grugals This user has been deleted
|
Originally posted by fleurzsa at 4-6-2005 09:59 PM:
Monalisa kena demam kuning.. he he he.. I buat dlm masa 2 hari. cantik tu...nape tak paste kan kat thread bakat anda tu? |
|
|
|
|
|
|
|
nak tnya sikit lagi... kalo lukis potret manusia or haiwan boleh, apa pulak hukum melukis manusia/haiwan atau bende2 hidup lain yg tak wujud? maksudnya kita create watak...mcm lukis watak yg tak wujud mcm komik dsb(tapi dalam bentuk figure manusia sebenar)... dan manusia tu(dlm lukisan) tu sebenarnya tak wujud pon kat dunia ni, hanya imaginasi... dan haiwan pulak... kita lukis haiwan yg seakan mitos, mcm kuda terbang ke, or naga yg mmg tak exist pon kat dunia sebenar... selalu terfikir psl bende ni...sbb penah dgr org kata psl 'lukisan' or 'objek' rekaan yg mintak nyawa kita dll... |
|
|
|
|
|
|
|
IMHO, kalau ikut fatwa Ayatullah Seestani tu OK utk melukis binatang/manusia imiginasi, tapi bagi yg hanya terima mazhab ASWJ, elok lihat/terimapakai fatwa ulama ASWJ semasa, Syeikh Qardawi atau Tentawi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 7-6-2005 05:29 PM:
Sebenarnya saya ingin tahu fatwa dari Syeikh Tentawi atau Qardhawi (ulama terbaik ASWJ yg masih hidup) kalau ada forumer yg tahu. Dalam mazhab jaffari (syiah), melukis potret dibenarkan oleh Ayatul ...
Terima kasih Pak Malau atas maklumat yang diberikan, namun fatwa-fatwa dari ulama syiah ini pun boleh diperhalusi lagi.
Mungkin boleh kalau melukis figura untuk tujuan pendidikan seperti yang kita lihat gambar-gambar 'islamic art' dari Iran. Gambar-gambar tersebut banyak mengandungi maklumat-maklumat sejarah dahulu. Mungkin gambar seperti ini yang dibenarkan.
Walaubagaimana pun gambar-gambar potrait yang bertujuan untuk pemujaan seperti Mona Lisa yang menunjukkan keangkuhan Pelukisnya pasti dilarang. Begitu juga gambar-gambar bogel wanita atas nama 'for the sake of art' tetap melalaikan manusia dan jelas haram yakni memuja kecantikan wanita dalam keadaannya yang asal. |
|
|
|
|
|
|
|
memanglah tak boleh lukis gambar manusia tanpa tujuan macam kata fluersza tu.. haram.
sebab tu seni islam ia lebih geometrik. tapi saya pernah tengok lukisan seni islam yang paparkan figura cuma tak cukup sifat lah.
tapi kalau org yang perjuangkan art for art sake, they dont give a damn which i do think the sesuai dgn malaysia. ada ramai kekawan saya yg begitu dan bila kita berbual, memang mereka tak suka nak berdebat.
anyway, memang kalau kat oversea, mereka pakai model real punya. memang upah awek jadi model.
tapi i do believe its part of learning. utk melengkapkan syarat dapat degree. kalau tak ingin nak buat, pilih course lain sajalah.. ambik kejuruteraan ke, sains politik ke..
Lepas grad, tak payahlah nak ikut sangat sebab kita ada idea sendiri. lagipun ada banyak benda lain lagi nak lukis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 11-6-2005 11:53 PM:
Walaubagaimana pun gambar-gambar potrait yang bertujuan untuk pemujaan seperti Mona Lisa yang menunjukkan keangkuhan Pelukisnya pasti dilarang. Begitu juga gambar-gambar bogel wanita atas nama 'for the sake of art' tetap melalaikan manusia dan jelas haram yakni memuja kecantikan wanita dalam keadaannya yang asal.
:setuju:
Semuanya bergantung kepada niat (matlamat). Kalau setakat lukis potret utk cari makan kasi anak bini mcm pelukis kat Central Market tu, PakMalau anggap tak salah... jauh lebih baik dari makan duit hasil minta derma (jual kalendar Islam tapi harga terpulang kpd derma dari pembeli) atau kudakan anak2 jual majalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru ni PakMalau tanya pendapat member (hafiz) yg berfikiran fundamental sket. Dia kata melukis gambar orang OK, tapi tidak boleh melukis MATA. Jika melukis mata, perlu bertangungjawab ttg RUH. Katanya itu pendapat sesetengah ulama terdahulu.
Entah apa yg special sgt ttg mata tu, takkan org buta tak ada RUH plak???
Yg PakMalau tahu, kalau gambar nabi memang tak dilukis MATA, HIDUNG, MULUT etc... cuma BLANK je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 20-6-2005 09:04 PM:
Baru ni PakMalau tanya pendapat member (hafiz) yg berfikiran fundamental sket. Dia kata melukis gambar orang OK, tapi tidak boleh melukis MATA. Jika melukis mata, perlu bertangungjawab ttg RUH. ...
Fatwa mana pula yang depa pakai ni Pak Malau?? Cuba tengok pada buku-buku dan majalah terbitan depa....bukan main cantik lagi ilustrasi yang depa lukis. Kalau wanitanya bukan main besar dan mengancam lagi mata yang dibuat siap dengan bulu mata tebal pulak.
Macam mana pula boleh timbul fatwa ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 21-6-2005 11:10 AM:
Fatwa mana pula yang depa pakai ni Pak Malau?? Cuba tengok pada buku-buku dan majalah terbitan depa....bukan main cantik lagi ilustrasi yang depa lukis. Kalau wanitanya bukan main besar dan mengancam lagi mata yang dibuat siap dengan bulu mata tebal pulak.
Macam mana pula boleh timbul fatwa ni???
Mungkin Fatwa from a friend of a friend of a friend of mine. Itu yg PakMalau paling bosan berkawan dgn banyak ustaz2 kat Malaysia, tak peka dengan rujukan.
Dalam khutbah dan ceramah pun gitu juga bila masuk bab Rujukan, main pakai sebut hadis shahih saja, susah le nak cari...kalau sebut shahih Bukhari saja pun susah nak cari kalau tak kasi tau volume, etc.
Last sekali main PERCAYA je le apa yg dicakapkan |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Prof. Dr. Yusuf Al Qardawi
1. Jenis gambar yang dilarang keras dan paling berat dosanya ialah gambar-gambar yang disembah selain Allah. Pembuat gambar 'ini adalah kafir, jika ia mengetahui dan sengaja melakukannya. Oalam hal ini, gambar yang berjasad lebib berat dosanya dan lebih tidak dibenarkan. Setiap orang yang mengedar atau mengagungkannya tanpa mengira dari aspek mana sekalipun, ia termasuk ke dalam kerja dosa dan dosa ini bertambah mengikut sejauh mana penglibatannya dalam aktiviti mengagungkan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
2. Ini diikuti dengan gambar-gambar yang dibuat dengan tujuan tidak untuk disembah, tetapi sengaja bermaksud meniru ciptaan Allah atau membuat pengakuan yang dia boleh mE:mbuat dan menciptakan makhluk sebagaimana Allah menciptakan makhluk. Gambar ini juga adalah haram. Kerana dengan cara yang demikian, ia telah menghampirkan dirinya kepada kekufuran dan ini bergantung kepada niatnya sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
3. Seterusnya diikuti dengan gambar-gambar berjasad yang tidak disembah, tetapi diagung-agungkan seperti gambar-gambar raja-raja, pemimpin, pembesar dan lain-lain, yang hendak diabadikan melalui patung-patung yang mereka dirikan di tempat-tempat terbuka dan tempat-tempat lain, baik yang sempuma bentuknya atau yang tidak sefnpuma. Gambar ini juga adalah haram dan pelakunya adalah berdosa. |
|
|
|
|
|
|
|
4. Gambar-gambar berjasad ( patung-patung ) yang mengga111barkan makhluk yang bemyawa yang tidak disucikan dan tidak pula diagungkan. Gambar¬gambar ini berdasarkan sepakat ulama adalah haram kecuali yang rendah mutunya seperti mainan kanak¬kanak dan boneka yang dibuat dari bahan makanan untuk dimakan. |
|
|
|
|
|
|
|
5. Termasuk ke dalam ertikata berdosa ialah membuat dan memiliki gambar yang tidak berjisim yang diagungkan seperti gambar-gambar ketua pemerintah, para pemimpin dan lain-lain, lebih-lebih lagi, jika gambar-gambar mereka ini didirikan atau digantungkan dan larangan ini semakin kuat, jika individu-individu yang digambarkan itu, adalah orang-orang yang zalim, fasik dan juga Atheis. Kerana mengagungkan mereka bererti menghancurkan Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
6. Gambar-gambar makhluk bemyawa yang tidak berjasad tetapi tergolong dalam aspek berlebih¬lebihan dan bermewah-mewahan seperti dinding yang dihiasi dengan gambar-gambar dan seumpamanya, hukumnya adalah makruh. |
|
|
|
|
|
|
|
7. Gambar-gambar makhluk yang tidak bemyawa seperti pohon, pohon kurma, laut, kapal, gunung ganang, awan dan lain-lain pemandangan alam semulajadi. Orang yang membuat gambar ini dan memilikinya, adalah tidak berdosa selagi tidak menganggu ketaatan kepada Allah dan tidak menyebabkan berlebih-Iebihan, sehingga mencecah ke tahap makruh. |
|
|
|
|
|
|
|
8. Gambar-gambar photografi. Gambar-gambar ini adalah harus selagi tidak mengandungi perkara yang diharamkan seperti penyucian terhadap orang yang digambarkan sebagaimana penyucian yang biasa berlaku dalam agama atau duniawi, lebih-lebih lagi jika orang yang disuci dan diagungkan itu, adalah orang-orang kafir dan fasik seperti para penyembah berhala, golongan komunis dan bintang-bintang filem yang menyeleweng.
[ Last edited by fleurzsa at 9-9-2006 08:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
9. Patung-patung dan gambar-gambar yang haram atau makruh, jika dihuduhkan rupa bentuknya, fungsinya akan berpindah dari daerah haram atau makruh kepada daerah halal seperti gambar-gambar yang terdapat pada permaidani yang sering diinjak orang, alas kaki. dan lain-lain. Membuat dan memiliki gambar-gambar ini adalah halal.
[ Last edited by fleurzsa at 9-9-2006 08:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 29-5-2005 11:10 PM
Salam,
Membuat gambar tanpa tujuan dakwah atau tanpa sebarang kepentingan yg diharuskan adalah haram.
Sabda nabi saw,
"Barangsiapa membuat gambar akan diseksa oleh Allah swt dgn seksa ...
Bagaimana lak dgn edit gambar secara digital? Maksudnya guna software untuk edit... :stp: |
|
|
|
|
|
|
zasssss This user has been deleted
|
mmm
Cik fleurzsa.. Memng baguih pendapat hang dan hukum2 nyer sekali... lagi molek kalau disertai nas hadis2 soheh dan pendapt dari mana2 ulamak. Kerana melukis potreat nir banyak pendapat ulamak. Ada yg kata makruh, harus, haram, dan ianya masih diawangawangan sampai la ni. Ader pendpat potret manusia yg flat (rata) dilukis atas canves, bukan bebayang seperi ukiran patung tidak diharamkan. Kalau lukisan potret diharamkan, ape bezanya dng ambil gambar photo famili letak kat ruang tamu. Yg bezanya lukisan dibuat dng tangan dan foto dibuat oleh mesin..
Maslah nir sma gak dengn kes alat muzik bertali seperti gitar/gambus. Ada ualmak mengharamkannya dan ader kata harus dan makruh. Sebenarnya, Yg diharamkan tali gitar or bunyi gitar? Kalu bunyinya diharamknan, maka sekarang nii banyak organ2 dan mesin2 muzik yg berbunyi seperti gitar tapi tak bertali.
walahualam
---------------------------------------------------
www.freewebs.com/nicebookcover |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|