CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
Post time 8-9-2004 01:31 PM | Show all posts
terlepas dah ..tak tgk ... lansung lagik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2004 03:50 PM | Show all posts
:gila: Ntahlaa..xtau lerr... :gila:
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2004 10:07 PM | Show all posts
hmmm

macam tak menyengat sangat la cite nih.
tak bagi kesan pun kat aku. aku ingat yang jadi balak hirosue tuh lakon watak kelakar tapi lain lak.

p/s:yang jumpa ngan kyoko fukada kat kedai ader piano tuh budak kump. tokio yang main piano kan?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2004 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by limau at 7-9-2004 10:32 AM:
Citer nie pasal Family....nampak macam dah lama kan? agaknya lah tahun 90an kot....sebab muka Fukada budak sangat.


h, takdelah...citer ni siaran kat Jepun tahun 2002...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2004 09:38 PM | Show all posts
tgk episod arini cam touching sket..
baru si yu tu ader perasaan nak jadi ibu..
kan dia ngaku kawen awal sal tak nak tanggungjwb sbg anak sulung..
aper2 pun family sendiri is the besh..
aper2 masalah family jugak yg tolong kan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2004 12:14 PM | Show all posts
hari sabtu aku tengok..... menitis air mata aku tengok perihal Yu ngan anak dia.... sedih sangat masa anak dia cakap "mak dah tak sayang saya lagi ker?" masa tu Yu dukung anak dia nak ke hospital... kendian... Yu nyesal sbb tinggalkan anak dia + nyesal berperangai buruk.... besh la scene kat spital tu... otosannyer memujuk Yu dengan cerita pasal okasan diaorg... tersentuh hati aku.. huhuhu...

hari ahad aku tak tengok... so camner...? otosannyer kasik ker Kei kawen...?
giler tul.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2004 01:23 PM | Show all posts

Episod 3

Akira dah bagitau semua orang pasal dia ada bf dan kawin dengan bf dia, tapi semua orang macam tak percaya...ayah dia siap bergaduh dengan dia lagi. Pastu ayah dia ingat Akira sengaja buat macam tu sebab dah setuju dengan perkahwinan dia, so dia bawak balik Tamako untuk jumpa dengan anak2...keadaan jadi tegang bila Tamako datang rumah. Paling teruk Yu bertegang leher lagi dengan ayah dia...

Yu pergi minum kat kedai, lepas tu dapat call dari husband dia pasal anak dia, Satoshi hilang...rupa2nya Satoshi pernah call h/p Yu tapi Yu tak jawab...Yu telefon rumah tanya, Akira pun cakap ada beberapa call yang pemanggilnya diam aje...Yu, Akira, Kei dan ayah dia ramai2 pergi cari Satoshi...Yu terserempak dengan ayah dia, dia asyik cakap yang dia bukan mak yang baik...lepas tu ayah dia suggest pergi tunggu kat rumah, entah2 Satoshi pergi rumah diorang...memang betul pun Satoshi kat sana, tapi budak tu dah demam. Yu dukung budak tu samapi ke hospital...Makoto dah tunggu kat hospital. Makoto yang tolong jaga Satoshi...diorang satu family ramai2 tunggu Satoshi...akhirnya keadaan Satoshi dah OK. Husband & mak mentua Yu pun datang, mak mentua Yu asyik marah Yu aje, husband dia pulak tak cakap apa2...Yu cakap dia tau Satoshi perlukan dia, jadi dia akan bawak balik Satoshi ke rumah ayah dia. Mak mentua dia marah sangat & cakap dia takkan biarkan...

Ayah dia bertegur sapa sikit dengan Makoto, Makoto cakap dia baik je...

Kei pulak dah rapat dengan Yamaguchi Jiro, yang dia jumpa kat kedai piano...Kei bagitau Jiro supaya kejar impiannya. Disebabkan Kei cakap macam tu, Jiro bertekad nak buat dan putus hubungan dengan parents dia...lepas tu Jiro propose kat Kei...

Kei balik rumah dan tiba2 je bagitau ayah dia yang dia nak kawin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2004 01:24 PM | Show all posts

Episod 4

Ayah dia marah sangat bila Kei bagitau dia nak kawin...Kei cakap dia akan bawak balik Jiro dan kenalkan dengan semua orang...Kei ni memang terburu2 betullah. Ayah dia suruh Akira pergi siasat pasal Jiro...bila Akira tanya pasal hal dia, ayah dia cakap hal Akira kena tangguhkan dulu. Kesian Akira, terpaksa beralah lagi...nasib baik bf dia faham.

kat hospital, Makoto bagitau Yu pasal Hide-chan yang dah 3 hari tak balik rumah...Yu bawak Satoshi balik...

hari Kei bawak Jiro jumpa family tu kelakar sangat...kelam kabut betul masa tu...ayah dia mula2 tu tak nak jumpa Jiro, tapi Akira sempat tahan...mula2 tu makcik sebelah rumah yang datang, lepas tu Makoto pulak datang nak ambik beg dia...Akira suruh Makoto stay kejap jumpa Jiro...lepas tu pekerja kedai ayah dia pulak yang datang, dia ni dah lama suka kat Akira...dia luahkan perasaan dia depan semua orang...ayah dia jadi tension dan nak keluar rumah, tapi terserempak dengan Makoto & Jiro kat luar pintu...

ayah dia macam tak nak bercakap dengan Jiro...orang lain yang tanya soalan...rupa2nya Jiro ni anak duta, Kei pun tak tau...Jiro nak jadi pekerja sukarela dan nak Kei kejar impian tu bersama Kei...diorang semua membantah...

Kei pergi rumah Makoto, tapi Hide-chan je ada masa tu...hampeh sungguh laki ni, gatal pulak tu...sempat lagi nak mengurat Kei, nasib baik Makoto dah balik...Kei tak suka dengan Hide-chan dan cakap dengan Makoto supaya jangan bergaul dengan Hide-chan lagi...

ayah dia & Tamako selalu pergi minum kat satu kedai ni...bf Akira pun kerja kat sini...ayah Akira macam syok je berborak dengan bf Akira, siap bagitau dia masalah dia lagi...yang lawaknya, bf Akira cakap keadaan keluarga Shiro tu sama dengan keadaan keluarga kekasih dia...diorang tak kenal lagi tu...Shiro siap puji bf Akira lagi, katanya dia ni jenis yang bersemangat bila kerja...kelakar betul bila Shiro suruh bf Akira kawin dengan anak dia & mewarisi kedai...

Tamako pulak berperangai buruk bila mabuk...kelakar bila Tamako cakap Shiro ni macam nenek tua bila membebel...

balik rumah, Kei nak jual piano...ayah dia marah, katanya tu bukan piano Kei tapi piano mak dia...Kei ungkit balik pasal ayah dia nak kawin lagi...marah betul Kei masa ni...dia nangis masa bagitau semua orang yang dia sedar dia takde bakat main piano...sebab tu dia tak nak sambung belajar lagi...akhirnya Kei pun tinggalkan rumah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2004 03:43 PM | Show all posts
thanks white....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2004 02:13 PM | Show all posts
aku tengok separuh je hari sabtu tu sebab balik lambat. waktu kei bg tau bapak dia yg dia nak kawin. selamba je mcm ckp 'saya nak makan'.

hari ahad aku tak tgk. aku pegi tgk PGL, panjang rupanya cita tu, slow pulak citernya sampai lena aku kejap. x sempat nak kejar otousan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2004 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by cluben at 15-9-2004 02:13 PM:
aku tengok separuh je hari sabtu tu sebab balik lambat. waktu kei bg tau bapak dia yg dia nak kawin. selamba je mcm ckp 'saya nak makan'.

hari ahad aku tak tgk. aku pegi tgk PGL, panjang rupany ...


PGL memang panjang...tapi mungkin aku ni betul2 peminat seni, aku boleh tengok citer tu tanpa rasa boring...aku suka PGL!

eh, off-topic pulak! :bgrin: hopefully, summary yang aku buat ni mencukupi...;)
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2004 10:12 AM | Show all posts
citer ni jadi best pasal ada kyoko fukada ngan budak yamaguchi jiro(pemain piano "tokio")
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2004 10:23 PM | Show all posts
ohoho espisod ptg tadi kelakar jer..
semua bf anak dia ader..
ayah dia ngan gf pun kebetulan kt kedai yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2004 09:49 PM | Show all posts
yang arininya lak sedeh uwaaa..
touching tang akira nak pegi dari umah dah..
dia ckp kt ayah dia sebelum pegi..
dia paling suka mee yg ayah dia buat..uhuks
Reply

Use magic Report

tee_nohara This user has been deleted
Post time 22-9-2004 12:37 AM | Show all posts
sian bapak dier....last2 nanti mestilah akan tinggal sorang2......
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2004 01:55 PM | Show all posts
tue la..
baik kasi bapak dia kawen..
takder la sesorang..
lumrah la anak pompuan memang akan tinggalkan umah pas kawen..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2004 02:59 PM | Show all posts

Episode 5

Yu tak henti2 buat kerja rumah...nampaknya dia betul2 nak tolong Akira dan laksanakan tanggungjawab sebagai anak sulung...Akira pulak call Makoto, tanya sama ada Kei ada cari dia ke tak...Makoto cakap takde...masa tu bf dia Hide-chan baru je lepas mengamuk...kuat jealous rupanya mamat ni...dia ingat doktor kat hospital Makoto nak mengurat Makoto...Hide-chan mengamuk sampai mencederakan pipi Makoto..

Kei rupanya menumpang rumah Jiro...Jiro tanya dia, betul ke Kei suka kat dia...bila Kei suruh Jiro kiss dia, Jiro cakap, tunggu sampai Kei betul2 jatuh hati pada dia...

Akira ajak Kei & Makoto berjumpa...dia bawak adik2 dia makan kat kedai tempat Shinji (bf Akira) kerja...masa tulah Akira kenalkan Shinji pada Makoto & Kei...Akira tanya betul ke Kei memang suka kat Jiro...Makoto suruh ajak Jiro datang kedai tu dan buktikan yang Kei memang betul2 tengah bercinta dengan Jiro, so Kei pun telefon lah Jiro...lepas tu Kei pulak suruh Makoto ajak Hide-chan datang kedai tu kalau betul2 diorang pasangan bahagia...Makoto call Hide-chan, tapi kat hujung2 tu masa kakak & adik dia tak dengar, dia cakap kalau Hide-chan tak dapat datang pun takpelah...

part kelakar masa ni bila tiba2 je ayah diorang muncul kat kedai tu dengan gf dia...ayah diorang kan selalu bercerita dengan Shinji tu...bila Shiro start bercerita pasal anak2 dia, Shinji teringat kat citer Akira...dia senyap2 bagitau Akira pasal Shiro...Akira punyalah terkejut, terus ajak adik2 dia keluar senyap2 dari kedai tu...yang lawaknya, masa nilah Jiro pulak datang...bila Jiro dapat tau ayah diorang pun ada kat dalam kedai, punyalah dia bersemangat nak jumpa Shiro sekali lagi dan mintak restu, tapi Kei cepat2 halang...lepas tu, Hide-chan pulak datang...Hide-chan nampak je Jiro,terus assume yang Jiro tu doktor yang nak mengurat Makoto, terus dia macam nak belasah Jiro...keadaan kelam kabut sangat masa ni...tengok2 Shiro dah ada kat depan pintu kedai, dah nampak dah rupanya...

Hide-chan salah faham lagi...kali ni dia ingat Shiro tu pulak doktor tu...Shiro dah mula marah...dia suruh Makoto berpisah dengan orang yang teruk macam Hide-chan tu...lepas tu dia suruh Jiro jangan kacau Kei lagi..lepas tu dia marah Akira pulak, kenapa senyap2 jumpa Makoto & Kei...masa nilah Shinji nak defend Akira, dia cakap Akira cuma ambik berat pasal adik2 dia...bila Shiro panggil dia orang luar, Shinji akhirnya kenalkan diri dia sebagai bf Akira...lagilah Shiro marah...

masa Makoto balik dengan Hide-chan, tiba2 je confuse tengok perangai Hide-chan...dia sentuh pipi Makoto yang dia cederakan tu...masa ni tak tau nak suka Hide-chan ke tak sebab tiba2 je dia jadi lemah lembut...

Satoshi pulak telefon Yu dan cakap yang dia nak balik rumah ayah dia...Yu dah panik, terus pergi rumah husband dia...memang bengang betul bila hsuband dia bagi dia surat cerai...

Shinji datang rumah, nak jumpa Shiro secara rasmi...Shinji cakap dia cintakan Akira dan nak kawin dengan Akira...Shiro tanya, nak ke Shinji tukar nama keluarga dan mewarisi kedai soba...Yu pulak, maybe sebab dia tengah tension pasal Satoshi, burukkan lagi keadaan dan cakap yang bukan2...Shiro suruh Shinji buat pilihan, Akira atau pementasan...Shinji tak tau nak jawab...

Akira bergaduh dengan Yu pasal Yu cakap macam2 kat Shinji...Yu tuduh Akira berpura2 baik...Akira cakap dia terpaksa buat tu semua sebab Yu tak boleh diharap...agaknya tak pernah Akira tinggikan suara macam tu...Yu jadi marah sangat dan tinggalkan rumah jugak...

kesian Akira sebenarnya...dah banyak dia berkorban kerana family, tapi semua orang tak nampak...maybe sebab dia tak pernah cakap...lagipun, pementasan tu pun impian dia jugak, bukannya impian Shinji sorang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2004 03:00 PM | Show all posts

Episode 6

Yu menumpang kat rumah Makoto...bila Hide-chan balik, dia marah dan suruh Makoto 'halau' Yu dari rumah tu, kalau tak, dia akan berpisah dengan Makoto...

Akira pulak ada masalah...Shinji dah nak mula lawatan pementasan, so dia ajak Akira ikut dia...Akira memang nak ikut Shinji, tapi dia fikirkan masalah kakak, adik2 dan ayah dia...

Kei pergi jumpa parents Jiro...rupanya parents Jiro jenis yang berlagak dan mula memperkecilkan Kei...Kei naik angin dan marah parents Jiro balik...Kei pergi universiti dia nak uruskan hal berhenti, tapi dia tak pulak bagi borang berhenti tu kat office kolej...tak sampai hati nak berhenti kot...

masa Akira balik rumah, terserempak dengan Makoto & Kei...diorang tiga beradik pergi karaoke, rupanya Makoto panggil Yu sekali...masa nilah Yu berbaik dengan Akira...Akira mula mabuk dan tak sedarkan diri...dia bagitau semua masalah dia pada adik-beradik, dan yang dia terpaksa lepaskan Shinji untuk jaga hati ayah dan adik-beradik...

ayah dia pun rupanya dah mabuk jugak, Tamako yang hantar ayah diorang balik...Akira yang tengah mabuk mula marah2, cakap dia tetap tak setuju ayah dia kawin dengan Tamako...lepas tu dia luahkan perasaan dia yang tak puas hati dengan ayah dia...dia cakap ayah dia tak pernah fikir macam mana kehidupan dia...ayah dia yang kat dalam bilik masa tu terdengar...

esok paginya, ayah dia buat keputusan nak 'lepaskan' Akira...dia marah2 Akira, suruh Akira keluar rumah cepat...sedih masa ni...Akira cakap, mungkin selama ni dia berpura2, tapi yang dia paling suka ialah mee yang ayah buat...ayah dia dah mula menangis...rasanya ni first time 'otousan' menangis...maklumlah, anak yang paling dia harapkan nak pergi...

Akira akhirnya tinggalkan rumah...masa tu Shinji dah tunggu kat railway station...Akira menangis dalam train...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2004 03:01 PM | Show all posts
hari ni episod 7 pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2004 01:53 PM | Show all posts
suker sangat citer...suker ...suker... suker...

makoto pulang ke rumah akhirnye....hehe...lawak ah nengok hide-chan....lawak giler ah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.114587 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list