CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

Remaja, 20-an terjun dari tingkat 30 kondominium Cyberjaya. Dah beritahu awal-aw

[Copy link]
Post time 8-9-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn dia patut terus 999, dptkn bantuan. Klupun dia x dpt pujuk, then cari org lain utk try pujuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 08:18 AM | Show all posts

Remaja Terjun Tingkat 30, Sempat Bagitahu Kawan Nak Bunuh Diri

Cyberjaya: Polis mengesahkan wanita yang ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 30, sebuah kondominium di sini, malam tadi, mempunyai keinginan untuk membunuh diri.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebelum kejadian, mangsa, remaja berbangsa Cina berusia 20-an naik ke aras bumbung bersama-sama seorang rakannya kira-kira pukul 7 malam.




Gambar Hiasan




“Mangsa yang berasal Kota Setar, Kedah, memaklumkan keinginannya untuk membunuh diri kepada rakannya yang sudah lebih setahun tidak dijumpai ketika mereka meluangkan masa bersama di aras roof top itu.


“Pada pukul 8 malam, rakannya meninggalkan mangsa bersendirian di lokasi terbabit kerana mangsa tidak mahu kawannya itu melihat dia terjun. Mangsa bagaimanapun meminta rakannya tengok dari bawah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Wan Kamarul Azran berkata, rakannya kemudian menuruni lif ke tingkat lima dan melalui jambatan untuk pergi Tower I sebelum memaklumkan rakannya yang lain.


“Mereka kemudian melihat mangsa terjun dari aras roof top ke jalan raya kira-kira pukul 8.45 malam,” katanya.


Tambah Wan Kamarul Azran, akibat kejadian itu, mangsa patah tulang pinggul sebelah kiri, tulang belakang serta mengalami kecederaan di bahagian perut.


“Tidak terdapat kesan lain yang mempunyai unsur jenayah semasa siasatan dijalankan oleh pasukan forensik,” katanya.


Beliau berkata, mangsa meninggalkan pod vape, kunci kereta, telefon bimbit dan bekas air.


“Dokumen mangsa seperti kad pengenalan, lesen dan kad bank sempat diserahkan kepada rakannya ,” katanya.


Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian turut mendapati terdapat televisyen litar tutup (CCTV) di kawasan terbabit, namun dimaklumkan oleh pihak keselamatan bangunan bahawa ia tidak berfungsi sejak dua minggu lepas.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang bagi bedah siasat dan perlu menjalani proses ujian saringan Covid-19,” katanya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 08:20 AM | Show all posts
macam aneh juga kalua kawan tu tak telefon polis ka apa. takkan tgk jer...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 08:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 08:29 AM | Show all posts
adoii..baru plan nak beli rumah Cyberjaya

kondo mana yg amoi ni bunuh diri?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Kosmo kata 30an.

Takziah huat keluarganya.

Apa punya kawan lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2021 09:03 AM | Show all posts
This is sad and disturbing at once.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak tak boleh digest la jenis kawan macam ni. Eloj mana yang berkawan dengan kawan mangsa ni, berenti berkawan...cari kawan lain. Siap call kawan lain tapi mak bapak budak tu, keluarga, polis, ambulans , bomba, talian befrienders kau tak boleh nak call?!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 09:20 AM | Show all posts
kes cyberjaya selalu ada plot twist

mohon netizen bertenang jangan komen lebih lebih kawan dia dengan rooftop tu one button away je
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 09:25 AM | Show all posts
matchstick replied at 8-9-2021 01:06 AM
Aku skrg jadi takut nk jalan kaki kt bwh rumah apartment Aku ni..mesti jenguk2 dulu ke atas kot ada  ...

pakai payung sis
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
I saspek kawan dia nak bunuh diri jugak one day soon. Orang sesama depress ni diaorg boleh gelak2 bincang of funny ways to die tapi dlm hati meant it. Elok polis tangkap sesiap kawannya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 09:37 AM | Show all posts
che-cikL replied at 8-9-2021 12:19 AM
Apa lurus sgt kawannya tu pun. Suruh turun, dia turun pulak. Siap nak tgk dari tingkat 5 lagi. Napa  ...

kannnn.... boleh pulak dia ikut arahan...
suruh turun tengok "show" dia terjun dari bawah... dia pun ikut..
siap ajak kawan2 lain nonton sama.... tak paham akuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 09:38 AM | Show all posts
aku rasa kawan dia 'respect her decision' gituhh..
mungkin dia dah pujuk.. xjalan.. so pada dia mungkin itu pilihan yg kau pilih..
sbb chinese.. maybe dia pon sama percaya kalau dh bunuh diri.. hilangla masalah kawan dia tu. So dalam pikiran dia.. kawan dia akan tenang lepas bunuh diri. so dia respect la agaknya..

beza dgn kita yg muslim.. kita tau bunuh diri tu dosa besar.. sedaya boleh pujuk.. tapi tak pernah lagi aku dengar muslim nk bunuh diri.. inform n ajak teman bagai. Tau2 dah mati je.. maybe sebab kalau ada kes mcm ni.. kawan dia dah bergelut kt atas xbagi terjun.. silap2 dua2 jatuh ke bawah. adehh
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 09:48 AM | Show all posts
hmmm... tak tau nak kata apa
kita takde kt tempat kawan mangsa
cuma kalau kita di situ, mungkin kita akan cuba pujuk.. mesej/call kwn2 utk call bomba/polis. lengahkan masa mangsa ajak borak ke apa..

tapi tulah.. bila benda jd dpn mata, kita pun jd panik.. kosong kosong kosong...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 10:05 AM | Show all posts
ada satu kondo ni
menurut geng2 guard
kalau naik sampai ke atas
memang rasa seram sikit
biasanya guard akan naik berdua

aku tak jumpa info
amoi ni terjun dari kondo mana
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 8-9-2021 12:58 AM
Tak buleh harap punye kawan..takde rasa nk call 999 ke bgtahu member tu nk bunuh diri. Mana tahu kot ...

Kan
Sekali yg dtg pujuk
Bomba bujang sado herlok soft spoken bertanggungjawab

On a serious note
Klu iols I won't leave her
I akn peluk dan biar dia nangis puas2
Then I akn bwk die berubat

Sedih rasa
Yg lg 1 lawyer kt srwk tu

Korg2 yg ada trigger nk suicide ni bnykkn is tighter (nk taip istighfar sbnrnya ni) bnyk2
Klu perlukan a break from work or life
Ambik lh cuti
Tenang2 kn diri tu
Maybe this not a best advice
But this is what I have at this very moment


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 8-9-2021 06:01 AM
20an bukan remaja lagi....wartawan ni pun....

Fizikal comel mcm remaja kot

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe perlu buat blok atau wall tgi yg x blh simply2 panjat kt rooftop setiap building
And of course kunci la pintu tu
Biar mngmt building je pegang

Atau ltk poster2 dgn kata2 positif
No tel befrienders ke
Atau lbh ganas ltk gmbr sebesar2 alam gmbr kes2 suicide
Dan jgk what happened to your body when you falling from skycrapper

Erghhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 10:55 AM | Show all posts
R2D2 replied at 8-9-2021 10:05 AM
ada satu kondo ni
menurut geng2 guard
kalau naik sampai ke atas

kondo kat cyber yang ada bridge ni ada dua.

Satu di 3rd Avenue dan satu lagi di skypark.


3rd avenue



ni skypark



Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
huhu.. apa la yg terjadi di atas tu hingga kawan x sempat nk mintk tolong polis atau bomba, sedihhnnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.174470 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list