Disebalik kehangatan isu darurat dalam negara, pengguna Twitter dihiburkan dengan pembongkaran akaun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang didakwa menggunakan bahasa kasar dan penuh carutan.
Ianya bermula apabila ada netizen memuat naik status SKMM pada 2013 dan 2014 yang menggunakan bahasa tidak sopan. Seterusnya ia dikongsi kembali hingga mendapat ribuan perkongsian dan menjadi topik hangat di laman sosial tersebut.
Foto : Twitter
Ianya trending hingga tempat pertama apabila ada yang membandingkan pesanan SKMM terhadap rakyat Malaysia, sedangkan akaun tersebut juga tidak menjaga kesopanan.
Foto :Twitter
Mungkin kerana tidak tahan dijadikan bahan jenaka, SKMM atau akaunnya MCMC official mengunci akaun mereka dan terkini setelah disemak, akaun tersebut telah tiada di Twitter.
Foto : Twitter
Kekusutan bagaimana akaun tersebut menjadi begitu biadab terbongkar apabila ada pengguna Twitter mengakui ianya adalah akaun dirinya sendiri sebelum menjual kepada pihak ketiga.
Foto : Twitter
Dengan pengakuan tersebut, maka ia menamatkan spekulasi bahawa SKMM yang memuat naik status tersebut.
Timbul persoalan ialah, mengapa agensi kerajaan perlu membeli akaun lain? Jika perlu sekali pun, mengapa tidak dibuat pemeriksaan terhadap status akaun tersebut?
Apa pun, akaun tersebut sudah hilang dari radar, SKMM mendapat pengajaran terbaik atas insiden ini. - CARI
|