CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: dexa

AF4 - YANG TERAKHIR?

[Copy link]
 Author| Post time 9-8-2006 06:17 AM | Show all posts
give it a break - at least for one season....

naikkan dulu artis2 yang mana depa perkenalkan..
biarlah bagi quality dulu.....

banyak2 artis baru pun - tapi buat menyemak aje
sebab mostly bukannya dapat pergi jauh mana --

mana pergi finalist  AF1   AF2  AF3 -- yang kenal betul2
dan berjaya cuma mawi saya --- even vince - still
tercungap2 dan tak dapat coverage banyak mana pun..

therefore - stop it for awhile - gilap dulu mana2 bakat
yang DAH dicungkil tu ---   then -- decide later on
after at least a season or two...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2006 08:37 AM | Show all posts
Fizz is out of Fantasia
09 Aug 2006
HAFIDAH SAMAT and DENNIS CHUA


--------------------------------------------------------------------------------
The fourth season of Akademi Fantasia closed on a predictable note.
HAFIDAH SAMAT and DENNIS CHUA wonder if the formula is getting stale.

IT was almost a foregone conclusion that yet another male contestant would emerge champion of Astro Ria? Akademi Fantasia 4 (AF4).

The reality talent series? three-hour finale at Stadium Putra in Bukit Jalil, Kuala Lumpur, saw Terengganu-born Mohd Faizal Ramly beat his closest contender, Sabahan Lotter P. Edwin Edin. The result was no surprise, as Faizal has consistently ranked high on the show? popularity chart.

Faizal, 22, secured 34 per cent of the 9.3 million votes cast via short messaging service (SMS) and through Astro? Channel 15 chatroom on the final night of the show? fourth season.

He continued the ?ale-dominated? pattern set by previous winners. The first season saw Vince Chong (AF1) from Kuala Lumpur triumph. Perak? Ahmad Zahid Baharuddin won in the second edition, and the show? biggest phenomenon yet, Asmawi ?awi? Ani of Johor, succeeded last year.

A shy Faizal took home prizes worth more than RM300,000 which included a trophy, RM20,000, a Toyota Vios, a condominium in ?? Famosa Resort in Malacca, a holiday package to Paris and electrical appliances.

Faizal was incredulous about his newfound popularity and thanked his family and fans for helping him realise his dream.

? prayed hard that I would achieve victory,? he said.

Oldest contestant Lotter, 24, garnered 28 per cent of the SMS votes. The last two seasons also had Sabahans as runners-up.

But this year? show almost saw a female winner. Farhan emerged second runner-up, and there was an impressive consistency in her SMS votes at the end of the 10 weekly Saturday concerts.

The 22-year-old part-time singer, who had tried her luck in two Malaysian Idol series, was described by guest critics as ? born entertainer?, ?ersatile? and ?onsistent?. She performed weekly with gusto. From dangdut to jazz, R&B and keroncong to blues, she hardly fumbled on stage.

When she was ranked third in the popularity poll the final week after Lotter, many eyebrows were raised. Lotter was given the boot at the end of the seventh concert and re-admitted into the performing arts academy during a ?ildcard? play two weeks later.

It was a virtual repeat of AF2 in which Norlinda Nanuwil of Ranau, Sabah received the ?ildcard? effect two weeks after her elimination in the eighth concert. Norlinda, who is skilful on the guitar, emerged runner-up for the season.

Perhaps the voting power lies in the hands of female voters. Only two female contestants so far have ended up in the top five every year since the show? debut in 2003.

?lthough viewers have been less inclined to vote this season, the majority of fans who bothered to vote were female. Almost all the female contestants suffered an early exit,? said the station? Malay programming director, Zainir Aminullah.

The votes have taken a nose-dive compared to the last two seasons. Only 7.4 million votes were cast this year as opposed to the 10.7 million last year and 15 million in 2004.

However, there has been an increase in viewership this year, says Zainir, with the highest number ? at 1.3 million ? for the eighth concert. Last year? highest was 1.09 million in the fourth week.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2006 10:04 AM | Show all posts
Jawab, jangan tak jawab: Magik macam Mawi hanya sekali
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Jumlah undian keseluruhan diterima sepanjang Akademi Fantasia 4 merosot


TIGA bulan lalu, Mohammad Faizal Ramly hanya pemuda biasa yang bekerja membantu ibu saudaranya di kedai emas. Jauh dari tumpuan umum, namun sekelip mata semua itu berubah gara-gara AF4.

Fantasi bertukar menjadi kenyataan, namun apakah AF masih punya magik untuk mengheret peminat setia bersamanya? Selepas empat musim bersiaran, aura dan taring AF makin hilang bisanya.

Sebaik menamatkan siarannya jam 11.30 malam itu, jumlah keseluruhan undian yang diterima sepanjang musim AF4 bersiaran hanya 7.4 juta, merosot hampir 30 peratus berbanding AF3 yang mencecah 10.7 juta undian.

Undian tertinggi pernah diterima sepanjang empat musim AF bersiaran ialah pada musim kedua yang mencapai 15 juta. Di mana silapnya?

Pengarah Kanan Program Astro, Zainir Aminullah bagaimanapun positif di sebalik kemerosotan undian dan berpendapat AF masih menjadi jenama strategik dalam usaha mereka meningkatkan jumlah pelanggan baru siaran televisyen berbayar itu.

Hip: Apa faktor utama kepada penurunan jumlah undian?

Zainir: Beberapa faktor menyumbang kepada penurunan itu, antaranya faktor masa kerana konsert AF4 bercanggah dengan perlawanan Piala Dunia. Ia memaksa Astro menunda waktu siaran kepada waktu lain bagi memastikan penonton dapat mengikuti kedua-dua program itu. Memang pada mulanya kami mendapat cadangan supaya menangguhkan dulu AF4. Tetapi kami positif kerana kedua-duanya mempunyai segmen penonton berbeza. AF4 adalah hiburan, manakala Piala Dunia adalah acara sukan. Kami perlu pastikan kehendak segmen penonton yang berbeza ini dapat dipenuhi.

Hip: Tidakkah Astro merasakan satu kesilapan kerana menyusun jadual AF4 bercanggah dengan perlawanan Piala Dunia?

Zainir: Kami tidak melihat ini sebagai satu kesilapan. Berdasarkan kepada jumlah penonton yang semakin bertambah dan penajaan yang menggalakkan, AF dilihat menyediakan platform kepada semua pihak untuk membabitkan diri supaya objektif industri hiburan dapat dilaksanakan. Memang banyak kelemahan kerana program ini dilihat sebagai aliran, jadi kita perlu menerima aliran itu.

Hip: Apakah faktor personaliti pelajar yang tidak variasi berbanding musim terdahulu turut menyumbang kepada perkara ini?

Zainir: Ada juga yang mengaitkannya dengan personaliti pelajar yang tidak banyak variasi. Gelombang Tsumawi yang dicetuskan peserta musim lalu, Mawi turut memainkan peranan kerana sebilangan besar pengundi agak tiada pelajar yang mampu menyeimbangkan faktor itu pada musim keempat. Untuk mendapatkan Mawi setiap tahun, itu adalah sesuatu yang tidak realistik. Ia hanya datang sesekali. Walaupun undian jatuh, jumlah penonton AF4 masih tinggi berbanding program lain.

Hip: Reaksi anda bila konsert AF4 dikatakan hambar?

Zainir: Cita rasa penonton adalah pelbagai. Faktor pemilihan lagu dan pakaian adalah sesuatu yang subjektif. Kami mempunyai panel dalam pemilihan lagu, begitu juga dengan soal pakaian kerana kami mempunyai panel penasihat. Namun jangan dilupa, AF diminati oleh tiga peringkat umur iaitu kanak-kanak, dewasa dan juga kelompok senior. Untuk itu, setiap aspek perlu diambil kira bagi memastikan pemilihan lagu dalam setiap konsert menepati cita rasa semua golongan, tidak hanya tertumpu kepada kelompok tertentu saja.

Hip: Apa perlunya lagi kontroversi sedangkan penonton sudah terlalu masak dengan kerenah dan permainan AF?

Zainir: Ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan. Sebagai contoh, kenyataan Adlin selepas Faizal selesai mengadakan persembahan yang menyinggung perasaan artis jemputan, Saleem. Ramai memperkatakan hal itu dan Astro sebagai pihak bertanggungjawab, berusaha untuk menjernihkan semula kontroversi itu. Permohonan maaf Adlin disiarkan secara langsung pada konsert minggu keempat.

Hip: Apa relatifnya kemasukan semula Lotter? Ia bukan kejutan yang segar kerana AF pernah melakukannya pada musim kedua dengan kemasukan semula Linda pada konsert kemuncak.

Zainir: Kemasukan semula Lotter bukan sebahagian daripada konspirasi Astro. Ia sebagai usaha untuk menghangatkan lagi kemeriahan AF4. Justeru, kami merasakan perlu adanya AFMasuk untuk memberi peluang kedua kepada pelajar yang tersingkir. Mereka dinilai peminat selama seminggu dan berakhir sebuah konsert pada minggu kesembilan. Peluang itu diberikan secara adil kepada semua peserta.

Hip: Secara keseluruhan, anda berpuas hati dengan pencapaian AF4?

Zainir: Dari perspektif peminat, kami berpuas hati kerana jumlah tontonan meningkat biarpun terpaksa berdepan dengan bilangan undian yang semakin merosot. Teori kami adalah ketaksuban penonton untuk mengundi peserta sebanyak dulu sudah tidak ada lagi. Namun, kami positif kerana jumlah penonton yang mengikuti AF4 meningkat.

Hip: Apakah kerana perjalanan AF4 yang sudah boleh dijangka menyebabkan penonton tidak lagi berminat menghantar undian?

Zainir: Tidak dinafikan format dan personaliti AF4 sudah diketahui kerana penonton sudah masak dengan percaturan program itu. Namun, kami cuba menghidangkan sesuatu supaya dapat menarik perhatian penonton. Ia bergantung kepada mereka sama ada mempunyai tenaga untuk mengundi atau tidak. Setiap kali selesai konsert kami mengadakan post mortem untuk memastikan AF masih memiliki auranya.

Hip: Jika AF sudah menjadi jenama kepada Astro, apakah ada musim baru nanti?

Zainir: Mungkin ada, mungkin tidak. Biarlah perkara itu tinggal sebagai satu soalan yang masih belum mempunyai jawapannya.

Hip: Apa pendapat anda jika dikatakan AF bukan untuk peserta wanita?

Zainir: Memang pada satu peringkat, musim keempat AF dilihat bakal melakar sejarah sebagai tahun pertama peserta wanita diangkat sebagai juara. AF4 juga menyaksikan buat pertama kali ada elemen kepercayaan di kalangan peminat untuk menyerahkan mahkota kejuaraan kepada peserta wanita. Namun, impian itu tidak menjadi kenyataan kerana sokongan untuk Farhan tidak sehebat sokongan yang diberikan kepada Faizal.

Hip: Barangkali ada yang mempertikai jumlah undian yang diterima Lotter kerana ia bermula seminggu lewat berbanding empat finalis lain?

Zainir: Apa yang dapat saya katakan, undian yang diterima untuk AFMasuk sekitar 1.4 juta. Namun, untuk memastikan integriti penerimaan dan pengiraan undian yang telus, kami mengawasi setiap aspek faktor dalaman dan luaran. Begitu juga dengan pengiraan undian pada malam konsert akhir. Ia diselia oleh sebuah pertubuhan akauntan.
Reply

Use magic Report

aimi_adam This user has been deleted
Post time 9-8-2006 10:54 AM | Show all posts
boleh caya ker? aritu pun kata nak berentikan AF
astro banyak duit buat benda ni takkan nak berenti kan....

cuma hopefully fro next season jgn la ada lagi peserta yg terang2 kita tau takleh nyanyi tapi masuk final!...bosan la camni..pastu undian depa yg paling banyak
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by aimi_adam at 9-8-2006 10:54 AM
boleh caya ker? aritu pun kata nak berentikan AF
astro banyak duit buat benda ni takkan nak berenti kan....

cuma hopefully fro next season jgn la ada lagi peserta yg terang2 kita tau takleh nya ...



buken ke senang klu audition ni dibuka pd student2 kelas muzik (vokal & persembahan) aje.  Tak bertujuan nak menidakkan bakat2 luar yg lain, tapi sekurang2nya yg masuk tu sama taraflah sikit.  Dan kita penonton di rumah ni bolehlah tumpang sekaki belajar lebih skt drpd bubbling aje.  Ini aku tengok dari AF1 smp AF4 asyik bubbling memanjang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2006 03:56 PM | Show all posts
Suara sedap, tapi dari bandar jangan harap jadi juara AF

SAYA rasa semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang keputusan Akademi Fantasia baru-baru ini. Juaranya sekali lagi pemuda kampung dari Terengganu dan naib juaranya juga seorang pemuda kampung dari Sabah.

Saya rasa bukan saya seorang saja yang perasan tentang trend ini kerana ia telah berlaku sejak AF3 lagi.

Seperti suatu kemestian untuk menjadi juara atau naib juara anda mestilah orang kampung, miskin dan lelaki. Inilah malangnya Akademi Fantasia yang saya sedari.

Ini betul-betul tidak adil. Saya rasa semua rakyat Malaysia sedar dan mengakui kehebatan suara seorang pelajar finalis yang bernama Farhan dan telah diakui juga oleh penggiat-penggiat seni tanah air malah pengetua AF sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Farhan adalah pelajar terbaik yang pernah dihasilkan oleh AF setakat ini. Jadi apa lagi yang tidak kena?

Yang tidak kena adalah mentaliti rakyat Malaysia sendiri. Saya tidak nafikan majoriti yang mengundi adalah wanita-wanita yang kebanyakannya dari luar bandar yang begitu teruja dengan keperibadian pemuda kampung walaupun bakat nyanyian begitu biasa sekali.

Secara kesimpulannya, jika beginilah berterusannya Astro mengendalikan rancangan ini, termasuk menyerap kembali pelajar yang telah terkeluar untuk mengaut keuntungan, dan jika begini jugalah mentaliti rakyat Malaysia tidak berubah, saya pasti industri muzik tanah air akan hancur.

Kepada Farhan, kami pengundi anda begitu bersimpati dengan anda.

Walaubagaimanapun, Farhan tetap juara di hati kami dan juga juara bagi komposer-komposer di luar sana kerana anda adalah permata yang begitu berharga di dalam aliran muzik tanah air, cuma anda telah membuat kesilapan menyertai platform pertandingan atau rancangan realiti yang salah di mana pengundi-pengundinya terdiri daripada mereka yang buta seni dan mengundi mengikut perasaan tanpa menggunakan minda yang betul.

Peluang

Saya percaya peluang Farhan begitu besar di luar sana dengan bakat mantap yang ada pada anda.

Yang pasti kami tidak akan menonton AF lagi selepas ini dan pastinya kami akan beralih arah pada rancangan realiti yang lebih inteligent di dalam saluran TV yang lain dengan pengundi-pengundi bijak dan juga rancangan yang memberi peluang kepada insan seni untuk memberi markah kepada peserta.

Satu lagi pesanan saya kepada mereka yang ingin menyertai Akademi Fantasia selepas ini, jika anda seorang perempuan, dari keluarga berada walaupun punyai suara sehebat Celine Dion dengan pakej yang lengkap, janganlah bermimpi untuk menjadi juara kerana pengundi-pengundi rancangan ini pastinya akan ?uta? terhadap anda.

Kepada Astro, selamat maju jaya dan kepada Akademi Fantasia...berubahlah!

? ROSLI ABDUL HAMID,

Bukit Antarabangsa,

Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-8-2006 09:21 AM | Show all posts
Edisi KL : Penipu guna nama Astro
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Syah Rul Aswari Abdullah

KUALA LUMPUR: Konsert akhir Akademi Fantasia 4 (AF4) sudah berlalu Sabtu lalu, namun segelintir penonton menjadi mangsa sindiket penipuan menggunakan populariti program realiti Astro itu dengan menawarkan hadiah RM9,000 menerusi SMS.

Difahamkan, sindiket terbabit menyamar wakil penganjur yang dilantik Astro bagi menghubungi penonton melalui SMS sebelum meminta nombor akaun bank mangsa.

SMS yang dihantar bertulis ?TAHNIAH. Simcard Anda Memenangi Hadiah Cek Tunai RM9,000 dari AFM (AKADEMI FANTASIA 4) sila hubungi: 006281332296977. Terima kasih.?

Selepas berjaya meyakinkan mereka wakil sah Astro, mangsa diberitahu cek akan dimasukkan ke dalam akaun bank terpilih mereka secepat mungkin.

Terbaru, seorang ketua jururawat sebuah hospital rugi hampir RM1,000 selepas diperdaya sindiket terbabit.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Lia berkata, dia menerima SMS terbabit ketika berada di tempat kerjanya, kelmarin.

?Saya menghubungi nombor telefon tertera dan dijawab seorang lelaki yang mendakwa pegawai Astro yang kemudian meminta butiran peribadi.

?Lelaki terbabit bertanyakan sama ada saya mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN). Apabila diberitahu saya memilikinya, dia menyuruh saya ke bank untuk membuat semakan baki akaun terkini,? katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Tanpa berlengah, Lia terus ke mesin juruwang automatik (ATM) BSN dan membuat semakan baki wang dalam akaunnya.

Dia sekali lagi membuat panggilan kepada lelaki terbabit dan memberitahu wang dalam akaunnya tidak bertambah.

?Lelaki itu kemudian menyuruh saya membuat transaksi pemindahan ke satu akaun yang dimintanya sebelum memperoleh hadiah berkenaan.

?Saya yang tidak menyedari penipuan itu terus mengikut arahan lelaki terbabit dan melakukan transaksi sebanyak RM999.77 ke dalam akaun yang diberikan,? katanya.

Sebaik selesai membuat pemindahan itu, panggilan telefon terputus dan Lia beberapa kali cuba membuat panggilan tetapi gagal.

Beberapa minit selepas itu, katanya, dia berjaya menghubungi lelaki terbabit dan diberitahu wang akan dimasukkan dalam tempoh 10 minit.

Dia menyedari menjadi mangsa penipuan licik itu apabila lelaki terbabit gagal dihubungi sejurus tempoh itu berakhir.

Lia kemudian membuat laporan polis.

Selain Lia, seorang lelaki, Badrul Shah Baharuddin, 26, hampir terpedaya apabila memberikan nombor akaun banknya kepada sindiket berkenaan.

?Pada mulanya saya menyangka SMS itu daripada Astro kerana saya ada mengundi pada konsert akhir AF4. Tambahan pula, hadiah wang tunai RM9,000 sangat menarik.

?Saya mula hairan apabila lelaki yang menyambut panggilan meminta nombor akaun bank saya dan meminta saya memasukkan wang RM1,000.

?Saya meminta lelaki itu menghubungi saya semula tetapi dia beriya-iya menyuruh saya memasukkan duit supaya tidak terlepas ganjaran itu,? katanya di Balai Berita di sini, semalam.

Badrul yang bertugas sebagai pegawai bank di ibu kota kemudian mendapatkan kepastian Astro dan terkejut apabila diberitahu stesen penyiaran itu tidak menganjurkan peraduan seumpama itu.

?Saya segera membuat laporan polis kerana sudah terlanjur memberikan nombor akaun bank saya. Hasil siasatan polis menunjukkan nombor telefon bimbit sindiket itu digunakan di Indonesia,? katanya.

?Saya tidak pasti mengapa mereka mahukan baki dalam akaun sekurang-kurangnya RM1,000 tetapi saya rasa mungkin mereka cuba melakukan penipuan besar,? katanya.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa mereka beroperasi dari sebuah pejabat di Kampung Baru di sini dan hadiah tidak boleh disampaikan secara tunai kepada pemenang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 09:27 AM | Show all posts
macam mana la boleh tertipu....org malaysia...dpt duit free sket, kelabu mata dah....

KALAU dapat HADIAH...suruh BAYAR SOMETHING....menipu la tue maknanya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2006 10:20 AM | Show all posts

Reply #28 ColbyRaikkonen's post

masih lagi orang yang cam gitu mod colby..
just read lots of even datin TERtipu puluh2 ribu
dengan bomoh la  - orang jual batu geliga la..

masih ignorant!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 12:07 PM | Show all posts
aiman tak kisah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 08:19 AM | Show all posts
Undian musim keempat merosot


AF4 menyaksikan penurunan jumlah undian yang diterima Astro kerana keseluruhan musim ini, mereka menerima hanya 7.4 juta berbanding 10.7 juta pada AF3 dan 15 juta pada AF2. Bagaimanapun, dari segi jumlah tontonan AF4 menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Jumlah tontonan tertinggi dicatatkan pada konsert kelapan yang menghampiri 1.4 juta penonton, berbanding AF3 yang mencatat tontonan tertinggi pada konsert keempat dengan jumlah penonton menghampiri 1.1 juta orang.

Kehadiran AF4 juga secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan jumlah pelanggan Melayu Astro apabila meningkat kepada 47 peratus, berbanding 45 peratus pada tahun kewangan 2005.

Zainir berkata, AF4 yang berlangsung serentak dengan Piala Dunia sedikit sebanyak menyumbang kepada kemerosotan undian yang diterima sepanjang musim berlangsung.

?agaimanapun AF masih menjadi jenama yang strategik kepada Astro untuk mendapatkan lebih pelanggan sejak dua tahun kebelakangan ini. Sesuatu yang membanggakan AF4 menunjukkan peningkatan jumlah tontonan, walaupun undian berkurangan,? katanya.

Selain percanggahan waktu dengan siaran Piala Dunia yang memaksa Astro Ria meminda dua siaran konsert AF4 pada petang Ahad, ketiadaan undian daripada penonton Brunei turut menyumbang kepada kemerosotan itu.

?etaksuban penonton untuk mengundi sebanyak dulu sudah berkurangan, berbanding ketika AF mula diperkenalkan. Faktor luar biasa Tsumawi yang mencetus fenomena turut memberi kelebihan undian pada musim lalu, namun sukar untuk mendapatkan Mawi pada setiap musim.

?a hanya datang sesekali tetapi positif berdasarkan kepada peningkatan jumlah penonton,? katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 08:21 AM | Show all posts
Tak perlu kejar populariti, glamor
Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Zul Husni Abdul Hamid



BANGGA: Dari kiri, Farhan, Lotter, Ramli Sarip,
Faizal, Haziq dan Velvet menjulang trofi AF4.



Pengetua Akademi Fantasia 4, Ramli Sarip titipkan pesanan berguna buat bekas pelajar


KELMARIN secara rasmi tamatlah sudah tugas yang dipikul Ramli Sarip selama tiga bulan bergelar pengetua kepada akademi popular itu. Lima finalis AF4 berjaya menamatkan pengajian mereka dengan jayanya selepas 10 minggu bertungkus lumus mempersiapkan diri sebelum layak bergelar penghibur.

Sepanjang tempoh itu juga, Ramli berjaya memainkan peranan yang diamanahkan kepadanya iaitu berkongsi perasaan dengan pelajarnya, mendasari hati mereka sambil menyampaikan ilmu yang berguna.

Kini, selepas tamat tempoh perjanjian, tibalah masanya untuk pelajar AF4 ini mempraktikkan ilmu yang diajarkan kepada mereka. Tiada lagi tenaga pengajar yang akan memperbaiki kelemahan mereka. Tak akan kedengaran lagi suara pengkritik yang memberi komen panas mengenai persembahan mereka.

Umpama pepatah, perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan cuma tinggal untuk berkayuh saja.

Namun, apakah ilmu yang mereka pelajari itu sudah cukup buat mereka? Apakah mereka bersedia untuk berhadapan dengan dunia luar yang sememangnya diketahui amat besar dugaannya.

Ketika ditemui selepas sidang media Konsert Akhir AF4 malam Sabtu lalu, Ramli bersetuju bahawa malam konsert kemuncak itu menjadi titik tolak kepada cabaran yang sebenarnya.

?ada saya, malam ini bermulanya cabaran kepada pelajar terbabit. Jika mereka menganggap mereka kini sudah bebas, itu adalah silap. Sebenarnya, mereka tidak bebas dalam erti kata yang sebenarnya. Di luar sana ada banyak mata yang memerhati tingkah laku mereka. Mereka terikat sebenarnya,? ujar Ramli.

Sebagai pengetua yang memantau perkembangan pelajarnya dari semasa ke semasa, Ramli melihat kesemua anak didiknya itu berpotensi untuk berkembang asalkan diberi tunjuk ajar dengan penuh kesabaran.

?eperti yang selalu saya tegaskan kepada mereka sebelum ini, kejayaan tidak akan datang sekelip mata, jadi mereka kena berusaha. Justeru, seandainya ada syarikat rakaman yang ingin mengambil mereka sebagai artis, mereka perlulah mencorak artis (pelajar) ini dengan jujur. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu itu dengan sekelip mata.

?esabaran itu penting. Contohnya seperti Lotter. Ada yang berkata dia hanya layak menjadi pelawak dan bukannya penyanyi yang baik. Mungkin pendapat itu ada betul dan salahnya. Pada saya dia boleh menjadi artis rakaman cuma memerlukan masa untuk dikomersialkan,? luah Ramli.

Bekas vokalis kumpulan Sweet Charity ini juga menaruh harapan agar kesemua 12 anak didiknya itu mempunyai ?iwa? dalam bidang nyanyian, seperti yang sering ditegaskan Ramli sewaktu berada di akademi.

?aya juga sering mengingatkan mereka bahawa jangan terlalu mengejar glamor dan populariti apabila mereka mengambil keputusan untuk menjadi anak seni. Populariti dan glamor akan datang dengan sendiri apabila tiba masanya kerana jika mereka menunjukkan prestasi yang baik, penerimaan peminat akan seimbang,? nasihat Ramli kepada anak didiknya itu.

Menurut Ramli sesuatu yang amat membanggakannya apabila diajak berbicara mengenai 12 pelajarnya itu ialah perwatakan mereka yang versatile serta memiliki suara yang tersendiri.

?aya percaya, jika niat mereka suci, setiap usaha mereka pasti diberkati dan untuk itu tidak mustahil kejayaan bakal berpihak kepada mereka,? ujar penyanyi yang mendapat jolokan Papa Rock ini.


Corat -coret:


BIARPUN dibuat di sebuah stadium yang gah namun kehadiran penonton tidak semeriah tahun lalu. Barangkali ini ada kena mengena dengan aura AF4 yang dikatakan hambar dan kurang seri.


PENGARAH Kanan Program Astro, Zainir Aminullah hampir meninggikan suara apabila diasak dengan pertanyaan panas wartawan terutama mengenai isu pakaian pelajar AF4 yang tidak sesuai dan setanding dengan prestij program itu sendiri. Zainir juga cuba mengalih suasana dengan meminta wartawan menujukan soalan kepada finalis.


SETIAP kali siaran berhenti rehat bagi memberi laluan iklan, dua gadis berdandan cantik mengusung sepanduk mengingatkan penonton di stadium supaya tidak lupa mengundi finalis.


KONSERT final AF4 turut menyiarkan rakaman footage menarik sepanjang tiga musim AF bersiaran. Satu usaha yang wajar diberi pujian kerana mengembalikan nostalgia ketika AF mula bertapak di hati penonton.


SETIAP kali Adlin dan Siti Hajar memberi komen panas, penonton akan memberi reaksi kurang senang. Malah ketiga-tiga pengkritik sukar mencari kata persefahaman sepanjang mereka menjalankan tugas.


PAKAIAN Linda Jasmine berjaya menarik perhatian ramai sehingga ada wartawan yang cemburu melihat kecantikan guru tari itu menggayakan gaun petangnya. Tidak keterlaluan andai dikatakan pakaian Linda lebih cantik daripada apa yang disarungkan finalis.


GELEKAN Tasha ketika mendendangkan lagu Goyang Inul mengundang perhatian ramai. Walaupun tidak dapat menandingi kehebatan Ratu Ngebor dari Seberang itu.


HAZAMA membuktikan walaupun tidak terpilih sebagai 12 finalis AF4 namun dia mempunyai vokal yang mantap untuk diketengahkan secara komersial.


LAGU rakyat yang sering didendangkan Faizal sebelum dia membuat persembahan di konsert mingguan diminati ramai sehingga ada yang membuat permintaan supaya Corrie mereka tari lagu itu.


ADA tenaga pengajar kurang berpuas hati dengan soalan panas wartawan pada majlis sidang media. Harus diingat, itu sudah tugas wartawan. Kalau nak harap soalan yang baik, tak perlulah ada sidang media itu.


WAH! Tak sangka ada pelajar yang tersingkir rupanya sayang nak tinggalkan akademi. Katanya, dia lebih seronok berada dalam akademi. Tak tahulah kenapa. Mungkin dia sudah terbiasa dengan keistimewaan yang disediakan ataupun hendak ?eeling? bergelar pelajar AF. Tak kuasa!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 08:26 AM | Show all posts

KEBANGGAAN: Faizal bersama kereta Vios hadiah
kemenangan sebagai juara AF4.





GEMBIRA: Faizal bersama Lotter meraikan kejayaan
sebagai juara dan naib juara






Haziq membawa lagu ciptaan pengetua Ramli Sarip.
Reply

Use magic Report

adecconan This user has been deleted
Post time 11-8-2006 11:59 AM | Show all posts
btol la tue
dah cukup da...
asik bg free jek hadiah bernilai tuh...
best xbest org undi...
yg menang jgak yg untung...
yg undi tetap gak mundur...
so xyah la....membazir jek krdt korg tuh....
nk wat lagi blh af nie tp biar la gune juri profesional xyah gune sms lg...
wat rugi jek...
dak yg kaur xjgak bagus benor nye...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 08:48 PM | Show all posts
AKU HARAP AF4 BUKAN YG TERAKHIR...........KALAU BOLEH BIAR SAMPAI AF100
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 09:10 PM | Show all posts

Reply #35 lebai_WOLRD's post

hahaha @  100 :

macam2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2006 06:12 AM | Show all posts
Berakhirnya Akademi Fantasia 4 Inikah kecemerlangan?
Oleh: NIEZAM ABDULLAH



Apabila Akademi Fantasia musim empat (AF4) yang berakhir minggu lalu, kita semua wajar bertanya, inikah kecemerlangan yang dicari dalam dunia seni?

Mencari kecemerlangan dengan menjulang juara adalah dua perkara berbeza. Selalunya kecemerlangan berteraskan kualiti, tetapi juara AF berteraskan populariti.

Persoalan ini timbul apabila kerajaan negeri Terengganu dengan sepantas kilat melantik juara AF4 Mohammad Faizal Ramly sebagai Duta Belia Terengganu.

Sekali lagi, inikah kecemerlangan sehingga kerajaan negeri Terengganu menjadikan juara AF sebagai idola belia yang berjaya dan cemerlang.

Pelantikan Faizal sebagai Duta Belia Terengganu bukanlah satu langkah tepat lagi wajar kerana taraf duta sepatutnya diberikan kepada mereka yang cemerlang, bukan sekadar popular.

Kejayaannya hanyalah diraih menerusi sebuah program realiti televisyen yang juaranya dipilih menerusi undi khidmat pesanan ringkas (SMS). Apakah cemerlangnya?

Kemenangan Faizal yang berusia 22 tahun dari Marang, Terengganu itu sudah dijangka berdasarkan kepada kedudukannya sebagai peserta tertinggi menerima undian SMS.

Kejayaan itu juga telah mengubah hidupnya. Dalam sekelip mata mendapat hadiah bernilai RM371,435 termasuk sebuah kereta Toyota Vios 1.5 dan kondominium di A扚amosa Melaka (RM240,000).

Sesetengah pihak menganggap, ini satu pulangan 揵erbaloi拻 kerana bapanya Ramly Yaacob secara terbuka memberitahu sanggup berhutang untuk berkempen demi memastikan anaknya itu terpilih sebagai juara.

Selain faktor itu, kejayaan Faizal meraih gelaran tersebut kerana sikapnya yang dilihat 憀ebih jujur
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.174459 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list