CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sisshuttle_q

Cinta Untuk Nabila

 Close [Copy link]
Post time 7-4-2006 09:40 AM | Show all posts
mana sambungannyer nie? xsabar nk tgu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2006 12:26 PM | Show all posts
Heeheheee..cinta untuk nabila tak sama novel yang sedia ada tue..Ilham diperolehi dari lagu Terrarosa. Citer nie aku buat waktu awal tahun lepas..sudah lama diperap...Idea dah lama ada cume masa jer tak cukup untuk merungkai ayat. Tunggu...ia kan mengambil masa yang lama..Anyway terima kasih kepada semua ynag sudi membaca...terdapat kelemahan2 lagi..thanx 4 ur comment
Reply

Use magic Report

entropicity This user has been deleted
Post time 26-4-2006 07:38 PM | Show all posts
cinta untuk nabila... :hmm:

lirik lagu lama ni...



Entropicity - A state of inevitable and steady deterioration of a system or society
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2006 08:32 PM | Show all posts
ala bila nak sambung nniiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 02:38 PM | Show all posts
bz ke.. lambat yer nak tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2006 03:31 AM | Show all posts
bila nak sambung..tak suka baca citer tergantung....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-5-2006 03:41 PM | Show all posts
Sabar yer tgh final exam nie...maaf kerana menunggu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2006 11:29 PM | Show all posts
Penyapu lidi yang digunakan tadi diletakkan semula di dinding. Dia mengatur langkah menuju ke dapur mengikut pintu belakang yang berhampiran. Matanya mula melilau ke sebelah rumah yang sudah lama tidak dikunjunginya semenjak tiga bulan lalu. Rumah itu tampak kosong dan rumput sudah mulai panjang. Segera didongakkan kepala ke arah bilik teman rapatnya itu. Dahulu dia lantas sahaja berteriak ke arah tingkap itu untuk memanggil Amir dan  sekarang dia sudah lama tidak mendengar petikan gitar Amir malah deruman enjin kereta dan gurauan Pak Din, ayah Amir.  Mengikut kiraanku sudah dua bulan mereka pergi ke Armsterdam menjaga Kak Nina yang masih dalam pantang maklumlah baru melahirkan anak sulungnya.  Pak Din dan auntie Liana begitu gembira sekali dengan kehadiran cucu pertama mereka. Masih aku ingat lagi ketika Pak Din meminta ibu tengok-tengokan rumahnya semasa ketiadaan mereka sekeluarga. Amir hanya memerhatikan sahaja dari jauh. Semenjak kejadian tiga bulan yang lepas jarang benar kami bersuara. Bahkan di kampus kami saling tidak bertegur sapa. Kami sama-sama cuba mengelakkan diri dan keadaan seperti ini benar-benar memeritkan. Hubungan Nabila dan Amir juga aku dengar semakin rapat. Malah mereka seakan merpati dua sejoli. Perkara ini aku tidak pertikaikan kerana aku pernah terserempak Nabila menangis dan bersandar di bahu Amir. Nabila cuba ditenangkannya walaupun wajah Amir agak kabut dan tampak resah. Mungkin risau bagaimana ingin membantu buah hati kesayangannya itu. Sehari sebelum bermulanya final exam Amir sempat menghulurkan aku nota dengan muka slumbernya. Tiada senyuman yang terukir cuma ekor matanya menunjukkan keikhlasan. Secara jujur, aku ingin sekali menghadiahkan senyuman yang manis dan menatap wajah rakan baikku itu sepuas-puasnya tapi aku tidak berdaya untuk melakukan semua itu kerana aku rasa tercabar dengan reaksi Amir dan kiriman nota terakhir darinya.
Nureen,
Amir minta maaf n good luck for ur final.
Amir telah pun mendapat kebahagiaan yang diinginkan. Thanx coz sudi bersahabat dengan Amir selama ini. Kini Amir lebih senang bersendiri.
Next week Amir akan berangkat ke Armsterdam.


Bunyi hon dari kereta belakang menyedarkan aku. Lagu dari pendatang baru Erema benar-benar menyentuh hati ini dan menguatkan lagi ingatan aku kepada Amir.

Sendiri aku menjejak bayangmu,
Berkurun lamanya kita tak bertemu,
Kau berlalu pergi..terbiar aku sendiri,
Menahan duka oh di sudut hati?

Aku leka sebentar dan ya aku menangis! Ah, kenapa aku sensitive sangat akhir-akhir ini. Mungkin tekanan di tempat kerja, desakan mak yang tidak habis-habis menyuruhku mencari jodoh dan Farid! Farid merupakan rakan sekerja aku..memang kami agak rapat dan hubungan ini tidak lebih sebagai rakan sekerja sahaja. Cuma, sejak akhir-akhir dia telah meruntun jiwa aku. Aku tertarik dengan sikap dan kredibilitinya sebagai seorang lelaki. Apa yang pasti kami sudah sering berbalas-balas SMS dan bertemu. Memang aku gembira dengan kehadiran Farid Ridzwan dalam hidup ini. Kami saling berkongsi cerita dan hobi. Adanya Farid di sisi menjadi teman rapat yang sudah lama hilang dalam hidupku. Panggilan dari Nabila benar-benar membuat aku terasa sesak dan keliru. Apa yang pasti nama yang cuba aku padamkan dalam lipatan kenangan kini muncul dan merungkai rahsia Cinta untuk Nabila. Amir maafkan aku kerana tidak memahami perasaan kau?aafkan aku Amir!

Dihimpit dicengkam rindu ini,
Gerimis dukaku menggamit kenangan silam,
Resah dan pilu menghampiri
Sunyinya malamku kelam,
Pedih kemelut cinta,
Dinginnya bicara untuk mengungkap rindu..

Sayapku mungkir pada kejujuranmu,
Menolak segala bahagia dihadapanku,
Kasihku mungkir pada kata janjiku,
Berlari aku jauh dari cintamu..ku kesali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2006 01:40 PM | Show all posts
Sesekali meloloskan diri dari hambatan kerja memberi lebih ruang pada diri aku. Hari minggu begini aku lebih senang menikmatinya di luar daripada menghabiskan masa di rumah. Bukannya aku tak suka menghabiskan masa keemasan di rumah bersama keluarga tapi aku cuba mengelak daripada soalan yang sama diacukan. Memang aku rasa tertekan dan kecewa kerana mereka tidak memahami aku sepenuhnya. Melihat adik-adikku yang kini sudahpun memiliki keluarga dan sibuk melayani telatah anaknya membuat aku rasa sengsara. Aku gembira dengan kebahagian mereka, Cuma aku rasa sedikit tersisih kerana tidak dapat menikmati suasana sebegitu. Bandaraya Johor Bahru masih seperti dulu sesak dengan kenderaan yang berulang alik dari Kota Singa dan juga warga Malaysia. Apatah lagi carnival jualan Mega telah menarik minat para pengunjung untuk membeli-belah pada harga yang berpatutan. Aku? Seperti biasa pada hari minggu begini aku akan menikmati filem di Mega Pavillion City Square. Akukan kaki wayang! Kalau dulu aku akan menonton bersama rakan-rakan tapi kini mereka semua sudah mempunyai komitmen pada keluarga. Maka berseoranganlah aku membawa diri dalam dunia sendiri. Habis menonton aku cuci mata melihat barang-barang yang dijual. Kalau ada yang berkenan maka rabak jugalah duit aku membeli. Seterusnya aku akan menikmati hidangan panas di restoran kegemaranku Singgah Selalu di Kotaraya. Aku rasa akulah pelanggan setia restoran berkenaan. Layanan yang diberikan amat memuaskan selain daripada makanannya yang agak enak. Aku tertarik dengan susunan santainya dan suasana yang agak damai pada petang hari. Hari ini tidak seperti selalu kerana aku akan ditemani seseorang iaitu Fariz. Beria benar dia hendak mengikutku keluar pada hari minggu. Katanya dia bosan duduk di rumah dan kebetulan rakan-rakannya tiada di rumah. Kiranya kami ni senasiblah.
        Nureen tersenyum sendirian bila mengingati bagaimana Fariz sedaya upaya memujuknya untuk keluar bersama. Tanpa disedari nama itu sudah acapkali meniti dibibir dan sentiasa difikirannya. Mereka memang pasangan yang ideal maklumlah masing-masing solo dan orang cakap bagai pinang di belah dua. Sejak akhir-akhir ini banyak kali hubungannya dengan Fariz dijadikan usikan oleh rakan-rakannya.  Pemuda berkumis itu agak manis orangnya malah pandai mengambil hati Nureen.
        ? Nureen nak makan apa??
        Fariz bersuara. Ada keresahan di wajah anak muda yang baru mencecah usia 26 tahun itu. Suaranya dikawal rapi walau ada getar yang kedengaran. Nureen seakan terpana dengan pertanyaannya. Ingin sekali disuruh Fariz mengulangi kata-kata tadi. Matanya melorot ke muka Fariz meminta penjelasan.
        ? Nureen, nureen tak nak order apa-apa ker? Takkan nak minta waiter berdiri kat sini ajer? Mengelamun aje sayang nie?
        Fariz mengeluh dan tersenyum. Matanya sengaja dikenyitkan. Pelayan restoran Singgah Selalu memandangku tersipu-sipu. Muka aku pastinya merah padam dibuatnya.
        Perlahan sahaja Nureen menjawab dan pelayan tadi mula mencatat dan mengulangi kembali pesanan yang dibuat oleh pasangan berkenaan. Sempat juga dia tersenyum kepada Fariz. Nureen kembali memandang Fariz dengan tanda tanya. Apa yang nyata muka Fariz tampak bersahaja.
        ? Fariz kenapa buat Kak Nureen macam nie? Oh sempat kenakan orang yer.? Nureen menjeling tajam. Fariz hanya tersenyum nakal dan kembali merenung Nureen di hadapannya.
        ? Tak salahkan kalau panggil Nureen je dan manalah tau perkataan sayang tu akan terus melekat. Semua tu tiada mustahilnya dan tiada mendatangkan dosa. Am I right Cik Nureen?.?
        Fariz kembali bersuara malahan kali ini dengan penuh minat.
        ? Memanglah tak salah En. Fariz oii.. dahlah jangan main-main and jangan nak memandai-mandai yer?
        Nureen mula membidas. Terasa sebal di hatinya bila soalan itu yang diajukan.
        ? Satu langkah yang bijak untuk tukar topic. Takper yang penting from now on bolehlah Fariz panggil Kak Nureen, Nureen aje. Nureen?rmm it sounds better.?
        Fariz ketawa kecil dan pastinya Nureen panas hati melihat gelagat anak muda di hadapannya. Dia tahu amat sukar memenangi hati gadis di hadapannya ini tapi hatinya berbisik alangkah bertuahnya dia jika berjaya mendampingi Nureen. Siapa sangka dia akan tertarik dengan wanita yang lebih matang. Apa yang pasti kematangan Nureen itulah membuatkan hati mudanya tertambat. Cinta tidak kenal usia dan cinta juga tidak kenal halangan yang menimpa. Akan tetapi perlu diingat kerana cinta ramai yang rasa tercedera.




Pergelangan Nureen masih lagi sakit. Dia memerhati kesan merah di pergelangan tangan. ?erbekas!? jerit hatinya.
Dalam situasi ini dia kaget. Tidak berani untuk bersuara. Melihat Amir yang sedang memandangnya dengan tajam membuat hatinya tidak tenteram. Marah sangatkah Amir dengannya? Bagi Amir tiada apa yang salah? Tidak rela Amir melakukannya begitu. Lancang sangatkah kata-katanya kepada Nabila.
?angan masuk campur urusan Amir!?
Amir mula bertegas. Gerakan tangannya begitu keras tanda amaran. Nureen sekadar menjeling. Matanya mula bergenang. Masakan Nureen tidak berjauh hati dengan tindakan Amir yang dikiranya agak keterlaluan.
?erhenti berharap Amir! Dia bukan milik kau! Hei gunalah otak! Takkan kau nak jadi pak sanggup!?
Kali ini Nureen tidak boleh bertahan. Dihemburkan sahaja kata-kata itu. Tidak peduli lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2006 01:42 PM | Show all posts
dengan kata-kata Amir.
?ou make a stupid mistakes!? Satu lagi kata yang perlu ditujukan kepada Amir.
Segera Amir memegang bahunya kuat. Nureen terasa sakit. Air matanya mengalir keluar. Dia tidak dapat meneka apa yang ada dalam hati kawannya itu. Pegangan itu dileraikan cepat bila melihat air jernih mula tumpah di wajah Nureen yang kelihatan begitu sengsara dengan perlakuannya. Amir mula menjauhkan diri. Amir memandang laut di hadapannya. Kalau hatinya ini seluas laut mahu sahaja diberikan segala kebahagiaan kepada Nureen. Tapi dia tidak berdaya. Mengenang kembali kata-kata Abang Zack membuatkan dia berfikir ke mana arah tujuan hubungan mereka dan apa akhirnya? Nureen berhak mendapat kebahagiaan yang lebih bukan bersama jejaka bisu yang ditemani mimpi-mimpi yang tidak mungkin menjadi nyata tanpa perlu pengorbanan yang besar. Amir segera membelangkangi yang selama ini dianggap baik. Dia sudah tidak berdaya memandang mata Nureen yang tangisnya masih bersisa. Ralat hatinya mempermainkan perasaan teman yang sentiasa menemaninya walau dalam keadaan apa sekalipun. Melewati hari-hari yang sukar bersama Nureen membuatkan hatinya tiidak tenang. Melihat airmata teman rapatnya itu sudah membuat jiwanya merana dan bertambah parah. Tidak sanggup rasanya meluahkan kata-kata itu tapi demi kebaikan dia terpaksa. Sedangkan dia sendiri tahu dirinya cukup tersiksa. Seakan membuang jauh dirinya yang sebenar dan segala memori bersama gadis yang selama ini yang meruntun hatinya. Nureen tempatnya bersandar, di mana dia memulakan harapan, mempelajari erti kesukaran dan persahabatan dan tidak terlepas untuk merasa nikmatnya kasih sayang. Namun sayang, dia tidak rela berkongsi dengan orang yang ternyata berhak dan menjamin hidup Nureen lebih bahagia. Kalau diikutkan kudrat yang ada mahu sahaja dia membelai mesra gadis dihadapannya dan memohon maaf di atas perbuatannya. Mahu saja dia menjerit nama Nureen dan menyatakan bagaimana rasa kasihnya itu. Tapi, jeritan itu tidak mampu kedengaran. Tiada suara yang disumbang hanya angin sepi yang menyelinap di segenap tubuh gagahnya itu. Matanya kini berkaca. Bibirnya bergetar. Dia seraya terduduk di tepi dinding. Diamatinya seluruh bilik yang pernah dikunjungi Nureen untuk mengulangkaji pelajaran bersamanya. Jemarinya diraup ke muka beberapa kali. Tangan kanannya menghentak dinding beberapa kali tanda kesal di atas kejadian petang tadi. Angin malam dirasa cukup hambar dan kaku. Tiada rentak melodi yamg indah dan sepoi yang dicipta yang ada hanyalah deruan angin yang makin menggila seakan menunjuk protes kepadanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2006 10:07 PM | Show all posts
Ini dia sambungannya tapi..sorrylah perenggan tak banyak sangat..lepas tu baca mesti pening2 banyk tulisan..sorrylah korang..bile transfer ke sini semua jadi kelam..adjust sana sini tapi masih teruk sangat perenggan dia n others..tapi nak wat camne..bacalah karya ini setulus rasa..kalau ada tak puas hati or tak suka maaf aku pinta kerna membuat penulisanku kurang sempurna..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 01:40 PM | Show all posts
tak puas laa baca.. ahaks.. cpt laaa sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 12:43 PM | Show all posts
lamanya berhenti......nak smbungan dia......
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2006 10:30 AM | Show all posts
lagu cinta untuk nabila bukannya oleh terra rossa tetapi oleh kumpulan melissa.....

Cinta Untuk Nabila

Cinta untuk Nabila
Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
Telah lama aku mencari
Kemana menghilangnya puteri

Apakan daya
Sudah suratan tertulis kita bertemu
Hingga kini setelah berpisah
Salju yang beku terlerai sudah

( korus )
Oh Nabila...
Lambang cintaku kepadamu
Hingga kini oh Nabila takkan lupa
Mengingatimu

Oh Nabila...
Lambang cinta yang telah layu
Hingga kini oh Nabila
Agar kau dapat mengerti
Kepada mu puteri
Kusanjung tinggi

Lagu untuk Nabila
Aku ciptakan bila mata
Kuterpejam lena
Kuutuskan bayu yang bertiup
Menyatakan cinta untuk Nabila
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 12:21 PM | Show all posts
mak aii..lamanyer tak bersambung ek citer nih...

bes2 nie..sambung2 cepat2...
akan ku tunggu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2006 09:23 PM | Show all posts
Betul tue Mega..saya dapat ilham pun dari lagu tulah..Citer nie pun dalam proses..dah ada sambungannya cuma nantilah saya paparkan sekali ngan sambungan citer saya lagi satu Professor Cinta..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2008 01:20 PM | Show all posts

reading access 1..

apa maksud reading access 1??asal x leh bce novel yg ade tulis mende 2??cmne nk dpt reading access 1 tu??
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052327 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list