Pasukan pembelaan mendakwa, pembayaran untuk kad kredit dan insurans yang dibuat melalui cek Yayasan Akalbudi itu, dibuat tanpa pengetahuan Ahmad Zahid oleh pembantunya ketika itu yang bernama Mejar Mazlina. Dakwa peguam bela, cek-cek tersebut dicap oleh Mejar Mazlina tanpa pengetahuan Ahmad Zahid.
Penggunaan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat pembayaran kad kredit, kata mereka, juga disebabkan kesalahan Mejar Mazlina yang sepatutnya menggunakan wang dari akaun peribadi Ahmad Zahid.
|