2.....tu tak termasuk yg dok panggil2 nama aku.....Ada sorang mamat ni memang aku baiklah dgn dia....lagi pun dia ada sedikit kecacatan kat diri dia.. Dia memang rajin layan kerenah aku.....aku nak mengadu ..dia dengar....aku nak marah dia dengar.....aku nak curi tido kejap...aku tumpang kat tempat dia.....memang kita orang ni kira baik sgtlah......cuma satu je yg aku tak tahu.......dia ada hati kat aku. Tak pernah sekelumit pun dia cakap dia suka kat aku. Dia layan aku cam orang lain gak.....tak terlintas langsung yg dia ni ada hati kat aku. Secara tak sengaja....dia terlepas cakap, masa aku mengadu pasal orang yg aku suka. Aku terkejut dengar ....tapi aku buat2 tak dengar je....dan tukar topik perbualan kita orang.  Mula dari situ aku cuba jauhkan diri dari dia. Aku tak mahu dia terus menaruh harapan kat aku. Terakhir sekali aku menemui dia, bila dia memberi kad jemputan perkahwinan dia pada aku.

Bila aku dah bekerja, perangai pun dah berubah....dulu tak pandai bergaya sekarang ni dah pandai dah.....dulu baju cam mak2 orang...sekarang dah trendy dah.....skirt pun suka yg pendek...baju lak yg ada dedah2 sikit....dedah byk tak leh....nanti kakak aku perambat aku. Rumah kakak aku tu, selalu je orang salah tepon salah nombor. Satu hari tu adalah sorang hamba Allah ni salah nombor, aku lak yg jawab. Sore dia ......Ya Allah!!....jatuh jantung aku dengar.....bukan main sedap lagi...cam sore Jalaluddin Hassan ...romantis tul.  Aku boleh berkenalan dgn dia dlm tepon ni. Mula dari hari tu, aku ternanti2lah talipon dari dia....tu pun setelah aku bagi tahu jam berapa boleh tepon.....kalau kakak aku tahu, mahu aku kena lecture...... lama gak lah aku berkenalan dlm tepon dgn dia ni. Satu hari mamat ni cakaplah dia nak jumpa aku. Part yg nak jumpa2 ni lah yg berat kat aku, tapi bila dengar sore dia yg lunak merdu tu....aku dah bayangkan dah...mesti hensem gila  mamat ni. Rasa lak rugi kalau tak jumpa. So aku pun setlah date nak jumpa dia, dan kat mana nak jumpa......pakai baju warna apa. Semua dah dirancang rapi lah.

So tibalah hari yg dinanti2kan....ntah kenapa tiba2 aku tukar fikiran nak tukar warna baju.  Tiba2 je aku rasa, biar dia tak nampak aku, tapi aku nampak dia dulu. Aku tukar kaler baju...aku pun pergilah ke tempat yg dijanjikan. Pergi sorang2 ni...tak de lah nak bawak teman ke? apa ke?. Sampai lah  tempat yg dijanji...nasib baik aku yg pilih tempat tu...tempat yg ramai orang lalu lalang, ...aku nyorok  balik tiang. Aku dok perati satu kedai mkn yg kita orang janjikan.....melilau mata aku cari.  Tiba2 ternampak lah aku sorang lelaki ni yg dari gaya dia tgh dok tunggu orang.....pandang sana, pandang sini...kejap2 tgk jam.....tak ada orang lain camtu, melainkan dia. Rasa nak terbeliak mata aku tgk dia, jam tu gak aku angkat kaki balik. Tak de nak toleh2 belakang lagi...rasanya jauh sgt bus stand ni......Sampai kat rumah, berpeluh2 aku....maid kakak aku kata mamat ni tepon aku. Dalam bilik, aku marah2 diri aku sendiri...napelah bodohnya aku ni....bongok tul......asal sore sedap je, aku ingat orang tu hensem.....nasib baik gaklah aku tukar kaler baju....kalau tak ....tak ke nanya..aku bercinta dgn orang tua!!!!! Sesak nafas aku....

Punyanya takut aku lepas tu, siap pesan kat maid kakak aku, kalau mamat ni tepon, kata aku tak de kat rumah. Kat opis pun aku jadi takut....takut kot2 dia boleh trace aku. Memang aku ni cari nahas tul....tapi tak serik2 gak, nak  gak layan orang salah nombor talipon. Kali kedua, orang salah nombor tepon, aku gak yg layan....tapi nasib baiklah yg ni muda belia sikit. Kira oklah ...not so bad. Yg buat aku bengang dgn ni cuma satu je.....asal tgk wayang je...tgn mesti nak letak kat bahu aku. Aku memang tak suka...cukup meluat orang buat camtu...nak2 lak dlm panggung wayang yg ramai penonton. Satu kali tu aku buat trick...konon2 aku batuk...dari mula jalan, aku dah berlakon batuk dah...sampai lah dlm panggung. Asal tgn dia nak letak kat bahu je....aku batuk.....letak sikit je, batuk aku berlarut2....lama2 cerita wayang ntah kemana, sbb aku batuk tak sudah2.....mahu rasa nak tercabut anak tekak dok buat2 batuk ni......tapi berlakon tetap berlakon gak.


Mak aku ni tak boleh tgk anak dara ni dah besar panjang...mula lah sibok dok tanya aku ni dah ada bf ke belum....tu pun tak berani tanya kat aku sendiri, tapi tanya kat kakak aku. Umur aku baru je dua puluhan....dah nak sibuk2 bermenantu. Satu hari tu dia mintak  kakak aku bawak dia dan aku pergi satu tempat....dah lupa aku kat mana. Rupanya2 dia bawak aku pergi mandi limau. Mak aku dgn kakak aku ni masih percaya dgn benda2 camni. Aku mana suka benda2 camni....nak protest...mata mak aku buntang2 pandang aku. Mula dari hari tulah, aku kena pegi mandi limau...Sebutlah limau apa yg aku tak mandi....limau nipis, limau purut, limau kasturi, limau abong.......yg paling best sekali......limau sunkist!!!   Ni kakak aku punya keje. Tak lak aku ni sangka aku kena mandi dgn limau sunkist. Lepas mandi tu muka aku masam mencuka...tak bercakap2. Dalam kereta aku lepaskan bom grenade aku ....." apa lak gi bawak mandi limau sunkist ni??.....limau ni tuk minum bukan tuk mandi...dah lah tu bdn jadi lekit lak tu.....silap2 haribulan semut pun tumpang lekat kat bdn ni"......Kakak aku tak nak cakap apa dah....sbb tak tahan gelak...... Lepas tu  gi mandi bunga lak....ok lah sbb wangi sikit mandi bunga ni.....mcm2 bunga aku kena mandi...bunga raya, bunga ros, bunga yg India jual kat batu caves tu......yg belum lagi bunga orkid......mahal kot??..





[ Last edited by  Kimmy at 29-3-2007 10:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 11:33 PM | Show all posts

citer kimmy

wakakakaka....geli hati dengan citer ko kimmy oii..
syok le ko jadik budak bandau...
kita ni kat kg lain plak citernya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2007 03:47 AM | Show all posts
Satu tabiat aku ni...kalau tak percaya dgn benda2 karut marut ni....aku tak akan ikut instruction yg di beri....Kalau disuruh mandi bunga siap dgn limaunya sekali....aku perah je limau tu kat kaki aku...yg bunganya aku ramas2 bagi wangi....lepas tu aku mandi.....sama gak kalau limau tu dah kena belah 4 dek bomoh...aku gi belah lagi bagi 8.....lepas tu aku buat gosok daki aku....tak delah aku nak gi campur dlm air, cam instruction dia. Kadang tu aku tipu kakak aku....aku tahu selalunya bomoh ni gunakan limau purut atau limau nipis...aku siap sorok2 limau yg aku beli sendiri dlm bilik......bila taim mandi , aku gunakan limau yg aku beli...jadi nampaklah nanti hampas limau kat atas kepala aku.....kalau tak karang kakak aku tanya lak.Yg limau bomoh tu , aku buat sental bilik mandi. Sampai sekarang kakak aku tak tahu yg dia kena tipu hidup2 dek adik dia.

Kat opis aku ada sorang mamat baru masuk keje ....baru habis kursus bidang yg dia ambik. Rupa dia boleh tahan gaklah....ada lak misai melingkar atas bibir dia.....tapi tak lah cam Datuk K.....misai dia ni nipis sikit. Mamat ni nama A......orang dia kalau tak kenal , memang nampak pendiam, tak byk cakap......dgn member2 pejabat pun dia kurang bercakap. Kalau aku gi beli makanan waktu lunch, mesti aku nampak dia tgh mkn sorang2. Tak pernah lak aku tegur dia....sbb nampak cam sombong je. Satu hari tu, ntah apa lak mimpi dia......dia boleh dtg pinjam surat khabar kat aku. Memang hari2 aku beli malay mail. OK lah tu, aku pun bagilah pinjam.......esoknya pinjam lagi.....lusa pinjam lagi...tulat pun pinjam lagi. Mulut aku ringan je nak cakap....."wei! belilah surat khabar sendiri...ingat aku ni tempat pinjam surat khabar  ke?"......Lepas tu dia  tak pinjam lagi surat khabar kat aku....dia pinjam lak perkakas aku...mula2 pinjam pensil.....lepas tu pen......lepas tu ruler..... Aku kata dlm hati....jgn2 lepas ni dia nak pinjam aku lak....habis  pulak perkakas aku dia pinjam.  La.....rupanya betul dia nak pinjam aku....dia nak pinjam ajak gi dating...... Tapi sbb rupa dia ni hensem sikit....aku rasa tak salahlah aku gi dating dgn dia. Sepanjang aku berkawan dgn  dia ni....dia memang sopan....tgk wayang pun ok gak..memang mata tumpu kat wayang......tgn pun elok je tak jalan2. Memang dia hormatlah dgn aku, cakap pun tak de bengkang bengkok, sana sini.


Boleh dikatakan hari2 aku balik keje sama dia...naik bas sama2. Satu hari  tu dia cakap kat aku, dia dpt offer kat tempat lain. Dia nak berhenti keje......aku nak cakap apa?....cakap good luck je lah......tapi dlm hati,  sedih yg amat......sbb aku dah mula suka kat dia. Tak kan aku nak halang dia pergi tempat lain.....tak kan aku nak cakap.....aku suka kat dia.....ish!!!..malu aku. Bila dah keje kat tempat lain, dia selalu tepon aku waktu lunch...gaya cakap pun dah berubah.  Yg dulu tak pernah cakap2 berbaur romantis, sekarang dah pandai dah....walau pun secara kiasan....tapi aku boleh tangkap maksud dia.....cuma  aku selalu buat2 tak faham je.  Boleh dikatakan hari2 dia tepon aku....hepinya aku. Ntah bila tiba2 je dia tak tepon aku lagi.....memang aku terasa sgtlah dia tak tepon....muka pun monyok je...asal bunyi je tepon, mata aku dah pandang kedepan....mintak2 tu panggilan tuk aku.....tapi hampeh!!!...tak de pun. Kali terakhir, dia tepon aku, masa aku dah tukar keje kat tempat lain. Dia tepon sbb nak ajak aku ke majlis perkahwinan dia.. Hancur luluh hati aku dengar......rasa nak rebah je bila dengar. Untuk pertama kalinya dia bagi tahu kat aku.....dia memang suka kat aku...dah byk kali dia bagi kiasan yg dia suka kat aku....aku je yg tolol tak faham......Bila dia tgk tak de respond dari aku....tu yg dia cari orang lain.  Rasa nak je aku ketuk2 kepala dia.....yg dok bagi kiasan tu pehal??......cuba cakap terus terang dulu, kan elok??....dah nak kahwin baru nak cakap...apa gunanya.... Apa2 pun  aku ucapkan  tahniahlah kat dia...semoga dia berbahgia ke anak cucu..Balik rumah aku bantai nangis puas2.........

Lepas aku gagal bercinta ni....aku jadi aktip semacam lak. Ada  saja pertandingan bola sepak syarikat, aku pergi...... apa saja aktiviti syarikat, semua aku join. Satu hari tu Syarikat aku buat Annual Dinner......Wah!!...memang hebatlah dinner ni buat kat hotel 5 bintang. Aku memang gian sgt nak pegi, cuma tak de transport je nak pegi. Ada lak sorang yg volunteer nak jemput aku. Kira alright lah tu,......aku pun sibuk lah gi cari baju nak pakai mlm tu. Aku beli blouse putih dgn skirt belah tepi warna seakan2 pink, berkilat2, rasa tak sabar lah nak pakai baju ni. Nak2 lak dijemput dek orang. Mlm dinner tu aku dah siap bergaya dgn baju baru, make up pun dah lawa, rambut pun dah siap sikat....rambut tak panjang mana pun,...sikat pun kejap je. Aku pun tunggulah mamat yg nak jemput aku ni....terfikir gak aku, camne gaknya kereta yg mamat ni bawak??....sekali tu aku dengar bunyi hon kat luar rumah.  Terkedek2 aku kuar rumah,....tak lak aku nampak mamat ni.....sbb terlindung dek pokok rimbun kat rumah tu. Aku pun jalan lah kedepan.......rasa nak terkeluar biji mata aku tgk  mamat tu bawak apa?....macam tak percaya je.......dalam hati dok fikir...camne aku nak naik ni????. Dia bawak scrambler!!!!!!. Bayangkan lah.....aku kena naik scrambler dgn skirt belah tepi hingga kepeha........dah lah tu , seat belakang lak tertonggek je.  Aduh!!!...rasa nakpengsan kat situ gak lah....Nak je aku tolak tak nak naik...tapi kawan tu dah dtg..... mahu tak mahu naik gak lah..... rasa akulah sepanjang perjalanan nak ke hotel ni.....pemandu lain yg kat jlanraya tu dah kenyang tgk peha aku...... malunya aku tak terkira....... lebih malu lagi bila kena berhenti kat traffic light...ada lak motor lain sebelah menyebelah.......muka aku  tunduk je kat bawah, tak berani nak pandang kat kiri kanan........


Ada satu hari tu aku bersiap nak pergi keje. Bila semua dah siap, aku pun keluarlah rumah.....tapi aku rasa pelik lak....nape dada aku rasa ringan je...lepas tu terasa berangin je. Aku jalan gak....tapi semakin aku jalan, aku rasa semacam je....rasa cam bergoyang2 lak dada aku ni. Apa yg tak kena ni?....jantung aku ni ada masaalah ke?......Aku pun belek lah kat dada aku....nape lak dada aku semacam je rupanya.....Ya Rabbi!!!....aku lupa pakai baju dalam...patutlah berangin je tadi.  Nasib baik aku belum naik bas lagi....patah balik kerumah......tak pasal2 aku lambat masuk opis ari tu.....


Tak lama lepas tu, aku pindah duduk dgn mak aku, sbb kesian dia tinggal sorang2. setelah adik aku dpt keje kat KL. Aku kena ulang aliklah dari rumah keKL setiap hari.  Sbb rumah aku jauh dari main road, aku kena sewa kereta ambik aku pagi2 hantar ke bus stand. .....sbb nak naik bus ke KL kul 6 pagi. Kdg2 tu pakchik dreber ni buat hal, tak dtg jemput aku...kenalah aku menapak jln keluar pagi2 buta. Setiap kali aku kuar rumah, tak pernah nampakmatahari....balik pun camtu gak. dah nak gelap baru sampai rumah. Aku ni selalu eksen nak nampak cantik, tapi mata lak rabun. Dulu pakai contac lens..... tapi asyik hilang je.....gosok mata gatal, dia hilang...kena angin dia hilang....tgh cuci dlm sink pun dia boleh hilang. Ada sekali tu dia hilang masa aku tgh tungga bas.....hilang sebelah lak tu. Mana lak aku nampak kat mana dia jatuh. Seksanya aku rasa nak nampak nombor bas dgn mata sebelah je....sbb sebelah tu  nampak...sebelah lak  tak nampak....dah tak balance. Pernah sekali dua2 belah  hilang.....dah lah aku kena kecikkan mata nak tgk nombor bas......lama2 aku tukar pakai spek je.....

Satu hari tu aku tak nak pakai spek nak pegi keje.....tak lawa pakai spek konon. Kebetulan lak pakchik dreber tu buat hal lagi, tak dtg jemput aku. Aku terpaksa lah menapak  pepagi kul 5.15  ke jalan besar. Seram gaklah jalan sorang2 tu....tapi aku jalan gak lah.....dah pertengahan jalan, tiba2 aku terdengar cam bunyi kereta dari arah belakang.....tapi ni bunyi dia kuat sikit dari kereta. Aku pun tgk lah kat belakang......ternampak lah lampu kereta , dua lampu yg kat  tempat biasa.....yg dua kecik sikit kat atas. Aku agak ni mesti bas ni....baru kuar nak pergi ke bandar. Aku pun tahan lah........suka hati aku sbb ada gak bas yg lalu.  Semakin dekat kenderaan tu kat aku...semakin pelik lak aku tgk bentuk bas ni......ye lah aku mana pakai spek masa tu..... bila dah berhenti depan2 aku , baru lah aku perasan....yg aku tahan tadi tu ...Lori!!!!...kelindan lori tu tanya kat aku ....." mana mahu pigi??"......malunya aku!!!....ada ke lori yg aku tahan...tu lah nak eksen lawa, tak nak pakai spek.....bila fikir2kan balik, nape lah aku bodoh tak nak pakai spek pagi2 buta tu....bukannya ada pun orang kat jalan raya tu...aku sorang je...

Tu bukan pertama kali aku tak nak pakai spek....kali kedua aku tak nak pakai spek, masa aku nak balik kerumah. Aku terpaksa jalan kaki dari main road  nak kerumah....hari lak dah gelap. tetiba adalah orang naik skuter berhenti depan aku. Muka dia cam aku kenal je......macam muka hubby sedara aku. Dia tanya aku nak kemana?...aku katalah nak balik. Dia jemput lah aku naik, dia hantarkan. Masa dlm perjalanan tu, aku sembang2 lah.....tanya bini dia semua.....sekali tu dia cakap....dia tak kahwin lagi. Terkejut aku!!!.....sapa lak yg aku tumpang naik ni?....haru tul lah aku ni......jam tu gk cari alasan camne nak turun dari skuter dia. Bila aku nampak je simpang nak masuk kerumah aku....aku suruh dia berhenti. Dia tanya, rumah kat sini ke?....aku temberang lah , kata rumah aku dekat2 sini je...padahal rumah aku depan je. Nasib baiklah dia tak tanya byk2.....aku slow je jln kerumah.....dah agak2 tak nampak bayang dia barulah aku berlari ke gate rumah. Memang aku ni tak de keje, asyik cari masaalah je........
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 07:41 AM | Show all posts
hahahah...nasib baik tk jadi2 apa kat ko kimi oiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 02:25 PM | Show all posts
takder sambungan ke?? terhibur baca citer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 01:39 PM | Show all posts
smbg lagik la kimmy..terhibur baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2007 12:30 AM | Show all posts
Aku ni orang tak ngeti nak serik2. Orang yg aku berkenalan yg ntah apa2.......semuanya tak semenggah belaka....memang tak leh masuk book lah.  Tapi degil punya pasal.... buat jugak.

Semasa  aku keje kat tingkat3, satu hari tu aku tiba2 sakit kaki yg amat2.  Meleleh air mata dok nak menahan sakit  . Bos aku yg aku tumpang gi keje, hantar aku ke  hospital Universiti. Mula2 tu ok lah doktor  check semua....sekali tu dia suruh aku masuk wad.....sbb tak dpt detect apa penyakit aku ni.  Kat kaunter spital tu aku menangis2 tepon akak aku, bagi tahu ak kena tahan kat wad. Dah siap semua pendaftaran, nurse bawaklah aku masuk wad...lepas tu siap bagi uniform pesakit lagi. Aku cukup tak selera tgk baju tu, dah lah kusam warnanya.....ntah bekas pesakit mana ntah......kain lak bukannya pakai jerut, pakai ikat je kat pinggang....silap2 haribulan, memang boleh terlorotlah kebawah. Yang paling buat aku tak  nak sgt2 pakai .....style bajunya.....depan tu kira oklah....tutup semuanya.....tang belakang tu.....semuanya pakai ikat je kat belakang. Pulak tu, size bukannya ikut size bdn aku, nurse tu pakai hentam je bagi size kat aku. Dah lah aku dpt siize L....bukan main  lebarnyalah bukak kat belakangnya......diikat macam mana pun tak leh nak sorok bahagian yg ternampak. Ni bukan boleh pilih2 lagi ni......sbb yg ada masa tu stok tak byk. Mula2 aku ditempatkan kat depan sekali......sebelah pintu masuk


Bila keluarga aku dah dtg tgk, aku pun rasa legalah. Malam tu tgh aku sedap2 tido, aku dengar bunyi cam kereta sorong lalu sebelah katil aku. Bukan main bising lak tu.....cam roda berkarat je .  Menyumpah2 aku dlm hati.....tak senang tul lah orang nak tido. Esoknya aku dpt tahu ada orang meninggal mlm tu.  Dua hari lepas tu aku kena pindah lak duduk kat belakang. ...tak tahulah pesal  apa. Petang tu lak...ada pesakit depan aku tgh kronik ....kes pompuan cina ni cuba bunuh diri. Berkejar2 doktor dgn nurse kat katil dia. Aku yg kat depan dia tak nampak apa..sbb tirai dah kena tutup..cuma dengar doktor tu je cakap2 dgn nurse.  Tak lama lepas tu aku nampak orang sorong keranda besi tu kedlm......dah mati rupanya amoi cina tu.....Besoknya, aku kena tukar lagi....kat tengah2 wad pulak.......mlm tu ada lak orang mati lak kat katil berhampiran aku. Agaknya aku ni tak boleh duduk dlm wadlah......ada saja orang yg meninggal dekat2 katil aku.

Hari2 doktor dtg jenguk.....aku lak terpesona lah tgk sorang doktor ni yg hensem sgt. Sukanya aku bila turn katil aku. Asal dia dtg je, aku sesaja je tanya mcam2 soalan......macamlah penyakit aku ni serius sgt. Satu hari tu dia ada cakap apa ntah kat aku, tapi aku tak faham sbb dok asyik tgk muka dia.....dia kata ok?...aku pun jawab ok. Rupanya besok nya aku kena bawak ke satu tempat. Aku disorong ke dewan yg doktor pelatih semua tgh menunggu.!!!!. Aduh !!!....pesal apa lak aku kena sorong kat situ ?.....malunya!!!!.....rupanya aku ni jadi bahan mengkaji penyakit......sbb doktor tak tahu pesal apa kaki aku sakit. Doktor tu suruh aku angkat kaki lak.....kejap yg kiri, kejap yg kanan. Dia tak tahu betapa seksanya aku nak angkat kaki dgn kain yg dah nak terlondeh ni. Dalam hati aku berguni2 aku menyumpah doktor tu. Dua minggu aku duduk kat spital, rasa cam duduk dlm penjara.


Balik bekerja, ada dua orang pelatih dari Universiti  Malaya dalam  pejabat aku....dua2nya cina. Dia orang ni byk ajar aku...bukan aku yg ajar dia orang. Memang kita orang  berkawan baiklah....buat keje sama2.....kdg2 tu mkn pun sama2 gak. Sampai dia orang dah habis U , masih lagi kirim surat kat aku. Lepas tu masuk lak dua orang Engineer, cina gak. Yg sorang tu ok lah.....bdn pun segak....yg sorang tu....lembut semacam...jln pun lembut je.....mak bapak dia tersalah acuan gaknya. Dgn si lembut ni aku lawan gaduh dgn dia. Banyak cantik muka dia nak suruh2 aku buat keje, yg bukan keje aku pun. Mula2 tu aku tahan gak sabar, buat gak apa yg disuruh.  Tapi bila dia melebeh2 lak, aku apa lagi ..... gunung berapi  meletuplah.......aku lawan dia balik...tak kiralah dia superior aku ke?. Senang2  je nak pijak kepala orang. Ada sekali tu aku cakap...." apek you go to hell!!!!".....

Kawan sekolah aku satu hari tu tepon aku kat rumah. Ada ke tepon masa tghari, masa abang ipar dgn kakak aku ada kat rumah. ......lepas tu boleh lak bagi tepon kat kawan dia nak berkenalan dgn aku.  Camne aku nak cakap?.....orang sebelah sana berpuluh2 perkataan cakap dgn aku....aku lak cuma jawab sepatah2. Abang ipar dan kakak aku tu, walau pun duduk relax baca surat khabar, tapi telinga masing2 kat aku. Tu lah pertama kali aku  berkenalan dgn A. Aku ni bukan boleh dengar sore orang sedap kat tepon, mesti teruja. Elok lak lepas tu A, selalu je tepon kat aku....kdg2 tepon kat opis......maklumlah kat rumah tak de privacy.  Dah lama tepon, tibalah masa dia nak jumpa aku face to face. Aku tang yg ni lah yg beratnya,....tapi mamat ni cerdik, dia mintak tolong kawan aku. Kawan aku sikit punya terer berlakon , kelentong konon nak  buat gathering jumpa kawan2 lama, ajak aku join sama. Aku yg lurus bendul ni, boleh setuju lak tu.  Bila berjumpa barulah aku tahu yg A nak jumpa dgn aku. Kawan aku ni kira sporting, tinggalkan aku berdua dgn A, pergi tgk wayang. Nasib lah A ni kira sebaya dgn aku. kalau dia tua, jam tu gak aku cau dari situ. Tgh seronok2 berjalan berdua nak ke panggung wayang, tiba2 aku ditegur dek orang kat belakang. Bila aku pusing....aku tgk abang aku!!!!......abang aku ni potong steam betul lah.  Tapi nasib baiklah dia tak bayk tanya......lagi pun dia dgn kawan dia.  Dalam hati...mintak2lah abang aku tak bagi tahu kat kakak aku.


Tapi dgn A ni pun tak lama gak......bila dia tak de orang nak diajak keluar, dia ajak aku.....kira aku ni spare tyre dia. Bila dlm tepon cakap bukan main romantis lagi...rindu lah...teringat kat aku lah......lama tak jumpa lah.....semua yg manis2 je kat mulut dia....sikit pun tak ada yg kelat masam.....tapi bila dah jumpa....lain lak cakapnya. Dia suka pompuan yg ni lah.....pompuan tu buat dia sakit hati lah........eh eleh!!...rasa nak  lempang je. ....mcam lah aku ni boleh ditendang2 cam bola.  Aku masuk spital pun dia tak jenguk , walau sekali pun.....bukanya dia tak tahu.  Hampes punya jantan!!!!!.  Selepas 2 bulan aku kuar spital, dia tepon......ewah!! bukan main relak je ajak aku kuar. Mula2 tu rasa suka gak sbb dia tepon, aku pun kata oklah aku akan jumpa dia. ......tapi bila tiba harinya aku tukar fikiran. Dalam bas nak pergi jumpa dia, tiba2 aku batalkan.semuanya.  Bodohlah aku, kalau dok ikut cakap dia je...dok ingat kat dia je.......dia ingat pun tak kat aku.....bila tak de orang, cari aku. Dah aku tak dtg, pandail lak cari aku tu.....tapi lepas tu aku cakap terang2 kat dia, aku tak nak jumpa dia lagi dah. Dia nak lingkup ke?...nak terlentang ke?...tu dia punya pasal. Lepas kes dia ni ,aku  cool buat beberapa bulan....


Lepas tu ada lak sorang Engineer India berkenan kat aku. Nak kata dia ni hensem , tak gaklah, kira oklah....cuma kulit tu je yg tak leh nak putih.....tapi tak lah gelap hitam pekat.  Mula2 tu oklah cam orang lain dlm opis, borak2, buat keje yg dia suruh.....tak de apa2.  Aku mula perasan, bila setiap kali aku pegi buat air, dia akan menyusul kemudiannya. Mula2 perasan kawan aku, sbb kita orang selalu buat air sama2.....Kata kawan aku, ni mesti dia berkenan kat aku ni.......sbb kawan aku masa tu tgh mengandung....tak kan dia gila kat kawan aku lak. Lepas tu pantang lah ada masa terluang, menyelit je dia borak2 dgn kita orang......tapi yg paling dia suka borak dgn aku. Sampai pernah lah dia dtg kerumah kakak aku, borak2 dgn abang ipar aku. ......hantar aku balik kampung pun ada gak. Tapi tu lah memang jodoh aku tak de dgn dia.....aku je tolak tuah.......kalau tak dah jadi bini engineer aku dah.......


Aku kemudian pindah lak duduk dgn kakak ketiga sebb berdekatan dgn tempat keje baru. Adik aku lak, ambik tempat aku duduk dgn mak aku. Dengan kakak ni ok sikit, sbb dia sporting. Duduk dgn dia lah aku berkenalan dgn orang yg tak dapat aku lupa bertahun2 lamanya. Tu pun gara2 salah nombor gak, aku berkenalan dgn dia......seorang tentera. Aku ni memang tak leh orang salah nombor, ada saja yg nak berkenalan. Tak tahu kenapa dgn dia, aku tak rasa takut, tak rasa ragu2...bila dia ajak berjumpa.  Kali pertama bertemu , memang aku berkenan sgt2 kat dia......kata orang putih....love at first sight. Orangnya memang hensem, gaya askar tu memang ada. Kasut pun berklilat, boleh dibuat cermin.


Dgn dia lah, baru aku tahu kenapa aku tak lalu mkan, mandi tak selalu basah, kering je rasanya, tido pun tak selalu lena, mata terkelip2 ...muka dia je dlm mimpi aku. Barulah aku tahu camne perasaa H dgn aku yg katanya, tak dpt tgk aku, tgk bumbung rumah pun jadi lah.......tapi aku nak tgk bumbung apa?....dia, rumah pun tak de......bumbung kem ada lah.  Memang gila lah aku masa tu.......rindu dendam membara2....lagu2 feeling semua jadi kegemaran aku.  Tapi satu je yg aku tak suka....tiap kali berdating, aku yg tunggu dia, bukan dia yg tunggu aku. Ada sekali tu berjam aku dok tunggu dia.......tapi sbb hati dah buta....tunggu gak tu. Lagi satu aku cukup benci bila dia buat joke lucah.....tak de lawak mana pun......nak termuntah je aku dengar.  Pernah setahun dia tak hubungi aku....tapi aku  tahan gak, walau hati ni cam ditoreh2 dgn pisau. Tiba2 bila hari jadi aku,  dia contac aku.....tu pun taim aku tgh sibuk kat dapur. Dah dia tepon tu, aku pun jemputlah dia dtg kerumah. Tak pulak aku sangka dia betul2 dtg. Terpaksa lah aku  kenalkan dgn seluruh kerluarga aku.  Terakhir aku jumpa dia , selepas hari jadi aku, masa tu aku bertekak dgn dia.....lepas dari tu, aku dah tak jumpa dgn dia lagi.......sbb aku dah pergi ke London.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2007 08:04 AM | Show all posts
nice story kim...
seronok kan teringat cerita dulu2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 09:20 AM | Show all posts
a'a...nice story...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 10:00 AM | Show all posts
smbg lagik kimmy
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 01:07 PM | Show all posts
pegi london sambung belaja ke keja?? jumpa mat saleh tak?? hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.364650 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list