|
|
Cradle Fund: Samirah Kemuka Bantahan Penama KWSP Nazrin
[Copy link]
|
|
|
gadis_tulip replied at 18-3-2021 09:43 AM
Gila duit betul pompuan nie. Pelik, mak pak kaya pon tak cukup ka duit tue?
Bila org tuntut hak, yang kalau baca kitab faraid mmg ada hak dia, dikatanya gila duit...
Bukan i sebelahkan si samirah ni tapi dah memang hak seorang isteri atas harta pusaka suami dia.. Suka hati dia la nak tuntut ke, nak bantah ke....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
samirah ni mcm psyco giler rupa muka..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sure dia tau dh sesuatu sbb masih kekalkan epf nama ex wife... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kwsp kna faraid kan. Eventhough penama kita letak bapa kita, penama tu sbgi wasi shj. Tp jgn la letak nama makbapak kesian org tua nk uruskan jika kita meninggal. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin menarik dan berliku kes ni... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke ejen2 hibah selalu ayat marketing theyols - penama je bukan dpt ke org tu pun duit tu. Same as TH.
Means here bkn dpt kat eza tu pun duit epf arwah. Dia still kena bw g faraid. Kalau ex, xde bahagian pun kan.
Ni dr pemahaman iols la based on iklan2 ejen2 hibah kat fb/ig.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi if eza ni tak ambik tak bahagikan faraid boleh ke? Since mcm dh namakan dia..anak depa dua dgn arwah lelaki kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam netezin speku, minah nie ada banyak hutang la kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gadis_tulip replied at 22-3-2021 09:25 AM
Hang pon gila duit jugak ka?
Ada hak lagi ka kalo dah sangguh bunuh suami?
Ko ni... kan depa kata “innocent until proven guilty” .... yg suami isteri petronas tu suami dia dpt tak duit epf wife dia? tak follow pulak kes tu... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Just tunggu dah lihat saja.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by winky1 at 29-3-2021 06:05 PM
Penama ja ..sbb hukum faraid ada. Cuma samada nak execute cara faraid....itu antara dia dgn Allah....bantahan tu mmg normal.... lebih penting , who killed ? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pd iols kalau si mati da wasiatkan sekian2 pd nama sekian2, hukum faraid kuno ereb dah tak valid... itu hak si mati dia nk bg spe pun harta dia bila dia dh mati... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 22-3-2021 04:04 PM
Ko ni... kan depa kata “innocent until proven guilty” .... yg suami isteri petronas tu suami di ...
SEMASA
Nama Suhaimi gugur sebagai pewaris harta isteri
Khamis, 15 Januari 2009 12:00 AM
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Amanah Raya Berhad untuk menggugurkan nama bekas ahli geologi Petronas Carigali, Muhamad Suhaimi Abdul Aziz daripada senarai penerima harta peninggalan isteri yang dibunuhnya, sembilan tahun lepas.
Hakim Syarie Saarani Ismail semasa memutuskan perkara itu berkata Muhamad Suhaimi terhalang atau hilang kelayakan sebagai waris si mati, Faizah Arshad, mengikut mazhab Syafie yang diamalkan oleh mahkamah di Selangor dan pembunuhan yang dilakukan dianggap mempercepatkan perwarisan harta si mati kepada Muhamad Suhaimi.
Saarani berkata keputusan itu dibuat bagi menjaga kepentingan anggota keluarga Faizah yang lebih berhak ke atas harta peninggalannya yang berjumlah RM319,445.02.
"Selain itu, mahkamah turut membenarkan satu permohonan teratur dilaksanakan untuk penentuan pihak-pihak dalam pembahagian faraid dan kos (mahkamah) ditanggung oleh Muhamad Suhaimi," katanya.
Muhamad Suhaimi, selaku defendan pertama hadir di mahkamah bersama peguamnya Musa Awang sementara peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar hadir mewakili Amanah Raya, selaku plaintif. Ibu bapa Faizah, Arshad Shafiee, 81, dan Mariam Abdul Latif, 74, (defendan kedua dan ketiga) bagaimanapun tidak hadir kerana uzur. Mereka hanya diwakili peguam syarie Hairunnajmi Najmuddin.
Amanah Raya sebelum ini mengemukakan permohonan untuk menggugurkan nama Muhamad Suhaimi yang tertera dalam sijil pembahagian harta yang berhak ke atas tiga bahagian daripada jumlah keseluruhan wang tunai RM319,445.02 peninggalan Faizah.
Selain Muhamad Suhaimi, dua anak lelaki Faizah, Mohamad Fariz, 18, (defendan keempat) dan Muhamad Syafiq, 16, (defendan kelima) berhak menerima dua bahagian masing-masing sementara anak perempuannya, Sarah, 13, (defendan keenam) hanya satu bahagian, manakala Arshad dan Mariam setiap seorang berhak dua bahagian harta itu.
Amanah Raya juga memohon membatalkan Sijil Pembahagian Harta (faraid) bertarikh 13 Okt 2000 dengan mengeluarkan nama Muhamad Suhaimi sebagai penerima pusaka dan memohon supaya sijil baru dikeluarkan.
Muhamad Suhaimi, 48, didakwa membunuh dengan cara menikam Faizah, pegawai sumber manusia Petronas Carigali, dalam bilik air di rumah mereka di Bukit Damansara pada 3 petang, 25 Sept 1999.
Dia bagaimanapun dibebaskan daripada tuduhan itu atas alasan kurang siuman dan menjalani rawatan pemulihan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan atas perkenan Yang diPertuan Agong sehingga 4 Okt 2007. Dia kini menjalani hidup seperti biasa di bawah jagaan bapanya di Terengganu.
Terdahulu, dalam penghakimannya Saarani berkata keempat-empat mazhab dalam Islam iaitu mahzab Imam Syafie, Imam Maliki,Imam Hambali dan Imam Hanafi sepakat berpendapat bahawa pembunuh adalah dihalang daripada mewarisi harta orang yang dibunuhnya, tetapi mempunyai pendapat berlainan mengenai cara pembunuhan itu dilakukan.
"Berdasarkan Imam Syafie, seorang pembunuh tidak layak untuk mewarisi harta orang yang dibunuhnya sama ada dibuat secara sengaja atau tidak sengaja atau terpaksa. Mahkamah bersetuju dengan pendapat Imam Syafie bahawa seorang pembunuh adalah terhalang untuk mewarisi (harta orang yang dibunuhnya) termasuk orang tidak siuman.
"Pendapat ini bagi menjaga hubungan kekeluargaan kerana pembunuhan boleh dikatakan sebagai cuba untuk mempercepatkan perwarisan harta kepadanya. Mahkamah secara asasnya mengambil kira empat pendapat itu tetapi daripada sudut pengalaman ia lebih mengutamakan pendapat Syafie," katanya.
Selain itu, Saarani berkata walaupun Muhamad Suhaimi dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan kerana tidak siuman, mahkamah itu bagaimanapun tidak menafikan bahawa pembunuhan telah dilakukan.
Beliau juga bersetuju dengan hujahan peguam defendan kedua hingga keenam bahawa faktor alat yang digunakan oleh pembunuh boleh mensabitkan niat membunuh.
"Dalam kes ini laporan menyebut defendan satu (Muhamad Suhaimi) menggunakan sebilah pisau. Mahkamah berpendapat faktor ini konsisten dengan pendapat mazhab Syafie bahawa alat yang boleh dikategorikan sebagai alat pembunuh ialah alat tajam yang boleh memotong daging dan benda keras. Jadi ini boleh dikategorikan sebagai bunuh dengan niat," katanya.
Sementara itu, Muhamad Suhaimi ketika ditemui pemberita di luar mahkamah enggan memberi sebarang komen.
Musa ketika ditanya samada akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah itu berkata, beliau perlu menunggu arahan selanjutnya daripada Muhamad Suhaimi.
"Buat masa ini beliau (Muhamad Suhaimi) kecewa dan terkejut dengan keputusan mahkamah lebih-lebih lagi setelah mahkamah putuskan bahawa beliau perlu menanggung kos semua pihak sedangkan beliau hadir sebagai defendan dan bukan pihak yang mengemukakan permohonan itu," katanya. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-3-2021 11:37 AM
Sekendel yang dinaik taraf jadik wifey ke? Sebab tu ke ngkau kasik kiok laki ngkau?
Oh..skandal ke....harap dua2 x dpt...yg dapat biarla anak kandung nazrin ... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 29-3-2021 08:01 PM
Oh..skandal ke....harap dua2 x dpt...yg dapat biarla anak kandung nazrin ...
Bukan sis. Ai hada gugel. Ex wife katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 29-3-2021 06:29 PM
pd iols kalau si mati da wasiatkan sekian2 pd nama sekian2, hukum faraid kuno ereb dah tak valid.. ...
Itu yg i tak faham cara Amanah Raya....
Kita buat wasiat bayar tu, kalau nak pinda wasiat kena bayar lagi....
Tapi dlm satu clause dia, ada mentioned wasiat yg kita beriya buat tu boleh di cabar if ada waris lain tak setuju...
So buat apa buat wasiat kalau masih blh diubah2 bila kita mati?
Officer tu kata kalau takde wasiat, waris boleh terus pergi pejabat pusaka kecil tp kalau dah libatkan amanah raya waris yg tak setuju tu kena bawa kes pergi court...
Gitu la katanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mrsbale replied at 29-3-2021 07:48 PM
SEMASA
Nama Suhaimi gugur sebagai pewaris harta isteri
Khamis, 15 Januari 2009 12:00 AM
Thanks for the update..... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mrsbale replied at 19-3-2021 08:41 AM
Bukan ke ejen2 hibah selalu ayat marketing theyols - penama je bukan dpt ke org tu pun duit tu. Same ...
Pemahaman akk pon mcm ni.. Penama hanyalah amanah utk menguruskan.. Pembahagian kena ikut faraid.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|