CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: usagiKecik

Galeri Petronas KLCC

[Copy link]
Post time 5-9-2006 05:57 PM | Show all posts
Lukisan batik berpusat pada figura manusia yang kerapkali terpiuh demi menghalusi perasaan kelembutan yang seniman ingin penonton rasai. Chuah Thean Teng menjurus kepada kesegi-segian corak batik yang leper tetapi patuh kepada peraturan reka-letak hal-benda berada di tengah-tengah.

Patrick Ng Kah Onn meraikan rasa erotik yang tersirat dalam tubuh lelaki dalam satu sapuan berus yang sekali gus menolak fahaman konservatif menular pada tahun-tahun 1960an. Hse Te Hsein berpuas hati dengan siluet wanita yang gerak tangannya direngkaskan dalam latar belakang kuning air dalam karya yang mempunyai dua rona.

Permudahan demikian juga terdapat di dalam karya Tay Mo Leong yang menekan soal garis lebih dari soal gerak tubuh dalam satu satah yang dipenuhi oleh percik-percikan pudar. Osman Mansor pula menggunakan kebernasan garis pena untuk mengolah dua model yang bermata besar, bersubang dan berdada subur, seorang memegang mangkok penuh buah-buahan, dan seorang lagi memegang balang bunga, kedua-duanya memancar kesatuan tanggapan ide sensual.

Khalil Ibrahim memfokus kepada sekumpulan lelaki yang tidak berbaju cli pamai cliarah berlakon merangkak, membongkok, menarik, dan mengangkut.  

Yusoff Abdullah menunjukkan adegan dalang wayang kulit yang memukau penomon yang seronok melihat Hanuman berperang sebagai satu hiburan. Dengan kebolehan yang luar biasa mengolah figura manusia, Ismail Mat Husin melukis perempuan Kelantan dalam pos yang longlai mengawal pelanggan yang tawar menawar, dengan warna harmoni tersebar' pada sebilangan tudung, baju dan sarong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 05:59 PM | Show all posts
Dalam pameran ini juga ada lukisan-lukisan mengenai batik yang dilukis, satu mainan kata-kata yang menyarankan betapa estetika batik itu telah meresapi penghayatan Chang Fee Ming, Yeong Seak Ling, Mohamed Najib Ahmad Dawa, Yuen Chee Ling, Abdul Rashid Abdul Razak, dan Ismail Kadir, yang masing-masingnya memakai cat air, cat minyak atau cat akrilik.

Chang Fee Ming membawa adegan figura yang tergesa-gesa mandi, kerana hendak bersedia menyambut kepulangan kakak yang garang yang akan marah - marah. Yeong Seak Ling menangkap keheningan buai batik yang tergantung pada alang di serambi yang menghala ke arah halaman yang bersambung ke sawah yang luas melintang ke kaki langit, lambang suasana desa yang banyak bantu tenangkan fikirannya.

Mohamed Najib Ahmad Dawa menumpu kepada siri 'kepala kain' yang bersegi tiga cli samping bunga-bunga dan burung gayaan yang meniru corak batik yang datar dan menyegarkan. Yuen Chee Ling mengingat kembali masyarakat nyonya Pulau Pinang tahun 1950an, asyik-asyik dan berbisik-bisik dalamperjumpaan pesta menyanyi keroncong dan dondang sayang, bercakap Rokkien penuh dengan istilah Melayu.

Abdul Rashid bin Abdul Razak memberi perhatian kepada batik yang dipakai modelnya bernama Nurkumalawati sebagai cara untuk bercerita tentang kehilangan etos budi bahasa Melayu oleh arus pembandaran. Ismail Kadir pula meniup angin kedesaan melalui baju batik, sarong, langsir, dan sarung bantal untuk menengahkan warisan Kelantan.

Samaada lukisan batik atau batik yang dilukis, utusannya hanyalah satu, yakni, pengolahan identiti budaya yang mengatasi perbezaan etnik.

- Dr Zakaria Mohd Ali. Kurator Pameran
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 05:59 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 06:00 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 06:01 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 06:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.142055 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list