|
APA ISTIMEWANYA MENJADI WANITA ?[mgd] karengkang, cekpoin, winamp05
[Copy link]
|
|
MADAH PILIHAN
JARANG TERHIMPUN PADA SESEORANG WANITA ITU SIFAT- SIFAT :
CANTIK, CERDIK, BERANI, SETIA DAN TERDIDIK
Pada pendapat Tatie, madah ini sangat menarik hati untuk difahami dan dihayati serta dijadikan peringatan kepada wanita.
Yang paling utama di antara ke lima-lima sifat tersebut adalah wanita yang TERDIDIK.
Apa pendapat yang lain mengenai MADAH ini?..
[ Last edited by serihartatie on 20-3-2005 at 09:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 2005-3-20 01:21 PM:
Yang post ni memang perempuan tulen 100 %.....
naper tak percaye?..
|
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Salam serihartatie,
Teruskanlah cerita saudari, mengapa tetiba masuk bab madah?
10:36. Dan kebanyakan mereka hanya mengikuti sangkaan, dan sangkaan tidaklah berguna sedikit pun terhadap yang benar. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 2005-3-20 01:28 PM:
Yang nak dipersoalkan ialah isi tulisan dan bukan nak tahu siapa yang buat posting. Nak tanya sekali lagi cut&paste ker atau penulisan sendiri? Kalau cut&paste siapa penulis sebenarnya? Lelakikah ataupun perempuan atau lelaki mewakili perempuan?
Sekadar nak memperingati bahawa ciri-ciri orang munafik ialah apabila ia bercakap ia berbohong. Ingatkan saja.
ermm....hanya tahu komen pada mana2 thread tapi post yg berilmu tak ada pun...:bgrin::bgrin::bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
cut&paste= takde ilmu
bila ditanya takleh jawab
sumber yg diambil dari tempat lain tanpa kredit kepada penulis asalnya dipanggil plagiat atau plagarism, sama ngan mencuri. |
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih sauber..kerana berminat...maafkan saya kerana ada COOLING PERIOD di dalam menyambung tarbiah yg diambil dari minda abuya tersebut...
Waktu dulu tidak ada syarikat-syarikat besar. Tidak ada yayasan. Tidak ada orang buat estet yang luas. Jadi kalau tidak ada itu semua maka tidak perlulah
tenaga. Kalau tidak perlukan tenaga, cukuplah menggunakan tenaga lelaki yang sedikit itu. Mungkin sebelum keluar hujah ini, kita pun berfikir, betul
juga nampak sejarah memang kaum ibu tidak banyak keluar. Jadi rupanya bila kita kaji, bagaimana mereka hendak keluar sedangkan memang tidak ada kerja di luar. Tidak ada kementerian, tidak ada jabatan, tidak ada pejabat, tidak ada sekolah dan lain-lain lagi.
Jadi sebab itulah kaum wanita tidak keluar dan tidak diberi peranan. Begitu juga dalam hal hendak mengembangkan ajaran Islam. Tenaga lelaki sudah cukup.
Kaum ibu di waktu itu, sekalipun orang kafir, mereka bukan jahat seperti hari ini. Sekadar aqidah mereka tidak betul saja. Sekadar tidak mengikut syariat
Tuhan. Tetapi mereka tidak jahat sepertimana yang ada hari ini. Jadi kalau tidak ditampilkan kaum ibu Islam, tetap tidak menjadi masalah. Eloklah mereka menjaga anak di rumah. Kebetulan sekolah rasmi tidak ada lagi.
Mengajar anak di rumah lebih baik. Tenaga lelaki sudah cukup untuk pergi berdakwah.
Tetapi sekarang dunia sudah terbuka. Sudah bertamadun. Disamping bertamadun, manusia juga sudah jahat. Kejahatan kaum ibu lebih dasyat dari kejahatan kaum lelaki. Bukan saja orang kafir jahat, kaum ibu umat Islam sudah rosak sangat.
Jadi waktu ini sudah patutlah tenaga kaum ibu camputangan. Patutlah kaum ibu memainkan peranan.Lebih-lebih lagi, kalau kita hendak berhadapan dengan kaum ibu yang rosak sangat dan sudah liar. Takut-takut nanti kalau kaum bapa yang hendak membuat kerja atau hendak menarik kaum ibu supaya mereka insaf, sedangkan kaum bapa hari ini bukan seperti kaum bapa zaman Rasulullah yang kuat iman mereka. Kot-kot pergi pancing ikan, joran itu ditarik ikan dengan orang-orangnya sekali. Kalau ikan tidak makan, laut
yang makan orangnya. Ini sudah terbukti kerana sudah berapa ramai pencegah maksiat hendak menyelamatkan kaum ibu tetapi mereka yang ikut buat maksiat sama. Sengaja berlama-lama baru ditangkap. Itu maksudnya
mereka sudah masuk ke laut juga. Kononnya mereka hendak selamatkan orang tetapi mereka juga sudah tidak selamat. Mereka hendak naikkan ikan tetapi mereka yang jatuh ke laut. Setengahnya sudah tertangkap dan sudah
menjadi kes. Ini faktor sejarah yang orang tidak boleh tolak. Sudah ramai orang yang terlibat didedahkan dalam surat khabar. Konon-konon hendak buat ambush, hendak menangkap orang berkhalwat maka berebut-berebut
hendak pergi ambush. Driver pun hendak ikut ambush.
Jadi cerita ini pun menunjukkan betapa kaum ibu wajib berperanan. Kiaskanlah di bidang-bidang lain yang lebih luas. Memang patutlah kaum ibu itu berperanan.
Tidak boleh lagi membawa hujah di zaman Rasulullah yang hanya dua tiga orang saja yang berperanan sedangkan sekarang ini waktu darurat sangat. Ertinya golongan ini tidak pandai hendak mengambil fakta itu untuk dikaitkan dengan suasana masyarakat pada waktu itu.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam ajaran Islam, kemajuan yang lahir di tengah masyarakat Islam dari masa ke semasa ada hubungan dengan fardhu kifayah. Fardhu kifayah itu ialah bilamana sesuatu yang bersangkut paut dengan umum.
Kalau sesuatu itu masih bersifat individu maka itu bukan fardhu kifayah. Tetapi kalau keperluan umum, itu fardhu kifayah. Ertinya masyarakat bertanggungjawab.
Kalau tidak diwujudkan, semua berdosa. Contohnya, di satu tempat yang ramai penduduk. Susah sangat hendak melalui jalan yang rosak dan ada pula sungai. Kena ada jambatan. Kalau jalanraya itu memang tidak elok maka
hukumnya wajib membangunkan jalanraya yang baik atas nama masyarakat. Itulah yang dimaksudkan kemajuan umat Islam, dari masa ke semasa ada hubungan dengan keperluan mereka.
Contoh lain, di satu kawasan, anak-anak sudah ramai, sudah beratus orang. Bagaimana hendak diajar sendiri oleh mak ayahnya sedangkan masing-masing ada tugas sendiri atau tidak pandai mengajar maka hukumnya adalah fardhu kifayah untuk mencetuskan sekolah.
Kemajuan yang lahir di tengah masyarakat ini ada hubungan dengan fardhu kifayah. Bila kemajuan itu terpaksa dicetuskan di tengah masyarakat sebagai
keperluan maka berlakulah hukum fardhu kifayah yang akan memaksa kaum ibu untuk keluar berperanan sama.
Inilah alasan kuat mengapa kaum ibu mesti berperanan. Cuma oleh kerana kita ada Tuhan dan hendak membuat kerja Tuhan, kita galakkan tetapi didisiplinkan. Kita galakkan tetapi ada peraturannya, ada syarat rukunnya.
Tidaklah seperti golongan kedua, mentang-mentang adahujah, wanita boleh maju sama maka teruslah dibiarkan mereka begitu saja tanpa ada disiplin dan peraturan.
Akhirnya, walaupun maju tetapi side effect negatifnya terlalu banyak. Inilah yang berlaku pada hari ini. Maju tetapi banyak krisis dan pergaduhan. Apa ertinya maju bersama ketakutan dan jenayah.
BERSAMBUNG... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 2005-3-21 02:50 PM:
cut&paste= takde ilmu
bila ditanya takleh jawab
sumber yg diambil dari tempat lain tanpa kredit kepada penulis asalnya dipanggil plagiat atau plagarism, sama ngan mencuri.
Kurang2 pun ada ilmu yg nak dikongsi bersama..lainlah org2 yg hanya tahu jadik 'pengacau' post org lain tapi dia punya post kosong tak leh nak diambil apa2 ilmu pun....lagik terukkklol
heh heh sudah gaharu cendana pula...kan awak ngan the gang dah terer bleh kesan...mana2 paste yg bersumber dari abuya...:bgrin:
aii, selama ini berapa banyak cut & paste dr forumner lain cthnya si sailor tu, berapa punya byk dia punya cut & paste..awk tak perasan pulak yerk...:bgrin: yg tarak pun disertakan penulis asalnya dan awk tak sibuk pun nak kata plagiat ke apa ke...hehehe bila penyokong2 abuya hantar post...nampak pulak ye..
Anyway kami semua positif thinking...elok lah tu awk tolong promote abuya punya pemikiran..kami terlupa nak bagitau..awk & the gang sibuk ingatkan...tq..tq:hatdown::hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
jawab post aku kat guru murshid tuh.
semua idea ori..tak main cut n paste.guna otak. |
|
|
|
|
|
|
|
penghuni hospital bahagia juga hamba Allah..jgn hina mereka.
jika kita belajar..kita mampu mengeluarkan apa yg kita paham tanpa perlu cut n paste.itu maknanya ilmu kita berkat alhamdulillah. dan kita pon boleh mengajar org lain insyallah.
jika tak paham dan tak boleh hurai sendiri..itu maknanya kita tak belajar apa2.
contohnya
cikgu bagik kerja rumah matematik..si a boleh buat si b tak boleh, dia tiru bulat2 apa si a buat. kalo dia bu8leh buat dia tak tiru, dia buat sendiri.
jadik, itu bermakna dia tak paham
jika saudara pernah belajar, tak kiralah ipt, sekolah menengah atau sekolah tadika sekali pon, saudara tentu tahu makna meniru. kalo belajar tinggi skit istilah plagiat.
[ Last edited by snipersnake on 20-3-2005 at 11:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 21-3-2005 04:31 PM:
jawab post aku kat guru murshid tuh.
semua idea ori..tak main cut n paste.guna otak.
Hehehee....
itu ke idea ori nya..buat gelak kat budak sekolah aje ader le...brother sniper...
kalau nak gelak, jgn lupa tutup mulut wahai wanita-wanita semua....tunjukkan kewanitaan anda yg penuh kesopanan itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 20-3-2005 11:25 PM:
Hehehee....
itu ke idea ori nya..buat gelak kat budak sekolah aje ader le...brother sniper...
kalau nak gelak, jgn lupa tutup mulut wahai wanita-wanita semua....tunjukkan kewanitaan and ...
reply biasa org tak boleh jawab :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Madah Abuya tersebut menarik...
Pada pendapat saya, perempuan yang cantik itu ramai.
Mencari perempuan yang cerdik di kalangan yang cantik itu sukar.
Mencari perempuan yang berani di kalangan yang cerdik dan cantik itu juga sukar.
Mencari perempuan yang setia di kalangan yang cantik, cerdik dan berani itu sangat sukar.
Tetapi mencari perempuan yang terdidik di kalangan yang cantik, cerdik, berani dan setia itu adalah yang paling sukar.
Maka sekiranya terhimpun kesemua sifat-sifat tersebut di dalam diri wanita tersebut maka itulah bidadari DUNIA dan AKHIRAT. |
|
|
|
|
|
|
abunawass This user has been deleted
|
Originally posted by hafizi at 21-3-2005 05:56 PM:
Madah Abuya tersebut menarik...
Pada pendapat saya, perempuan yang cantik itu ramai.
Mencari perempuan yang cerdik di kalangan yang cantik itu sukar.
Mencari perempuan yang berani di ...
Terima kasih saudara ku Hafizi...
Teruskan usaha2 promosi Minda Abuya...
:pray::pray::pray::pray::hug: |
|
|
|
|
|
|
abunawass This user has been deleted
|
Originally posted by abunawass at 21-3-2005 11:33 PM:
Terima kasih saudara ku Hafizi...
Teruskan usaha2 promosi Minda Abuya...
:pray::pray::pray::pray::hug:
Hanya lelaki yang beriman dan bertaqwa yang boleh menyelamatkan keadaan ini. Sebab orang beriman boleh mengawal kecintaan atau pengaruhnya pada wanita. Sebab hati mereka lebih cinta dan takutkan Allah daripada cinta dan takutkan perempuan. Walau bagaimana bijaknya perempuan itu menggoda, mereka tidak akan tergoda. Mereka lebih dengar kata Allah daripada kata perempuan. Dan mereka boleh mengutamakan perjuangan menegakkan hukum Allah daripada melaksanakan kehendak perempuan. Rayuan atau ugutan perempuan mampu dihadapi dengan berani dan tegas. Hingga merekalah yang memerintah, bukannya perempuan. Dan mereka (lelaki beriman) yang menghukum dengan kuasa yang ada di tangannya dan bukannya di tangan perempuan.
:hug::love::hug::love::hug: |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah terjawab sudah thread apa keistimewaan sebagai wanita ini rupa-rupanya dari sudut pandangan Abuya mewakili kaum wanita. Ini ciri-ciri wanita solehah seperti bini-bini Abuya ker yang syurga mereka hanya di rumah melayan nafsu suami yang kuat?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 21-3-2005 02:50 PM:
cut&paste= takde ilmu
bila ditanya takleh jawab
sumber yg diambil dari tempat lain tanpa kredit kepada penulis asalnya dipanggil plagiat atau plagarism, sama ngan mencuri.
Heran ya snipers...dulu depa kata depa ni sesua intelek-intelek yang ada belajor tinggi-tinggi tapi tak tahu etika penulisan ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Kata-kata orang intelek
sebagai seorang yang berkecimpung di dalam bidang akademia, saya bukan senang untuk bertaklid buta tanpa memahami dan mengkaji sebelum saya berpegang kepada sst pendapat. Bukan untuk menyombong dengan ilmu yang saya ada sehingga rasa diri sudah cukup ilmu untuk tidak menerima pendapat orang lain atau tidak rasional di dalam membuat penilaian seperti yang saudara katakan itu...
dan lagi apabila tidak boleh menjawab
tak perlu saya jawab setiap apa yang sdr paparkan itu, kerana saya fikir sdr sendiri boleh mencari ilmu untuk membuat perbandingan |
|
|
|
|
|
|
| |
|