CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
Post time 8-12-2005 08:36 AM | Show all posts

Orang Maran hargai Siti Nurhaliza

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=hi_01.htm

Orang Maran hargai Siti Nurhaliza
Oleh: ALI MAHMOOD



ISTERI Timbalan Menteri Besar Pahang, Datin Norihan Mohamed (dua dari kiri) memakaikan mahkota penganugerahan Srikandi Seni kepada Siti Nurhaliza Taruddin di Dewan Orang Ramai Pekan Tajau, Maran baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------



SEPULUH tahun Siti Nurhaliza Taruddin terbabit dalam dunia hiburan tanah air. Sepanjang tempoh itu sudah 120 anugerah seni dan penghargaan berprestij diterimanya baik di peringkat antarabangsa mahupun tempatan.

Baru-baru ini, satu lagi anugerah diterimanya... Anugerah Srikandi Seni daripada UMNO Bahagian Maran, Pahang.

Dibandingkan Anugerah Srikandi Seni dengan 120 lagi anugerah lain yang dimenanginya sebelum ini, apalah sangat nilai Anugerah Srikandi Seni. Bagaikan langit dengan bumi.

Namun penyanyi Siti Nurhaliza tidak pernah menolak penghargaan yang diberikan kepadanya walaupun nilainya tidak sebesar mana.

Anugerah terbaru itu hanya merupakan penghargaan di peringkat daerah. Tetapi bagi Siti, ia satu penghormatan yang tinggi dan sangat berharga.

"Siti berasa bangga kerana anugerah ini datang daripada peminat dan penduduk di tempat kelahiran Siti. Anugerah ini sungguh bererti dan ia adalah satu nostalgia yang sentiasa tersemat di hati Siti,'' katanya.

Penyanyi tersohor negara itu memang menjadi kebanggaan masyarakat daerah Maran kerana dia di lahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Maran dan pengiktirafan itu membuktikan mereka berbangga di atas kejayaan terbilang Siti mengharumkan nama Pahang dan Malaysia.

Bagi penduduk Maran, keunikan watak Siti yang tidak mudah melatah akibat glamor atau pujian menjadi teladan kepada peminat supaya hidup bersederhana dalam kerjaya dan pergaulan.

Kejayaan Siti dalam bidang seni dan kini terbabit dalam perniagaan perlu diteladani kerana sikapnya yang cekal, bekerja kuat dan tidak mudah lupa daratan adalah resipi kejayaannya selama ini.

Lebih 7,000 peminat Siti Nurhaliza membanjiri Dataran UMNO Pekan Tajau untuk melihat dari dekat penyanyi nombor satu negara itu menerima anugerah berkenaan.

Kehadiran sebegitu ramai penduduk Maran yang memberikan sokongan membuktikan popularitinya tidak luntur seperti tanggapan sesetengah pihak kononnya zaman Siti kini sudah di penghujung.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Siti juga berharap kerajaan negeri turut memberi pengiktirafan yang serupa kepada individu lain yang cemerlang dalam bidang masing-masing seperti sukan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Ada pihak berpendapat pengakuan Siti baru-baru ini tentang kesediaannya bergelar isteri akan menjejaskan popularitinya. Namun bagi Siti, dia tidak bimbangkan hal itu kerana yakin peminat kini sudah bijak untuk menilai antara bakat dan glamor.

"Siti yakin Siti akan terus diterima walaupun sudah bergelar isteri asalkan Siti terus dapat melahirkan album yang berkualiti dan memenuhi cita rasa peminat seni hari ini.

"Selagi peminat dapat menerima kehadiran Siti, selagi itulah Siti akan terus menyanyi dan menerbitkan album,'' katanya.

Selepas kejayaan mengadakan konsert di Albert Hall, London, Siti akan mengadakan persembahan di Australia pada bulan April tahun depan.

"Tapi sebelum itu, pada bulan ini Siti akan masuk studio dan berulang alik ke Indonesia bagi menghasilkan sebuah album baru dengan lagu-lagu yang bakal dicipta oleh penggubah Aubery Suwito, Melly Goeslaw, Glenn Fredly dan Aerin Mutawai serta beberapa pengubah lain,'' kata Siti.

Banyak pemerhati menganggap kemunculan juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi mengugat populariti Siti Nurhaliza.

Namun, kata Siti, dia menerima kehadiran bintang AF3 itu dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai satu persaingan sihat bagi merancakkan lagi perkembangan dunia seni tanah air.

Kemunculan Mawi tidak dilihat sebagai satu halangan yang boleh menutup 'periuk nasinya' setelah 10 tahun mengungguli pentas hiburan tanah air.

"Siti akui Mawi seorang penyanyi baru yang hebat, mempunyai 'aura' yang tersendiri dan memiliki bakat semula jadi dalam bidang seni. Bagi Siti kehadiran Mawi kena pada masanya.

"Ini kerana peminat seni tanah air dahagakan kehadiran seorang penyanyi lelaki yang berwibawa dan berbakat selepas era M. Nasir dan Jamal Abdillah,'' kata Siti Nurhaliza semasa ditemui selepas menerima Anugerah Srikandi Seni daripada UMNO Bahagian Maran.

Tambahnya, "Kemunculan Mawi sangat dinanti-nantikan dan tepat pada masanya. Bagi Siti, Mawi mampu memeriahkan lagi perkembangan hiburan tanah air.''

Sebelum ini tercetus kontroversi apabila Siti Nurhaliza bergambar dengan Mawi. Ada pihak menuduh Siti yang sebelum ini enggan bergambar dengan artis-artis lelaki cuba menumpang populariti Mawi.

Menjawab tuduhan itu, kata Siti, dia tidak pernah mengubah pendiriannya itu semata-mata untuk menumpang populariti.

"Mungkin ramai yang terkeliru. Mengelak bergambar dengan artis lelaki itu maksud Siti dalam sesi fotografi yang diatur untuk hiasan muka depan atau kulit majalah hiburan dan juga poster.

"Tapi dengan Mawi, Siti bergambar semasa kami bertemu pada satu pertunjukan pentas ketika kami sama-sama diundang menyanyi. Itu bukan sesi fotografi yang telah diatur,'' kata Siti menjawab kekeliruan peminat mengenai pendiriannya itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2005 11:56 AM | Show all posts
<< dipetik dr bharian.com.my >>

Siti kena buat aduan: Peguam
Oleh Munira Yusoff


ANUGERAH BINTANG POPULAR







PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 23 Januari 2006 untuk memutuskan sama ada aduan terhadap Datuk Sharifah Aini yang didakwa menyebarkan e-mel fitnah mengenai Siti Nurhaliza Tarudin, menepati peruntukan Kanun Acara Jenayah (KAJ).

Majistret Azroul Hisham Azulan, menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusof dan Suhaimi Ibrahim, serta peguam bela Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Kelmarin, Azroul Hisham mengarahkan kedua-dua pihak berhujah sama ada peruntukan itu dipenuhi, kerana pengadu kes adalah wartawan Abdullah Mamat, sedangkan tuduhan yang dihadapi Sharifah Aini ialah menyebarkan fitnah melalui e-mel terhadap Siti Nurhaliza.

Dalam hujahnya, Muhammad Shafee berkata, Siti Nurhaliza perlu hadir di depan majistret dan membuat aduan secara rasmi mengenai e-mel itu sebelum tuduhan dikemukakan terhadap Sharifah Aini.

揝iti Nurhaliza tidak boleh mengelak atau mengambil jalan pintas sebaliknya perlu memastikan beliau orang pertama yang membuat aduan, seperti diperuntukkan KAJ.

揂duan hanya boleh dibuat pihak pendakwaan atau 憁angsa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 11:57 AM | Show all posts
<< ni pulak dari hmetro.com.my >>

Edisi KL : Tak perlu aduan Siti


Oleh Murni Wan Omar dan Meor Riduwan Ahmad

KUALA LUMPUR: Pertuduhan yang dikemukakan di mahkamah bagi kes e-mel memfitnah Siti Nurhaliza Tarudin (gambar) sudah memadai menjadi aduan rasmi dan boleh dibicarakan.

PCMHM

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusoff dalam hujahnya di Mahkamah Majistret di sini, semalam, berkata mengikut Seksyen 131 Kanun Acara Jenayah (KAJ), aduan seperti kes itu memerlukan butiran seperti nama, alamat, kesalahan serta tempat dan waktu dilakukan.

Menurutnya, semua butiran itu terkandung dalam kertas pertuduhan dan keseluruhan e-mel yang menjadi inti pati tuduhan turut dilampirkan.

揂duan tidak semestinya dibuat oleh Siti Nurhaliza sendiri, sebaliknya KAJ memperuntukkan aduan boleh dibuat oleh sesiapa yang mempunyai pengetahuan mengenai kejadian itu.

揙leh itu tuduhan terhadap Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar tidak terbatal hanya disebabkan ketiadaan aduan rasmi.

揕angkah kami mendakwanya boleh dianggap satu aduan dan mahkamah boleh mengambil maklum mengenainya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 09:04 AM | Show all posts

Siti Nurhaliza bercerita, layan 40 anak yatim

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_10.htm

Siti Nurhaliza bercerita, layan 40 anak yatim
SEREMBAN 26 Dis. - Di sebalik kesibukan memenuhi pelbagai undangan mengadakan persembahan, penghibur nombor satu negara, Siti Nurhaliza Taruddin tidak ketinggalan melakukan kerja-kerja amal bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Hari ini, Siti Nurhaliza sebagai Duta Kebajikan gedung membeli-belah Jusco menghiburkan 40 anak-anak yatim dari empat buah rumah kebajikan menerusi aktiviti bercerita.

Siti Nurhaliza menerusi Program Sesama Sayang meluangkan masa bercerita dan melayan kerenah anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Miskin Saujana, Yayasan Anak-Anak Yatim Piatu Islam Port Dickson, Shepherd's Centre Foundation dan Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Rhema.

Anak-anak yatim berkenaan ternyata tidak melepaskan peluang untuk bermesra dengan penyanyi popular itu yang meluangkan masa setengah jam sambil membaca buku cerita Gobi Anak Rimba di ruang legar pusat membeli-belah tersebut di Seremban 2 di sini.

Terdahulu sebelum ketibaan Siti Nurhaliza, anak-anak yatim berkenaan dan para hadirin dihiburkan dengan persembahan hiburan dan silap mata.

Program Sesama Sayang anjuran bersama Yayasan Jusco Malaysia dan Aeon Co. (M) Bhd., bertujuan memberi peluang kepada artis tempatan melakukan kerja amal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2006 11:24 AM | Show all posts
<< sumber: utusan.com.my.. >>

artikel siti 2006...

Kahwin Januari, Siti Nurhaliza beri jawapan

DUA minggu lalu Huzz ada menerima berita kononnya penyanyi Siti Nurhaliza nak kahwin dengan seorang hartawan yang berasal dari utara Malaysia. Majlis perkahwinan itu dikhabarkan akan berlangsung pada bulan ini.

Siti dikhabarkan kononnya telah menempah beberapa helai baju yang harganya bukanlah sedikit. Dia juga dikatakan telah menempah tempat majlis itu akan berlangsung.Itulah dakwa dakwi yang kedengaran.

Siti pun pada awal Disember 2005 lalu ada buat kenyataan yang dia sudah bersedia untuk berkahwin. Jadi adakah cerita dia nak kahwin Januari ini benar?

Pada majlis makan malam Utusan Karya 22 Disember 2005 lalu di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, Siti muncul menyanyi. Bagaimanapun lepas habis menyanyi, Siti mohon pulang sebab ada urusan.

Tak dapatlah Huzz nak menemu ramah Siti cerita soal kahwin ni. Masa Siti ajak Huzz dan beberapa pengarang dan wartawan hiburan Utusan Karya naik atas pentas menyanyi bersama-samanya, Huzz tak sempat nak tanya soalan kahwin tu.

Balik dari Parti Cit Cat 6 di Pulau Pinang, minggu lalu... Huzz terus merisik khabar mengenai kisah kahwin Siti tu.

Petang Rabu lalu, kakak ipar Siti memberitahu Huzz: 揝emalam saya dan Siti ada berbual mengenai cerita kahwin ni. Kami pun hairan, tukang jahit manalah buat cerita majlis kahwin ini. Siti tergelak memikirkan ceritanya nak kahwin sudah dihebahkan kepada wartawan.

揟ak ada baju kahwin yang ditempah. Tak ada majlis kahwin nak dibuat. Takkan emak dan abah di kampung tak diberitahu Siti nak kahwin? Siti Nurhaliza tak akan kahwin dalam Januari ini. Tak ada majlis dirancangkan awal tahun ini sebagaimana dihebahkan. Siti tak akan buat majlis kahwin sebagaimana dikecohkan.

揔alau Siti nak kahwin, kami akan buat persiapan tiga bulan lebih awal. Kami akan umumkan cara baik-baik. Kami akan ceritakan elok-elok pada umum. Takkan kami nak buat majlis sorok-sorok. Apa yang betul, Siti akan masuk studio rakaman pada bulan ini.
Reply

Use magic Report

commentor This user has been deleted
Post time 1-1-2006 04:31 PM | Show all posts
dah banyak kali baca ttg siti nak kawin ni..ditanya lagi...sabo je la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2006 05:19 PM | Show all posts
Cerita Artis Kita: Siti kejutkan pelanggan gerai

DALAM pada sibuk memenuhi undangan persembahan, penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza tidak pernah lupa jasa mereka yang pernah bersusah payah menaikkan namanya.

Terbaru, anak kelahiran Kuala Lipis itu melapangkan waktu mengunjungi gerai bekas pegawai perhubungan awam (PR) SRC, Bad yang baru beroperasi di Setiawangsa.

Menurut teman CAK yang kebetulan menikmati makanan di gerai itu, kehadiran Siti yang tampil ringkas tanpa sebarang solekan di wajah mengejutkan ramai pengunjung gerai berkenaan. Masing-masing seakan terpegun melihat Siti yang hadir bersama rakan-rakannya.

CAK kagum dengan sikap Siti yang terkenal dengan sikap merendah diri dan suka menghargai mereka yang bersusah payah meningkatkan kerjaya seninya. Biarpun Bad tidak lagi bertugas di SRC, jasanya tetap dikenang dan dihargai.

Bukan macam sesetengah artis tu. Bila nama sudah popular, mulalah lupa jasa orang sekeliling. Jangankan mengucapkan terima kasih, bertanya khabar pun jauh sekali. Lebih teruk lagi, ada yang buat-buat tidak kenal setiap kali bersua muka. Ish.. ish... mudah benar lupa diri. Tidak hairanlah mengapa rezeki mereka sekejap naik sekejap turun.

sumber: harian metro


[ Last edited by calmille at 2-1-2006 01:14 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

commentor This user has been deleted
Post time 7-1-2006 12:49 AM | Show all posts
ni mu amik dari mana artikel ni?baik mu tulis source dia...akhbar kosmo takde online.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2006 01:33 AM | Show all posts
Siti 'Bos' yang Tegas


"...doakanlah yang terbaik buat Siti..."

       
SEGALA-GALANYA tentang anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini sudah 'dilondehkan' media. Baik perjalanan kerjayanya sebagai penghibur mahupun kisah peribadinya, media tidak pernah kehabisan cerita tentang Siti Nurhaliza Taruddin. Apa saja yang dikaitkan dengan gadis jelita yang bakal mencecah usia 27 tahun ini adalah cerita.

Kejayaannya menyanyi di Royal Albert Hall London, gosip cinta dengan seorang tokoh korporat dan kes fitnah e-mel bukan lagi rahsia.

Tetapi, bagaimanakah pula Siti daripada sudut pandangan pengurusnya, Rozie Abdul Razak, 31, yang cukup mengenalinya sejak di bangku sekolah ini?

Bagaimanakah hubungan Siti Nurhaliza sebagai bos dengan pekerjanya? lkuti temu bual wartawan NAJIBAH HASSAN bersama juru gambar AZHAR MOGO dan SHAHRIL AZMAN ZAIN menemu bual Rozie dan Siti di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur barubaru ini.

KOSMO!: Apakah perasaan Rozie menjadi pengurus kepada Siti Nurhaliza penyanyi No. 1 negara?

ROZIE: Perasaan itu sebenarnya lebih menjurus kepada tanggungjawab. Saya tidak melihat menguruskan Siti sebagai satu kerjaya yang glamor. Dan, saya juga berasa tidak harus dikenali hanya kerana menguruskan Siti Nurhaliza Taruddin. Sebaliknya, sebagai individu yang berdiri di belakang Siti, saya hanya ingin melihat Siti berjaya.

Boleh ceritakan siapakah Siti Nurhaliza pada kaca mata Rozie?

Saya sifatkan Siti sebagai seorang insan yang bertuah. Maksudnya, apa saja yang Siti lakukan, semuanya menjadi. Siti bertuah kerana bakat dan keterampilannya. Keterampilannya menyebabkan orang mudah jatuh hati kepadanya. Bukan saja masyarakat tempatan, malah orang luar juga. Itu yang mengejutkan.

Jadi apakah sebenarnya peranan Rozie sebagai seorang pengurus?

Walaupun saya seorang pengurus, tapi keputusan bukan di tangan saya. Saya hanya pelaksana saja. Jika ada sesuatu perkara yang Siti setuju, maka kita akan buat.

Tetapi, dalam membuat keputusan ini, ada juga perkara yang perlu membabitkan keputusan ibu bapa.

Walaupun mereka tinggal di kampung, tetapi mereka memantau anak-anak dari jauh dan menjadi 'orang kuat' Siti Nurhaliza. Malah, mereka adalah perancang yang baik.

Bagaimanakah Rozie tahu jika Siti tidak bersetuju mengenai sesuatu?

Dia akan senyap. Kedua, jangan paksa dia lakukan perkara yang Siti tidak suka dan tidak mahu lakukan. Misalnya, pada peringkat awal Siti mula melibatkan diri dalam bidang seni, Siti ada prinsip enggan bergambar dengan artis lelaki yang sengaja ingin digandingkan dengannya. Begitu juga dengan pakaian. Kalau kita yakinkan Siti dengan mengatakan pakaian tersebut cantik tetapi jika Siti tidak selesa, dengan baju tersebut, Siti tidak akan pakai. Siti akan perform dan muncul dengan baik kalau Siti selesa dengan apa yang ada pada dirinya. Itulah Siti Nurhaliza.

Kalau begitu berapa banyakkah cita-cita Siti yang telah tercapai?

Siti dan keluarganya bekerja keras untuk memperbaiki kehidupan. Rozie melihat semua perkembangan ini. Jadi, inilah yang membuatkan pencapaian Siti dari hari ke hari itu sebenarnya azam Siti. Siti pernah berkata, dia sertai bidang ini untuk membantu keluarga. Hendak kata mewah sangat tidaklah, tetapi Alhamdulillah. Tetapi ia memerlukan kekuatan kerana kita bekerja bukan mudah menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit yang banyak. Bila dapat hasilnya, itulah kepuasan.

Apakah perbezaan Siti sebelum dan selepas jadi artis?

Paling ketara semasa di sekolah dia memang aktif dalam sukan dan kokurikulum, kebudayaan, sukan dan bermacam-macam. Siti seorang yang aktif, dia sukakan benda yang lasak. Kalau dia bersukan, dia memang agresif. Tetapi Siti 'berubah' dengan waktu apabila dia mula sertai bidang seni.

Siti sebenarnya seorang yang pemalu, tetapi perwatakannya semasa sekolah dan setelah bekerja agak berbeza. Tetapi, sesekali jika dia berpeluang bersukan seperti bermain bola jaring, Siti akan menjadi dirinya.

Bagaimanakah dengan kenakaIan SM?

Macam orang lain juga dengan adik-beradik berselisih pendapat itu biasa. Lihat saja kesan parut pada bawah matanya, itulah tanda kenakalan Siti.

Walaupun dia seorang yang pemalu, tetapi apabila dia mengenali seseorang dan rapat, Siti suka menyakat dengan menyorok dan kemudian menyergah orang. Sampai sekarang Siti buat, baik dengan jurusolek mahupun komposernya.

Selain daripada itu?

Siti seorang yang sensitif dan memendam. Kalau kita sudah biasa dengannya kita tahulah. Dia juga mudah simpati kepada orang lain. Rozie sudah faham. Ada perkara yang kita faham dan tidak perlu tanya.

Apakah yang masih kekal pada diri Siti walaupun setelah bergelar artis?

Siti tidak akan keluar rumah tanpa ditemani oleh ahli keluarganya. Ke mana pun Siti pergi dia rasa lebih selesa dan selamat, jika bersama ahli keluarganya. Siti merasa lebih dihormati jika didampingi oleh keluarga.

Perubahan paling besar setelah sedekad Siti bergelar artis?

Siti lebih bergaya, menjadi wanita yang boleh berfikir dan matang dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, Siti masih perlu dibimbing. Siti masih memerlukan satu pasukan untuk terus melakar kejayaannya.

Kalau begitu sampai, bilakah Rozie akan menjadi Pengurus Siti?

Selepas pulang dari London, saya ada bertanya Siti, dari hati ke hati adakah Siti masih perlukan saya lagi untuk menguruskannya? Siti kata, dia masih perlukan saya. Jadi saya masih berada di sini.

Bagaimanakah dengan masa lapang Siti?

Masa lapangnya terhad, dalam sebulan hendak cari satu hari pun susah. Kadang-kadang hingga satu tahap, kalau ada hari rehat pun, kalau orang tahu kita tidak ada apa-apa aktiviti, mesti dimasukkan dalam jadual.

Sekurang-kurangnya separuh hari pun dia boleh rehat. Satu perkara yang Siti sering lakukan ialah melayari laman webnya, sitizone.com.

Kalau ada satu hari dia free, Siti akan beri masa untuk dirinya. Dia akan buat apa-apa yang dia suka seperti ke spa, facial, salon rambut atau apa saja.

Apakah perkara yang boleh membuatkan Siti marah?

Melakukan sesuatu pada saat-saat akhir. Siti bukan jenis yang bising-bising kalau dia marah, tetapi daripada riak wajahnya kita boleh tahu. Begitu juga kalau dia ada masalah, Siti akan cuba selesaikan sendiri. Cuma, kalau masalah berat Siti akan berbincang dengan keluarga.

Apakah yang apa menyebabkan Siti sedih atau terluka?

Setiap tahun akan ada saja benda yang akan dikaitkan dengan Siti tetapi kita sudah expect. Tunggu sajalah tahun ini, kita sudah menjangka akan ada 'cerita-cerita' tentang Siti didedahkan, cuma kita tidak tahu apa isunya.

Akan ada cerita-cerita kurang enak dikaitkan dengan Siti. Siti kecewa kerana benda-benda ini datang bertubi-tubi, itulah yang mengecewakan dan menyedihkan Siti.

Kalau timbul perkara seperti ini, dia akan cari Rozie. Siti akan minta pandangan Rozie cara terbaik ketika berdepan dengan media. Rozie akan beri tip dan motivasi kepada Siti kerana perkara-perkara seperti inilah yang akan mengganggu kerjayanya.

Bagaimanakah Siti ketika di rumah?

Sebagai orang biasa, Siti ringkas orangnya. Di rumah, dia pakai baju lusuh, berkain batik dan berselipar. Siti jenis orang yang tidak kisah tentang makan. Makan apa saja yang ada di rumah, telur, ikan bilis, sardin, apa saja.

Kita tidak rasa dia seorang artis besar bila tengok keadaan hidupnya. Siti juga tidak perlu dilayan seperti seorang superstar atau diva.

Dia boleh rendahkan dirinya di mana-mana saja. Dia tahu asal usulnya. Malah, Siti tidak malu mengaku yang dia orang kampung. Dia juga seperti orang lain, buat kerja rumah. Dia hendak masak, dia akan masak.

Bagaimanakah Rozie membezakan di antara hubungan kekeluargaan dan sebagai pengurus?

Rozie perlu tahu pisahkan situasi ini. Tetapi, hubungan kerja lebih mudah kerana kita tahu siapa Siti Nurhaliza. Kita tahu bos kita macam mana. Kalau bukan soal kerja, Rozie tidak akan cakap. Rozie lebih kepada kerja dan Rozie tidak campur urusan peribadinya. Seperti orang lain, di luar waktu kerja, Siti juga inginkan privacy.

Siti sebenarnya seorang bos yang tegas. Kalau perkara-perkara yang Rozie buat tidak betul, Siti akan tegur. Kami boleh berbincang tentang sesuatu perkara.

Rozie tahu ramai yang menyangka apabila kami bekerja dengan Siti, segala keputusan kami yang buat, hakikatnya tidak. Kami tetap tunggu kata putus Siti.

Itulah yang orang tidak nampak, kerana orang melihat kami ada hubungan kekeluargaan. Walaupun dia lebih muda daripada Rozie, tetapi Rozie harus hormati Siti kerana dia adalah bos.



KOSMO!
1 Januari 2005

pssstt..ni aku copy dari ctonline


[ Last edited by calmille at 7-1-2006 01:37 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2006 12:26 PM | Show all posts
DAPATKAN MAJALAH HAI DAN MEDIA HIBURAN TERBARU......BANYAK CITER TENTANG CT KAT SANA.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2006 05:43 PM | Show all posts
Siti, Erra menanti panggilan kaabah
Oleh Rudy Imran Shamsudin

SETIAP kali doa ini disuarakan jutaan jemaah haji yang berpeluang menunaikan rukun Islam kelima itu, pasti hati setiap umat Muhammad s.a.w akan terusik.

Tambahan pula apabila ia berkumandang bersama takbir Aidiladha seperti pagi ini, membuatkan hati bertambah sayu.

Tanpa disedari air mata bergenang dan diri seperti dipanggil-panggil untuk kembali menjejakkan kaki ke tanah suci terutama pada hari kebesaran.

Begitulah luahan dua artis wanita paling popular, Siti Nurhaliza dan Erra Fazira sewaktu ditanya pengalaman mereka menunaikan ibadah umrah lebih daripada sekali.

Jelas kedua-dua artis jelita ini, tiada kata yang boleh menggambarkan betapa tenang hati dan jiwa sepanjang berpeluang melaksanakan ibadah haji kecil di tanah suci. Zahir dan batin diserahkan sepenuhnya kepada Maha Pencipta.

Selepas tiga kali menunaikan ibadah umrah, Siti dan Erra turut menyimpan impian untuk menunaikan ibadah haji selepas ini. Usia bukan faktor utama sebaliknya mereka menanti peluang dan rezeki.

Siti sendiri sebelum ini pernah meluahkan keinginannya menunaikan ibadah haji namun tidak menyatakan bila tahunnya.

Katanya, sebelum ini dia pernah memberikan gambaran mahu menunaikan haji dalam waktu terdekat.

揗ungkin rezeki saya belum tiba. Saya tidak mendaftar awal untuk membolehkan saya pergi tahun ini. Ada wartawan bertanya mengenai kebenaran saya ke Makkah tahun ini tetapi saya sudah nyatakan seperti apa yang saya katakan tadi,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2006 11:06 PM | Show all posts

Mungkinkah CT ? (diambil dari board gossip)

Dalam Malay Mail hari (Buzz Showbits) ada cerita macam gini:-

A kiss too far

IS it true that a female artiste has been caught snogging on security cameras with her rumoured socialite 'lover'?

It's said the former wife of the latter is ready to tell all, with footage to back her claims.  That could shatter the angelic image the female artiste is known for.

Snogging tu kalau ikut kamus Dewan maknanya beromen.  Kiranya si-dia tu tengah beromen dan aksinya dapat ditangkap melalui security cameras dan bekas isteri lelaki tersebut dah bersedia untuk menceritakan segala, siap akan tunjuk bukti.

KOrang rasa siapa ye?  Macam boleh agak aje.
Reply

Use magic Report

commentor This user has been deleted
Post time 16-1-2006 11:17 PM | Show all posts
bukan ct tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2006 11:15 AM | Show all posts
January 16, 2006 14:17 PM

Siti Nurhaliza's Defamation Case Against Lecturer In July

PENANG, Jan 16 (Bernama) -- The Magistrate Court here Monday fixed July 17 to July 19 for the case against a college lecturer for allegedly defaming singer Siti Nurhaliza Taruddin through e-mails in August 2004.

Magistrate M. Rajalingam made the decision after Deputy Public Prosecutor Suhaimi Ibrahim applied for a new date for the case against Ahmad Shaharil Jamaludin, 37, who faces three amended charges of defaming Siti Nurhaliza, 27, through e-mails sent to three entertainment journalists in August 2004.

Ahmad Shaharil who was first brought to the court on Dec 1 2004, pleaded not guilty to three charges, and appeared calm when Rajalingam allowed the RM5,000 bail with one surety for all the charges, be extended.

Ahmad Shaharil who is the adopted brother of veteran singer Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, pleaded not guilty to defaming Siti Nurhaliza through e-mails he received from Sharifah Aini at her house at No 42, Lorong Utara, Off Jalan Utara, Petaling Jaya, to Utusan Malaysia journalist Ku Seman Ku Hussain.

Ahmad Shaharil, who is also president of Sharifah Aini's Fan Club was alleged to have committed the offence at No 17, Jalan Ismail Cik Mat, here, about 3.01 am on Aug 16.

The e-mail from an anonymous sender called 'Asmah & The Gang", among others contained defamatory words aimed at tarnishing Siti Nurhaliza's career and family.

On the second charge, Ahmad Shaharil was accused of sending similar e-mails which he received from Sharifah Aini, to Harian Metro journalist Abdullah Mamat at the Kolej Komuniti Bayan Baru, Sekolah Menengah Teknik (SM) Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Ibbetson, here, at about 11.46 pm on Aug 22.

He was also alleged to have sent e-mails containing defamatory words against Siti Nurhaliza which he received from Sharifah Aini to New Straits Times (NST) journalist Faridul Anwar Farinordin, at about 5.25 pm on Aug 24 at the same college.

Ahmad Shaharil is charged under Section 500 of the Penal Code which is liable to two years' jail or fine or both.

Ahmad Shaharil was represented by Md Yunos Shariff, while Sharifah Aini's lawyer, M. Kirubanandan was present as observer.

sumber: BERNAMA.com
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2006 08:55 PM | Show all posts
Berita Harian, 17 Januari 2006

Nikmat bergelar Bintang Paling Popular
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Dalam sejarah penganjuran ABPBH sudah sembilan artis merasai betapa nikmatnya bergelar Bintang Paling Popular. Kita tunggu 26 Februari ini untuk melihat siapa pula yang mungkin menjadi artis ke-10!

MEREKA anak seni bertuah. Dalam ribuan yang mencari ruang, kerdipan bintang mereka bersinar terang. Diangkat peminat, dijulang di takhta tertinggi sebagai Bintang Paling Popular, namun rumput di bumi tidak dilupakan.

Bersilih ganti nama, satu demi menyusul mendaki takhta selesa itu. Pencarian saban tahun yang tidak pernah bernoktah. Anak seni sejati mana mungkin nama mereka pudar. Biar dimamah masa, namun kejayaan mereka meniup inspirasi kepada generasi mendatang.

Sembilan 慳hli kelab itu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 08:03 PM | Show all posts
Artikel pasal Siti dalam majalah Al-Islam...



Page 1


Page 2


Page 3


Page 4


Page 5


Page 6


ruff..saya besar kan sket gambar tu2..so senang sket nak baca..anyway menarik article tu..

SM

[ Last edited by sayang_mulut at 22-1-2006 10:32 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2006 10:24 AM | Show all posts
<< cilok dr utusan.com.my >>
21 januari 2006...

Siti nikah di Las Vegas?

揃etulke Siti Nurhaliza dah nikah dengan Datuk K di Las Vegas?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2006 02:54 AM | Show all posts

Reply #36 ruffly_sya's post

thank you so much sya!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2006 03:34 PM | Show all posts
ish...ish....susahnye jadi CT kan....
mesti ct tension...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2006 07:00 PM | Show all posts
Sumber: Kosmo 22 Januari 2006




[ Last edited by sayang_mulut at 22-1-2006 11:17 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.234556 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list