|
Perlis dah masuk Fasa 3 PPN. Boleh dine-in, kedai-kedai makan jadi tumpuan pelan
[Copy link]
|
|
Harap terus berhati2 takut dari suka jadi duka semula |
|
|
|
|
|
|
|
harap kedai tak hidang side dish variant delta |
|
|
|
|
|
|
|
..jomm pindah gi perlis.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 masih jaga SOP
doakan terus maintain mcm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 4-8-2021 03:41 PM
Org Perlis dh blh melangkawi blom?
Tak mau pi melangkawi, kedah kes beribu, bak kata pepatah "hang dah tau dalam sungai tu banyak boya, yg hang pi terjun sungai tu jugak pasai pa" |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 4-8-2021 07:23 PM
harap kedai tak hidang side dish variant delta
Haaha... Kejam tau statement ni |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 4-8-2021 03:01 PM
Itu lah, apa beza makan di kedai dgn beli bungkus. Dua2 masuk perut akhirnya
Lainnnn......
Bila bawak balik, dah rasa lain...kat situ mkn panas panas,
Zaman covid ni baru le rasa betapa nik matnya mkn di kedai...
|
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 4-8-2021 03:41 PM
Org Perlis dh blh melangkawi blom?
Blm....
Blh rentas daerah, tak blh rentas negeri.....
Unless langkawi tu dah bertukar poskod jadi 01000 |
|
|
|
|
|
|
|
Negeri lainn lambbeertttt lagiii |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk Perlis lepas gian makan di restoran
ROSHILA MURNI ROSLI | | 06 Ogos 2021
Hezry Aikal Hasmirizal, 21, dan Safiah Ismail, 30, menjamu selera di tepi pantai Kuala Perlis sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.
KANGAR - Penduduk di sekitar Perlis tidak melepaskan peluang menikmati makanan di restoran selepas negeri itu memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Rabu.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa restoran popular di negeri ini pada Khamis mendapati orang ramai memanfaatkan kelonggaran itu dengan menikmati makanan kegemaran mereka di kedai makan.
Pengunjung, Muhammad Haikal Zamiri, 21, ketika ditemui berkata, dia dan sahabatnya, Muhammad Haziq Zul Asyraf Nor Suriyami, 21, mengambil kesempatan 'melepaskan gian’ menikmati nasi kandar di sebuah restoran terkenal di pekan Arau.
“Di sini, memang tempat kami melepak ramai-ramai, tetapi disebabkan prosedur operasi standard (SOP) satu meja dua orang sahaja, jadi hari ini saya hanya datang dengan Haziq.
“Lama tak makan nasi kandar. Kalau bungkus, feel tak sama. Makan di kedai, baru puas hati,” katanya yang berasal dari Kangar.
Dalam pada itu, pekerja restoran terbabit, Nur Syakirah Shafie, 25, berkata, mereka sentiasa mengamalkan SOP seperti yang digariskan termasuk menjarakkan dua meter setiap meja.
“Sekarang kita cuma tempatkan 20 meja dalam kedai dan 12 meja di luar kedai berbanding sebelum ini 50 meja,” katanya.
Menurutnya, sejak dibenarkan makan di restoran, kedai itu menjadi tumpuan pelanggan pada waktu pagi dan tengah hari.
“Semalam (Rabu) kurang sikit. Hari ini (Khamis) sudah bertambah pelanggan.
“Selalunya mereka akan memesan nasi kandar atau tosai jika makan di sini,” katanya sambil menambah kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tidak dibenarkan berada di restoran berkenaan.
Antara pelanggan di Restoran Capati Arau pada Khamis.
Pemilik Restoran Capati Arau, Wan Muhammad Hafizzuddin Wan Mohd Shariff, 23, memberitahu dia baru memulakan operasi pada Khamis dan menerima pelanggan di luar jangkaannya.
“Alhamdulillah, hari ini (Khamis) yang datang makan di sini kebanyakannya adalah pelanggan tetap restoran kami.
“Semalam (Rabu) kami ambil kesempatan untuk membuat persediaan dahulu. Jadi hari ini, baru kami buka untuk makan di kedai,” katanya.
Pelanggan restoran terbabit, Muhamad Hafiz Harun, 28, pula berkata, dia mengunjungi restoran berkenaan untuk melepaskan kerinduan pada makanan kegemarannya iaitu capati.
“Baru hari ini saya berani keluar. Sebelum ini, walaupun boleh bungkus tetapi saya berasa takut juga sebab kes Covid-19 agak tinggi,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof berkata, setakat ini kerajaan negeri berpuas hati dengan pematuhan SOP yang diamalkan pemilik restoran dan pelanggan.
Katanya, pemantauan pihak berkuasa mendapati peniaga mula membuka perniagaan mereka mengikut waktu operasi yang dibenarkan selain turut mematuhi SOP digariskan.
“Bagaimanapun, dengan bantuan pihak berkuasa, kita akan terus membuat pemantauan dari masa ke masa untuk memastikan tiada peniaga yang lalai dengan SOP terbabit.
“Untuk peringkat awal ini, sekiranya ada restoran yang kita dapati membiarkan pelanggan terlalu ramai sehingga tiada kawalan, kita akan berikan nasihat dan panduan terlebih dahulu supaya perkara ini tidak berlarutan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga berharap agar rakyat Perlis tidak leka dan sentiasa mengutamakan SOP supaya negeri ini dapat bebas daripada pandemik Covid-19.
“Memang Perlis ini negeri yang kecil, penduduknya pun sekitar 250,000 orang sahaja tetapi kalau kita tidak jaga, penularan Covid-19 akan lebih cepat berlaku,” kata beliau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Katanya ramai yg positif kt hospital
Maybe angka melonjak n balik ke fasa 2
Hati2 lah orang perelih |
|
|
|
|
|
|
|
Depa takpe penduduk pun 100 orang jer restoran ada la dalam 10 termasuk kfc baru bukak |
|
|
|
|
|
|
|
Untunglah Orang Perlis Dah Boleh Makan Di Kedai, Orang Negeri Lain Jangan Cembur
Rabu lalu, orang-orang di Perlis sudah boleh dine-in atau makan di restoran. Begitu juga orang-orang di Sarawak dan Labuan.
Kelonggaran itu diberikan selepas Perlis, Sarawak dan Labuan menunjukkan prestasi amat baik berkaitan krisis Covid-19 sehingga dibenarkan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.
Tinjauan di media sosial pula mendapati ramai pengguna Twitter terutama yang tinggal di Perlis berkongsi gambar mereka sedang dine-in di kedai makan.
Gambar Hiasan
Keadaan itu sedikit sebanyak mencetuskan rasa cemburu kepada Merak Jalanan.
Mereka sudah diberikan kebebasan untuk bergerak, sedangkan kita yang berada di negeri lain masih terperuk dek kerana sekatan pergerakan dan kes harian Covid-19 yang tinggi.
Berdasarkan data terkini, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sabah kekal di bawah Fasa Dua, manakala Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Johor masih Fasa Satu.
Peralihan negeri ke setiap fasa dalam Pelan Pemulihan Negara ditentukan berdasarkan tiga indikator nilai ambang iaitu kes harian Covid-19, peningkatan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) dan liputan vaksinasi untuk populasi sesebuah negeri.
Apa pun, tahniah diucapkan kepada Perlis, Sarawak dan Labuan kerana dapat kembali menjalani rutin harian normal.
Namun harus diingat, peralihan ke Fasa Tiga bukan tiket untuk rakyat mengabaikan protokol kesihatan kerana kita sebenarnya masih belum menang melawan Covid-19. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan meroyan pulak kalau kes meroket nanti..gunakan peluang sebaik2 ya. |
|
|
|
|
|
|
|
untungnya..
harap berterusan |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi aku masih tetap tak berani ambik risiko makan kat kedai. |
|
|
|
|
|
|
|
tung laaaaa. tunjuk laa tunjukkk #jeles |
|
|
|
|
|
|
| |
|