|
BERFIKIR: Intelligence, Skill, Bakat ataupun Seni.....?
[Copy link]
|
|
Originally posted by ajinomotonosuga at 14/4/06 01:52 PM
i think yipun is a very shy gal lah hihihihihi:geram:
satu budak kecik..dia nak join satu group budak kecik lain yang sedang kecoh bermain bergurau gelak2 dalam group..budak kecik pomp ...
I have my fault Aji, n still trying my level best to work harder to be accepted by others. But lumrah alam dan manusia, nak berkawan pun kena ada 'rupa' dan status baru boleh diterima. |
|
|
|
|
|
|
Mr.Forensics This user has been deleted
|
kadang2 aku tak berpikir pun.sebab idea akan tetiba jer datang sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mr.Forensics at 16-4-2006 11:54 AM
kadang2 aku tak berpikir pun.sebab idea akan tetiba jer datang sendiri.
idea mari or datang dengan wujudnya KEMAHUAN, kehendak, or desire bukannya kerna fikiran or berfikir.
berfikir tu 'memudahkan' kedatangan idea..kire macam fikiran ni parang duk tebas belukar nak buat jalan so senang nak kutip hasil dalam hutan gitu..sapa canggih dia pakai more than parang maybe mesin tebas..or dia cipta mesin tebas.
dalam putaran idup nomo satu is desire or kehendak. basic ni kite sebut keperluan asasi, kendian mende2 luxuries plak ler.
baby kecik dia main sambar apa saja walo ular beracun dia ingat tali ke apa pasal otak dia belum penuh 'ilmu' esp bab keselamatan diri menjadikan PENGALAMAN ialah salah satu 'universiti' in life seseorang ler.
maksud tak terfikir but idea datang tu i think minda bawahsedar. aku buleh kasik tau idea tu mai kerna ko ada kemahuan sesuatu, dan dari kemahuan ini automatik mindabawah sedar berkuat kuasa. Pekara ini kekadang kita sedar , disedarkan or kekadang tidak, tau2 jadik lalu ramai ingat ada oang tu spesel gift ada ke istimewaan tertentu pada hal nya setiap kejadian manusia adalah istimewa.
Thomas Edison menjadikan 'this art' punca cari makan..dia cipta beribu patents discoveries ciptaan etc. IBM tu pengasasnya mr edison, international business MACHINE.
jadi saya fikir buleh mengatakan 'fikiran' tu kire macam machine jek. kekadang sesuai kekadang tidak...maka tu oang sebut kene follow heart sesuai pada mind . Kekadang kita fikir akan sesuatu dan imajinasi kita bagus mende ni but our heart tak sedap gitu, tak serasi dengan fikiran dan wawasan so kita tak buat. Sebab itu persoalan kasih sayang keperimanusiaan cinta toleransi caring etc ni persoalan heart dan ianya macam menara control pada mind dan wawasan (imajinasi).
heart will never be a machine kerna itu secanggih mana pun computer boleh dicipta i.e. robot or any AI, tidak menyamai HATI MANUSIA di mana terkandung misteri emosi. ( i am not referring physical heart). |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yipun78 at 15-4-2006 07:36 PM
I have my fault Aji, n still trying my level best to work harder to be accepted by others. But lumrah alam dan manusia, nak berkawan pun kena ada 'rupa' dan status baru boleh diterima.
work hardest to accept apa jua bukan otherwise cam ipun tulis tuh.
lumrah MANUSIA but not ALAM , tu yang ada kondisi itu ini but rumput tak kisah lembu ke manusia nak kawan ngan dia, dia terima jek.
manusia cuba ada kuasa pada diri dia sendiri jek tu pun atas izin tuhan so make sure as natural as possible then baru alam embrace u as originally manusia is part of alam jua. ws. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemahiran berfikir
Oleh DR. SIDEK BABA
KEMAHIRAN berfikir adalah sesuatu yang amat fundamental dalam kemajuan sesuatu negara dan bangsa. Bangsa Yunani terkenal melahirkan ahli-ahli fikir, sekali gus menghasilkan karya-karya besar.
Pemikir seperti Aristotle, Plato, Socrates dan lain-lain, pemikirannya dikaji sehingga kini. Hal yang sama berlaku dalam ketamadunan Islam yang melahirkan pemikir-pemikir besar dalam banyak bidang. Tokoh-tokoh seperti Ibnu Nafis, Ibnu Sina, al-Batani, al-Khwarizmi, al-Biruni, al-Zahrawi, Ibnu Khaldun, IbnuTaimiyyah, Shah Waliyullah dan lain-lain adalah pemikir, pengkaji dan saintis pada zamannya yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan manusia dan tamadun. Kekuatan yang ada pada mereka bermula dengan tradisi berfikir yang menghasilkan ilmu dan karya.
Kemahiran berfikir harus didedahkan kepada generasi muda sejak zaman remajanya lagi. Kecenderungan al-Farabi, al-Kindi, Ibnu Rushd berfikir bermula sejak umur remaja lagi. Bermula dengan mendekati dan meneliti al-Quran, menguasai aspek-aspek bahasa dan tafsir sehinggalah mendekatkan mereka dengan ilmu-ilmu falsafah, matematik, astronomi dan muzik adalah gambaran tradisi berfikir yang cemerlang berlaku di kalangan mereka. Dewasanya mereka menghasilkan karya-karya besar untuk kajian dan tatapan manusia berzaman-zaman.
Berfikir sebagai suatu kemahiran perlu disuburkan di kalangan remaja. Tempoh remaja adalah tempoh yang amat berpotensi membentuk kemahiran berfikir supaya potensi akliah atau mindanya dapat berkembang dengan subur dan baik. Remaja tidak seharusnya di dedah dengan pendekatan mengingat dan menghafaz saja. Ia juga penting sebagai suatu cara merakam maklumat dan ilmu. Tetapi lebih penting lagi ialah bagaimana maklumat dan ilmu dapat difahami dan diaplikasikan kepada diri dan juga di luar diri. Ia sudah tentu menuntut upaya atau kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir adalah amat perlu bagi remaja supaya sudut pandangannya menjadi luas dan mantap. Oleh kerana sifat ilmu dan maklumat adalah berkembang, pemikiran remaja tidak harus statik, beku dan jumud dalam tahap-tahap tertentu sedangkan perkembangan maklumat dan ilmu di sekitarnya berkembang dengan laju. Dalam gelombang perkembangan maklumat yang digerakkan oleh teknologi para remaja harus berkemampuan menyaring yang mana baik dan bermanfaat atau yang mana sebaliknya. Kemahiran berfikir boleh membantu
Apa yang penting bagi remaja ialah kenal pasti potensi, minat dan kecenderungan terhadap bidang-bidang ilmu dan keahlian kemudian latih diri dengan kemahiran berfikir yang sistematik. Maksud berfikir yang sistematik ialah bagaimana pemerhatian, pengkajian, dapatan, penemuan yang dilalui oleh remaja baik dalam hal-hal akademik dan kerja saintifik, mahupun khazanah pengalaman dan pemerhatian mencetuskan daya fikir, perasaan ingin tahu yang tinggi, kecenderungan melihat dalam perspektif yang berbeza, memperkayakan persepsi, tafsir dan taawil terhadap sesuatu adalah jalan-jalan yang menghasilkan kemahiran berfikir.
Remaja di peringkat awal membina kemahiran berfikir harus peka dan sensitif terhadap sesuatu. Ia mendorong rasa ingin tahu yang tinggi. Dorongan ingin tahu harus diikuti dengan pembacaan, perkongsian ilmu dan maklumat, melakukan analisis, mendapatkan maklumat-maklumat berbanding dari sumber-sumber lain kemudian meletakkan sesuatu subjek atau isu dalam perspektifnya. Apabila sesuatu itu berada dalam perspektifnya maka barulah asas pemikiran diletakkan dan subjek itu boleh dilihat secara kritikal, kreatif, reflektif, lateral, analitis, evaluatif dan sebagainya.
Melihat dan menanggapi sesuatu berasaskan perspektif pemikiran boleh menambahkan lagi kesuburan ilmu, menjadikan maklumat berkembang, pendapat diperkayakan dan akhirnya data dan fakta yang diperoleh menjadi lebih tersaring dan rumusan ke arah sesuatu akan menjadi lebih baik. Ia sangat penting memandu remaja berfikir dengan lebih tepat, baik dan sempurna. Ia boleh menyebabkan remaja berfikir dengan berkualiti.
Berfikir
Pada hari ini ramai remaja yang tidak berfikir. Sesuatu itu dilihat secara pergi dan datang tanpa kecenderungan untuk berfikir baik atau buruknya. Sesuatu yang datang dalam hidupnya baik yang bercorak maklumat, hiburan, senikata, bahan pembacaan dan tontonan lebih banyak yang mengisi keperluan naluri dan nafsu. Sekiranya para remaja tidak dibina asas dirinya menjadi remaja yang baik dan berakhlak unsur hiburan dan berfoya-foya sangat digemari.
Remaja jenis ini jarang berfikir tentang baik buruk, bermanfaat atau pun tidak akan sesuatu itu, sebaliknya menjadi pengguna setia hingga akhirnya menyebabkan para remaja terpengaruh dengan perkara-perkara negatif dan terlibat dengan perbuatan yang melampaui batas.
Dalam tradisi Islam kemahiran berfikir sentiasa dihubungkan dengan faktor zikir. Zikir di sini harus dilihat dalam erti kata yang luas. Zikir bukan hanya menyebut nama Allah atau kebesarannya tetapi zikir dalam konteks fikir mengajar remaja memahami faktor kewujudan Allah dengan tanda-tanda kebesaran-Nya. Allah s.w.t. adalah sesuatu yang ghaib. Adanya alam ini, seluruh kejadian yang ada, rahmah dan nikmat yang melimpah, diberikan roh kepada manusia supaya manusia mampu berfikir, merasa dan memilik nilai dalam aplikasi hidup.
Remaja pada peringkat awal umur lagi jangan hanya berfikir terhadap benda-benda yang wujud dan tampak semata-mata. Sesuatu yang wujud dalam alam dan kehidupan ini tidak semestinya maujud dalam bentuk yang nyata dan tampak. Roh yang ada pada tubuh remaja sendiri adalah sesuatu yang ghaib. Tetapi ia wujud pada diri dan memperkasa akal dan hati. Tanpa roh jasad, akal dan rohani tidak akan memberi makna apa-apa. Pemikiran pokoknya ialah siapa yang mencipta roh itu. Al-Quran memberikan pertunjuk bahawa roh itu adalah ciptaan Allah dan yang diketahui oleh manusia tentang roh adalah amat sedikit sekali.
Akal adalah anugerah Allah yang amat berharga. Dari akal membolehkan remaja mengingat dan menghafaz. Daripada akal juga menyebabkan pemikiran berkembang dan daya taakulan terjadi. Berfikir adalah suatu proses dan apa yang difikir menjadi sumber maklumat dan ilmu kepada remaja. Tetapi upaya pemikiran remaja terbatas sedangkan alam dan kehidupan yang amat luas ini sifatnya tidak terbatas. Remaja memerlukan pedoman.
Al-Quran sebagai Kalam Allah memberikan kita pedoman mengenai alam nyata dan alam ghaib. Daripadanya remaja belajar memberi perimbangan mengenai pertunjuk, pedoman dan pertanda daripada Allah untuk manusia tahu dan daripadanya manusia dapat mengukuhkan jiwa kehambaan yang tinggi supaya kepatuhan dan ketaatan yang ada membolehkan remaja hidup dalam keadaan yang fitrah. Kalau tidak pemikiran remaja akan berkembang secara pemikiran orang Barat yang sebahagiannya tidak percaya kepada konsep Penciptaan dan menolak konsep ghaib sebagai dogma dan dihubungkan sebagai tidak rasional dan tidak saintifik.
Dalam al-Quran terdapat hampir 200 ayat yang khusus tentang sains. Ulama dan ilmuan Islam pada masa terdahulu berfikir berpandukan zikir iaitu menghubungkan Allah sebagai Pencipta. Sedikit kebesaran dan kehebatan hasil ciptaan-Nya dikaji oleh manusia dalam mengurus hidupnya.
Bagi yang tidak beriman merasakan apa yang ditemui dan didapati dianggap ia hasil kajian saintifik manusia sedangkan bagi pemikir dan saintis Islam ia adalah tanda kebesaran Allah yang menciptakan segala sesuatu dan manusia hanya dapat menemui sedikit rahmah, hikmah dan nikmat-Nya. Dari situ manusia memiliki rasa syukur yang tinggi.
Para remaja Islam perlu bersikap kreatif, inovatif dan kritikal terhadap sesuatu fakta dan data. Tetapi daya kreatif, inovatif dan kritikal jangan sampai kita menolak faktor zikir hingga menyebabkan remaja kehilangan arah dan pedoman dan akhirnya menolak Tuhan dan agama. Faktor zikir adalah faktor yang memandu remaja dekat dengan kebenaran dan faham tentang fitrah kejadian.
Oleh itu berfikir tanpa landasan boleh menyebabkan remaja hilang arah. Berfikir menolak fitrah kejadian akhirnya menyebabkan remaja menolak fitrah kejadian. Berfikir secara Qurani akan membimbing remaja ke arah kebenaran yang hakiki. Kebenaran hakiki juga yang akan menjadi pedoman terbaik memandu remaja membina peribadi yang fitrah. Inilah landasan berfikir yang dianjurkan oleh Islam.
- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah kalo kita terlalu banyak berfikir kita akan dianggap suka berangan, mengelamun?
kadangkala aku terfikir kalo kita terlalu banyak berfikir kita akan takut untuk melakukan sesuatu disebabkan kita terlalu memikirkan kesan serta akibat daripada sesuatu perbuatan itu. Jika sesuatu perkara bersifat positif dan kita pula sedang asyik berfikir sehinggakan suatu perkara itu boleh diannggap negatif. Maka untuk berfikir dengan baik perlukan juga bimbingan ILMU serta pengalaman.
Kalo dilihat dalam satu organisasi perlu ada kombinasi pemikir, yang tua dan yang muda. Yang tua akan lebih suka berfikir manakala yang muda kurang berfikir akan menjadi pelaksana. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blackpurple at 2-2-2006 10:24 AM
BERFIKIR / THINKING.............
Ramai yang menganggap berfikir hanya untuk mereka yang mempunyai IQ yang tinggi ataupun dgn kata lain yang intelligence.. ...Ada yang berpendapat suatu seni atau ...
Sebenarnya ia bermula dalam diri seseorang itu secara azali.
namun faktor sekitaran sepanjang hidup seseorang itu akan mempengaruhi cara dan kehendak berfikir tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
BERFIKIR: Intelligence, Skill, Bakat ataupun Seni.....?
Berfikir ialah BAKAT, KEBIJAKSANAAN, SENI dan KEMAHIRAN. Semua betul.
Secara peribadi saya seorang yang suka berfikir, suka falsafah dan gemar menulis. Saya anggap ianya bakat, kerana saya pernah menulis di dalam buku tulis setebal 120 muka surat, habis tulis satu buku dalam masa 2 hari. Saya gemar menulis berkenaan business management dan falsafah saya tentang perniagaan. Jika orang tanya, mana kau dapat idea? jawab saya,"Entahlah, aku pon tak pernah rancang apa yang aku tulis, bila aku pegang sahaja pen, otak aku akan berfikir secara automatik dan tangan aku akan segera menulis'. Saya anggap berfikir dan menulis ialah hobi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intan at 21-9-2006 11:32 AM
Sebenarnya ia bermula dalam diri seseorang itu secara azali.
namun faktor sekitaran sepanjang hidup seseorang itu akan mempengaruhi cara dan kehendak berfikir tersebut
Ada betulnya. Kemahiran berfikir ada pada semua manusia yang masih mempunyai otak yang sempurna, cuma samada kita mahu menggunakannya ataupun tidak...samada kita menggunakannya untuk berfikir yang hak ataupun yang batil.... semua terpulang pada diri kita sendiri.... ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
:hmm: Utk brfikir...kita perlu membaca.
Dia setuju ------> :setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
orang yang berfikir adalah orang yg sedar akan sesuatu hakikat dan ingin mencari kebenaran dan kepastian tentang sesuatu.berfikir adalah proses menganalisa maklumat,kehendak dan pertanyaan.
hanya orang yang berfikir dan berilmu dapat menemui cahaya dalam kehidupan.
[ Last edited by Gunner at 29-11-2006 06:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
to me,
berfikir itu memang memerlukan IQ yang bagus. Dan IQ yang bagus pulak tak bermakna kerana kita ada sijil, degree etc.
IQ tu kan banyak jenisnya. Ada yang IQnya tinggi dalam bidang seni, ada yang IQ nya tinggi dalam bidang sains, ada yang IQ nya tinggi dalam financial, sastera dan sebagainya. Pokok pangkalnya , IQ itu penting dalam berfikir. Dan tengok jugak jenis pemikiran,pemikiran kritis ka, problem solving ka.
Ada sesetengah orang, contohnya parents yang tak sekolah tinggi, yang tak pandai membaca pun, mampu menyara kehidupan anak yang ramai hasil dari buah fikiran yang ada. Because they are financial geniuses. Dan mereka ni ada apa yang orang panggil intrapersonal IQ, sbb mampu meyakinkan diri sendiri untuk membesarkan anak-anak mereka walau dengan ketiadaan sijil sekolah tinggi sebagai tiket utk dapatkan pekerjaan sampai ke tahap CEO.
aku tak nafikan, membaca boleh menajamkan fikiran sbb pengetahuan yang kita dapat daripada membaca boleh membantu kita membuat sesuatu keputusan dan menjadikan kita berfikiran kritis.Dan tanpa aku nafikan jugak, pengalaman hidup pun penting untuk dijadikan sebagai salah satu panduan untuk berfikir.
Err...apa yang aku merepek nih?hehehe |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
berfikir ni dia mula dari bakat (inborn) ini semua , setiap manusia ada, ini potensi
kendian dia jadik kebolehan (manifest), ini perlukan latihan, training, kadang2 tak sengaja, kadang2 di sengajakan, pembelajaran, pengetahuan etc.
the form is called seni and the substance is called intelligence
ada 2 jenis berfikir (actually satu fikiran jek but untuk kefahaman di split jadik 2 macam minda jugak lah)
voluntarily and involuntarily
the former is non reflex, non reactionary and the latter is reflex or reactionary
the former adalah untuk dominasi manakala the latter ialah untuk survival.
kalo u survive but u tak dominasi, u are simply not living walo u hidup.
dominasi pertama ialah bab self education, to dominate over oneself, ni Socrates ajar bab KNOW THYSELF
one who can conquer oneself can conquer others.
kebiasaannya dalam certain period idup manusia mereka akan lepaskan 'berfikir' menjadi reactionary mode saja yakni reflex, meke akan lebih tenguk skill dan intelligence another person rather melihat diri sendiri yang berkebolehan sama
hinggakan soal survival diri mereka adalah dalam dominasi manusia lain. kalau manusia yang mendominasi itu berusaha sebenarnya supaya individu itu melihat dalam diri masing2 dan berusaha keras sendiri jadi dominan macam siapa saja tak per lah jugak but mostly manusia itu mempergunakan or di pergunakan saja. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Human mind
Human mind
Many factors impact intelligence. By DR MILTON LUM WHAT is intelligence? Various definitions are propounded by different organisations. Although the brain is less than 2.5% of our body weight, it accounts for about 20% of the body抯 energy when at rest. Its usage of oxygen and glucose is about 10 times that of other organs. General intelligence The most influential approach in understanding intelligence is based on psychometric testing. All forms of IQ tests correlate with each other. In the early 20th century, English psychologist Charles Edward Spearman devised a statistical measurement of performance across a variety of tests. He found that the same people who did well in various mental tests tended to use a part of their brain, which he called 揋 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
menarik topik nie...
ps saya plak, berfikir nie kemahiran ...dan kemahiran nie datang dgn kemahuan, kemahuan nie timbul drp sifat ingin tahu...dan kita tahu benda melalui pembacaan!....dan me percaya, surah pertama yg Allah turunkan pd umat manusia, menyeru manusia BACA!
jadi cemana nak jentik minat2 membaca pd anak2, adalah melalui "persoalan"..cemana nak didik minda yg penuh persoalan, mak/ayah kena pupuk dan ada yg lahir dgn kepandaian tersebut...
dlm bidang pendidikan me plg suka sacrotes approach...... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BERFIKIR: Intelligence, Skill, Bakat ataupun Seni.....?
semua org di lahirkan di dunia dengan akal dan fikiran, bagaimana kita stimulate otak kita utk berfikir ...its up to us...
kita yg mencorakkan the ability to digest/process whatever information that we come across...org yg malas berfikir adalah org yg sentiasa dlm kerugian...kerana mereka mengsia2kan perbezaan antara kurniaan Allah pada kita...dan yg membezakan kita dengan ciptaan yg laennya ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Intelligence got nothing to do with...our ability to think~ its more how we are able to bring our mind to the level needed where...we starts to question things and looking for the answer to satisfy our needs to find the closure to the pandora box
with the lust for more information and via reading....we're more open to many things abound |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
In the average day, we have about 50 000 thought running constantly through our mind...
If I am not mistaken. |
|
|
|
|
|
|
|
My humble thoughts............Thinking in itself is an art 'cause there are ways and methods to it in the quest for positivity or negativity. Thinking in a person is a skill (same as bakat) which may make use of one's intelligence to arrive at a resolution. Remember the saying.......Fikir gunakan otak...bukan lutut!
So, it does not mean that an unintelligent person does not think. He does but his resolutions will depend on what he knows or understand. An intelligent person probably need not think so much. He just have the facts at his finger tips and therefore resolutions come fast and quick to him and are often correct.
Am I making sense??? ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
[ Last edited by hamizao at 22-9-2007 01:37 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 abemus's post
Don't put a dampering force on your mind.
A belief stops, a belief starts. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|