CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zfaz010

CERPEN: Calon Pilihan Abah

 Close [Copy link]
 Author| Post time 2-9-2006 11:13 AM | Show all posts
========
PART 14
========

揌ello,assalamualaikum, Hisham..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2006 11:15 AM | Show all posts
========
PART 15
========

Hisham,aku merindui dirimu. Air mataku menitis lagi!

Hari ini, aku dan Izzah pulang bersama. Ramai juga yang menghantar aku di airport. Itu kali terakhir aku menjadi warga bumi Cork yang menyimpan seribu satu kenangan itu. Aku menoleh buat kali terakhir memandang bumi kedua yang kucintai selepas Malaysia itu sebelum aku masuk ke perut kapal terbang. Aku menghirup sepuasnya udara Ireland. Selepas ini aku mungkin takkan kembali lagi ke sini..

Mataku masih berbekas lagi hasil tangisanku selama 2 hari yang lepas. Malu juga dilihat orang. Tapi apakan daya, itulah perasaanku yang terpancar jelas di wajahku. Aku akan cuba melupakan semuanya. Kenyataan yang terlalu sakit untuk kuterima. Tapi itulah hakikatnya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Mengenang aku ini hanyalah hambaNya yang hina, sesungguhnya tidak layak untuk aku mempersoalkan takdir ketentuanNya. Dia lebih tahu. Aku percaya sepenuh hatiku bahawa dia lebih tahu segala-galanya.

Sepanjang di dalam kapal terbang, aku bersembang panjang dengan Izzah. Semuanya cerita-cerita gembira sahaja yang kami cakapkan. Kami berpisah di KLIA. Ibu bapanya akan menjemput dia di situ. Aku memeluk Izzah erat-erat sebelum berpisah. Bagiku dialah sahabat paling sejati pernah aku miliki.

Aku meneruskan penerbanganku ke Alor Setar. Aku tidak memberitahu emak tentang kepulanganku. Sampai sahaja di Alor Setar, aku mengambil teksi dan terus pulang ke rumah. Fikiranku kini kosong. Aku Cuma memikirkan tentang pembedahan otakku yang akan aku uruskan nanti.

Setibanya di rumah, aku nampak emak sedang menyapu di luar. Emak sungguh terkejut melihatku. Terus dia memelukku dan mencium pipiku.

"Kenapa tak cakap dengan mak nak balik? Kalau tidak boleh mak dan Azmi jemput ana" kata emak lembut. Azmi?? Sudah lah tu Mak!Ana dah putus dengan Azmi..kata hatiku.

"saja nak kejutkan mak.." kataku sambil tersenyum. Emak terus sahaja mengheret aku masuk ke rumah dan bercerita panjang-lebar denganku. Betapa dia merindui aku.. Aku tunjukkan pada emak gambar-gambar konvokesyenku. Emak memeluk aku sebaik sahaja dia melihat aku memakai baju merah jambu itu.

"Ana..kita cepatkan aje ye sayang.."ujar emak lembut.

"Cepatkan apa ni mak?" soalku dengan penuh debaran.

"Perkahwinan Ana laa..Janganlah berdalih-dalih lagi..Mak ada jumpa Azmi minggu lepas." Emak diam seolah-olah menunggu aku bertanya tentang Azmi. Aku diam sahaja..

"Ana..Ana bergaduh dengan Azmi ke? Dia diam saja bila mak sebut nama Ana..Kenapa ana..bagitau lah pada mak.."pinta emak sepenuh hati.

"Erm..tak ada apa-apa mak..Alahh..biasalah..Ana kan duduk jauh dekat sebulan jugak tak balik ni kan..Mestilah macam tu sikit.."kataku. Apa maksud kata-kata aku itu aku sendiri pun tidak memahaminya. Aku tergelak sendiri di dalam hati memikirkan kata-kata aku pada emak itu.

"Mak tengok Ana ni macam susah hati je..Ana ada masalah apa-apa ke.." soal emak sambil membelai-belai rambutku. Aku tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalaku.

Biarlah aku sendiri dan menyendiri..Biarlah aku fikirkan masa depanku dan emak sahaja. Aku tak mahu lagi menghiris hati sendiri..Cukuplah dengan apa yang apa yang sudah berlaku.

Malam-malam yang berlalu setelah aku kehilangan Hisham sememangnya begitu sukar bagiku. Sebelum tidur adalah masa terbaik yang selalu aku gunakan untuk memikirkan masa depanku, apa yang akan aku lakukan esok dan seterusnya. Ketiadaan Hisham dalam masa depanku adalah sesuatu yang di luar kemampuan diriku untuk membayangkannya. Kalau dulu, abah memaksa, aku masih mampu memberontak dan menolak. Tapi kini, empunya diri yang menjadi impianku sudah menolak. Apalah yang mampu aku lakukan. Ketumbuhan otakku adalah ujian dariNya. Pemergian abah adalah ujian dariNya. Andaikata umurku masih panjang, esok pasti akan menjelma jua. Hidup perlu aku teruskan. Tak ada gunanya aku merungut dan menangis. Aku lelap setiap malam berbekalkan kekuatan semangat dan keyakinanku pada Ilahi.

Malam sudah larut. Yang kedengaran Cuma suara cengkerik dan unggas-unggas di luar. Bunyi kipas berpusing menemaniku malam itu. Aku baru sahaja selesai menunaikan solat istikharah, memohon petunjuk Ilahi. Gambar masjid Nabawi di seku itu kupandang lama. Malam ini aku bertekad untuk berusaha mengubah hidupku. Derita yang aku hadapi perlu aku lalui dengan kegigihan. Tidak ada gunanya lagi bayangan-bayangan wajah Hisham dalam hidupku. Dia terlalu jauh. Terlalu jauh untuk aku gapai. Aku harus belajar membuang Hisham daripada hidupku.

Telekung aku lipat perlahan. Aku mengusap rambutku perlahan. Aku Cuma ada diri sendiri untuk membela nasibku. Selama ini, pergantunganku pada abah. Abah lah yang menguruskan diriku. Dialah yang menggembirakan aku. Seri hidupku sudah mula hilang sejak peristiwa tahun lepas. Aku perlu mengembalikan keceriaan yang sudah lenyap dari hatiku. Kalau lah abah masih ada, dialah yang akan berusaha mencarikan doctor terbaik untukku. Kalau lah abah masih ada, dialah yang akan memujukku atas kesedihanku. Aku menarik nafas panjang dan kuhembus perlahan. Aku perlu berdiri sendiri sekarang. Tidak perlu bergantung kepada orang lain. Aku perlu kuatkan semangatku. Semangat dan kegigihan untuk melawan kekangan emosi ku ini. Aku tertidur di atas se yang masih belum kulipat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 11:15 AM | Show all posts
:pompom::pompom::pompom:
cayok cayok:pompom:zfaz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2006 11:20 AM | Show all posts
=======
PART 16
=======


"Assalamualaikum Ana." Suara di telefon itu kukenali. Azmi menelefonku pagi itu setelah hampir seminggu aku di rumah.

"Waalaikumussalam !Emm.."

"Ana..Mi bercakap ni. Boleh Ana datang klinik Mi tengah hari ni? Klinik Darul Syifa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2006 11:23 AM | Show all posts
==========
PART 17
==========


"Apa yang ana gelak tadi?" soal Azmi sambil tersenyum. Lega hati aku melihat bayang senyuman itu. Sudah hilangkah marahnya padaku tadi? Aku mengangkat muka lalu tersenyum kembali padanya.

"Tu..gambar tu..gambar masa kecik.."

"Ooo..gambar depan rumah Mi masa mak dan ayah Mi dekat sini duluu..Ana tak ingat ke?" Aku menggeleng-geleng kepala.

"Ha!itulah..asyik teringatkan Hisham dia aje..Manalah nak ingatkan kita ni.."

Aku menarik muka mendengar kata-kata Azmi itu. Aku baru nak cuba berbaik semula, dia dah cari gaduh balik.

"Mi ni!.Ana baliklah macam ni.."kataku dengan nada merajuk. Aku mencapai beg tanganku di atas meja. Entah kenapa berani pula aku buat perangai dengannya.

"Tengok tu..baru usik sikit dah nak balik. Duduk situ. Jangan pegi mana-mana. Mi belum habis cakap." Kata Azmi, persis suara abahku mengarahkan aku. Aku duduk diam sahaja. Tak berani hendak melawan. Azmi sedang bercakap telefon dengan kawannya. Aku sendiri hairan dengan perangaiku ini. Apa yang sedang terjadi ini?

"OK..sori Ana..kawan Mi tadi ada problem sikit..OK..Ha!ada apa-apa penjelasan nak berikan pada saya tentang Hisham?"

"Takde" jawabku ringkas dengan nada memberontak.

"OK..kalau takde, dua minggu lagi saya bawa awak ke KL untuk check-up dan operation tu." kata Azmi tegas.

"Ana tak cakap ana setuju pun lagi untuk operation tu" jawabku sambil menguis-nguis tali beg tanganku.

"Degil lah awak ni..Memang betul lah kata Pakcik Nuar..Degil,cepat merajuk!Tarik muka..semula lengkap.."

Aku terasa seperti hendak menangis sahaja mendengar kata-kata Azmi itu. Abah ni..Itu pun dia ceritakan pada Azmi. Sesungguhnya aku teringatkan abah..Azmi ini rupanya seperti abah juga.

"Ana.. 2 minggu lagi Mi bawa ana dan mak ke KL. Kawan Mi sendiri yang akan buat operation tu nanti. Mi tak berniat memaksa ana..Mi Cuma sayangkan Ana.. Sebab tu Mi nak ana cepat sihat." Ujar Azmi lembut apabila melihat wajah aku yang hampir menangis itu.

"Ana tak sakit pun." Aku meneruskan rajukku dengan kata-kata Azmi mengatakan aku degil tadi. Aku dengar Azmi menarik nafas panjang. Aku tak melihat wajahnya. Aku pandang sahaja beg tangan hitamku itu.

"Ana kan dah jadi doktor..Takkan tak tau pula..Okla..Mi minta maaf ye pasal kekasaran Mi tadi..Minggu depan hari Khamis kita pegi ye.."

Aku sudah malas hendak bergaduh dengannya. Aku mengangguk sahaja. Tak sampai hati menolak. Dia bersungguh benar ingin membantu ku.

"Bayarannya macam mana? Berapa ribu? Ana belum cukup duit lagi.."

"Dengan tunang sendiri takkan lah Mi nak berkira. Tak payah Ana susah-susah fikir tentang duit. Mi bayar semua. Mi Cuma nak Ana sihat".

Aku rasa tidak senang mendengar penjelasan Azmi. Aku tidak mahu terhutang budi padanya.

"Ana tak mau macam tu..Insya-Allah, nanti bila dah kerja Ana bayar balik."

Azmi tergelak kecil mendengar kata-kataku. Entah apa yang kelakar.

"So, Ana setuju ?" soal Azmi. Aku sekadar mengangguk. Kepada siapa lagi boleh aku harapkan? Mujur juga ada Azmi hendak membantu. Alhamdulillah..

"Macam tu lah tunang Mi" katanya sambil tersenyum. Hati aku sayu mendengar perkataan 憈unang
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:22 AM | Show all posts
best ... best, sambung le lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-9-2006 06:49 PM | Show all posts
=============
PART 18
=============

Pertemuan dengan Azmi tadi seolah-olah mengubah sesuatu dalam diriku. Entah lah..Aku sendiri tidak faham. Mustahil untuk aku jatuh cinta padanya sedangkan bekas sisa-sisa kasihku pada Hisham masih lagi terpahat. Mungkin hatiku gembira kerana masalah ketumbuhanku insya-Allah akan diselesaikan tak lama lagi..Alhamdulillah.. Atau mungkin kerana aku telah berbaik semula dengan Azmi. Rasa bersalahku pada Azmi begitu menebal sejak aku memberikan surat untuk memutuskan pertunanganku dengannya sebelum aku berlepas ke Ireland bulan lepas. Tapi itu tidak bermakna aku mahu menjadi isterinya. Isteri! Gementar aku mendengar perkataan itu. Aku belum bersedia menerima sesiapa pun setelah aku kehilangan Hisham. Benarkah aku sudah kehilangannya??

Tanganku memegang erat steering kereta arwah abah. Aku melalui jalan-jalan di kampung kawasan rumahku. Sengaja aku berpusing mengambil angin sebelum pulang ke rumah. Biarkanlah apa yang telah Hisham lakukan padaku. Aku sudah terlalu letih memikirkan tentang dirinya. Biarlah masa menentukan segalanya.

Aku tiba di rumah dengan senang hati. Pertolongan yang dihulurkan oleh Azmi kusambut dengan tangan terbuka. Akan kubayar semula semua kos perubatanku setelah aku bekerja nanti. Segala persoalan hati yang masih tergantung ini aku tolakkan ketepi sehingga segala-galanya selesai.

Terasa aman hidupku seminggu ini, seolah-olah segala kekusutan dalam kehidupanku sudah berlalu. Minggu depan Azmi akan membawa aku dan emak ke Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan itu. Azmi sendiri telah menerangkan tentang penyakitku kepada emak. Maklumlah, dia lebih percayakan kata-kata Azmi daripada anaknya yang masih mentah dalam dunia perubatan ini.

Aku memandang dengan pandangan yang masih kabur ke arah wajah emak di sisi kananku. Emak tersenyum sambil memegang tanganku.

"Ana..Bangun lah..alhamdulillah..semuanya dah selesai.." ujar emak lembut. Aku membalas senyuman emak. Pembedahanku sudah selamat dijalankan. Azmi serta Kak Ilya dan Abang Deris turut berada di sampingku. Aku tidak sanggup memandang wajah Kak Ilya. Wajah itu seolah-olah menaruh satu harapan buatku. Aku pejamkan semula mataku yang masih lemah. Alangkah indahnya jika Hisham di sisiku. Entah kenapa wajah Hisham tiba-tiba bermain di fikiranku.

"Biarlah dia rehat dulu", satu suara menyuruh mereka meninggalkan aku sendiri.

Aku telah selamat kembali ke rumahku kini. Kesihatanku sudah semakin baik. Azmi menjaga aku dan emak dengan baik sepanjang kami di Kuala Lumpur dan juga setelah aku pulang ke rumah. Setiap hari dia akan menelefon emak bertanya khabarku. Abang Long dan Kak Ngah sekeluarga juga pulang menjengokku. Aku bersyukur kepada Allah kerana telah menyembuhkan penyakitku ini. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Menyembuhkan.

Terus-terang aku katakan kebaikan Azmi telah sedikit-sebanyak menawan hatiku meskipun bayang-bayang Hisham masih lagi bermain di fikiranku. Aku duduk termenung di atas katilku sambil memandang kedua-dua cincin pemberian Azmi dan Hisham. Kedua-duanya sama cantik. Atau mungkin cincin pemberian Hisham itu lebih menarik pada pandangan mata kasarku. Pandangan mata hatiku? Aku sendiri tidak mampu menentukannya.

Hari ini Kak Ilya telah menelefon emak bertanyakan tentang tarikh pernikahan aku dan Azmi. Emak begitu beriya-iya mahu mempercepatkan tarikhnya. Daripada apa yang aku lihat, emak juga agak kecewa dengan sikapku yang tidak memberikan sebarang respon. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk aku memikirkan soal perkahwinan. Aku baru sahaja pulih daripada pembedahan dan baru saja pulih daripada ingatanku terhadap Hisham. Aku belum bersedia. Memang aku suka membaca buku-buku isteri teladan, kisah-kisah Isteri-isteri Rasulullah, kerana aku tahu sesungguhnya, Allah meletakkan kedudukan suami itu begitu tinggi dalam kehidupan seseorang isteri. Aku mahu menjadi seorang isteri yang diredhai oleh suaminya. Tapi, perasaanku masih belum bersedia.

Mungkin Hisham telah pun mengorbankan cintanya pada aku. Tiada sebarang berita pun yang aku terima daripadanya. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku terima Azmi itu. Tetapi sekadar untuk membalas perbuatan Hisham. Tapi sesungguhnya ini tidak adil buat Azmi. Dia terlalu baik untuk diperlakukan begitu.

Emak memberikan tempoh seminggu untuk aku memikirkan tentang perkahwinanku dengan Azmi. Masa berlalu dengan sia-sia sahaja. Aku masih belum mampu memberikan keputusan. Aku mahu katakan 憏a
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 06:52 PM | Show all posts
==========
PART 19
==========

Majlis perkahwinanku diuruskan oleh Pakcik Tamam,jiranku. Kak Ilya telah mengamanahkan tugas itu padanya. Katering Haji i telah ditempah untuk jamuannya. Tugas aku dan emak Cuma menghias bilik pengantinku. Kak Ngah ada juga datang menolong. Tapi hampir setiap hari aku berulang-alik mengambil dan menghantar anak-anaknya menolongku apa-apa yang patut di rumah. Abang Long yang begitu sibuk pun mengambil cuti seminggu untuk pulang ke rumah untuk turut sama membantu. Anak-anak abang Long pun turut sama pulang. Maklumlah..cuti sekolah..Izzah datang 2 hari lebih awal. Dia telah kupilih sebagai pengapitku.

Pagi bulan September itu telah menyaksikan aku dinikahkan dengan Mohd Azmi bin Idris. Aku memakai serba putih ketika akad nikah dan upacara akad nikah. Ucapan akad Azmi aku dengar dengan teliti. Aku mencium tangan Azmi dengan satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Dahiku dikucup Azmi lembut. Abang Li, jurugambar itu tidak habis-habis mengusik kami. Menyuruh berposing beginilah..begitulah..Aduhh!letih sungguh aku.

Ramai juga kawan-kawanku yang datang. Intan, Semah dan Zizi turut sama hadir. Aku cuba juga mencari-cari Hisham. Hanya Hanif sahaja yang aku nampak. Masih ada rindu yang terpalit buat Hisham meskipun hatiku ini dilukainya. Aku tahu dia terlalu sedih dengan keputusan keluarganya. Itulah apa yang diberitahu Hanif. Tapi dia tidak sekali-kali mahu menentang keputusan keluarganya. Aku tahu dia anak harapan keluarga. Aku tahu dia anak yang patuh dan taat. Tapi aku juga tahu dia tak mampu menyayangi diriku seperti ibu bapaku menyayangiku. Aku juga tahu keluarganya jauh lebih penting dariku. Mungkin kasihku pada Azmi masih terlalu sedikit, tapi aku yakin dengan kasih nya untukku.

Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..Malam itu aku duduk di katil memerhatikan bilikku yang dihias indah itu. Sungguh aku tidak menyangka..Begini akhirnya episod kesedihan hatiku. Aku berdoa kepada Allah agar kehidupanku akan berubah selepas ini, berubah menjadi kembali ceria seperti dulu-dulu..seperti ketika abah masih ada untuk membelaiku..

"Assalamualaikum..Apa yang isteri abang menungkan tu.."ujar Azmi lalu duduk di sebelahku. Aku tersenyum memandangnya. Tidak sedar pula aku akan kehadirannya tadi.

"Tak ada apa.."kataku malu-malu. Azmi memegang tanganku dan membelai rambutku yang melepasi bahu itu.

"Cantik isteri abang!"

"Abang..Ana minta maaf kalau sebelum-sebelum ni ana ada buat silap banyak pada abang.."

"Itulah..ana kena tebus balik ni..Dah remuk hati abang masa ana minta putus tunang dulu"

Aku tertawa mendengarnya. Aku menyandarkan kepalaku ke bahu Azmi. Rambutku dibelai lembut. Aku terasa disayangi..

***-***_***_***_***_***_***_***


Luqman Hakim bin Mohd Azmi telah selamat kulahirkan 2 hari lepas, genap setahun selepas perkahwinanku dengan calon pilihan abah itu. Alhamdulillah! Suamiku orang paling gembira menyambut kedatangan ahli baru itu.

Tapi hari ini, aku benar-benar rindukan abah. Kalau abah masih ada, pasti dia akan gembira sekali melihat anak kesayangannya ini sudah punya anak sendiri! Aku melihat Luqman yang sedang nyenyak tidur. Azmi telah keluar bersolat maghrib di masjid tadi. Kak Salmi masih di dapur. Kak Salmi itu pembantu rumahku. Selalunya, dia Cuma datang pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang. Tapi aku baru sahaja lepas bersalin , jadi dia bermalam beberapa hari di rumahku. Aku mencium Luqman yang masih merah itu. Aku benar-benar rindukan abah. Wajah Luqman ini seakan-akan menyerupai abah. Aku teringatkan album gambar yang dipenuhi gambar-gambar aku bersama abah sejak kecil hinggalah besar. Entah di mana aku meletakkannya setelah aku bergaduh dengan abah dulu. Entah kenapa aku begitu bodoh melawan cakap abah dahulu sehingga tak sempat aku memohon maaf sebelum dia pulang pangkuan Ilahi. Air mata aku mengalir. Aku terlalu rindukan abah.

"Ana!kenapa ni.." soal emak yang baru masuk ke bilik dengan telekungnya itu.

"mak, mak ada nampak tak album warna biru yang ada gambar-gambar lama ana dengan abah dulu?"

"Mak tak ingat lah ana..Nanti mak cari dalam almari lama dalam bilik mak tu. Mak rasa ada arwah abah belek-belek album tu sebelum dia meninggal."

"tak pa lah mak, ana cari sendiri ye mak.." Aku bangun perlahan-lahan dan menuju ke bilik emak membuka almari usang itu. Penat juga aku meraba-raba mencari. Akhirnya aku ternampak album itu, lantas mencapainya dan kembali ke bilik.

Aku berbaring di sebelah Luqman sambil membelek helai demi helai. Air mataku tidak putus-putus mengalir melihat abah mendukungku ketika kecil, membawa aku naik motor petang-petang. Aku tergelak kecil melihat gambarku dengan uniform skirt ketika darjah satu, menerima hadiah nombor satu dalam darjah dari abah sendiri kerana ketika itu abah PIBG sekolahku. Abah bergambar segak di sisiku memegang piala anugerah kanak-kanak terbaik peringkat negeri Kedah. Abah memeluk aku yang kesedihan ketika menghantar aku ke sekolah asrama. Wajah bangga abah ketika aku dinobatkan johan pertandingan pidato peringkat negeri. Wajah sedih abah menghantar aku di airport ketika tahun pertama. Abah ada di sisiku dalam setiap detik sejarahku. Di masa sedih dan gembiraku. Abah!Maafkan kesalahan ana..Ana sayangkan abah..

Di muka akhir helaian itu aku ternampak satu sampul surat cokelat yang masih kemas terselit di poket belakang album itu. Sampul apa pula ini? Lantas aku mengeluarkannya.


=================

[ Last edited by  zfaz010 at 4-9-2006 06:54 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2006 06:56 PM | Show all posts
==============
PART 20
FINAL
==============

態uat anak manja abah, Ana
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 06:26 AM | Show all posts
good job.. ingatkan ader sambungan lagi. tak mo buat part 2 ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 09:29 AM | Show all posts
best citer nie..
penuh suka duka tp happy ending..
tahniah buat zfaz010 coz buat cerpen yang dapat menitiskan air mata kesedihan & kegembiraan mon..
olahan cerita yang amat menarik..
teruskan usaha!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 10:49 AM | Show all posts
tahniah best la cheta ne.........
teruskan usaha...
kalau ada cheta2 lain kongsi kat sini...
tahniah........
tahniah.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 08:06 PM | Show all posts
Originally posted by eyzlyn at 5-9-2006 06:26 AM
good job.. ingatkan ader sambungan lagi. tak mo buat part 2 ka?



Rasa2nyer  takder part 2;);)

Sebab lepas ni nak letak cepen tajuk lain plak

:ah::ah:
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:27 AM | Show all posts
seronok membaca..tersentuh jiwa raga!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 02:02 PM | Show all posts
klu tak happy ending mesti ramai tak suka
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 05:36 PM | Show all posts

betui tuh.. camner getir pong kesah;
kena happy ending laaa

baru tak rasa sedih...

bestler crita nih.... tak anto paper ker?
aku nangis cam nak rak (

tQ zfaz010   

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


aznie This user has been deleted
Post time 7-9-2006 06:56 PM | Show all posts
bestt..saiko
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 05:37 PM | Show all posts
best giler citer nih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 03:31 PM | Show all posts
baru jek abis baca cerpen u.. Tahniah!!!tulisan u mampu buat i menitiskan air mata keinsafan (part ana tu degil dgn ayah dia).. betapa kita selalu tak bersyukur dgn apa yg family kita lakukan untuk kita w'pun itu mungkin adalah yg terbaik untuk kita.. tx again sis!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 08:50 PM | Show all posts
:cry::cry::cry: waaaa..byknye aku kuarkan airmata..mmg sedih citer ni..ade ckit terkait ngan hidup aku..
pengorbanan seorang ayah..mcm tu la abah aku jgk..lagi sedih same dlm citer aku pun panggil ayah aku abah..bile ana teringat kat abah..aku pun same teringat abah aku..adakah aku pun anak manja abah sbb aku anak yg bongsu?ntah la aku x pasti..tp sejak akhir2 ni perasaan aku pada abah selalu terasa sayu je bile terkenangkan dia..cuma bezanya ngan ana, abah aku masih hidup di bumi ini..bertambah la aku rasa sayang kat abah aku..kalo dulu ade je perangai aku yg menyakiti hati abah sbb perangai aku same mcm ana..aku pun nak jadi mcm ana..isteri yg solehah cuma lum jadi umi je lagi..inyaAllah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.095908 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list