|
filem2 macam ni la yang membuatkan filem2 Prof mamak tu nampak lagi logik |
|
|
|
|
|
|
|
USTAZ X TGK LG PUN TRAILER ... |
|
|
|
|
|
|
|
Misi yang kehilangan arah
Oleh: A. WAHAB HAMZAH
SUBJEK sesebuah filem boleh sahaja cukup menarik. Idea sesebuah filem juga boleh datang daripada sesiapa sahaja, tetapi untuk mengolahnya menjadi sebuah skrip yang baik, memerlukan keahlian daripada penulis skrip yang berkeupayaan untuk membentuknya menjadi sebuah naratif yang menarik.
Tetapi skrip yang baik masih memerlukan seorang pengarah yang mampu menvisualkannya di layar perak. Ini menjadikan filem sebagai sebuah karya seni yang lahir hasil daripada kerjasama dan gabungan banyak keahlian.
Filem MISI: 1511 daripada segi idea seharusnya mampu menjadi sebuah filem yang menarik. Mengisahkan persaingan dua orang saintis iaitu Kamal Hanafi (Rico Tampatty) dan Johan Agusta Putra (Adjie Pangestu) untuk memenangi anugerah bernilai RM2 juta yang ditawarkan oleh Datuk Mahfuz (M.Rajoli). Kamal memenangi peraduan tersebut dan ini menyebabkan Johan tidak berpuas hati lalu bertindak mencolek tunang Kamal iaitu Kamelia. Kamal lalu diminta oleh agensi perisikan untuk menjejak dan menahan Johan. Bukan sekadar persaingan dibidang ciptaan sains, tetapi filem ini melibatkan pertentangan kerana perbezaan ideologi antara Kamal dan Johan, dan juga melibatkan hubungan tiga segi antara Johan, Kamelia dan Kamal. Johan adalah bekas kekasih Kamelia dan Kamal sebagai tunangan Kamelia selepas dia kematian isteri dan anak-anaknya.
Struktur naratif filem ini nampaknya berputar dalam lingkungan yang sama dengan melibatkan watak-watak yang sama sahaja. Daripada persaingan kerana peraduan ciptaan sains, kepada permusuhan kerana perbezaan matlamat perjuangan dan hinggalah kepada hubungan kasih tiga penjuru.
Filem ini dibuka dan ditutup dengan adegan yang menggambarkan sekumpulan orang-orang Islam dalam persiapan untuk satu perjuangan. Mengapa mereka ini mahu digambarkan sebagai ekstremis? Mengapa penyakit yang sering menggambarkan kumpulan Islam sebagai ekstremis dalam gambaran yang stereotaip dengan sewenangnya berlaku dalam filem tempatan sendiri?
Gambaran kumpulan Islam yang keras dan tidak toleransi digambarkan dalam filem Fenomena (Aziz M. Osman), Perempuan Melayu Terakhir (Erma Fatima), Berlari ke Langit (Bade Hj. Azmi) dan Puteri Gunung Ledang (Saw Teong Hin). Dalam beberapa filem lain dan drama TV juga sering digambarkan bahawa kumpulan orang Islam yang stereotaip yang dalam pakaian jubah, berserban atau berkain pelikat tidak toleransi, keras dan seakan tidak memahami suasana persekitaran.
Lebih malang dalam Misi: 1511, adegan pembukaan dan penutup yang menggambarkan kumpulan ekstremis Islam itu tidak mempunyai kaitan yang nyata dengan keseluruhan cerita. Lebih baik ditiadakan langsung. Filem tempatan kita seharusnya menghentikan gambaran stereotaip dan mengelirukan ini kerana ia tidak memberikan apa-apa sumbangan.
Judul Misi: 1511 seakan memberikan gambaran subjek yang cukup hebat kerana penonton akan membayangkan kaitannya dengan peristiwa letupan WTC pada September 11. Malah gambaran kumpulan para Jihadis Islam di pembukaan filem ini serta kaitannya dengan adegan-adegan di Jakarta boleh sahaja dikaitkan dengan tokoh yang terlibat dengan pengeboman di Bali dahulu.
Tetapi nanti dulu, 1511 sebenarnya adalah tarikh kelahiran Kamelia dan Johan akan meletupkan apa sahaja pada tarikh tersebut. Nampaknya filem ini cuba bergantung dengan adegan-adegan pertarungan serta letupan untuk menarik perhatian penonton, tetapi tanpa sebab dan akibat yang kuat serta plot yang meyakinkan, maka adegan-adegan tersebut sekadar hiasan yang kacau dan gagal membantu menguatkan filem ini.
Lebih melucukan apabila melihat imej pelancaran roket yang dilakukan oleh Johan dalam skrin komputernya. Masalah utama dalam pengunaan imej janaan komputer adalah memastikan imej yang dicipta dapat meyakinkan penonton dengan realiti yang diciptanya.
Apabila sebuah filem memberikan tumpuan berlebihan kepada adegan-adegan aksi dan memastikan berapa banyaknya letupan yang akan dimuatkan tanpa memberikan tumpuan kepada pembinaan plotnya dan perwatakkan yang meyakinkan, maka jadilah ia seperti Misi: 1511.
Kerana sungguhpun adegan aksi dan imej yang spektakular penting dalam sesebuah filem, tetapi yang menjadi perhatian dan tumpuan penonton pastilah plot cerita dan perkembangan watak-wataknya. Inilah aspek yang seharusnya juga menjadi `misi |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha cam tahap sampah je citer ni.
klas lg drama2 kat RTM |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 premierleague's post
kene ktuk kaw2 ngan sorat kabo.. kahkahkah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AyieBoyZ at 19-12-2006 04:05 PM
kene ktuk kaw2 ngan sorat kabo.. kahkahkah..
aah .. baca reveiew media pun .. banyak yang negative je .. |
|
|
|
|
|
|
|
huh...aku ingatkan cite pasal pe tadi...satu lagi filem lahanat keluaran m'sia...syabas diucapkan.. :malu: |
|
|
|
|
|
|
|
pengarah dia bkn sedara tiri jimmy trek selebriti ke? |
|
|
|
|
|
|
|
memang syok sendiri lah Lagu OST pun dinyanyikan Oleh Ir |
|
|
|
|
|
|
|
apek david teo pun lebih kualiti pilem dari mamat ir nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam aku tengok eragon kat tgv klcc...nampak poster filem ni...
ya Tuhan...teruk nak mampus...ada poster tampal, pastu poster kadbod tu, ada dua...
memang haram jadah giler pengarah filem ni, syok sendiri...
blom penah2 dalam sejarah pengarah filem punye signature ada kat poster filem sendiri...
bukannye dia sign masa launching filem ke ape, memang purposely print kat poster tu...
gile ape syok sendiri dia nih...
pastu rekabentuk poster daif yg amat...
muka pelakon sebijik2 dia letak kat poster, nampak kepala je semua, murahan abis...
dah tu tak pasal2 ada poster full eja tengah posing, tak tau ape tujuan...
btol2 gile glemer & low taste IR nih... |
|
|
|
|
|
|
|
wooo...hampeh giler trailer ngan website dier....
:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tahap jamban.
aku tgk trailer kat wayang kita kat astro ria.
mmg cginye can cipan.
sound pon sama.
dok umah tgk drama lagi best |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah tgk midnite tadi... apa yg aku leh simpulkan, adalah, nasib baik aku tak jadi ahli LPF, kalau tak aku suggest kat producer/director die suwoh buang dalam tong sampah je....
just nak cakap, aku rasa director cite ni ada amik idea skit daripada cite Dead End (dan idea Dead End ni tak tau la plak aku kut2 amik dari idea cite lain)... sbb die ada tunjuk mamat tu terbayangkan kat fikiran/halunisasi die sesuatu yg tak realiti, pastu watak2 dalam fikiran/halunisasi die adalah watak2 yg berada di sekeliling die dalam dunia realiti...
overall mmg tahap jamban cite ni... CGI mmg fail lah... tang director syok sendiri tu, mmg betul la kut... kat dlm film ni siap tunjuk lagi kelulusan die macam master Sc segala tu... tapi cite hampeh watpe... Khairil M Bahar pun nampak cam syok sendiri gak dalam film Ciplak (eg die berlakon, die lah pengarah dan die lah segala), tapi film die bagus takpelah gak... |
|
|
|
|
|
|
|
BTW, wayang TGV tayang cite ni seminggu je, minggu kedua dah tak tayang... padan muka, hahaha...
tak kuasa dorg nak ikut skim wajib tayang tsb... |
|
|
|
|
|
|
|
eja sendiri ngaku citer ni sucks ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by laislabonita at 21-12-2006 02:43 AM
aku dah tgk midnite tadi... apa yg aku leh simpulkan, adalah, nasib baik aku tak jadi ahli LPF, kalau tak aku suggest kat producer/director die suwoh buang dalam tong sampah je....
just nak caka ...
rajin ko g tgk?? :stp:
sape sebenarnye ir young juwahir nih??tetiba je jd pengarah filem?? :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
patut la 2 malam lepas aku gi gsc tgk kat skrin takder tayangan dah.
teringin nak tgk kutipan dier beraper. |
|
|
|
|
|
|
|
GSC dan TGV mmg hanya tayang 1 minggu je... wayang lain yg ada pun tinggal 1 tayangan je, tu pun ntah2 show batal sbb takde org...
padan muka, hahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
lupe nak cakap, marsha hanya muncul kejap gile je dalam cite ni, pastu die mati sbb kete yg die bawa meletup kat depan rumah... lol |
|
|
|
|
|
|
| |
|