CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KoSe

Diskusi: Pentingkah Komposer Ternama di Dalam ALBUM?

[Copy link]
Post time 14-3-2007 09:42 PM | Show all posts

Reply #19 KoSe's post

asmin mudin-komposer/lyricist.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2007 09:54 PM | Show all posts

Reply #19 KoSe's post

ceritera cinta pon habsah hassan buat
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 14-3-2007 09:34 PM
PENULIS LIRIK PLAK

1. LOLOQ
Lagu popular n hebat : AWAN YANG TERPILU-NING BAIZURA, LAGU JIWA LAGU CINTA-MAWI N MNASIR, ALLADIN-SPIDER, NAFAS CAHAYA-MISHA OMAR,

2. HABSAH HASSAN
lagu pop ...


teringat aku sekitar lewat 80'an dulu (88-89)...time tu selain Habsah Hassan, Seri Bayu & Lukhman S, MAMA JUWIE antara yg menjadi rebutan komposer utk menulis lirik sampaikan Dato Ahmad Nawab pon panggil Juwie utk lagu2 beliau...juwie dulu kalau tulis lirik lagu mesti combine nama dia dgn dia bopren dia...heheehh...contoh WIELID..., OWIE

A.ALI pon sibuk nak Juwie...walaupun pon lirik lagu yg ditulis ntah hapa2...tu yg ada lagu mcm  BA BA CAK, RAMBU RAMBA , DA DI DU, BEDA BEDI BEDA BEDU, JOGET EWA-EWA bagai...tak dinafikan ada gak lirik lagu2 juwie yg Ok...

kump2 rock yg baru nak naik pon sebok cari juwie dulu...spt kump junction...walaupon lagu dorang tahap XXXXX...maklum la juwie dulu wartawan so bleh la promot sedikit sebnyk...aku penah baca dlm mingguan malaysia dulu bkn main lagi juwie promot lagu2 budak junction ni...ingatkan iya la sedap sgt...rupa2 nya lagu yg di promot tu dia yg tulis lirik...

memang nama2 besar dlm industri ni sedikit sbnyk berpengaruh dlm menaikkan artis...tahun  88-89 semua sibuk cari DATO AHMAD NAWAB & A. ALI... tahun 1990 masa era rock semua sibuk cari M.NASIR...lepas tu tahun 92-93 sibuk cari FAUZI MARZUKI... tahun 95-96 SAARI AMRI...bila time AJAI meletup semua nak lagu2 AJAI...sama la mcm PAK NGAH, YASSIN ...terbaru CAT FARISH, AUDI MOK...dan tak mustahil AUDI MOK akan menang JUARA LAGU satu hari nanti...tunggu masa jer tu...hehehe

pendapat aku jer...tapi bagi aku TAK PERLU...@ TAK PENTING...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 14-3-2007 08:22 PM
tak. aku lebih prefer vokal penyanyi tu n kebolehan derang.
tak kisahla komposer mana pon...kalo sore mmg tak sedap...tetap tak sedap.
cth-syazliana...album dia tu,letakla mana2 komposer yg pen ...


syazliana tu very good example...pembaziran lagu berlaku..jika org2 macam ni buat album pembaziran lagu akan terus berlaku secara berleluasa..cth lagu syaz yg agak bagus ialah TERLERAI KASIH(AJAI) dan BAHADURI(pak ngah..aku sangat suka lagu ni walaupun suara dia sgt annoying)...

point sayangidaku di sini -KALAU ARTIS TAK BERBAKAT bagi KOMPOSER TERKENAL SATU DUNIA PUN TAK GUNA...aku rasa majoriti akan stuju dgn point nie..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 10:32 PM | Show all posts
lupa plak..

MANAN NGAH dulu pon antara yg jd buruan ( lewat 80'an )...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 10:33 PM | Show all posts

Reply #24 KoSe's post

dan dia tak layak bergelar penyanyi
walau sejuta album sekali pun ~ :ah:

< nanti aku sumbang pendpt aku lak,
terasa berat lak kepala hotak aku >
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-3-2007 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 14-3-2007 08:24 PM
kalo ikutkan, aku lagi suka penyanyi tu try wat lagu sndiri...tapi takla utk whole album(kalo belum betul2 bagus)...bleyla try dlm half of the songs dlm album tu ke.
sbb kalo tak nanti jd mcm sy ...


another VERY GOOD POINT..

aku ni minat muzik melayu since aku belum sekolah lagi..aku dah mula hafal lagu n paksa kakak aku tulis lirik lagu untuk aku hafal...bila dah sekolah aku suka menyalin carta lagu mingguan..masa aku kecik2 aku tak ikuti langsung perkembangan muzik antarabangsa sebab takde satu pun family aku dengar lagu omputeh..lagu melayu jer..then tahun 1999(lambat kan?) baru aku mula ikuti perkembangan muzik antarabangsa..2 perkara penting yg aku dapat apabila mengikuti perkembangan muzik antarabangsa(esp US)

1. aku appreciate penyanyi bervokal rendah n tak berapa tinggi...sebelum tu penyanyi yg jerit2 jer aku suka..artis US ramai yg tak bervokal tinggi mana pun tapi tetap buat persembahan dgn hebat spt JANET JACKSON,MADONNA,CIARA,BRANDY etc..dan barulah aku appreciate CAMELIA n SHEILA MAJID...

2. berbalik pada point sayangidaku...setelah aku mengikuti perkembangan muzik US barulah aku sedar penyanyi2 kat US bukan hanya menyanyi tetapi diorg juga berkarya sendiri dalam album diorg...aku memang terkejut bila tengok inlay album di mana most of the song ditulis oleh penyanyi tu sendiri...spt MARIAH CAREY,ALLANIS M, CHRISTINA AGUILERA,JEWEL, DESTINY"S CHILD,TLC,ALICIA KEYS.,MARY J BLIGE,CIARA,NORAH JONES,etc.. thats y aku sangat respek artis Malaysia yg boleh membuat lagu sendiri...lagu2 ciptaan sendiri ni lebih personal n penyanyi tu sendiri yg menentukan hala tuju album tersebut..ada juga yg berpendapat penyanyi spt ni syok sendiri...tapi personally bagi aku, penyanyi2 yg boleh kompos lagu sendiri ni perlu disokong...kat Malaysia ni ramai jugak penyanyi yg boleh buat lagu sendiri spt WAHEEDA, EXIST,SPIDER,NORANIZA IDRIS,NADIA,NORYN AZIZ, list ni belum lagi masuk penyanyi yg juga komposer spt M NASIR,HAZAMI n YASIN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 10:53 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 14-3-2007 08:25 PM
AUDI MOK tgh ngetop skang neh.. harap2 lagu die takkan jd setipikal adnan suatu hari nanti :pray:


lagu audi mok pun dah mula ada tanda2 nampak tipikal..melodi lagu tu..tapi AM ni sangat kreatif sebab dia akan menggunakan instrumen yg berbeza,baru dan segar utk lagu2 dia...harap2 idea fresh n kreatif dia akan terus mencurah2..

antara lagu2 AM yg amat bagus ialah GADIS-NURFATIMA(FEAT LAH VE), CARAMU-NIKKI(FEat ZAHID..ada iras lagu GADIS), INGINKU MILIKI-DAYANg(part sebelum korus tu ada iras CARAMU..tapi tak sama sgt), CINTA DATANG LAGI-DINA(very kreatif), MENJELMA-KAER, RAIKAN MALAM CINTA-JULIZA ADLIZAN(cuba korang hayati intro lagu ni..AM sangat kreatif dgn memasukkan unsur2 lagu KUDA HITAM), INILAH MASANYA-JACLYN VICTOR, MAHAKARYA CINTA-FAIZAL TAHIR, BUKAN SEBARANGAN-NING BAIZURA, DARI SINI KE BINTANG BINTANG-FARAH ASYIKIN,WO-ZAHID...

SEMUA LAGU2 KAT ATAS NI MEMANG BEST N KREATIF...yg kreatifnya audi mok boleh buat pelbagai genre muzik dari pop,ballad,dance,rnb dan rock...bagi aku AUDI MOK adalah the HOTTEST COMPOSER masa sekarang nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2007 10:56 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 14-3-2007 08:25 PM
secara amnye aku lg suke lagu2 adnan yg dulu.. mungkinkah muzik arrangement di arrange oleh org lain?


actually, lagu adnan dulu2 pun dah tipikal...cuma mungkin org tak sedar...
kalau ko dengar secara back to back album2 FAUZIAH LATIFF dari album TIADA NOKTAH CINTA sampai album SAHABAT memang dapat dengar ketipikalan lagu2 adnan ni..tak kiralah lagu BALLAD ataupun lagu DANCE...tapi lagu2 dia mmg best...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 11:13 PM | Show all posts

Reply #28 KoSe's post

suke instrumen yg digunekan utk lagu menjelma - KAER;..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 14-3-2007 08:57 PM
perlu utk penyanyi yg belum establish lagi & baru nak memperkenalkan diri.
tapi penyanyi yg mmg dah terkenal n ada reputasi bagus, tak perlu terhegeh2 nak ikut2 trend penyanyi lain amik komp ...


aku setuju point ko..

ARTIS BARU : SANGAT PERLUKAN BANTUAN KOMPOSER TERNAMA.
cth terbaik adalah SARAH..album pertama dia mmg meletop.
First album ADIBAH NOOR lebih banyak komposer baru n muda..still ok gak walaupun hanya guna AZLAn sebagai komposer ternama..

ARTIS TERNAMA : TAK PERLU TERIKUT TREND KOMPOSER YG TENGAH HOT..
pelikla artis Malaysia yg dah ternama tapi amsih ikut trend semasa..tolonglah kan..sepatutnya diorg ni yg merintis jalan untuk artis2 baru ikut...ni kalau diorg ni sama naik rebut lagu dari komposer ternama..mestilah komposer ternama ni akan setuju jer buat lagu utk diorg sebab bayaran n royalti mesti lumayan...dalam perkara ni aku sendiri tak suka bila ada penyanyi favourite aku sendiri yg ternama tapi just mengikut trend semasa..sampaikan satu tahap nanti takde bezanya beli album artis A dengan artis B sebab komposer n lagu lebih kurang jer..
dalam perkara ni aku sangat respect pada NING BAIZURA...perempuan ni very bijak,belajar dari pengalaman untuk berevolusi dalam muzik dia...pernah dulu NING TERIKUT sama nak lagu SAARI AMRI sedangkan masatu SAARI AMRI dah tak berapa laku lagi...SAARI AMRi buat lagu utk NING-tajuk lagu tu SUNGGUH dari album PUJAANKU...tak best langsung...tapi tengoklah NING yg sekarang,muzik dia very berevolusi n terus berkembang...aku sangat menyokong artis2 yg bijak macam NING...dan artis2 ternama yg lain tolonglah jadi spt NING...aku dapat rasakan MISHA OMAR adalah satu lagi artis yg bijak dalam muzik dia..sebab tulah aku tak sabar nak tunggu album ke-3 MISHA...

selain itu aku juga respek dengan artis2 ternama ni menggunakan khidmat komposer yg baru atau yg tak berapa popular..lepas lagu2 tersebut popular, penyanyi lain akan mengejar komposer tersebut..cth terbaik ialah JACLYN VICTOR begitu berani menggunakan khidmat KIERAN KUEK utk lagu STAR n JEALOUS yg memang best n very fresh...
ELLA menggunakan khidmat S FAUZAN untuk album2 RAMA2..aku pasti mesti ramai akan mintak lagu kat S.FAUZAN lepasnie..

point di sini ialah
1. KOMPOSER TERNAMA PERLU UTK MEMPERKENALKAN ARTIS BARU
2. ARTIS TERNAMA BOLEH MEMPERKENALKAN KOMPOSER BARU/TAK TERNAMA

[ Last edited by  KoSe at 14-3-2007 11:22 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 14-3-2007 09:41 PM
azalea.
azalea pon ada cipta lagu gak kan? kalo tak silap la...lagu lara-zz.
dia ni jarang2 wat lagu/lirik...tp sesekali wat, mmg bagus.


akupun suka sangat karya AZALEA..lagu LARA mmg best..sampaikan aku jangka lagu LARA dapat masuk top 5 lagu terbaik AIM...selain tu AZALEA buat lagu INNUENDO-GEMAWAN..best gak..
AZALEA pun ada menulis lirik...spt lagu KEABADIAN CINTA-ANUAR ZAIN n PENDITA PENIPU-ELLY MAZLEIN..
sayangla lepas kahwin suami dia tak benarkan dia aktif dlm bidang muzik...memang syg..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 11:30 PM | Show all posts
neway audi mok ngetop lepas lagu caramu kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 11:45 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 14-3-2007 09:42 PM
asmin mudin-komposer/lyricist.


asmin mudin pun bagus..dia buat lirik sendiri utk lagu ciptaan dia..cth lagu yg best ialah ENGGAN n APA SEBENARNYA-FAUZIAH LATIFF, ANGGAPANMU_ZIANA ZAIN n SEMUDAH ITU-DEN..aku ada 2-2 album DEN(SEMUDAH ITU n TERIMA KASIH)..banyak jugak lagu2 dalam album2 tu ciptaan ASMIN MUDIN...dan lagu2 tu best...

satu lagi seangkatan dengan AM ni ialah ZUL MAHAT yg kontroversi dgn lagu NORA_SECEBIS HARAPAN...lagu SAHABAT-FAUZIAH LATIFF,SIAPALAH AKU-AMY MASTURA,JANGAN SIMPAN RINDUMU(FRAN FEAT VE),SESAT DALAM GELITA-SPIDER mmg best..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 11:54 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 14-3-2007 09:59 PM


teringat aku sekitar lewat 80'an dulu (88-89)...time tu selain Habsah Hassan, Seri Bayu & Lukhman S, MAMA JUWIE antara yg menjadi rebutan komposer utk menulis lirik sampaikan Dato Ahmad N ...


antara lirik juwie yg aku suka- AKULAH KEKASIHMU,KERNA TERPAKSA n RINDU MEMAKSAKU MENYAYANGIMU-FRAN..
CINTAKU HANYUT DI LAUTAN SEPI-RAMLAH RAM...

lirik juwie yg merapu lebih banyak dari yg bagus..

aku pun tak larat sangat bila dia puji indirectly lagu2 yg dia buat lirik dalam magazine dia esp MANGGA tu...yg paling aku ingat dia memuji lagu SARE(penyanyi dari gunung tu)..tajuk lagu dia BUKAN AKU YANG BERSALAH...aku masih ingat lagi juwie tulis lebih kurang macam nila...sedih bila mendengar lagu nie.melodi dan lirik yang sayu boleh menitiskan airmata...rasa nak cocok mata aku dgn garpu sebab terbaca part tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 11:56 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 14-3-2007 08:30 PM
takla. tp adnan byk guna muzik yg dah diprogram. ada certain lagu dia yg walopon jelas sgt guna muzik program, mcm 'halaman cinta'-misha, tp aku rasa tetap sedap. cuma dia kene elak buat lagu sty ...


mesti penulis lirik HALAMAN CINTA akan masuk ke sini nanti...nak dengar apa komen dia pasal topik nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2007 12:24 AM | Show all posts

Reply #36 KoSe's post

hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 12:26 AM | Show all posts

Reply #35 KoSe's post

juwie puji lirik dia sndiri? :lol
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 12:27 AM | Show all posts
kose ko da kawin blom
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 12:34 AM | Show all posts

Reply #32 KoSe's post

ko kenal tak azira azid tu sapa kose?
itu nama samaran komposer lain ke?
burungpungguk ckp mungkin ainul jamal(dj radio) rtm dlu. tp aku syak azmeer.

lagu2 ciptaan dia-'jawapan kasih'-amy mastura. best gak.
pstu tulis lirik 'syair pesona'-sharifah zarina.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.557889 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list