|
UTUSAN ONLINE 16/07/2004
Dayang Nurfaizah - Banyak berubah
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
JIKA anda beranggapan terlalu banyak perubahan berlaku dalam hidup penyanyi Dayang Nurfaizah hari ini, telahan itu tidak silap sebenarnya. Dayang sendiri mengakui dirinya hari ini bukan lagi seperti Dayang pada awal kemunculannya dalam arena seni suara, enam tahun dahulu.
``Saya akui banyak perubahan berlaku dalam hidup saya terutamanya dalam soal penampilan.
``Ini semua adalah proses kematangan dan saya gembira dengan perubahan ini,'' kata Dayang, ramah bercerita.
Menurut penyanyi Hembusan Asmara ini jika dulu dia langsung tidak tahu pasal fesyen, hari ini keadaan berubah.
Penampilan terbarunya yang kelihatan semakin terserlah dan kena dengan imej remaja adalah sejajar dengan persediaan dirinya untuk menerima perubahan.
Sesekali dia berani tampil dengan busana menyerlahkan gaya seksi, tetapi masih tidak keterlaluan.
``Memang tidak dinafikan dengan bantuan orang-orang sekeliling, saya semakin arif tentang fesyen.
``Hari-hari yang berlalu banyak mengajar tentang apa yang saya inginkan dan yang terbaik untuk diri sendiri,'' katanya lagi.
Bicara Dayang tetap ramah-tamah walaupun ketika ditemui jari jemarinya sedang rancak membalas kiriman SMS dan e-mel daripada peminat istimewa melalui portal sembang celebrity yang semakin popular, www.amacam.com.my, baru-baru ini.
Dayang hadir ke Musictheque, Hotel Istana bagi menjawab mesej-mesej berkenaan secara langsung yang dikendalikan oleh Cyber Music Asia Sdn. Bhd.
Bercerita lebih lanjut tentang perubahan dirinya, kata Dayang, bukan setakat penampilan tetapi perubahan juga diterjemahkan ke dalam album terbarunya yang dijangka berada di pasaran September ini.
Kali ini Dayang memilih bekerja dengan komposer-komposer muda yang diyakini mampu memberi nafas kelainan kepada album yang diberi judul Dayang Sayang Kamu ini.
Komposer berkenaan ialah Afdlin Shauki, Acis, Hazami, Denny Saba (Indonesia), Azlan Abu Hassan, Tj, Damien VE, Lah VE, Cat Ruffedge dan James.
``Dayang sendiri yang mengeluarkan kos untuk pembikinan album ini.
``Jadi, Dayang memilih untuk bekerja dengan mereka yang Dayang fikir mempunyai kreativiti tersendiri yang diperlukan dalam album ini,'' katanya menjelaskan kewajaran memakai khidmat mereka ini.
Ditanya kenapa album berkenaan tidak menampilkan lagu Ajai yang sebelum ini sinonim dengannya, Dayang sudah bersedia dengan alasan tersendiri.
``Memang Ajai tidak ada dalam album saya kali ini.
``Mungkin lain kali kami akan berkerjasama lagi,'' katanya yang dikatakan mula meningkat popular melalui lagu Seandainya Masih Ada Cinta ciptaan Ajai.
Dua tahun tanpa album baru, Dayang memilih untuk menghadiahkan semua lagu baru dalam album yang masih dirahsiakan syarikat pengedarannya ini.
``Sudah lama tidak ada album baru. Jadi saya mahu menghadiahkan sesuatu yang bermakna kepada peminat.
``Bukan sepuluh, tetapi 12 lagu baru,'' katanya lagi.
Lagu lain yang terdapat dalam album ini nanti ialah Aku Rindu Aku Jemu, Ku Inginmu Kembali dan Lagu Cinta.
Kebetulan banyak lagu-lagu berkaitan dengan tema cinta, Dayang dijolok dengan pertanyaan apakah dia sedang berada dalam alam yang mengasyikkan? Kalau betul, siapakah jejak bertuah itu?
``Dayang hendak sangat bercinta. Tetapi sekarang semua duit simpanan sudah habis untuk buat album, macam mana mahu bercinta?
``Nampaknya setahun dua ini Dayang kena tumpu perhatian pada karier dan cari duit semula,'' selorohnya. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 17/09/2004
Dayang - Rakam album single di Australia
Oleh ABD. AZIZ ITAR
SELEPAS tiga tahun tidak menghasilkan album, Dayang Nurfaizah akan tampil semula dengan album baru berjudul Dayang Sayang Kamu. Album terbitan syarikatnya sendiri iaitu DN & AD Entertainment Sdn. Bhd., itu akan berada di pasaran mulai 21 September ini.
Sebelum album itu berada di pasaran, Dayang terlebih dahulu akan tampil dengan album single berjudul Need A Break.
Menurut Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 22, album single itu dirakamkan di sebuah studio rakaman di Australia dengan menggunakan perbelanjaannya sendiri.
``Need A Break adalah lagu versi Inggeris. Lagu versi Melayunya berjudul Seketika. Lagu itu dimuatkan dalam album terbaru Dayang.
``Lagu Seketika dirakamkan di Kuala Lumpur, manakala rakaman dan proses adunan untuk Need A Break pula dijalankan di Studio 301, Sydney, Australia.
``Semua kos untuk proses rakaman dan adunan lagu itu Dayang yang tanggung sendiri,'' kata Dayang kepada Utusan Malaysia pada satu pertemuan di Kuala Lumpur petang Selasa lalu.
Jelas Dayang, selain Need A Break, dia juga mengeluarkan wang simpanannya sendiri untuk proses rakaman 12 lagu lain yang dimuatkan dalam Dayang Sayang Kamu.
``Kosnya hampir sama seperti menerbitkan album solo yang lain.
``Malah, Dayang yang memilih sendiri 12 lagu yang dimuatkan dalam album ini.
``Dayang puas hati kerana album ini dihasilkan atas cita rasa dan titik peluh Dayang sendiri,'' ujarnya.
Dayang bagaimanapun enggan memberitahu syarikat rakaman manakah yang akan diberi tanggungjawab untuk mengedarkan album terbarunya itu.
Jelas pengurus Dayang, Liza Kader, sebagai permulaan, 5,000 unit album Dayang Sayang Kamu diedarkan dalam bentuk kaset dan cakera padat (CD).
``Kami lebih banyak cetak dalam bentuk kaset. Ini kerana, 60 peratus peminat membeli album Dayang dalam bentuk kaset dan 40 peratus lagi CD,'' jelas Liza.
Selain terpaksa berdikari untuk menerbitkan album terbarunya, Dayang juga boleh berbangga apabila lagu nyanyiannya berjudul Erti Hidup dipilih sebagai lagu tema untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
``Lirik dan lagu Erti Hidup dicipta oleh Afdlin Shauki dan ia juga dimuatkan dalam album terbaru Dayang.
``Afdlin pilih saya untuk menyanyikan lagu itu. Dayang dengar ada di antara peserta PLKN yang menangis apabila menghayati lagu itu,'' cerita Dayang.
Ketika pertemuan petang itu, Dayang turut menjemput dua daripada tiga peguam nya untuk menjelaskan tentang kedudukan kariernya sebagai penyanyi.
``Terdapat salah faham berhubung status Dayang dengan bekas syarikat rakamannya.
``Sebenarnya, kes Dayang tidak ada kaitan dengan perjanjiannya dengan syarikat rakaman.
``Ia hanya membabitkan bekas syarikat pengurusan yang pernah menguruskan Dayang sebelum ini,'' kata Aizul Rohan Anuar, salah seorang peguam Dayang.
Penjelasan itu dibuat ekoran injuksi di mahkamah yang pernah dibuat oleh bekas syarikat yang menguruskan Dayang bagi menghalangnya mengadakan persembahan dan merakamkan album.
Sempena kemunculan album baru itu, Dayang Nurfaizah akan mengadakan persembahan istimewanya di Planet Hollywood, Kuala Lumpur pada 2 Oktober ini pukul 3 petang.
Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album terbaru Dayang Nurfaizah itu berjudul Dayang Sayang Kamu, Aku Rindu Aku Jemu, Ku Ingin Mu Kembali, Andai Ku Tahu, Lagu Cinta, Seketika, Kau Pergi Jua, Cinta Tiada Lain, Coretan Cinta, Ku Setia, Biar Akhirnya Di Sini dan Erti Hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 19/09/2004
Dayang Sayang Kamu duit poket
Oleh NORZAILA ROSLI
LUPAKAN peristiwa hitam yang pernah menerjah hidupnya tidak lama dulu. Bagi bintang R&B kesayangan ramai Dayang Nurfaizah, perjuangan perlu diteruskan.
Tiga tahun kehausan album baru, kini Dayang muncul dengan buah tangan terbarunya, Dayang Sayang Kamu.
Mesej yang ingin disampaikan di sini ialah - di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
``Benar, segala-galanya saya lakukan sendiri. Alhamdulillah, hasil titik peluh yang Dayang curahkan selama ini akhirnya album ini berjaya juga dihasilkan,'' katanya seakan-akan menarik nafas lega.
Baik dari segi pemilihan lagu, komposer, pemuzik dan segala-galanya dilakukan sendiri oleh penyanyi ini. Lebih membanggakan, album tersebut turut dibiayai sepenuhnya oleh Dayang menerusi syarikatnya, DN&AD Entertainment Sdn. Bhd.
``Percayalah, apa yang Dayang laburkan untuk album ini jauh lebih banyak dari yang mampu dilakukan oleh sesebuah syarikat rakaman untuk artis mereka.
``Inilah yang terbaik dapat Dayang lakukan untuk membuktikan Dayang ikhlas dan ingin terus berjuang dalam bidang seni suara,'' kata penyanyi itu yang sempat mengumpul duit dari hasil persembahannya selama ini.
Sebagai generasi baru dalam bidang nyanyian, semangat yang ditunjukkan oleh Dayang harus dipuji.
Walaupun kerjaya nyanyiannya sedikit turun naik ekoran masalah yang dihadapinya dengan syarikat pengurusan lama, itu semua tidak pernah mematahkan semangat Dayang untuk terus mengekalkan kedudukannya dalam arena seni suara.
Pada kesempatan itu, Dayang yang turut ditemani beberapa orang peguamnya menjelaskan kepada pihak media tentang kekeliruan yang timbul selama ini.
Dayang turut mengulas mengenai tindakan sebuah stesen radio yang dikatakan menerima surat amaran daripada bekas syarikat rakaman lama penyanyi itu supaya tidak memutarkan lagu Dayang.
``Album ini seratus peratus hak Dayang. Buat masa ini tidak ada kena-mengena dengan mana-mana syarikat rakaman,'' ujar penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang itu.
Tambahnya, lagu-lagu dari album itu boleh dimainkan di mana-mana saja termasuk stesen radio, kelab-kelab atau pusat membeli-belah yang boleh membantu mempromosikan album tersebut dengan izinnya.
Pengedarnya pula akan ditetapkan tidak lama lagi kerana penyanyi tersebut perlu menimbangkan tawaran beberapa buah syarikat rakaman antarabangsa termasuk yang turut menawarkan Dayang menjadi artis rakaman mereka.
``Nampaknya ada salah tanggapan di sini. Secara perundangan, tiada injuksi atau arahan daripada mahkamah yang menghalang penyiaran lagu-lagu Dayang di radio. Ia memang boleh dimainkan di mana-mana saja,'' kata Aizul Rohan Anuar yang bertindak selaku peguam Dayang merujuk kepada album terbaru penyanyi itu.
Mengulas lanjut katanya, sehingga hari ini tiada sebarang tindakan mahkamah yang difailkan oleh syarikat rakaman lama artis itu berhubung perjanjian rakaman antara Dayang dan pihak tersebut sebelum ini.
Sehubungan itu, Dayang bebas melakukan apa saja untuk mempromosikan album terbarunya itu.
``Dayang akan buat apa yang termampu walaupun Dayang sedar perjalanan yang dilalui agak sukar.
``Apa yang berlaku, ada hikmahnya. Ia sama sekali tidak melemahkan Dayang malah Dayang tidak akan berhenti menjadi penyanyi,'' ujarnya penuh semangat.
Jelasnya, album terbarunya itu menampilkan pelbagai rentak yang dipilih mengikut cita rasa peminatnya.
``Membuat album ini telah mengajar Dayang erti sebenar persahabatan. Pengalaman menjadikan album Dayang Sayang Kamu satu kenyataan juga cukup membahagiakan Dayang,'' katanya pada sidang media yang diadakan di Planet Hollywood baru-baru ini.
Memuatkan 12 buah lagu segar, Dayang Sayang Kamu mendapat sentuhan beberapa komposer berbakat termasuk Acis yang menyumbangkan lima buah lagu, Azlan Abu Hassan, Damian dan Lah (VE), Cat (Ruffedge), Afdlin Shauki, Hazami dan Pacai.
Sambil mengakui melodi lagu dalam album terbarunya itu lebih mantap, katanya ia adalah hasil ciptaan para penyanyi yang mempunyai fiil sedikit berbeza berbanding lagu yang dihasilkan komposer.
Bagi mencipta kelainan, album ini juga mendapat sentuhan pemuzik luar seperti pemain violin dari Indonesia, Henry Lamiri dan komposer terkenal, Denny Saba.
Selain lagu berentak hip-hop/R&B, Dayang Sayang Kamu yang turut dijadikan single, lagu-lagu lain yang turut mencuri tumpuan termasuk Kau Pergi Jua, klasik pop 80-an dendangan Adam Ahmad yang diberi nafas baru dan lagu ciptaan Afdlin Shauki berjudul Erti Hidup yang digunakan sebagai salah sebuah lagu komponen bina semangat untuk Program Latihan Khidmat Negara.
Sebagai tanda penghargaan kepada peminat, Dayang akan mengadakan showcase eksklusif di Planet Hollywood pada pukul 3 petang, 2 Oktober ini.
Membariskan lagu-lagu dari album Dayang Sayang Kamu, persembahan tersebut lebih bermakna apabila para peminat yang hadir diberi peluang mengikuti sesi pradengar yang julung-julung kalinya diadakan di hadapan peminat.
``Peminat yang datang menyaksikan showcase ini bertuah kerana Dayang banyak mencurahkan idea dan keringat dalam album terbaru ini.
``Dayang berasa sungguh gembira dan tidak sabar menjayakan showcase ini dan berkongsi lagu-lagu baru bersama peminat yang sentiasa menyokong Dayang dari belakang,'' ujar penyanyi itu.
Menurut Dayang lagi, persembahan selama sejam itu juga ditujukan khas kepada mereka yang telah bertungkus- lumus membantunya menyiapkan album tersebut.
Penyanyi bersuara unik itu akan menyampaikan lagu-lagu dari album terbaru yang penuh variasi diiringi pengarah muzik dan juga pemain keyboard Acis, Kelly (bes), Fendy (deram), Shah (gitar) dan dua penyanyi latar Syed serta Eja.
Selain berpeluang mendapatkan single Inggeris keluaran terhad Dayang berjudul I Need A Break, para peminat Dayang juga boleh membeli beberapa barangan penyanyi itu seperti T-shirt dan topi sempena showcase itu nanti.
Pihak penganjur juga akan menayangkan buat pertama kalinya klip video Kau Pergi Jua nyanyian Dayang yang kini semakin mendapat tempat di hati pendengar.
Bayaran masuk bagi showcase Dayang Sayang Kamu ialah RM25 termasuk satu minuman percuma dan ia terbuka kepada semua peringkat usia.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-21446602. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 23/09/2004
SHAHIRA - Idam duet dengan Dayang
Oleh ABD. AZIZ ITAR
SHAHIRA.
--------------------------------------------------------------------------------
SEKALI pandang, wajah penyanyi baru Shahira saling tidak tumpah dengan Dayang Nurfaizah. Artis baru syarikat rakaman NSR ini bukan sahaja mempunyai wajah yang hampir sama dengan Dayang malah rambut lurusnya dan kulit sawo matangnya mengingatkan kita dengan penyanyi berasal dari Sarawak itu.
Lucunya, Shahira sendiri tidak menyedari penampilannya itu mempunyai persamaan dengan penyanyi tersebut.
Malah, menurut Shahira atau Norshahira Md Sheh, 19, dia juga tidak pernah bersemuka dengan Dayang apatah lagi untuk membuat perbandingan dirinya dengan Dayang.
``Saya rasa, antara saya dengan Dayang tidak ada persamaan. Saya tidak tahu di mana persamaan antara saya dan Dayang.
``Kalau mahu dibandingkan daripada segi suara, saya rasa saya dan Dayang mempunyai stail suara yang tersendiri.
``Saya mengenali Dayang sebagai penyanyi. Saya pun memang minat dengan dia. Walau bagaimanapun, setakat ini saya tidak pernah berjumpa dengan Dayang.
``Saya hanya melihat dia melalui televisyen dan majalah sahaja. Saya memang teringin sangat mahu berjumpa dengan Dayang,'' kata Shahira selepas fotografi dengan Utusan Malaysia baru-baru ini.
Shahira bukan setakat mahu bertemu Dayang, tetapi dia juga menyuarakan hasratnya mahu berduet dengan penyanyi yang popular dengan lagu Mana Mungkin itu.
``Kalau diberikan peluang, saya teringin berduet dengan Dayang, dapat berduet dalam sebuah lagu pun jadilah.
``Ataupun dengar dulu album saya dan kemudian bandingkan dengan lagu-lagu Dayang
``Daripada situ nanti, para peminat bolehlah menilai sendiri antara suara saya dan Dayang mesti ada perbezaannya.
``Malah, kalau boleh saya juga teringin bergambar atau digandingkan dengan Dayang dalam satu sesi fotografi.
``Itupun kalau ada wartawan dan pihak media massa yang mahu menggandingkan kami berdua,'' ujar Shahira yang mula menyanyi sejak tiga tahun lalu.
Sebelum ini, Shahira pernah muncul dengan dua buah album single berjudul Kaulah Segalanya (yang dipopularkan oleh Ruth Sahanaya) dan Cinta Terluhur.
28 Jun lalu adalah saat penting bagi karier Shahira sebagai penyanyi apabila album sulungnya berjudul Shahira mula berada di pasaran.
Album berkonsepkan irama R&B itu diterbitkan oleh empat penerbit iaitu Azlan Abu Hassan, Ajai, Helen Yap dan Iman Wan.
Selepas tiga bulan berada di pasaran album Shahira berjaya dijual sebanyak 2,000 unit. Ia satu pencapaian yang memberangsangkan bagi penyanyi baru sepertinya.
Lagu-lagu yang dimuatkan menerusi album sulung Shahira itu ialah Cinta Terluhur, Drama, Hanya Pada Mu, Andainya Ku Bersalah, Emosi, Sabarlah, Jangan Persiakan Ku, Kaulah Segalanya, Dimensi dan Hingga Akhir Hayat. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 05/10/2004
Persembahan Dayang Nurfaizah hambar
Oleh ABD. AZIZ ITAR
APABILA Dayang Nurfaizah mengadakan persembahan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur Sabtu lalu, para peminat tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya.
Fenomena itu dapat dilihat apabila ruang pusat hiburan terkemuka itu penuh sesak dengan lebih 300 peminat penyanyi berasal dari Sarawak ini.
Persembahan Dayang sempena kemunculan album terbarunya berjudul Dayang Sayang Kamu yang berada di pasaran bulan lalu.
Namun, persembahan Dayang pada petang itu agak hambar apabila pemilihan lagu-lagu yang dibawakannya kurang sesuai.
Apa tidaknya, di kala para peminat mengharapkan alunan lagu-lagu terbarunya, Dayang begitu banyak membawakan lagu-lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Barat, Beyonce.
Pada persembahan itu, Dayang membawakan empat buah lagu Beyonce berjudul Dangerously In Love, Naughty Girl, Baby Boy dan Crazy In Love.
Apa salahnya kalau Dayang menyanyikan lagu-lagunya sendiri termasuk yang dipetik daripada album-album terdahulunya.
Keadaan itu menyebabkan para peminat merasa gelisah. Mana tidaknya, di luar pintu masuk Planet Hollywood, staff Dayang Nurfaizah Entertainment sibuk menjual abum barunya itu.
Para peminat tentunya mahu menikmati alunan lagu-lagu daripada album terbaru Dayang secara live pada petang itu.
Selain itu, ramai juga para peminat yang memekik tidak puas hati apabila Dayang menjemput Lah (VE) berduet dengannya menerusi lagu Aku Rindu Aku Jemu.
Lah bukan sahaja dilihat tidak serasi berduet dengan Dayang tetapi vokalnya yang agak sumbang menjejaskan mood lagu tersebut.
Selepas itu, Dayang turut menjemput Cat (Ruffedge) berduet dengannya menerusi lagu Dayang Sayang Kamu.
Sistem bunyi yang kurang baik telah menenggelamkan vokal Cat hingga menjadikan alunan lagu itu hambar.
Mungkin kemantapan vokal Lah dan Cat belum teruji sepenuhnya ketika mereka muncul solo tanpa dibantu oleh paduan suara anggota-anggota kumpulan masing-masing.
Antara lagu lain yang sempat Dayang sampaikan pada petang itu berjudul Kau Pergi Jua, Lagu Cinta, Need A Break/Seketika, Erti Hidup, Coretan Cinta, Andai Ku Tahu dan tiga lagu secara medley iaitu Kembalilah, Pintaku Yang Terakhir, Seandainya Masih Ada Cinta, Mana Mungkin serta Biar Akhirnya Di Sini. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 10/10/2004
Dayang makin matang
DAYANG Nurfaizah punyai sebab mengapa dia perlu terus menyanyi. Sabtu lalu, bertempat di pusat hiburan terkemuka Planet Hollywood, Dayang membuktikan dia masih disayangi oleh peminat seni suara tanah air.
Muncul dengan semangat baru dan penampilan yang lebih dewasa, kemunculan semula Dayang setelah sekian lama tenggelam timbul pada showcase istimewa untuk peminatnya mendapat sambutan di luar jangkaan.
Showcase yang diadakan bertujuan untuk memperdengarkan album terbarunya berjudul Dayang Sayang Kamu itu adalah julung kali diadakan di hadapan peminat.
Pada showcase tersebut, Dayang menyampaikan 10 buah lagu baru termasuk beberapa lagu daripada albumnya yang terdahulu.
Dayang yang muncul lewat setengah jam tampil di pentas diiringi muzik pembukaan Dayang Sayang Kamu sebelum mendendangkan sebuah lagu pop klasik 80-an berjudul Kau Pergi Jua yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Adam Ahmad yang sering berkumandang di radio ketika ini.
Kemunculan Dayang seolah-olah mengubat rindu peminatnya yang sejak awal lagi sudah memenuhi segenap ruang di pusat hiburan itu.
Kata-kata keramat seperti `Dayang, we love you!,' sudah cukup untuk meniup semangat Dayang yang kelihatan anggun mengenakan skirt dan baju bertali untuk terus berlagu pada petang itu.
Sambil memanjatkan rasa syukur, penyanyi yang memiliki suara memukau itu turut berkongsi perasaan gembira bersama peminat yang hadir kerana masih dapat meneruskan impiannya untuk terus menyanyi.
``Kerana anda... Dayang berada di sini dan Dayang sungguh terharu melihat ramai peminat yang hadir memberi sokongan kepada Dayang pada petang ini,'' katanya di awal persembahan.
``Saya di sini untuk berkongsi album terbaru yang seratus peratus milik Dayang bersama anda semua,'' katanya lagi.
Pada kesempatan itu, Dayang turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa komposer yang terlibat dengan pembikinan album terbarunya yang turut hadir memberikan sokongan.
Selain komposer dan peguamnya, turut hadir memeriahkan majlis ialah celebrity chef, Chef Wan, penyanyi popular Anuar Zain dan beberapa orang anggota kumpulan VE dan Ruffedge.
Kesungguhan penyanyi itu jelas terbukti melalui janjinya untuk menjual sendiri albumnya terus kepada peminat.
``Jangan lupa beli album Dayang. Kalau anda tak jumpa di kedai, anda cari Dayang di pasar malam. Dayang sendiri yang akan menjualnya,'' seloroh penyanyi itu.
Persembahan diteruskan dengan Lagu Cinta ciptaan komposer yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata iaitu Acis yang turut menjadi pengarah muzik pada showcase tersebut.
Bagi menghangatkan lagi suasana, penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang itu turut menyampaikan empat buah lagu medley daripada Beyonce berjudul Dangerously In Love, Naughty Girl, Baby Boy dan Crazy In Love sebagai bonus untuk peminatnya.
Walaupun sesekali vokalnya ditenggelami muzik yang sedikit bingit, rentak tarinya yang seksi tetap menghiburkan.
Di kesempatan itu, Dayang turut mendendangkan lagu yang pernah melonjakkan namanya suatu ketika dahulu, Seandainya Masih Ada Cinta.
Lagu tersebut yang ditukar tempo menjadi lebih jazzy ternyata kedengaran lebih catchy setelah diberi suntikan baru.
Dayang turut tersentuh apabila para peminatnya turut menyanyi bersama. Selain diiringi dua penyanyi latar, Dayang juga menyampaikan sebuah lagu duet berjudul Aku Rindu Aku Jemu bersama Lah (VE).
Walaupun ada segelintir peminat yang tidak berpuas hati dengan gandingan mereka terutamanya vokal Lah yang sedikit sumbang, itu tidak mencacatkan persembahan keseluruhan Dayang yang pernah digosipkan dengan penyanyi Anuar Zain sebelum ini.
Sebelum mengundur diri, penyanyi berkulit hitam manis itu sempat mendendangkan dua buah lagu baru berjudul Dayang Sayang Kamu dan Erti Hidup.
Turut mengiringi Dayang ketika mendendangkan lagu berentak hip-hop/R&B itu ialah penciptanya yang juga merupakan salah seorang peminat setia Dayang sendiri iaitu Catt Ruffedge.
``Lagu Erti Hidup cukup bermakna kepada Dayang kerana inilah lagu yang mula-mula sekali Dayang terima untuk album terbaru ini.
``Dayang sendiri terharu kerana Afdlin percaya pada Dayang dan sudi menyumbangkan lagu untuk album ini sehingga menjadikan impian Dayang menjadi kenyataan,'' katanya mengenai lagu yang baru sahaja dicalonkan di dalam Muzik-Muzik itu.
Sambutan baik yang diterima membuktikan penantian Dayang untuk menghasilkan album baru tidak sia-sia.
Malah dengan mutu persembahannya yang semakin meningkat dan interaksi yang semakin baik dengan peminat, Dayang dilihat mampu melangkah lebih jauh lagi.
Lagu lain yang turut disampaikan oleh penyanyi itu termasuk Need A Break/Seketika, Coretan Cinta, Andai Ku Tahu dan tiga lagu secara medley iaitu Kembalilah, Pintaku Yang Terakhir, Mana Mungkin serta Biar Akhirnya Di Sini.
Selain berhibur, Dayang sempat meluangkan masa bertemu peminat selain menjual album dan produk keluaran Dayang Nurfaizah seperti kemeja-T dan topi bersama staf daripada DN&AD Entertainment Sdn. Bhd. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 20/10/2004
Dayang Nurfaizah saman Aneka Seni
Oleh: AMIRUDDIN HARUN
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah hari ini menyaman syarikat rakaman, Aneka Seni Music Productions Sdn. Bhd. (Aneka Seni) bagi menuntut perisytiharan bahawa perjanjian rakamannya ditamatkan kerana syarikat itu didakwa memungkiri perjanjian.
Dayang Nurfaizah, 23, juga memohon perisytiharan bahawa perjanjian rakaman itu telah pun ditamatkan dengan sempurna oleh beliau dan perjanjian itu telah luput serta tidak lagi berkuat kuasa.
Dalam writ saman itu, Dayang Nurfaizah atau nama penuhnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty selaku plaintif menamakan Aneka Seni sebagai defendan.
Writ saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui peguam caranya, Aizul Rohan Anuar dari firma guaman, Aizul Rohan Anuar & Associates.
Penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak yang membiayai sendiri album terbarunya berjudul Dayang Sayang Kamu turut hadir di mahkamah hari ini.
Ketika ditemui oleh wartawan, Dayang Nurfaizah menyatakan, beliau memfailkan saman itu kerana mendakwa terdapat pihak tertentu yang menghantar surat peguam kepada syarikat radio dan televisyen tempatan bagi menghalang lagu daripada album terbarunya disiarkan.
Dalam pernyataan tuntutan, Dayang Nurfaizah mendakwa beliau telah menandatangani perjanjian dengan defendan pada 25 April 2000.
Beliau mendakwa telah menghantar notis rektifikasi (pembetulan) kepada defendan pada 29 Januari tahun lalu disusuli dengan notis penamatan perjanjian rakaman itu bertarikh 28 Februari tahun yang sama.
Sepanjang perjanjian itu, menurut Dayang Nurfaizah, defendan telah menerbit dan mengeluarkan empat album yang direkodkan oleh beliau.
Empat album itu ialah Seandainya Masih Ada Cinta (2001), Di Sini Bermula (pengeluaran semula album pertama penyanyi itu bertajuk Dayang Nurfaizah), Hembusan Asmara (2002) dan album kompilasi berjudul The Best of Dayang Nurfaizah (2003).
Beliau bagaimanapun mendakwa defendan telah melanggar terma-terma perjanjian untuk mengeluarkan empat album rakaman kerana album Di Sini Bermula dan The Best of Dayang Nurfaizah bukan album rakaman baru seperti yang dirujuk dalam terma perjanjian.
Pada 21 November 2002, Dayang Nurfaizah telah menyaman tiga buah syarikat yang terbabit dengan album pertamanya kerana beliau mendakwa telah menandatangani Perjanjian Pengurusan yang berunsur menindas dan merugikannya.
Dalam writ saman itu, beliau juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya tiga syarikat berkenaan memulangkan wang termasuk jumlah yang sepatut beliau peroleh sebanyak RM600,000.
Beliau menamakan defendan pertama syarikat pengurusan, Bintang Seni Sdn. Bhd.; defendan kedua, syarikat rakaman Broadway Entertainment (M) Sdn. Bhd., dan defendan ketiga syarikat rakaman Lindung Seni Sdn. Bhd.
Pada 28 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi di sini telah menolak permohonan Bintang Seni untuk mendapat injunksi bagi menghalang Dayang Nurfaizah membuat persembahan dengan syarat mendapat keizinan terlebih dahulu daripadanya.
[ Last edited by bintang^hati at 30-8-2006 12:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 13/11/2004
Anuar, Dayang - Serasi berdua
Oleh WANDA IDRIS
RAMAI yang sudah melihat persembahan Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah, ingin terus menyaksikan gandingan itu. Mereka tidak pernah jemu mendengar paduan suara Anuar dan Dayang kerana kehebatan dan kemantapan vokal kedua-dua penyanyi itu dirasakan amat serasi.
Malah baik Anuar mahupun Dayang, masing-masing mengakui bahawa mereka sendiri teruja untuk mengadakan persembahan bersama.
Lantaran itu, persembahan Sunday Nite Live di Planet Hollywood pada 5 dan 12 Disember ini dilihat sebagai platfom terbaik untuk kedua-duanya menghiburkan peminat yang sentiasa merindui gandingan mereka.
Bukan tidak pernah berpadu suara sebelum ini, malah kerap kali juga apabila mengadakan persembahan, Anuar pasti akan menjemput Dayang untuk menyanyi bersama-sama dan begitulah juga sebaliknya.
Sehinggakan keintiman itu disalah ertikan sebagai suatu hubungan istimewa oleh sesetengah pihak.
Namun Anuar mahupun Dayang percaya keserasian itu adalah kerana genre muzik yang dibawa adalah sama.
``Oh! Kami tiada apa-apa hubungan. Kami seperti adik dan abang tapi kalau orang nak cakap apa pun, kami tak kisah,'' kata Anuar sambil ketawa.
Kata Anuar yang kini bergelar jurucakap produk pemberi tenaga Tongkat Ali Power Root, dia senang bekerjasama dengan Dayang kerana anak kelahiran Kuching, Sarawak itu amat profesional.
Malah dia mengidamkan berduet dengan penyanyi yang kini diberi julukan Beyonce itu sekiranya hasrat untuk menghasilkan album duet itu berjaya.
Saling mengagumi bakat masing-masing, kata Anuar dan Dayang, mereka akan memberikan persembahan terbaik untuk kepuasan peminat pada persembahan penutup tirai 2004, Sunday Nite Live di Planet Hollywood.
Namun kata mereka, itu bukan alasan untuk bersaing membuktikan keupayaan vokal masing-masing.
``Apa yang penting ialah menghiburkan peminat yang datang untuk menyaksikan gandingan kami,'' kata mereka.
Kata Anuar, mereka akan menyanyikan lagu-lagu daripada album masing-masing secara solo dan medley.
Terdapat juga lagu-lagu duet yang akan dinyanyikan, namun pemilihan lagunya masih belum diputuskan.
Ini kerana, kata Anuar, tidak banyak lagu duet tempatan yang boleh didendangkan mengikut kesesuaian vokal mereka.
``Sudah ada beberapa lagu antaranya lagu Get Here, Pustaka Rimba (yang pernah didendangkan oleh Dayang dan Ziana Zain) dan Kini Bebas (duet Anuar Zain dan Camelia) serta lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee.
``Sekiranya seleksinya masih kurang, kami menyerahkan tanggungjawab pemilihan lagu kepada Acis, pengarah muzik yang akan mengiringi persembahan kami nanti,'' jelas Anuar.
Sementara itu, Dayang berkata, dia akan mendendangkan lagu-lagu popular Anuar Zain yang diminatinya secara medley.
``Anuar juga akan mendendangkan lagu-lagu saya. Nak tahu lagunya? Kenalah datang menyaksikan persembahan kami,'' katanya yang giat mempromosikan album terbarunya Dayang Sayang Kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 07/12/2004
Showcase Dayang, Anuar - Ratusan peminat kecewa
Oleh ABD. AZIZ ITAR
TERBUKTI Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah adalah pasangan duet yang serasi dan mampu menarik ramai peminat. Perkara itu dapat dilihat ketika persembahan mereka di Planet Hollywood, Kuala Lumpur malam kelmarin. Pusat hiburan terkemuka itu penuh sesak dengan para peminat Anuar dan Dayang yang sudah berada di situ dua jam sebelum persembahan bermula pada pukul 10.45 malam.
Para peminat terpaksa beratur panjang di luar Planet Hollywood untuk membeli tiket berharga RM35 sejak dari pukul 9 malam lagi.
Menurut Pengurus Pemasarannya, Serina Ahmad, ramai peminat yang kecewa apabila tidak dibenarkan masuk kerana tempat tersebut terlalu sesak.
``Dianggarkan 400 hingga 500 peminat masih berada di luar sana (Planet Hollywood).
``Mereka tidak dibenarkan masuk kerana tempat ini hanya mampu menampung sekitar 1,000 orang sahaja,'' kata Serina sewaktu Utusan Malaysia bertemu dengannya selepas persembahan itu.
Kata Serina, peminat yang tidak berpeluang menyaksikan persembahan pada malam itu boleh datang lagi pada 12 Disember ini.
Ini kerana, pada tarikh itu Anuar dan Dayang sekali lagi akan mengadakan persembahan Sunday Nite Live mereka di situ.
Planet Hollywood mula riuh dengan jerit pekik peminat apabila Anuar dan Dayang muncul dengan dua lagu Hari Raya berjudul Suasana Di Hari Raya dan Seloka Hari Raya.
Persembahan pembuka tirai itu sesuai dengan penampilan Anuar yang berbaju Melayu Johor, apatah lagi suasana Aidil Fitri masih dirasai.
Dalam persembahan selama hampir dua jam itu, Anuar dan Dayang berduet menerusi empat buah lagu berjudul Pusaka Rimba, Get Here, Kita Insan Biasa dan Inikah Cinta.
Dua penyanyi ini paling banyak menyanyikan lagu-lagu popular mereka secara medley dan ia berjaya menggamatkan ruang Planet Hollywood.
Walau bagaimanapun, dua penyanyi R&B ini masih bergantung dengan lagu penyanyi luar seperti dari Indonesia.
Anuar misalnya menyanyikan semula lagu January yang dipopularkan oleh Glen dan Dayang pula menerusi lagu Kaulah Segalanya (Ruth Sahanaya).
Ramai peminat yang tidak puas apabila Anuar menyanyikan lagu popularnya seperti Bila Resah dan Di Sini Bermula secara medley.
Dayang juga tidak terkecuali apabila menyanyikan lagu popularnya seperti Andai Ku Tahu dan Sesucinya Cintamu secara medley.
Namun, peminat kelihatan puas dan menyanyi bersama ketika Anuar menyampaikan lagu popularnya, Keabadian Cinta sebelum mengakhiri per-sembahannya dinihari itu.
Para penonton pastinya mengharapkan kepuasan yang sama atau lebih apabila menyaksikan persembahan Anuar dan Dayang pada Ahad ini.
Ia tentunya bagi para peminat yang tidak berpeluang menyaksikan persembahan dua penyanyi terkenal itu malam kelmarin.
Para pemuzik yang mengiringi persembahan pada malam itu ialah Acis (pengarah muzik), Aji (gitaris), Kelly (bassis), Hamzah (percussion), Fiat (keyboardis) dan Fendy (dram). |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 12/12/2004
Anuar-Dayang cipta kelainan di Planet Hollywood
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
SEPERSALINAN baju Melayu, siap dengan samping bersongket tenun mungkin bukan pakaian yang ideal untuk dibawa ke pusat hiburan terkemuka seperti Planet Hollywood.
Tetapi penyanyi yang diberi jolokan `lelaki idaman Malaya', Anuar Zain melakukannya.
Dengan sepasang baju Melayu Johor berwarna hijau muda, Anuar tidak nampak kekok di tempat yang biasa membawa penggemar fesyen ringkas - jean dan kemeja-T, berhibur itu.
Melantunkan suara lewat lagu popularnya dalam showcase istimewanya bersama Dayang Nurfaizah Ahad lalu, Anuar mencetus kelainan.
Dayang juga seketika melupakan fesyen up-to-date yang biasa melekat di tubuh kecil moleknya.
Meski tidak berbaju kurung atau kebaya, Dayang kelihatan lain daripada biasa dengan imej `gadis pingitan' yang dipinjam daripada baju Kedah tetapi diberi sentuhan baru dengan bercelana.
Tetapi bukan itu saja kekuatan malam showcase bersama Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah ini.
Soal pakaian, hanya secangkir kisah menarik kerana apa yang lebih menyerlah lagi, mengenai hati yang kembang berbunga bahagia selepas menyaksikan persembahan hebat dua permata di laman seni ini.
Mereka bermula dengan dua lagu bernada lebaran, Suasana Di Hari Raya dan Seloka Hari Raya.
Justeru bila Anuar memilih baju Melayu, ada relevannya di sini. Dayang kemudian diberi peluang melantunkan Ku Ingin Mu Kembali dan kembali kepada Anuar dengan lagu Kaulah Satunya.
Need A Break, Bila Resah, Permata, Jangan Bersedih Lagi, Pusaka Rimba, Mana Mungkin, Seandai Masih Ada Cinta dan Erti Hidup adalah lagu yang menghiasi set pertama persembahan mereka.
Untuk segmen ini mereka mengakhirinya dengan lagu duet popular Anuar dan Camelia, Kini Bebas.
Meski bukan lagunya sendiri, Dayang cukup meyakinkan dalam lagu ini dan mungkin juga boleh membuatkan orang terlupa seketika bahawa Anuar pernah berduet dengan Camelia sebelum ini.
Di segmen kedua, mereka memilih antaranya Get Here, Kaulah Segalanya, January, Kembalilah Kasih, Semua Untuk Mu, Kau Pergi Jua, Aku Rindu Aku Jemu, Coretan Cinta dan Andai Ku Tahu.
Langsung tidak ada kecewa yang terlontar daripada wajah pengunjung yang menghabiskan sekurang-kurangnya RM35 untuk menjadi satu antara seribu pengunjung yang hadir pada malam berkenaan.
Sesuatu yang menarik juga untuk ditulis, ialah apabila pusat hiburan sering kali dikaitkan dengan hiburan yang terlampau di mana arak dan pelbagai unsur negatif tidak boleh dipisahkan.
Bagaimanapun persembahan ini menghimpunkan keharmonian, kesantunan dan kebahagiaan yang sarat di jiwa penggemar Anuar dan Dayang.
Tidak banyak yang `minum' atau khayal dengan dunia mereka, sebalik sepenuh tumpuan diberikan ke depan pentas dan cuma berhibur dengan melayan suara Anuar dan Dayang.
Yang datang juga dengan gaya sopan, kecuali sekerat dua yang masih dengan kepercayaan bahawa singkat dan sendat gaya paling sesuai dengan pusat hiburan.
Dan boleh dipercayai gandingan dua nama bersuara `lain dari yang lain' ini adalah formula terbaru yang menyemarakkan lagi suasana di pusat hiburan terkemuka itu.
Bersedia jika Planet Hollywood menggunakan formula sama lagi selepas ini dengan menggandingkan dua nama besar dalam satu persembahan.
Sedari pukul 8 malam, peminat Anuar dan Dayang berbaris panjang, mendapatkan tiket untuk turut dibawa belayar ke alam syahdu.
Planet Hollywood penuh sesak dan sekali lagi mengulangi kejayaan kumpulan Search pada awal tahun lalu.
Sekali gus persembahan ini sebagai bukti keserasian hubungan antara Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah yang mendapat restu peminat-peminat mereka sendiri.
Tetapi pusat hiburan eksklusif itu turut menghampakan lebih 500 peminat yang kecewa kerana tidak diberi peluang ikut serta berhibur kerana keadaan kesesakan.
Ramai yang kecewa apabila terpaksa pulang dalam kehampaan.
``Atas sebab-sebab keselamatan 500 peminat tidak diberi peluang masuk.
``Kami bimbang kalau berlaku kejadian tidak diingini kerana had tempat ini cuma sekitar 1,000 pengunjung dalam satu-satu masa,'' kata Pengurus Pemasaran Planet Hollywood, Serina Ahmad.
Bagaimanapun jangan sesekali kecewa. Anda masih ada peluang untuk sekali lagi berhibur dengan dua artis bersuara hebat ini pada 12 Disember ini.
Persembahan ini menjadi lebih hebat dengan bantuan para pemuzik yang mengiringi persembahan pada malam itu iaitu Acis (pengarah muzik), Aji (gitaris), Kelly (bes), Hamzah (percussion), Fiat (keyboardis) dan Fendy (deram). |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 18/01/2005
DAYANG NURFAIZAH - ERTI HIDUP
``Kemenangan lagu ini menebus kekecewaan lalu, ia juga merupakan permulaan yang baik bagi karier Dayang untuk tahun ini. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada Dayang untuk membawakan lagu Erti Hidup.
``Dayang memang teruja dengan lagu ciptaan Afdlin kerana ia lain daripada konsep muzik yang pernah Dayang rakam sebelum ini,'' katanya yang mengenakan pakaian Devdas ala Bollywood yang direka oleh Caaz, Bangsar.
Pakaian tersebut dibawa khas dari Pakistan khusus untuk persembahan pada malam tersebut. Ia mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan termasuk menjahit manik-maniknya. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 26/03/2005
Jual album sendiri `Jerih perih Dayang berbaloi, peminat beri sokongan'
Oleh: WANDA IDRIS
DAYANG NURFAIZAH.
--------------------------------------------------------------------------------
``Kalau nak saman, samanlah Dayang...'' Begitu kata penyanyi hitam manis, Dayang Nurfaizah separuh bergurau pada sidang akhbar pelancaran albumnya di ibukota baru-baru ini.
Namun kemudiannya, dalam nada sedikit serius, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu menegaskan, ``Tapi jangan babitkan mereka dalam permasalahan Dayang.''
`Mereka' yang dimaksudkan Dayang ialah orang-orang yang terbabit dalam pembikinan album terbarunya, Dayang Sayang Kamu termasuk pencipta dan penulis lirik lagu.
Begitu juga dengan syarikat rakaman NSR yang bertanggungjawab mengedarkan album yang diusahakan oleh Dayang itu.
Menurut Dayang, dia sedar ramai yang masih takut bekerjasama dengannya ekoran masalah yang dihadapinya dengan syarikat rakamannya terdahulu, lebih-lebih lagi kini ia menjadi kes di mahkamah.
Malah Dayang mengakui ada sesetengah stesen radio yang tidak mahu dan takut-takut menyiarkan lagu-lagu daripada album Dayang Sayang Kamu ekoran kes tersebut.
``Dayang kini bebas. Bebas untuk buat apa sahaja termasuk merakamkan album selagi tidak ada perintah dari mahkamah yang melarangnya.
``Jadi Dayang tertanya-tanya juga mengapa ada yang masih tidak mahu siarkan lagu-lagu Dayang.
``Kalau masih takut, Dayang sudah buktikan tiada apa-apa yang berlaku (tindakan mahkamah) apabila lagu Erti Hidup menyertai Anugerah Juara Lagu yang lalu,'' jelasnya panjang lebar.
Namun kata Dayang, dia amat berbesar hati dan begitu terharu kerana masih ada pihak yang sanggup bersama-samanya merealisasikan impian menghasilkan album baru, Dayang Sayang Kamu di bawah label miliknya sendiri, DN&AD Entertainment Sdn. Bhd.
``Selain mereka yang terbabit dalam album Dayang, Dayang juga ingin merakamkan rasa bersyukur dan amat berbesar hati apabila syarikat rakaman NSR mahu mengedarkan album ini.
``Tanpa banyak soal dan rasa ragu, NSR menerima Dayang. Dan sudah pasti pula sanggup menempuh segala cabaran bersama Dayang,'' ujarnya.
Menceritakan kepayahan melahirkan album dan memasarkannya, kata Dayang, sebelum bekerjasama dengan NSR pada penghujung tahun lalu, dia terpaksa menjual sendiri albumnya.
Pengalaman itu, kata Dayang, mengajarnya menjadi seorang anak seni yang tabah malah lebih penting, mengenali erti hidup dalam bidang yang diminatinya.
Tarikh 30 dan 31 Oktober lepas pasti tidak akan dilupakan oleh Dayang dalam sejarah hidupnya bergelar anak seni.
Kerana dua hari itu, kata Dayang, dia menjual sendiri album Dayang Sayang Kamu di pusat membeli-belah Tangs, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
``Rasanya tiada artis yang terpaksa angkat kotak CDnya dan edarkan album itu sendiri. Tidak kurang 5,000 unit CD tau, bukan sedikit. Tapi Dayang buat.
``Alhamdulillah, jerih perih Dayang itu berbaloi apabila mendapat sokongan padu peminat. Ia memberi semangat kepada Dayang untuk teruskan karier,'' ujar Dayang penuh teruja.
Malah lebih membanggakan, biarpun jualan album agak lembap sejak kebelakangan ini, namun album Dayang mendapat sambutan luar dugaan.
Setelah lima bulan dipasarkan, album Dayang Sayang Kamu berjaya dijual hingga 10,000 unit.
``Lima ribu unit yang kami cetak, 300 unit daripadanya terjual hasil usaha Dayang selama dua hari di Tangs manakala selebihnya diedarkan oleh NSR.
``Apa yang membanggakan, khabarnya kira-kira 120 unit album Dayang dijual setiap minggu dan ia telah diulang cetak sebanyak 5,000 unit. Khabarnya, angka itu bertambah setiap hari.
``Tiada apa yang lebih membahagiakan Dayang ketika ini apabila album Dayang Sayang Kamu semakin mendapat tempat di hati para peminat,'' tambahnya lagi.
Diminta penjelasan mengenai kedudukan kes mahkamahnya, Dayang meminta peguam yang turut hadir pada majlis pelancaran albumnya itu memberikan penerangan ringkas.
Kata peguam-peguam yang mewakilinya, Mior Farid dan Aizul Rohan, merujuk kepada kes pengurusan, sepatutnya permohonan pindaannya didengar pada 21 Mac lalu tetapi ditunda kepada 4 April depan.
Manakala pengurusan kes terhadap syarikat rakaman akan didengar pada 9 September akan datang, jelas mereka.
Sementara itu Pengarah Artis dan Repertoire (A&R) Inggeris dan Melayu NSR, Iman Wan menjelaskan, pihaknya akan memberikan komitmen untuk mengedarkan album artis tersebut.
``Kami tidak kisah dengan saman atau segala halangan kerana kami akan memberikan 100 peratus komitmen untuk mengedarkan album ini,'' jelasnya.
Pertanyaan yang hampir sama setiap masa diajukan kepada penyanyi itu ialah tentang penampilannya yang semakin seksi.
Namun Dayang Nurfaizah menolak anggapan tersebut kerana baginya, selain perkara itu terlalu subjektif, bukan pakaian sahaja yang mengukur tahap keseksian seseorang.
``Lirikan mata, rambut malah cara seseorang membawa diri juga boleh membuatkan seseorang itu kelihatan begitu seksi,'' katanya lembut.
``Dayang sendiri tak rasa Dayang seksi tapi kalau orang nak cakap begitu, Dayang tak boleh halang.
``Apa yang Dayang pakai adalah sesuatu yang selesa dan Dayang akan pakai apa yang Dayang ingin pakai, bukan apa yang disuruh orang.
``Paling penting, setiap pakaian yang Dayang pakai tidak pernah melukakan hati kedua ibu bapa Dayang,'' tegasnya.
Sememangnya mengenali Dayang sejak awal pembabitan dalam bidang seni, nyata dia semakin matang dan yakin dengan diri.
Tidak lagi malu-malu, paling utama, Dayang sudah pandai `membuka mulut'. Setiap pertanyaan pasti dibalas dengan jawapan yang memuaskan hati semua pihak.
``Dayang sudah besar,'' katanya manja. ``Yang penting setiap yang Dayang lakukan; percakapan dan penampilan, masih dibatasi ciri-ciri ketimuran kita,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 29/07/2005
Dayang enggan komen - Gugurkan tiga saman
Oleh ABD. AZIZ ITAR
LAYAN peminat... Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
PADA 21 November 2002, Dayang Nurfaizah pernah memfailkan saman terhadap syarikat rakaman Aneka Seni Music Productions Sdn. Bhd., Bintang Seni Sdn. Bhd., dan Broadway Entertainment (M) Sdn. Bhd., di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.
Saman itu dikeluarkan selepas Dayang mendakwa dia telah menandatangi perjanjian pengurusan bersama tiga syarikat tersebut yang berunsur menindas dan merugikan kariernya sebagai penyanyi.
Bagaimanapun, apa yang mengejutkan baru-baru ini Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty khabarnya telah menggugurkan samannya itu.
Mega sempat bertemu Dayang untuk mendapatkan komennya berhubung perkara itu sewaktu dia mengadakan persembahan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur baru-baru ini.
``Perkara itu dah over. Dayang tak nak komen. Biarlah perkara itu jadi satu pengalaman yang manis buat Dayang,'' komennya ringkas.
Menurut Dayang, daripada pengalaman itu dia terpaksa melalui pelbagai pengalaman yang mendewasakan lagi perjalanannya sebagai anak seni.
``Banyak benda yang Dayang belajar semasa menghasilkan album berjudul Dayang Sayang Kamu (album baru Dayang).
``Contohnya, mengurusi bajet yang nak dikeluarkan. Dayang terpaksa jual album itu sendiri, paksa peminat beli album Dayang.
``Dayang akan simpan kenangan itu sampai bila-bila. Pengalaman itu Dayang tak dapat belajar di mana-mana,'' katanya.
Kini Dayang bernaung di bawah syarikat rakaman New Southern Records (NSR).
Ketua Bahagian Melayu NSR, Iman Wan, ketika ditemui menyaksikan persembahan Dayang di Planet Hollywood baru-baru ini menjelaskan, ``Kami (NSR) telah mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk membeli semula semua kontrak Dayang dengan syarikat-syarikat yang disamannya.
``Berapa jumlahnya tidak perlulah saya sebutkan. Itu rahsia antara kami dan Dayang,'' Tambah Iman, Dayang akan menguruskan dirinya sendiri, manakala urusan penerbitan dan pengedaran album akan diuruskan oleh NSR.
``Kami sain kontrak dengan Dayang untuk empat buah album dan dia akan muncul dengan album barunya pada November ini,'' katanya lagi.
Pada persembahan selama kira-kira sejam itu, Dayang menghiburkan 200 pengunjung pusat hiburan terkemuka itu dengan lagu-lagu popularnya.
Antara lagu-lagu yang disampaikan Dayang berjudul Seketika/Ku Inginmu Kembali, Super Duper Love/You Had Me, Aku Rindu Aku Jemu, The Trouble With Love Is, Lagu Cinta, Need A Break (duet dengan Caprice), Andai Ku Tahu, Kasih, We Belong Together dan Dayang Sayang Kamu.
Ketika persembahannya itu, Dayang turut diraikan sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-24 . |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 13/09/2005
Kes saman Dayang Nurfaizah selesai luar mahkamah
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Kes saman penyanyi popular, Dayang Nurfaizah terhadap syarikat rakaman dan pengurusan yang terbabit dengan album pertamanya selesai di luar mahkamah selepas kesemua pihak terbabit bersetuju menandatangani perjanjian bersama.
Peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Dayang Nurfaizah ketika ditemui pemberita di sini hari ini berkata, perjanjian tersebut ditandatangani oleh semua pihak terbabit pada 13 Julai lalu.
Selain Dayang Nurfaizah, perjanjian itu membabitkan syarikat rakaman dan pengurusannya yang lama, Aneka Seni Music Productions Sdn. Bhd. (Aneka Seni) dan Bintang Seni Sdn. Bhd. serta syarikat rakamannya yang baru, New Southern Records Sdn. Bhd. (NSR).
Menurut Aizul, pihaknya telah memaklumkan penyelesaian itu kepada Mahkamah Tinggi di sini ketika sebutan kes tersebut Jumaat lalu.
Sehubungan itu, katanya, mahkamah menetapkan 28 November ini untuk sebutan sekali lagi bagi membolehkan beliau mendapatkan arahan selanjutnya daripada Dayang Nurfaizah.
Pada 21 November 2002, Dayang Nurfaizah, 24, telah menyaman tiga syarikat yang terbabit dengan album pertamanya kerana mendakwa beliau telah menandatangani Perjanjian Pengurusan yang berunsur menindas dan merugikannya.
Dalam saman tersebut, Dayang Nurfaizah menamakan defendan pertama syarikat pengurusan, Bintang Seni Sdn. Bhd.; defendan kedua syarikat rakaman Broadway Entertainment (M) Sdn. Bhd., dan defendan ketiga syarikat rakaman Lindung Seni Sdn. Bhd. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 09/10/2005
Dayang lupakan kisah lama
Oleh: JAMLIAH ABDULLAH
DAYANG NURFAIZAH.
--------------------------------------------------------------------------------
TIDAK henti-henti bibirnya mengungkapkan, ``Dayang ingin lupakan kisah lama, mulakan yang baru.''
Kontroversi yang menenggelamkan kerjaya nyanyiannya itu sudah lama berlalu. Tetapi kini Dayang telah bebas, seperti burung yang baru lepas dari sangkar, itu lagaknya.
Namun miliki kebebasan bukannya apa-apa. Apa yang menjadi hitungan besar adalah sejauh mana empunya diri mampu mempergunakan kebebasan itu mengembalikan kehidupannya yang `hilang'.
Kembali menggapai impian dan mengorak langkah yang pernah tersungkur suatu ketika dahulu, itu bukti ikhtiar hidup artis berkulit hitam manis ini.
Lantas Dayang Nurfaizah mempunyai banyak alasan tersenyum sepuasnya kerana dia melewati hari-hari getir itu dengan baik.
Melihat keceriaan wajahnya tatkala Dayang menceritakan pelbagai perancangan terbarunya, itu bukti artis itu benar-benar bahagia.
`Pengalaman dulu mematangkan dan menunjukkan haluan hidup yang Dayang inginkan. Jika tidak Dayang tidak tahu apa yang mahu dalam hidup ini. Ia juga beri pengajaran dan semangat untuk menjayakan apa yang Dayang mahu,'' tegas penyanyi berusia 24 tahun itu.
*Dayang masih sayang kamu
Apa yang terbaru daripada Dayang adalah syarikat rakaman NSR baru saja mengedarkan semula album Dayang Sayang Kamu.
Album Dayang Sayang Kamu itu berada di pasaran pada September tahun lepas. Dayang Sayang Kamu itu muncul setelah tiga tahun kemarau melanda kerjaya Dayang lewat pelbagai kes saman syarikat rakaman terdahulu.
Ia kembali ke pasaran dengan istimewa kerana ia turut memuatkan dua buah lagu baru iaitu Kasih Maafkan daripada Amir Ruffedge dan Kau Teristimewa ciptaan Iman Wan.
``Album ini khas untuk peminat yang selama ini menyokong Dayang. Kalau boleh Dayang ingin menganggap ini adalah album pertama Dayang dan lupakan yang dulu.
``Peminat selama ini menjadi begitu supportif walaupun mereka sudah mendapatkan Dayang Sayang Kamu mereka dapatkan album yang terbaru ini juga. Itu yang buat saya terharu,'' kata Dayang.
Bukan itu saja, pada masa yang sama, Dayang akan menghasilkan album studio terbarunya setelah menjadi artis rakaman NSR.
Untuk album baru itu, Dayang mengakui dia akan melakukan perubahan besar dari segi konsep termasuk lagu-lagu yang dipertaruhkan.
Apakah perubahan itu? Malang sekali Dayang masih ingin berahsia untuk memberi kejutan kepada peminatnya.
``Konsep dan lagu, Dayang tidak ingin dedahkan lagi. Tetapi album ini memang jauh lebih berbeza daripada album terdahulu.
``Dayang menyanyikan lagu yang berbeza dan bekerjasama dengan komposer yang belum pernah bekerjasama dengan Dayang. Boleh diandaikan ia adalah satu eksperimen Dayang,'' katanya.
alaupun berbeza Dayang optimis langkah barunya itu akan berjaya. Pembikinan album tersebut kini sudah 40 peratus dan akan berada di pasaran pada 28 November nanti.
``Dayang akui memang tidak sabar untuk siapkan album ini. Sudah lama Dayang tunggu peluang ini,'' katanya.
Untuk memastikan semua itu berjalan lancar sepanjang Ramadan nanti Dayang akan sibuk di studio selain daripada menjalankan promosi dan menghadiri majlis amal.
* Tembusi pasaran Indonesia
Salah satu daripada perancangan lain Dayang adalah mencipta nama di negara seberang pula.
Dayang mengakui bahawa sudah lama dia bercita-cita untuk mengorak langkah ke Indonesia.
Semuanya seolah-olah hampir menjadi kenyataan apabila pihak NSR sendiri sudah memberikan lampu hijau dan kini Dayang hanya perlu menantikan masa yang sesuai.
``Sudah lama Dayang simpan hasrat itu. Dayang pernah dapat maklum balas bahawa ada peminat Dayang dari sana yang sanggup ke Malaysia semata-mata untuk mendapatkan album Dayang. Itu buat Dayang terharu.
``Dayang harap album itu sampai juga ke situ kelak semuanya bergantung kepada NSR kini,'' katanya.
Dayang mengakui bahawa dia begitu teruja untuk memperkenalkan bakatnya di negara orang lewat penerimaan peminat di sana ketika membuat beberapa persembahan sebelum ini.
Itu termasuk persembahan amal untuk mangsa tsunami di Aceh dalam konsert yang dinamakan sebagai Indonesia Thank To The World pada Mac.
Pada kesempatan itu, Dayang berpeluang berduet dengan penyanyi terkenal Ruth Sahanaya untuk lagu Kaulah Segalanya.
`Dayang mendapat maklum balas yang baik dan terus terang Dayang semakin merasa diterima di sana. Itu yang beri semangat.
``Pengalaman berduet dengan Ruth itu juga hebat,'' katanya yang pernah popular dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta.
Dayang juga menyimpan hasrat untuk menyanyikan lagu daripada komposer terkenal dari seberang seperti Glenn dan Marcell.
* Mewarnai layar perak
Semangat Dayang bukan sekadar ingin menjayakan kerjaya nyanyiannya tetapi dia juga mencuba bidang baru.
Jangan terkejut, peminat Dayang kelak berpeluang menonton aksinya di layar perak. Dayang akan membintangi sebuah filem usaha sama Malaysia dan Indonesia yang masih lagi dirahsiakan produksinya.
`Ini akan jadi filem pertama Dayang. Dulu bila orang bagi tawaran Dayang menolak kerana tidak yakin dapat berlakon. Memang Dayang selalu teringin untuk berlakon tetapi tidak berani.
`Tetapi sebagai manusia bila-bila kita akan berubah dan filem ini jadi laluan baru Dayang untuk menunjukkan kebolehan. Apa lagi yang Dayang mampu lakukan selain daripada menyanyi, Dayang ingin tengok sejauh mana potensi lakonan dalam diri Dayang,'' yang juga mengakui bahawa dia kaki wayang.
Apatah lagi, kata Dayang, apabila penulis skrip filem itu memberitahu bahawa filem tersebut dibuat khas untuk Dayang mengenai hidup Dayang.
``Mereka kata filem itu adalah kisah Dayang sendiri, Jadi tidak baik kalau Dayang menghampakan mereka yang mengharap,'' kata Dayang atau nama penuhnya Dayang Nurfaizah Awang Dorty.
*Berlakon di samping Dian Sastrowardoyo
Pengambaran filem itu akan bermula pada tahun depan. Apa yang lebih membahagiakan Dayang adalah dia akan bergandingan dengan pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo yang juga menjadi aktres kegemarannya.
``Dari dulu lagi Dayang memang minat Dian dan sering menonton filem-filemnya. Memang Dayang tidak menyangka berpeluang berlakon dengan Dian.
``Antara gementar dan seram juga kerana dia pelakon popular sedangkan Dayang penyanyi,'' katanya.
Perasaan gementar itu sedikit terubat apabila Dayang berpeluang bersemuka dengan Dian baru-baru ketika aktres itu menyertai delegasi Indonesia ke Festival Filem Asia Pasifik.
``Mula-mula gementar juga kerana dia belum bertemu dengannya dengan dekat. Tetapi Dian cukup menyenangkan.
``Dia juga menasihatkan Dayang supaya jangan terlalu risau kerana latihan akan diberikan dan banyak yang bersedia memberi tunjuk ajar,'' kata Dayang dengan ceria.
Sememangnya Dayang tidak mempunyai alasan untuk merasa gementar kerana dia akan menjalani latihan berlakon selama dua bulan di Jakarta terlebih dahulu sebelum penggambaran bermula.
``Dalam masa terdekat ini Dayang akan ke Jakarta untuk menjalani latihan bermula Januari. Sekarang cuma tunggu maklum balas daripada orang Jakarta saja. Penggambaran filem itu akan bermula pada tahun depan.
`Dengan adanya latihan itu ia sekurang-kurangnya dapat melegakan perasaan Dayang,'' kata Dayang lagi.
Penggambaran filem tersebut sepenuhnya akan diadakan di Indonesia.
[ Last edited by bintang^hati at 30-8-2006 01:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 12/12/2005
PERUBAHAN BERANI DAYANG UNTUK KASIH
Oleh Amirah Zawatil Amaly
Kemunculan album studio terbaru Dayang Nurfaizah bertajuk Kasih sememangnya satu percubaan berani daripada penyanyi kelahiran Sarawak ini sejak kali pertama Dayang melangkah ke dunia seni.
Ini kerana ia menghimpunkan lagu-lagu lama era 1960-an dan 1970-an yang diolah semula mengikut versinya sendiri.
Namun begitu, apakah pembaharuan berani daripada Dayang tidak mencemarkan keaslian alunan muzik malar segar Melayu itu sehingga menyentuh perasaan sesetengah pihak?
Dayang yang ditemui pada majlis pelancaran album studio terbarunya, Kasih, di Planet Hollywood Kuala Lumpur baru-baru ini menafikan usaha murninya itu akan menyentuh perasaan sesetengah pihak.
"Sebenarnya Dayang sudah berfikir panjang tentang album ini sebelum merakamkannya tahun lalu.
"Ada beberapa perkara yang diambil kira sebelum Dayang mengambil keputusan menyanyikan semula lagu-lagu lama ini.
"Percayalah, misi utama Dayang menyanyikan kembali lagu-lagu lama ini untuk mengajak generasi muda turut sama menikmati keunikan lagu lama dan sekali gus tidak melupakan lagu-lagu itu,'' kata gadis manis yang berusia 24 tahun ini.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta ini menerangkan kebanyakan peminatnya terdiri daripada generasi muda. Justeru, kata Dayang, dia mengambil peluang untuk mengajak mereka meminati lagu-lagu klasik.
"Untuk menarik perhatian mereka, Dayang memasukkan elemen muzik semasa tetapi irama dan tempo asalnya dikekalkan.
"Tidak wajar sekiranya Dayang sengaja mengubah irama lagu itu secara keseluruhan mengikut cara Dayang kerana ia melibatkan maruah lagu itu sendiri. Dayang tahu di mana had seorang penyanyi boleh menyanyikan semula lagu orang lain,'' ujar penyanyi yang memiliki syarikat sendiri, DN & AD Entertainment Sdn. Bhd.
Katanya, adalah perkara biasa dalam industri muzik apabila seorang penyanyi merakamkan semula lagu penyanyi lain dengan mengubah sedikit cara penyampaiannya.
"Contohnya lagu Kasih ciptaan Richard Kyoto yang dipopularkan Hetty Koes Endang. Irama asalnya adalah slow pop tetapi dinyanyikan semula oleh penyanyi itu mengikut irama pop keroncong.
"Begitu juga dengan lagu Fatwa Pujangga ciptaan Said Effendi. Lagu ini pernah dinyanyikan oleh dua orang penyanyi popular satu ketika dahulu iaitu Eddy Silitonga dan Jamal Mirdad. Irama asalnya juga slow pop. Tapi kemudian ia berubah dari semasa ke semasa mengikut versi penyanyi baru,'' jelas Dayang.
Pada majlis itu Dayang telah memulakan persembahannya dengan menyanyikan lagu Puteri Santubung. Penyanyi ini nampak sopan memakai baju rekaan Rizalman Ibrahim.
Bercerita mengenai album Kasih, Dayang yang sudah mengumpul lagu-lagu evergreen sejak Januari tahun lalu berkata, albumnya kali ini menghimpunkan beberapa pemuzik handalan negara termasuk Jenny Chin, Zailan Razak, Mac Chew, Rosli Selasih, Lewis Pragasam, Gary Gideon, Aji, Mohar Ah Wah, Grag Henderson dan Rahman Ayob.
Lagu-lagu yang terdapat dalam album Kasih adalah Fatwa Pujangga, Gelora, Saat Yang Bahagia, Pujaan Hatiku, Penawar Rindu, Malam Bulan Di Pagar Bintang, Tiga Malam, Sri Bulan, Sri Sarawak, Puteri Santubong dan Suriram.
Dayang turut menyanyikan semula lagu El Atardecer De La Luna (Malam Bulan Di Pagar Bintang) dalam versi Sepanyol.
Album Kasih merupakan buah tangan daripada Dayang buat para peminatnya yang tidak putus-putus memberi sokongan kepadanya. Dengan alunan muzik lama yang telah digubah semula oleh pemuzik-pemuzik terkemuka negara, lagu-lagu itu menawarkan satu nafas baru kepada para pendengar |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 13/12/2005
Dayang Nurfaizah tetap hebat walaupun tidak sihat
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
MESKIPUN kesihatannya tidak begitu mengizinkan namun Dayang Nurfaizah tetap berasa lega kerana berjaya menghiburkan pengunjung dan peminat-peminat setianya sewaktu persembahan Sunday Nite Live di Planet Hollywood, Kuala Lumpur malam kelmarin.
Dayang yang hampir 'kehilangan suara' pada awal persembahan (set pertama) kembali bertenaga sewaktu set kedua selepas meminum teh limau madu panas.
Kata Dayang, dia mengalami sakit tekak dan sering demam sejak beberapa minggu lalu. Walaupun tidak sihat, Dayang memberi tumpuan agar persembahannya di Planet Hollywood tetap hebat.
Kali terakhir Dayang mengadakan persembahan Sunday Nite Live di Planet Hollywood adalah tahun lalu.
"Ini merupakan persembahan penutup tirai bagi tahun ini. Seperti tahun lalu, Dayang diberi peluang menjadi artis terakhir mengadakan persembahan. Bagaimanapun, persembahan Dayang kali ini amat berbeza.
"Jika dulu Dayang banyak menyanyikan lagu-lagu sendiri, kali ini 80 peratus daripada lagu yang didendangkan adalah lagu orang,'' katanya ketika ditemui selepas persembahan.
Dayang yang baru muncul dengan album Kasih akan mengadakan persembahan seterusnya di Planet Hollywood pada 18 dan 25 Disember ini. Dia berjanji akan memberi kelainan pada setiap kemunculannya.
Pada malam itu Dayang yang memulakan persembahan dengan lagu Puteri Santubong berkata, apa yang akan ditampilkan adalah lagu-lagu dendangan daripada penyanyi-penyanyi yang dikaguminya selama ini. Katanya, dia membesar dengan lagu-lagu mereka.
Antara segmen yang dipersembahkan oleh Dayang adalah penghargaan untuk penyanyi lelaki dan wanita tempatan, penyanyi wanita dan lelaki Indonesia, irama disko dan lagu-lagu malar segar.
Justeru, Dayang lebih senang mendendangkan lagu secara medley sepanjang persembahannya.
"Dayang harap lagu-lagu yang didendangkan pada malam ini dapat mengembalikan nostalgia anda semua. Ada juga antara lagu yang Dayang dendangkan merupakan lagu-lagu yang sering menjadi pilihan Dayang sewaktu menyertai pertandingan nyanyian dulu,'' katanya membuka rahsia.
Lagu-lagu pertaruhan Dayang sewaktu menyertai pertandingan nyanyian adalah I Have Nothing (Whitney Houston), My All (Mariah Carey), Madah Berhelah (Ziana Zain) dan Gerimis Semalam (Sheila Majid).
Menariknya, semua lagu yang didendangkan oleh Dayang telah dibuat susunan muzik baru dan diperdengarkan dengan gayanya yang tersendiri.
Antara lagu pilihannya ialah Kau Pergi Jua (Adam Ahmad), Bukan Kerna Nama (Ramli Sarip), Sentuhan Listrik (M.Nasir), Bukan Cinta Biasa (Siti Nurhaliza) Dugaan (Ning Baizura), Firasat (Marcell), Akhir Cerita Cinta (Glenn Fredly) dan Ku Pendam Sebuah Duka (Khadijah Ibrahim).
Dayang juga telah mengajak Zainal Abidin yang turut hadir untuk berduet dengannya menerusi lagu Ikhlas Tapi Jauh.
Dalam persembahan yang dibahagi kepada dua set dan berakhir pada pukul 1.25 pagi itu, Dayang hanya mendendangkan dua buah lagu sendiri, Dayang Sayang Kamu dan Erti Hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 20/02/2006
Dayang Nurfaizah dapat bimbingan Ria Irawan
Oleh Nor Fadzilah Baharudin
Kalau selama ini ramai peminat Dayang Nurfaizah teringin menyaksikan penyanyi ayu itu berlakon, kali ini anda pastinya tidak akan kempunan melihatnya di layar perak.
Buat pertama kalinya Dayang bakal bergandingan bersama Dian Sastrowardoyo dalam sebuah filem usaha sama Malaysia dan Indonesia. Penggambaran yang bakal bermula sekitar bulan Mei depan menampilkan Dayang selaku watak utama dari Malaysia.
Bagi memastikan lakonan pertamanya ini mampu memberikan kesan di hati penonton dan tidak mengecewakan, Dayang mengambil inisiatif mempelajari asas dan teknik lakonan daripada seorang pelakon dari Indonesia, Ria Irawan, di Petaling Jaya.
?enat memang penat, tetapi untuk menghasilkan sebuah karya terbaik, saya perlu bekerja keras. Latihan saya bermula dari bulan Februari ini sehinggalah bermulanya penggambaran filem itu nanti.
?emua ini dilakukan untuk membina keyakinan diri dan saya sendiri tidak mahu mencuba sesuatu tanpa ilmu di dada. Jadi belajar bersama Ria Irawan merupakan satu peluang terbaik memandangkan dia sendiri seorang pelakon filem dan teater terkenal di Indonesia,? kata Dayang.
Menceritakan mengenai filem itu yang masih belum boleh diberitahu judulnya, Dayang berkata, keinginannya untuk berlakon filem memang sudah lama tersirat.
?ebab itu bila tawaran ini datang, saya terus terima. Kami telah mengadakan perbincangan selama hampir dua tahun. Saya terima tawaran ini kerana watak yang diberikan kepada saya lebih kurang sama seperti diri saya sendiri.
?aya harap percubaan saya terjun ke dunia filem diterima ramai. Saya perlu mencuba sesuatu yang baru,? kata Dayang.
Filem yang bakal menjalani penggambaran di Malaysia dan Indonesia itu bakal menguji kemampuan Dayang selaku pelakon. Apa pun nantikan kemunculannya di layar perak. |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang Nurfaizah rasa terkilan
Oleh Nor Fadzilah Baharudin
Dayang Nurfaizah.
--------------------------------------------------------------------------------
Anugerah merupakan kayu pengukur pencapaian seseorang artis. Menang atau kalah bukanlah satu perkara penting kerana pencalonan sahaja sudah memadai. Tetapi penyanyi ala Beyonce kelahiran Malaysia, Dayang Nurfaizah, mengakui dia sedikit terkilan apabila namanya tidak tersenarai dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) untuk Anugerah Industri Muzik 13 (AIM 13) tahun ini.
Sebelum ini Dayang pernah dicalonkan dalam kategori tersebut selama dua tahun berturut-turut. Pada tahun 2002 dia dicalonkan menerusi album Seandainya Masih Ada Cinta dan pada 2003 melalui album Hembusan Asmara.
Pada tahun ini Dayang mempertaruhkan album berjudul Kasih tetapi album itu hanya berjaya mengangkatnya untuk dicalonkan bagi kategori Rakaman Album Terbaik dan Album Pop Terbaik.
Ketika ditemui baru-baru ini, Dayang berkata: ?ungkin bukan rezeki saya kali ini. Tapi itu bukan penghalang untuk saya teruskan karier saya. Saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada. Saya menerimanya sebagai satu cabaran.?
Dayang menambah: ?ujuan utama saya menjadi seorang penyanyi adalah untuk berkongsi muzik dengan peminat saya. Itulah yang paling penting.
?aya mengaku saya agak sedikit terkilan tidak tercalon dalam kategori tersebut tetapi saya lihat pencalonan itu dari sudut positif untuk memperbaiki diri.?
Dayang berbangga dengan penghasilan album Kasih kerana baginya album tersebut merupakan album terbaik yang pernah dihasilkannya.
?aya bersyukur kerana masih menerima dua pencalonan untuk album Kasih. Saya rasa ia cukup istimewa untuk diri saya. Dalam AIM, tercalon dalam mana-mana kategori pun mempunyai nilai tersendiri,? katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
utusan online 19/06/2006
One In A Million cari pemenang ke peringkat akhir
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
PERTANDINGAN nyanyian One In A Million anjuran 8TV sudah pun sampai ke peringkat separuh akhir. Rabu ini, 20 peserta akan bersaing untuk ke peringkat akhir. Pertandingan telah diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Ia akan disiarkan melalui 8TV pada 30 Jun ini pukul 9.30 malam.
Pada pertandingan itu, 10 peserta dipilih untuk ke peringkat akhir oleh jurinya, Syafinaz Selamat dan Paul Moss.
Pada pertandingan itu, setiap peserta yang menduduki markah teratas hingga ke-10 diberi peluang memilih pesaing masing-masing daripada peserta yang berada di tangga kesebelas hingga kedua puluh. Format pertandingan ini adalah kalah mati.
Kata Syafinaz: ?ada peringkat ini para peserta perlu bijak memilih lawan masing-masing. Mereka harus cari lawan yang boleh diatasi kerana kelemahan pesaing merupakan kelebihan kepada mereka. Namun ada antara mereka yang silap membuat pilihan.?
Syafinaz memberi contoh peserta bernama Low Sook Yee (Suki). Suki yang merupakan peserta yang berada pada kedudukan markah tertinggi telah memilih Muhammad Aliff Mohd.Satar (Alif) yang berada pada kedudukan tangga ke-12 sebagai saingannya.
Namun Suki yang menyanyikan lagu Mobile dendangan Avril Lavinge tidak mampu mengatasi kemantapan Alif pada persaingan kalah mati itu. Alif telah mempersembahkan lagu Maroon 5, This Love, dengan begitu baik walaupun pada awalnya dia merupakan peserta yang berada di tangga bawah.
?aya terkejut melihat persembahan Alif yang begitu bertenaga berbanding sebelum ini, tapi Suki pula tidak mampu menonjolkan kebolehannya yang sebenar. Mahu tak mahu, kami terpaksa pilih Alif. Inilah yang saya katakan peserta perlu tahu kelemahan pesaing,? ulas Syafinaz.
Selain Alif, penyanyi Dayang Nurfaizah Awang Dowty juga terpilih ke peringkat separuh akhir setelah menewaskan Look Wen Ching. Kedua-dua mereka mempunyai vokal yang bagus tapi Dayang lebih bernasib baik berbanding peserta dari Kuala Lumpur itu.
Dayang yang mendendangkan lagu One Last Cry dendangan Brian McKnight berkata, biarpun dia sering mengadakan persembahan namun perasaan gementar tetap menguasai dirinya.
?enyanyi tidak menjadi masalah tapi bila mengenangkan ini adalah pertandingan, saya terus jadi resah. Bagaimanapun, Dayang telah cuba buat yang terbaik walaupun tidak menaruh harapan. Apa pun alhamdulillah kerana Dayang dipilih ke peringkat seterusnya,? kata Dayang.
Seorang lagi peserta yang sudah mencipta nama dalam bidang seni suara dan dipilih ke peringkat akhir ialah Noor Hasliah Abu Hasan (Alia).
Dia yang bersaing dengan Noor Shaffienas Awang (Shaffienas) dari Tanjung Aru, Sabah merupakan juara Bintang HMI 2000 dan pernah tampil dengan album Destinasi dan Permata.
?iarpun pernah buat album tapi itu tidak bermakna Alia pandang mudah pertandingan ini. Semua peserta program ini berbakat dan untuk peringkat seterusnya, Alia akan lebih memberi tumpuan,? katanya penuh harapan.
One In A Million merupakan program realiti TV tempatan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta. Ia turut memperlihatkan bekas finalis Malaysian Idol 2, Farah Asikin Zulkifli melangkah ke peringkat akhir.
Farah berjaya menewaskan Siti Nursairah Tarudin (Sairah) iaitu adik kepada penyanyi tersohor tanah air, Siti Nurhaliza.
Ternyata Farah telah menggunakan pengalamannya pada pertandingan Malaysian Idol sebagai strategi berbanding Sairah yang tidak pernah menyertai sebarang pertandingan.
Biarpun tewas, namun Sairah yang mendendangkan lagu Terlalu Istimewa dendangan Adibah Noor tetap mendapat pujian daripada juri.
?amai yang tanya saya bolehkah Sairah menyanyi? Memang dia boleh menyanyi kerana Sairah memang ada bakat,? komen Syafinaz.
Lain-lain peserta yang terpilih ke peringkat akhir pertandingan ini ialah Anny Johanna Mohamad Shariff, Ahmad Faizal Mohd Tahir, Norshammene Arzeyana Shamsuddin, Mohd. Lokman Aslam Abdul Mutalip, Alif Azfar Ishak dan Shameen Shah Halim Shah.
Rakaman program ini menampilkan Ahmad Awaluddin Ashaari dan Marion Rose Caunter sebagai pengacara.
Sementara itu, 10 peserta yang tersingkir pada peringkat ini iaitu Khasyirah Adilun, Erna Elliyana Rosli, Nor Suhaili Suhaimi, Mohd. Fauzi Abdul Wahab, Cindy Chang, Noor Shaffienas Awang, Siti Nursairah Tarudin, Zaihanee Zainal Abidin, Look Wen Ching dan Low Sook Yee masih boleh menaruh harapan untuk ke peringkat akhir.
Mereka akan bertanding sekali lagi pada 7 Julai ini. Melalui pertandingan itu, dua peserta iaitu seorang pilihan juri dan seorang lagi pilihan penonton melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) akan dipilih untuk ke peringkat akhir menjadikan finalis pertandingan ini seramai 12 orang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|